Pergi ke kandungan

Tef

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tef
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
E. tef
Nama binomial
Eragrostis tef
(Zucc.) Trotter

Tef (Amhara: ጤፍ ṭēff, Arab: طیف ṭīf; nama saintifik: Eragrostis tef) adalah sejenis rumput kemucup semusim berasal dari Tanduk Afrika, terutamanya di Habsyah dan Eritrea.[1][2]

Ia ditanam untuk mendapatkan biji-biji benih kecilnya yang dituai sebagai bijirin penting masyarakat setempat sana[1][2] terutamanya untuk membuat injera yang ruji; sebanyak 6.5 juta orang petani di Habsyah bergantung kepada tanaman ini sebagai saraan hidup mereka.[3] Tef adalah salah satu tanaman awal yang dijinakkan[4] dari seawal antara 4000 SM dan 1000 SM dari spesies E. pilosa sebagai tumbuhan moyang liar yang paling berkemungkinan.[5]

Biji-biji tef yang kecil dibezakan dari biji-biji betari

Tef tumbuh menjambak tinggi dengan banyak pucuk cambahan. Akarnya menyerabut cetek meliputi kawasan sekeliling agak besar.[6] Tumbuhan ini dapat biasa hidup dalam pelbagai keadaan persekitaran[7] baik di tanah kering mahupun basah. [6]

Biji-biji benih yang dihasilkan berwarna putih hingga perang kemerahan[7][8] dengan ukuran sangat kecil berukuran diameter kurang dari 1 mm;[6] hal ini memberi nama tumbuhan ini dari ጠፍፋ teffa bererti "tercicir" dalam bahasa Amhara.[9][6] Seribu butir biji benih ini keseluruhannya ditimbang seberat kira-kira 0.3 gram[10]

Biji-biji tef diadun terperam untuk membuat sejenis roti iaitu injera[11] dimakan dengan lauk daging atau sayur;[7] ia kadangkala juga dimakan sebagai bubur. [7] Tef dapat juga digunakan untuk membuat minuman keras arak'e atau katikalla [7] atau bir seperti t'ella atau fersso.[8] Ia juga dicampurkan bersama kekacang lain seperti kacang kedelai dan kacang kuda untuk menghasilkan makanan bayi.[7]

Sisa jerami ditinggalkan dari kerja tuaian dijadikan pakan untuk haiwan ternakan[6] atau sebagai bahan pengukuh dinding binaan rumah-rumah kayu.[8]

  1. ^ a b Aptekar, Lewis (2013). In the Lion's Mouth: Hope and Heartbreak in Humanitarian Assistance (ed. 2nd). XLibris LLC. m/s. 9. ISBN 978-1-4836-9519-8. OCLC 922837922.
  2. ^ a b National Research Council (14 February 1996). "Tef". Lost Crops of Africa: Volume I: Grains. Lost Crops of Africa. 1. National Academies Press. m/s. 222. doi:10.17226/2305. ISBN 978-0-309-04990-0. Dicapai pada 18 July 2008.
  3. ^ Nurse, Earl (18 December 2015). "Teff, the Ethiopian superfood that used to be banned". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-14. Dicapai pada 2019-03-14.
  4. ^ Murphy, Denis J. (2007). People, Plants, and Genes: The Story of Crops and Humanity. Oxford: Oxford University Press. ISBN 9780199207145.
  5. ^ Ingram, Amanda L.; Doyle, Jeff J. (2003). "The origin and evolution of Eragrostis tef (Poaceae) and related polyploids: Evidence from nuclear waxy and plastid rps16". American Journal of Botany. 90 (1): 116–122. doi:10.3732/ajb.90.1.116. JSTOR 4122731. PMID 21659086.
  6. ^ a b c d e Encyclopaedia Britannica. (2016) Teff, Grain. URL: https://www.britannica.com/plant/teff (Status: 14.11.2018)
  7. ^ a b c d e f Ketema, Seyfu (1997). Tef, Eragrostis tef (Zucc.) Trotter (PDF). Promoting the conservation and use of underutilized and neglected crops. 12. Institute of Plant Genetics and Crop Plant Research (IPGRI). Rome, Italy: Bioversity International. ISBN 9290433043. OCLC 37605548. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Ketema1997" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ a b c Food and Agriculture Organization of the United Nations. (2018). Traditional Crops – Teff. URL: http://www.fao.org/traditional-crops/teff/en/ (Status: 14.11.2018)
  9. ^ Stallknecht, G.F.; Gilbertson, Kenneth M.; Eckhoff, J.L. (1993). Janick, J.; Simon, J.E. (penyunting). "Teff: Food Crop for Humans and Animals". New Crops. Wiley: 231–234.
  10. ^ Sadik, J.A.; Demelash, Biresaw; Gizaw, Mengistu (2012). "Hydration kinetics of teff grain". Agricultural Engineering International: CIGR Journal. 15 (1): 124–130.
  11. ^ Davidson, Alan (2014). Jaine, Tom (penyunting). The Oxford Companion to Food (ed. 3rd). Oxford: Oxford University Press. m/s. 812. ISBN 978-0-19-967733-7.

 

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]