1430H
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1430H. Untuk tahun 1430, lihat 1430. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1430 (nombor).
Tahun hijrah |
1428H 1429H - 1430H - 1431H 1432H |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Zulhijah
[sunting | sunting sumber]- 30 Zulhijah - Penemuan planet luar suria GJ 1214 b yang jisim dan jejarinya selaras dengan ciri planet lautan diumumkan.
- 28 Zulhijah - Kapal terbang penumpang berbadan lebar Boeing 787 Dreamliner (gambar), menjalankan penerbangan sulungnya.
- 20 Zulhijah - Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka di Copenhagen, Denmark.
- 16 Zulhijah - Teodoro Obiang Nguema Mbasogo (gambar) dipilih semula sebagai Presiden Guinea Khatulistiwa.
- 16 Zulhijah - Pengebom berani mati membunuh 22 orang, termasuk tiga orang menteri Kerajaan Persekutuan Peralihan, di Mogadishu, Somalia.
- 15 Zulhijah - Rwanda menjadi negara pertama diisytiharkan bebas periuk api di bawah Perjanjian Ottawa.
- 13 Zulhijah - Dalam proses menilai semula won Korea Utara, wang kertas kini tidak lagi sah diperlakukan, dan perniagaan ditutup sehingga wang baru dikeluarkan pada 7 Disember.
- 13 Zulhijah - José Mujica (gambar) dipilih sebagai Presiden Uruguay.
- 12 Zulhijah - Para pengundi di Switzerland bersetuju mengharamkan pembinaan menara masjid (gambar contoh) di negara itu dalam satu pungutan suara.
- 12 Zulhijah - Rwanda diterima masuk ke dalam Negara-Negara Komanwel melalui kriteria Edinburgh, menjadi anggota keduanya tanpa sebarang hubungan bersejarah rasmi dengan United Kingdom.
- 10 Zulhijah - Banjir kilat di pantai Laut Merah Arab Saudi semasa musim haji menyebabkan 104 orang maut dan lebih 350 lagi hilang.
- 9 Zulhijah - Keputusan siasatan terhadap penganiayaan seks dalam kawasan ketua biskop Katolik Rom Dublin diterbitkan.
- 7 Zulhijah - Lebih 300,000 haiwan disembelih bersempena perayaan Gadhimai di selatan Nepal, dalam korban haiwan terbesar di dunia.
- 7 Zulhijah - Bekas Perdana Menteri Thailand Samak Sundaravej meninggal dunia akibat barah hati.
- 6 Zulhijah - Kandungan laporan mengenai pemusnahan Masjid Babri (gambar) yang bocor menyebabkan perbalahan di parlimen India.
- 2 Zulhijah - Perdana Menteri Belgium Herman Van Rompuy (gambar) dipiilih sebagai Presiden Majlis Eropah tetap pertama.
Zulkaedah
[sunting | sunting sumber]- 26 Zulkaedah - Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura.
- 24 Zulkaedah - NASA mengumumkan yang projek LCROSS (gambar artis) menemui bukti wujudnya air di kawah Cabeus di Bulan.
- 21 Zulkaedah - Di Forum Kerjasama China–Afrika ke-4 di Mesir, Republik Rakyat China berjanji memberikan pinjaman mudah AS$10 juta untuk hubungan China-Afrika.
- 19 Zulkaedah - Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia 2009, menewaskan Kelantan 3-1.
- 17 Zulkaedah - Kemboja dan Thailand saling memanggil pulang duta mereka selepas kerajaan Kemboja melantik bekas Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra (gambar) sebagai penasihat ekonomi.
- 16 Zulkaedah - Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.
- 15 Zulkaedah - Republik Czech mengesahkan Perjanjian Lisbon, memuaskan langkah terakhir dalam penguatkuasaanya di Kesatuan Eropah.
- 14 Zulkaedah - Hamid Karzai (gambar) kekal sebagai Presiden Afghanistan selepas pencabarnya Abdullah Abdullah menarik diri daripada pusingan kedua.
- 11 Zulkaedah - ICANN membenarkan negara dan wilayah memohon domain Internet peringkat tinggi yang ditulis dalam abjad bahasa-asli mereka.
- 9 Zulkaedah - Penerbangan ujian pertama dalam program Ares I, Ares I-X berjaya dilancarkan NASA.
- 7 Zulkaedah - Zine El Abidine Ben Ali (gambar) memenangi penggal kelimanya sebagai Presiden Tunisia.
- 3 Zulkaedah - Sistem pengendalian Microsoft Windows 7 mula dijual kepada ramai.
- 1 Zulkaedah - ECOWAS menggantung keahlian Niger atas sebab krisis perlembagaannya yang masih berlangsung.
