1428H
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1428H. Untuk tahun 1428, lihat 1428. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1428 (nombor).
Tahun hijrah |
1426H 1427H - 1428H - 1429H 1430H |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Zulhijah
[sunting | sunting sumber]- 28 Zulhijah - Regata Langkawi 2008 berlangsung di Langkawi.
- 27 Zulhijah - Rali Dakar 2008 dibatalkan setelah 4 pelancong dibunuh di Mauritania.
- 13 Zulhijah - Parti Palang Prachachon memenangi pilihan raya umum Thailand.
- 9 Zulhijah - Lee Myung-bak (gambar) dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.
- 5 Zulhijah - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.
- 3 Zulhijah - Negara-negara ahli Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.
Zulkaedah
[sunting | sunting sumber]- 22 Zulkaedah - Keputusan Referendum Perlembagaan Venezuela 2007 menolak pindaan yang dicadangkan Presiden Hugo Chávez.
- 20 Zulkaedah - Bangkai pesawat Penerbangan 4203 Atlasjet ditemui di Turki. Tiada yang terselamat.
- 19 Zulkaedah - Darurat Pakistan 2007: Pervez Musharraf mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan, kini sebagai orang awam.
- 19 Zulkaedah - Pemberontakan Hotel Peninsula Manila 2007 tamat apabila Angkatan Tentera Filipina menyerbu hotel itu.
- 18 Zulkaedah - Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.
- 14 Zulkaedah - Parti Buruh Australia yang dipimpin Kevin Rudd memenangi pilihan raya persekutuan Australia 2007.
Syawal
[sunting | sunting sumber]- 29 Syawal - Lebih 10 ribu orang menyertai perhimpunan aman haram (gambar) menuntut pilihan raya bersih di Kuala Lumpur.
- 23 Syawal - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.
- 18 Syawal - Cristina Fernández de Kirchner (gambar) dipilih untuk menggantikan suaminya Néstor Kirchner sebagai Presiden Argentina.
- 9 Syawal - Kimi Räikkönen memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia Formula Satu 2007.
- 9 Syawal - Angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor selamat kembali ke Bumi dari ISS dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10.
- 8 Syawal - Ali Larijani (gambar) meletakkan jawatannya sebagai ketua perunding program nuklear Iran dan setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran.
- 7 Syawal - 126 penyokong Benazir Bhutto terbunuh dalam serangan bom di Karachi.
- 6 Syawal - Letupan bom di Makati, Manila, Filipina menyebabkan 9 orang terkorban.
- 6 Syawal - Tahanan ISA, Abd Malek Hussin mendapat ganti rugi RM2.5 juta.
- 4 Syawal - Siren di Gunung Kelud (gambar) berbunyi, tanda gunung berapi akan meletup bila-bila masa sahaja.
- 1 Syawal - Sheikh Muszaphar Shukor (gambar) selamat tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa setelah melalui orbit bumi dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 dan menjadi angkasawan Islam pertama yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
- 1 Syawal - Umat Islam di Malaysia, Thailand, Brunei dan lain-lain menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadan.
Ramadan
[sunting | sunting sumber]- 30 Ramadan - Hadiah Keamanan Nobel dianugerahkan kepada Al Gore dan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca.
- 30 Ramadan - Turki memanggil pulang duta ke Amerika Syarikat selepas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS meluluskan resolusi mengecam Penghapusan etnik Armenia semasa zaman Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 27 Ramadan - Sheikh Muszaphar Shukor (gambar) berlepas ke ISS dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan menaiki Soyuz TMA-11 pada 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).
- 26 Ramadan - Marion Jones atlet wanita Amerika Syarikat dipaksa memulangkan 5 pingat emas kerana kesalahan menggunakan steroid.
- 24 Ramadan - Pervez Musharraf (gambar) berjaya dipilih semula sebagai Presiden Pakistan oleh pihak Parlimen. Namun perlantikannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tertinggi terhadap kesahihan pilihan itu di sisi undang-undang.
- 22 Ramadan - Di Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan, pemimpin Korea Utara dan Selatan, Kim Jong-il dan Roh Moo-hyun menandatangani deklarasi bersama untuk menamatkan Perang Korea.
- 21 Ramadan - Kontraktor tentera pengiring keselamatan diplomat Blackwater USA disahkan menembak membuta-tuli dalam peristiwa tembak-menembak di Iraq.
