16 Januari
Penampilan
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
16 Januari merupakan hari ke-16 dalam takwim Gregorius. Tinggal 349 hari (atau 350 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Guru di Thailand;
- Hari Kebebasan Beragama Kebangsaan di Amerika Syarikat.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 27 SM - Gaius Octavius dianugerahkan gelaran Augustus oleh Senat Rom.
- 929 - Amir Abdul Rahman III dari Cordoba mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah, dengan itu mengasaskan Khilafah Córdoba.
- 1412 - Keluarga Medici dilantik sebagai juruwang rasmi Paus.
- 1492 - Tatabahasa terawal bagi sesebuah bahasa moden, iaitu bahasa Sepanyol, dikemukakan kepada Ratu Isabella.
- 1547 - Ivan si Dahsyat (gambar) dimahkotakan sebagai Tsar pertama Rusia.
- 1556 - Philip II menjadi Raja Sepanyol.
- 1581 - Parlimen England mengharamkan mazhab Katolik Rom.
- 1605 - Buku Satu Don Quixote, El ingenioso hidalgo Don Quijote de la Mancha oleh Miguel de Cervantes (gambar), diterbitkan buat pertama kali di Madrid, Sepanyol.
- 1641 - Melaka jatuh ke tangan Belanda setelah serangan dan kepungan yang berterusan oleh tentera Belanda ke atas Portugis Melaka mulai tahun 1640.
- 1707 - Parlimen Scotland meratifikasi Akta Kesatuan, sekaligus membuka laluan kepada penubuhan Great Britain.
- 1777 - Negeri Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dari negeri New York.
- 1780 - Revolusi Amerika: Pertempuran Tanjung St. Vincent.
- 1809 - Perang Semenanjung: Angkatan Perancis di bawah Nicolas Jean-de-Dieu Soult menyerang pengungsian amfibia British di bawah Sir John Moore di Corunna, Galicia, Sepanyol.
- 1847 - John C. Fremont dilantik sebagai Gabenor Wilayah California yang baru.
- 1864 - Perang Schleswig Kedua: Raja Christian IX dari Denmark mengisytiharkan perang terhadap Gabungan Jerman dengan tujuan menduduki Schleswig.
- 1878 - Tentera berkuda pimpinan Captain Burago membebeaskan Plovdiv dari cengkaman empayar Uthmaniyyah.
- 1883 - Akta Pembaharuan Perkhidmatan Awam Pendleton diluluskan, maka Khidmat Awam Amerika Syarikat diasaskan.
- 1909 - Ekspedisi yang diketuai oleh Sir Ernest H. Shackleton berjaya mengesan kedudukan Kutub Magnet Selatan.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Telegram Zimmermann dihantar Empayar Jerman kepada Mexico.
- 1942 - Tentera Jepun memulakan pentadbirannya di Melaka setelah berjaya mengalahkan tentera Inggeris dan Australia.
- 1944 - Kebakaran besar telah berlaku di Kota Bharu yang memusnahkan dua buah kilang serta melenyapkan seluruh perkampungan di sekitarnya yang terdiri dari perumahan penduduk yang berkedudukan rapat dan rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu dan atap nipah.
- 1945 - Adolf Hitler melarikan diri ke bunker bawah tanah yang bergelar Führerbunker.
- 1956 - Presiden Gamal Abdel Nasser dari Mesir berikrar untuk menawan semula Palestin.
- 1968 - Parti Antarabangsa Pemuda diasaskan.
- 1969 - Pelajar Czech bernama Jan Palach membunuh diri melalui di Praha, sebagai tanda bantahan terhadap penumpasan "damai musim bunga" oleh pihak Soviet pada tahun sebelumnya.
- 1970 - Buckminster Fuller menerima anugerah Pingat Emas daripada Institut Arkitek Amerika.
- 1979 - Shah Reza Pahlavi sekeluarga berpindah dari Iran ke Mesir.
- 1986 - Pertubuhan piawaian Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet yang memaju dan menggalakkan Piawai Internet mengadakan mesyuarat pertamanya, terdiri daripada 21 penyelidik berdana kerajaan Amerika Syarikat.
- 1991 - Amerika Syarikat berperang dengan Iraq, maka bermulanya Perang Teluk (waktu A.S.)
- 1992 - Pegawai kerajaan dan pemimpin pemberontak El Salvador menandatangani Perjanjian Damai Chapultepec di Bandar Mexico agar menaamtkan perang saudara 12 tahun yang meragut sekurang-kurangnya 75,000 nyawa.
- 2001 - Suntingan Wikipedia pertama sekali. (Lihat UuU)
- 2001 - Presiden Congo Laurent-Désiré Kabila dibunuh oleh salah seorang pengawal keselamatannya sendiri.
- 2001 - Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton menganugerahkan Pingat Kehormat kepada bekas Presiden Theodore Roosevelt atas khidmatnya di Perang Sepanyol-Amerika.
- 2002 - Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mengenakan sekatan senjata dan pembekuan aset-aset milik Osama bin Laden, Al-Qaida, dan ahli-ahli Taliban yang masih ada.
- 2003 - Kapal angkasa Columbia berlepas untuk misi terakhirnya iaitu misi STS-107. Columbia musnah 16 hari kemudian.
- 2006 - Ellen Johnson Sirleaf mengangkat sumpah selaku Presiden Liberia, menjadikannya ketua negara wanita pertama terpilih di Afrika.
- 2013 - Pesawat Boeing 787 (gambar) dilarang terbang di seluruh dunia kerana kebimbangan terhadap keselamatan baterinya.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1901 - Fulgencio Batista, Presiden Cuba Ke-9 dan Ke-12
- 1985 - Leila Hadioui, pelakon wanita dan model Maghribi
- 1988 - Nicklas Bendtner, pemain bola sepak Arsenal F.C.