Syawal
[sunting | sunting sumber]- 28 Syawal - Jenson Button dan Brawn GP memenangi Kejohanan Formula Satu musim 2009.
- 24 Syawal - Di bawah skim One Laptop Per Child, Uruguay menjadi negara pertama membekalkan setiap pelajar sekolah rendah dengan sebuah komputer riba (gambar).
- 20 Syawal - Kapal angkasa lepas NASA LCROSS berjaya dalam misinya menghentam Bulan, dalam rangka mencari air.
- 20 Syawal - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009.
- 17 Syawal - Penemuan gelang Phoebe Zuhal (gambar bayangan artis), yang mempunyai jejari 200 kali ganda planet itu, diumumkan.
- 13 Syawal - Rio de Janeiro, Brazil, dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016.
- 12 Syawal - Mahkamah Agung United Kingdom (gambar bangunan) mula beroperasi, mengambil alih fungsi kehakiman Dewan Pertuanan.
- 11 Syawal - Satu gempa bumi 7.6 Mw di Sumatera, Indonesia mengorbankan lebih 1,100 orang.
- 10 Syawal - Satu gempa bumi 8.0 Mw di Kepulauan Samoa menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih 189 orang.
- 7 Syawal - Taufan Ketsana menyembabkan pengisytiharan "keadaan malapetaka" di 25 wilayah. Ia mengorbankan lebih 368 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja.
- 4 Syawal - Ribut debu (gambar), dikatakan "terburuk sejak 70 tahun", melanda beberapa negeri Australia, melitupi Brisbane, Canberra dan Sydney dengan debu merah.
- 2 Syawal - Pasukan lumba Renault F1 diberikan hukuman tergantung dua tahun oleh FIA, selepas mengaku bersalah bersubahat menyebabkan kemalangan sengaja di Grand Prix Singapura 2008.
Ramadan
[sunting | sunting sumber]- 27 Ramadan - Militan paling dikehendaki Indonesia Noordin Mohammad Top terbunuh dalam satu serbuan polis di Jawa Tengah.
- 26 Ramadan - Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.
- 21 Ramadan - Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian (gambar) dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah.
- 17 Ramadan - Trafik bertukar ke sebelah kiri jalan di Samoa, penukaran trafik seumpamanya yang pertama sejak hampir 40 tahun.
- 12 Ramadan - Satu gempa bumi mengorbankan 79 orang dan memusnahkan lebih 87,000 rumah dan pejabat di Jawa, Indonesia.
- 11 Ramadan - Fiji digantung daripada Negara-Negara Komanwel (gambar bendera) kerana enggan mengembalikan pilihan raya sebelum 2010 selepas rampasan kuasa pada 2006.
- 10 Ramadan - Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama (gambar) memenangi pilihan raya umum Jepun, mengakhiri pemerintahan berterusan hampir setengah abad oleh LDP.
Syaaban
[sunting | sunting sumber]- 29 Syaaban - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt mencipta rekod dunia lumba lari 100 m (9.58 s) dan 200 m (19.19 s) lelaki.
- 26 Syaaban - Kapal dagang MV Arctic Sea yang hilang sejak dirampas pada akhir Julai, dijumpai berhampiran Tanjung Verde oleh Tentera Laut Rusia.
- 23 Syaaban - Kerajaan British menggantung pemerintahan sendiri Kepulauan Turks dan Caicos sehingga dua tahun.
- 18 Syaaban - Taufan Morakot (gambar) mengorbankan lebih 100 orang di Filipina dan Taiwan selepas menghasilkan rekod hujan 2,777 mm.
- 15 Syaaban - 13 tahun selepas memutuskan hubungan diplomatik, Presiden Republik Demokratik Congo Joseph Kabila dan Presiden Rwanda Paul Kagame bertemu di Goma.
- 14 Syaaban - Mahmoud Ahmadinejad mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran bagi penggal kedua di tengah-tengah bantahan mengenai keputusan pilihan raya.
- 9 Syaaban - Gazprom melancarkan pembinaan saluran paip gas asli Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok.
- 9 Syaaban - Mahkamah Agung Pakistan mendapat bahawi darurat November 2007 yang diisytiharkan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak sah.
- 6 Syaaban - Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China mengadakan Dialog Ekonomi dan Strategik AS.-China yang pertama (gambar sesi pembukaan).
- 2 Syaaban - Kelahiran Panda Gergasi pertama yang ibunya dibuntingi dengan sperma beku diumumkan di Sichuan, China.
- 1 Syaaban - Susilo Bambang Yudhoyono terpilih semula sebagai Presiden Indonesia.
Rejab
[sunting | sunting sumber]- 28 Rejab - Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik (gambar gerhana separa).