- 20 Ramadan - Jeneral Sonthi Boonyaratglin mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand.
- 18 Ramadan - Haile Gebrselassie memecahkan rekod maraton dunia dengan masa 2:04:26 di Berlin.
- 18 Ramadan - Jerman menewaskan Brazil untuk memenangi Piala Dunia FIFA Wanita 2007 di Shanghai, China.
- 15 Ramadan - 1500 peguam dari Majlis Peguam Malaysia berarak secara aman ke Jabatan Perdana Menteri menuntut siasatan klip video hakim dan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman yang bebas.
- 15 Ramadan - Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Hague menghukum Mile Mrkšić and Veselin Šljivančanin 20 dan 5 tahun penjara kerana Pembunuhan Vukovar 1991 di Croatia.
- 13 Ramadan - Yasuo Fukuda terpilih untuk menggantikan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (gambar) yang meletakkan jawatan.
- 12 Ramadan - Sami Buddha (gambar) menyertai rakyat Myanmar berarak di jalan raya membantah kenaikan harga petroleum sehingga 500 %.
- 4 Ramadan - Sebuah kapal terbang terbabas di Phuket mengorbankan 89 penumpang.
Syaaban
[sunting | sunting sumber]- 30 Syaaban - Gempa bumi terjadi di Bengkulu dengan kekuatan 8.4 pada skala Richter.
- 29 Syaaban - Paip gas milik syarikat Pemex di Mexico diletupkan oleh tentera Zapatista.
- 28 Syaaban - Pelari pecut dari Jamaica, Asafa Powell mencipta rekod lari 100 meter baru dengan 9.74 saat di Grand Prix IAAF di Rieti, Itali.
- 26 Syaaban - Tumpuan persidangan APEC di Sydney ialah pemanasan global.
- 21 Syaaban - Taufan Felix (gambar) melanda Nicaragua sebagai taufan Kategori 5 dan mengakibatkan kematian 38 orang.
- 19 Syaaban - Bom kereta di Lapangan terbang Nato Afghanistan 2007.
- 14 Syaaban - Anwar Ibrahim (gambar) memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008.
- 13 Syaaban - Rusia secara rasminya mengakui kemerdekaan Abkhazia dan Ossetia Selatan.
- 11 Syaaban - Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- 10 Syaaban - Barack Obama memilih Joe Biden, Senator Demokrat dari Delaware, sebagai calon naib presiden di dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008.
- 7 Syaaban - Presiden Zambia, Levy Mwanawasa (gambar) meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar beberapa minggu sebelumnya.
- 6 Syaaban - Pervez Musharraf meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan.
- 4 Syaaban - Michael Phelps memenangi pingat emas kelapannya di Sukan Olimpik Beijing 2008, mengatasi rekod Mark Spitz untuk emas paling banyak dalam satu Sukan Olimpik.
- 3 Syaaban - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt (gambar) memenangi pingat emas dalam acara pecut 100-meter dan memecahkan rekod dunia dengan catatan masa 9.69 saat.
- 2 Syaaban - Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal.
Rejab
[sunting | sunting sumber]- 28 Rejab - Rusia menghentikan serangannya ke atas Georgia dan bersetuju dengan rancangan gencatan senjata Kesatuan Eropah.
- 27 Rejab - Banjir Vietnam 2007.
- 26 Rejab - Parlimen Georgia meluluskan keadaan perang (gambar pelarian) di seluruh negara untuk 15 hari selepas Rusia membalas serangannya terhadap Ossetia Selatan.
- 21 Rejab - Satu serangan terhadap pos polis berhampiran Kashgar di Xinjiang, China menyebabkan kematian 16 pegawai manakala 16 lagi cedera.
- 17 Rejab - Majlis Keselamatan PBB bersetuju menghantar pasukan pengaman UNAMID ke Darfur bagi menyelesaikan konflik Darfur.
- 17 Rejab - Beberapa orang rakyat Korea Selatan yang diculik telah dibunuh oleh Taliban kerana Hamid Karzai berdolak-dalih.
- 15 Rejab - Iraq membuat kejutan dengan menjuarai kejohanan Piala Asia 2007.
- 11 Rejab - Pratibha Patil menjadi wanita pertama dilantik menjadi Presiden India.
