1900
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1900. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1900 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1900 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Isnin. Ia berlangsung dari 28 Syaaban 1317 hingga 9 Ramadan 1318.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari - Nigeria menjadi sebuah negeri naungan British.
- 2 Januari - John Hay mengumumkan Dasar Pintu Terbuka untuk menggalakkan perdagangan dengan China.
- 5 Januari - John Edward Redmond, pemimpin Ireland, menyeru pemberontakan terhadap pemerintahan Britishe.
- 5 Januari - Dr Henry A. Rowland dari Johns Hopkins University menemui punca kemagnetan Bumi
- 8 Januari - William McKinley, Presiden Amerika Syarikat, mengenakan pemerintahan tentera terhadap Alaska.
- 12 Januari - Di India, tiga juta sesuku orang menerima bantuan kebuluran.
- 13 Januari - Kaiser Wilhelm II dari Jerman mengisytiharkan bahasa Jerman sebagai bahasa perintah dalam tentera Jerman.
- 16 Januari - Senat Amerika Syarikat menerima perjanjian Inggeris-Jerman 1899 yang menetapkan bahawa United Kingdom melepaskan tuntutannya terhadap kepulauan Samoa.
- 24 Januari - Permulaan Pertempuran Spion Kop dalam Perang Boer Kedua.
- 24 Januari - Pemerintahan di London dan Pretoria mula berunding penamatan Perang Boer Kedua.
- 27 Januari - Pemberontakan Boxer: Diplomat asing di Beijing, China mendesak bahawa pemberontak Boxer dikenakan tindakan disiplin.
Februari
[sunting | sunting sumber]- 6 Februari - Mahkamah timbang tara antarabangsa dibentuk di The Hague apabila Senat Belanda meratifikasi dekri persidangan perdamaian 1899.
- 7 Februari - Parti Buruh British dibentuk.
- 8 Februari - Askar British ditewaskan oleh orang Boer di Ladysmith, Afrika Selatan.
- 14 Februari - Rusia membalas kepada tekanan antarabangsa untuk membebaskan Finland dengan mengetatkan kawalan empayarnya terhadap negara itu.
- 14 Februari - Perang Boer Kedua: Di Afrika Selatan, 20,000 askar British menyerang Negara Merdeka Orange.
- 17 Februari - Permulaan Pertempuran Paardeberg dalam Perang Boer Kedua.
- 22 Februari - Hawaii menjadi sebuah wilayah Amerika Syarikat secara rasmi.
- 27 Februari - Perang Boer: Di Afrika Selatan, pemimpin tentera British menerima pemberitahuan penyerahan tanpa syarat daripada Jeneral Boer, Piet Cronje.
- 27 Februari - Ramsay MacDonald dilantik sebagai setiausaha untuk Parti Buruh British yang baru dibentuk.
Mac
[sunting | sunting sumber]- 11 Mac - Perang Boer Kedua: Percubaan perdamaian Paul Kruger, ketua orang Boer, ditolak oleh Perdana Menteri United Kingdom, Lord Salisbury.
- 13 Mac - Perang Boer Kedua: Askar British menduduki Bloemfontein, Negara Merdeka Orange.
- 13 Mac - Di Perancis, panjang hari kerja untuk wanita dan kanak-kanak dibataskan kepada 11 jam, mengikut undang-undang.
- 14 Mac - Akta Piawai Emas diratifikasi dan dengan itu, mata wang Amerika Syarikat dimasukkan ke dalam piawai emas.
- 16 Mac - Sir Arthur Evans menemui puing Knossos di Crete.
April
[sunting | sunting sumber]- April 1 - Pengawal Ireland dibentuk oleh Ratu Victoria
- April 14 - Pameran Sedunia Paris dibuka.
Mei
[sunting | sunting sumber]- 18 Mei - United Kingdom mengisytiharkan Tonga sebagai sebuah negeri naungan.
- 21 Mei - Rusia menyerang Manchuria.
- 23 Mei - Sarjan William Harvey Carney menjadi orang Amerika Afrika yang pertama untuk dianugerahkan dengan Pingat Kehormatan kerana kepahlawanannya dalam Pertempuran Kubu Wagner semasa Perang Saudara Amerika.