- 24 Rejab - Letupan bom di Jakarta, Indonesia, membunuh sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- 19 Rejab - Javier Velásquez menjadi Perdana Menteri Peru.
- 16 Rejab - Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 12 Rejab - Sekurang-kurangnya 192 orang terbunuh dan 1,680 lagi cedera dalam rusuhan di Ürümqi, Republik Rakyat China (gambar).
- 12 Rejab - Pertubuhan Negara-negara Amerika menggantung keahlian Honduras disebabkan krisis politiknya baru-baru ini.
- 9 Rejab - Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (gambar bendera).
- 7 Rejab - Taliban menarik diri dari perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan, membunuh kira-kira 30 askar Pakistan tidak lama selepas mengumumkannya.
- 5 Rejab - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA 2009 selepas menewaskan Amerika Syarikat 3-2.
- 3 Rejab - Bintang pop Michael Jackson (gambar) meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Los Angeles pada usia 50 tahun.
- 1 Rejab - Satu letupan bom mengorbankan 69 orang dan mencederakan lebih 150 lagi di kawasan bandar Sadr Baghdad.
Jamadilakhir
[sunting | sunting sumber]- 28 Jamadilakhir - Dua kereta api berlanggar di Washington, D.C., mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.
- 28 Jamadilakhir - Presiden Republik Rusia Ingushetia Yunus-bek Yevkurov cedera parah dalam satu cubaan pembunuhan.
- 23 Jamadilakhir - Sekurang-kurangya 28 orang terbunuh dalam rusuhan membantah keputusan pilihan raya Presiden Iran 2009.
- 22 Jamadilakhir - Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg, Rusia.
- 19 Jamadilakhir - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran 2009.
- 17 Jamadilakhir - Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak selesema babi (H1N1) kini (gambar virus) sebagai pandemik, yang pertama sejak 1968.
- 17 Jamadilakhir - Manchester United F.C. menerima tawaran £80 juta daripada Real Madrid C.F. untuk Cristiano Ronaldo, satu rekod baru dalam bola sepak.
- 15 Jamadilakhir - Pelajar India merusuh di Melbourne dan Sydney akibat beberapa serangan terhadap orang India di Australia.
- 13 Jamadilakhir - Perikatan 14 Mac pimpinan Saad Hariri memenangi pilihan raya umum Lubnan 2009.
- 9 Jamadilakhir - Pertubuhan Negara-negara Amerika membatalkan penggantungan Cuba pada 1962.
- 8 Jamadilakhir - Mauricio Funes dilantik sebagai Presiden El Salvador.
- 7 Jamadilakhir - Penerbangan 447 Air France dengan 228 penumpang dan anak kapal terhempas di Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.
- 7 Jamadilakhir - Pengeluar kereta kedua terbesar di dunia General Motors memfailkan kemuflisan.
- 2 Jamadilakhir - Dalam bola sepak, FC Barcelona menewaskan Manchester United untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 (gambar piala).
Jamadilawal
[sunting | sunting sumber]- 29 Jamadilawal - Korea Utara mendakwa berjaya meletupkan ujian senjata nuklear di bawah tanah.
- 27 Jamadilawal - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun membunuh diri.
- 27 Jamadilawal - Madhav Kumar Nepal dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal.
- 22 Jamadilawal - Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan kemenangan dalam Perang Saudara setelah pemimpin Harimau Tamil Velupillai Prabhakaran dilaporkan terbunuh.
- 21 Jamadilawal - Dalia Grybauskaitė (gambar) terpilih sebagai Presiden Lithuania wanita pertama.
- 21 Jamadilawal - Pasukan badminton China mengekalkan kejuaraan Piala Sudirman, menewaskan Korea 3-0.
- 20 Jamadilawal - Dalam pilihan raya umum India 2009, Parti Bharatiya Janata mengaku kalah kepada Perikatan Progresif Bersatu, parti kerajaan campuran kini.
- 17 Jamadilawal - Suruhanjaya Eropah mendenda syarikat semikonduktor terbesar di dunia Intel Corporation €1.06 bilion kerana amalan anti-persaingan.
- 13 Jamadilawal - Parti Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono (gambar) mendapat undi terbanyak dalam pemilihan anggota Majlis Musyawarah Rakyat di Indonesia.
- 11 Jamadilawal - Penahanan pelarian paling dikehendaki Singapura Mas Selamat Kastari diumumkan polis Malaysia.
- 8 Jamadilawal - Perdana Menteri Nepal Prachanda meletakkan jawatan setelah tindakannya memecat ketua tentera Rookmangud Katawal ditentang Presiden Ram Baran Yadav.
Rabiulakhir
[sunting | sunting sumber]- 30 Rabiulakhir - Jenis baru selesema babi disahkan menjangkiti lebih 9,200 orang di seluruh dunia (gambar polis bertopeng) dan membunuh lebih 75 orang.