- 8 Rejab - Menara Burj Dubai (gambar) menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan 512.1 meter, mengatasi Taipei 101.
- 2 Rejab - IAEA mengesahkan bahawa Korea Utara telah menutup reaktor nuklear utamanya (gambar) di Yongbyon.
- 2 Rejab - Satu gempa bumi berukuran 6.8 melanda Jepun dan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif.
Jamadilakhir
[sunting | sunting sumber]- 19 Jamadilakhir - Alan Johnston, wartawan BBC yang diculik pada Mac lalu, dibebaskan.
- 3 Jamadilakhir - Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu mula dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Jamadilawal
[sunting | sunting sumber]- 29 Jamadilawal - Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmud Abbas memansuhkan kerajaan demokrasi Hamas setelah konfliknya dengan Fatah bertambah tegang.
- 24 Jamadilawal - Banjir kilat di Kuala Lumpur terjadi lagi selama 4 jam apabila Sungai Gombak dan Sungai Klang gagal menampung air hujan luar biasa.
- 23 Jamadilawal - Majlis akad nikah Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dengan Jeanne Abdullah selamat diadakan di Putrajaya.
- 21 Jamadilawal - Kunjungan bekas Presiden Republik China Lee Teng-Hui ke Kuil Yasukuni dibantah rakyat China. Abangnya pernah menjadi tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
- 15 Jamadilawal - Agensi risik Israel Shin Beit didedahkan terlibat dalam Rampasan Air France 1976 yang dilakukan Barisan Pembebasan Popular Palestin (PLFP).
- 13 Jamadilawal - Mahkamah Persekutuan Malaysia menolak rayuan Lina Joy untuk membuang perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.
- 2 Jamadilawal - Perkahwinan diraja antara Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson (gambar) selamat dilangsungkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Rabiulakhir
[sunting | sunting sumber]- 24 Rabiulakhir - Tony Blair mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain pada 27 Jun 2007.
- 9 Rabiulakhir - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 di Istana Negara.
- 8 Rabiulakhir - Sebuah planet luar suria yang seakan-akan bumi, Gliese 581 c, ditemui di buruj Libra dan mungkin mampu menyokong hidupan.
- 1 Rabiulakhir - Perang Iraq: Sekurang-kurangnya 183 orang terbunuh dalam pengeboman terburuk di Baghdad sejak "operasi keselamatan" bermula dua bulan lalu.
Rabiulawal
[sunting | sunting sumber]- 28 Rabiulawal - Satu siri tembakan yang membunuh 33 orang dan mencederakan 29 yang lain terjadi di Virginia Polytechnic Institute and State University di Blacksburg, Virginia, A.S.
- 24 Rabiulawal - Perang Iraq: Satu letupan di kafeteria Perhimpunan Kebangsaan Iraq membunuh lapan orang termasuk seorang ahli parlimen.
- 22 Rabiulawal - Analisis spektroskop HD 209458 b (gambar), sebuah planet luar suria di buruj Pegasus, memberikan bukti pertama kehadiran wap air atmosfera di luar Sistem Suria.
- 16 Rabiulawal - Lima belas anggota Royal Navy yang dituduh menceroboh masuk ke perairan Iran dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.
Safar
[sunting | sunting sumber]- 24 Safar - Tabung Alam Sedunia (WWF) mengumumkan penemuan spesies baru di Kepulauan Melayu, Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi).
- 21 Safar - Kejohanan Badminton Seluruh England tamat dengan China memenangi semua kategori kecuali beregu lelaki yang dimenangi pasangan Malaysia.
Muharam
[sunting | sunting sumber]- 23 Muharam - Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan dimenangi Anthony Charteau dari pasukan Crédit Agricole.
- 12 Muharam - Sebuah helikopter milik Malaysian Helicopter Services terhempas di Laut China Selatan menyebabkan seorang penumpang maut.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]- 17 Zulhijah - Benazir Bhutto (gambar) disahkan terbunuh dalam serangan berani mati di Rawalpindi, Pakistan jam 9.45 malam.
- 30 Ramadan - Perdana Menteri Myanmar, Soe Win meninggal dunia akibat leukemia.
- 24 Syaaban - Luciano Pavarotti , pemain tenor Itali telah meninggal dunia.