- 30 Mei - Pemberontak Boxer menduduki Tientsin.
- 31 Mei - Askar British di bawah perintah Lord Robert menduduki Johannesburg.
Jun
[sunting | sunting sumber]- 5 Jun - Perang Boer: Askar British menawan Pretoria, Afrika Selatan.
- 20 Jun - Pemberontak Boxer mengumpulkan sekitar 20,000 orang berhampiran Beijing lalu membunuh beratus-ratus warga Eropah, termasuk duta besar Jerman.
Julai
[sunting | sunting sumber]- 2 Julai - Penerbangan zepelin pertama di Tasik Constance, berhampiran Friedrichshafen, Jerman.
- 5 Julai - Akta Perlembagaan Komanwel Australia diluluskan oleh Parlimen British.
- 9 Julai - Ratu Victoria memberi perkenan diraja terhadap Akta Perlembagaan Komanwel Australia
- 13 Julai - Pemberontakan Boxer: Di China, Tientsin ditawan semula daripada pemberontak Boxer oleh Sekutu Eropah.
- 29 Julai - Di Itali, Raja Umberto I dari Itali dibunuh oleh Gaetano Bresci, penganut faham anarki kelahiran Itali.
Ogos
[sunting | sunting sumber]- 14 Ogos - Satu kontinjen tentera antarabangsa di bawah perintah British menyerang Beijing dan membebaskan orang Eropah yang telah ditahan sebagai tebusan.
September
[sunting | sunting sumber]- 17 September - Perang Filipina-Amerika: Askar Filipina di bawah perintah Juan Cailles menewaskan askar Amerika di bawah perintah Kolonel Benjamin F. Cheatham di Mabitac.
Oktober
[sunting | sunting sumber]- Johann Vaaler, pereka Norway, menuntut paten untuk klip kertas, rekaannya.
November
[sunting | sunting sumber]- 3 November - Pertunjukan automobil pertama di Amerika Syarikat dibuka di Madison Square Garden, New York di bawah naungan Automobile Club of America (Kelab Automobil Amerika).
- November 6 - Pilihan raya presiden Amerika Syarikat: William McKinley, penjawat kini Republikan, dipilih semula selepas menewaskan pencabar Demokrat, William Jennings Bryan.
Tarikh tepat tidak pasti
[sunting | sunting sumber]- International Time Recording Company (ITR: Syarikat Perakaman Waktu Antarabangsa) dibentuk.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 25 April - Wolfgang Ernst Pauli, ahli fizik kelahiran Austria serta pemenang Hadiah Nobel Fizik (maut 1958)
- 30 April - Cecily Lefort, pahlawan wanita Inggeris dalam Perang Dunia II (dihukum mati 1945)
- 3 Jun - Rolland Fisher, ketua gerakan hapus arak Amerika (maut 1982)
- 5 Jun - Dennis Gabor, ahil fizik Hungary serta pemenang Hadiah Nobel Fizik (maut 1979)
- 13 Julai - George Lewis, pemain klarinet jaz Amerika (maut 1969)
- 29 Julai - Eyvind Johnson, penulis Sweden serta pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan (maut 1976)
- 4 Ogos - Elizabeth Bowes-Lyon, permaisuri Raja George VI dari United Kingdom (maut 2002)
- 7 Oktober - Heinrich Himmler, pegawai Nazi dan ketua SS (maut 1945)
- 30 Oktober - Ragnar Granit, ahli neurosains Finland serta pemenang Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan(maut 1991)
- 8 November - Margaret Mitchell, penulis Amerika (maut 1949)
- 3 Disember - Richard Kuhn, pemenang Hadiah Nobel Kimia Austria (maut 1967)
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 6 Mac: Gottlieb Daimler, pereka dan perintis automobil Jerman (lahir 1834)
- 29 Julai: Umberto I, Raja Itali (dibunuh 1844)
- 25 Ogos: Friedrich Nietzsche, ahli falsafah dan penulis Jerman (lahir 1844)
- 22 November: Sir Arthur Sullivan, penggubah British (lahir 1842)
- 30 November: Oscar Wilde, penulis Ireland (lahir 1854)