- 29 Rabiulakhir - Kongres Kebangsaan Afrika kehilangan majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya umum Afrika Selatan 2009.
- 24 Rabiulakhir - Satu kajian arkeologi kerajaan China menemui 290 km lagi Tembok Besar China.
- 24 Rabiulakhir - Persidangan Kajian Semula Durban berlangsung di Geneva, Switzerland.
- 16 Rabiulakhir - Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva (gambar) mengisytiharkan darurat di Bangkok dan kawasan sekitarnya selepas rusuhan Pattaya 2009 memaksa Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan.
- 11 Rabiulakhir - Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia dan dihukum 25 tahun penjara.
- 11 Rabiulakhir - Costa Rica, Filipina, Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD.
- 10 Rabiulakhir - Gempa bumi melanda L'Aquila, Itali, mengorbankan lebih 290 orang dan mencederakan 1,000 lagi.
- 8 Rabiulakhir - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
- 5 Rabiulakhir - Albania dan Croatia menyertai NATO.
- 2 Rabiulakhir - Dalam satu pungutan suara, Mayotte memilih untuk menjadi jabatan seberang laut Perancis.
Rabiulawal
[sunting | sunting sumber]- 30 Rabiulawal - Empangan Situ Gintung di Tangerang, Indonesia bocor, membanjiri ratusan rumah dan mengorbankan lebih 99 orang.
- 27 Rabiulawal - Gunung Berapi Redoubt (gambar) di Alaska, A.S. mengalami satu siri letusan.
- 23 Rabiulawal - Suatu gempa bumi dan letusan gunung berapi di dasar laut Hunga Tonga berlaku di Lautan Pasifik dekat Tongatapu, Tonga.
- 22 Rabiulawal - Banjir di Angola, Namibia dan Zambia membunuh lebih 130 orang dan meninggalkan 300 ribu lagi tanpa tempat berteduh.
- 20 Rabiulawal - Bekas datuk bandar Antananarivo Andry Rajoelina dilantik oleh tentera Madagaskar sebagai Presiden, menggantikan Marc Ravalomanana.
- 18 Rabiulawal - Bolak-balik angkasa lepas Discovery dilancarkan dari Florida, A.S., membawa susunan suria ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 15 Rabiulawal - Ahli perniagaan Amerika Syarikat Bernard Madoff mengaku bersalah terhadap penipuan pelaburan terbesar dalam sejarah A.S.
- 10 Rabiulawal - NASA melancarkan kapal angkasa lepas Kepler dalam misi mencari planet seperti Bumi.
- 7 Rabiulawal - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap untuk Presiden Sudan Omar al-Bashir atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap manusia.
- 5 Rabiulawal - Presiden Guinea-Bissau João Bernardo Vieira (gambar) dibunuh di kediamannya di Bissau.
- 1 Rabiulawal - Bekas Presiden Serbia Milan Milutinović dibebaskan dari tuduhan jenayah perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia.
Safar
[sunting | sunting sumber]- 28 Safar - Slumdog Millionaire memenangi lapan Anugerah Akademi termasuk "Gambar Terbaik".
- 25 Safar - Perdana Menteri Latvia Ivars Godmanis dan kerajaannya meletakkan jawatan.
- 20 Safar - Gunung berapi Andes Galeras meletus di Colombia, memaksa 8,000 orang berpindah.
- 16 Safar - Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri Zimbabwe.
- 12 Safar - Kebakaran belukar di Victoria, Australia (gambar) menyebabkan kematian lebih 200 orang dan kemusnahan lebih 2,000 rumah.
- 12 Safar - Lebih 100 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan di Antananarivo, Madagaskar.
- 8 Safar - Iran melancarkan Omid, satelit buatan sendirinya yang pertama.
Muharam
[sunting | sunting sumber]- 26 Muharam - Jumlah pengguna unik Internet dalam satu bulan mencecah 1 bilion pada Disember 2008.
- 23 Muharam - Barack Obama (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.
- 20 Muharam - Israel mengisytiharkan gencatan senjata satu pihak setelah korban konflik Gaza mencecah 1300 orang. Hamas turut berbuat demikian.
- 18 Muharam - Korban serangan Israel di Genting Gaza meningkat melebihi 1000 orang, kebanyakannya orang awam.
- 13 Muharam - Feri KM Teratai Prima terbalik dan karam di perairan Sulawesi, Indonesia, mengorbankan lebih 200 orang.
- 6 Muharam - Pasukan darat Israel mengepung Gaza selepas seminggu mengebom Hamas di kawasan tersebut.
- 6 Muharam - John Atta Mills dari Kongres Demokratik Kebangsaan terpilih sebagai Presiden Ghana.