Estonia
Republik Estonia Eesti Vabariik | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Mu isamaa, mu õnn ja rõõm ("Tanahairku, Kebahagiaanku") | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Tallinn | ||||
Bahasa rasmi | Estonia1 | ||||
Kumpulan etnik | 68.8 % Estonia 25.5 % Rusia 5.7 % kelompok minoriti yang lain[1] | ||||
Kerajaan | Republik berparliamen | ||||
• Presiden | Alar Karis | ||||
Kristen Michal (RE) | |||||
Kemerdekaan dari | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 45,228 km2 (17,463 bt2) (132nd2) | ||||
4.45% | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2023 | 1,365,884[2] | ||||
• Bancian Penduduk 2021 | 1,331,824[3] | ||||
30.6/km2 (79.3/sq mi) (148th) | |||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD61.757 bilion[4] (ke-113) | ||||
▲ USD46,385 [4] (ke-40) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD41.55 billion[4] (ke-102) | ||||
▲ USD31,207[4] (ke-37) | |||||
Gini (2021) | 30.6[5] sederhana | ||||
HDI (2021) | ▲ 0.890[6] sangat tinggi · ke-31 | ||||
Mata wang | Euro ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC 2 (EET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC 3 (EEST) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | 372 | ||||
Kod ISO 3166 | EE | ||||
DPT internet | .ee3 | ||||
|
Estonia (bahasa Estonia: Eesti), rasminya Republik Estonia (bahasa Estonia: Eesti Vabariik), merupakan sebuah negara di kawasan Baltik Eropah Utara. Estonia bersempadan dengan Teluk Finland di utara, Laut Baltik di barat, Latvia di selatan (343 km), dan Tasik Peipus dan Rusia di timur (338,6 km)[9]. Keluasan wilayah seluas 45,227 km2 (17,462 bt2) dan dipengaruhi iklim sederhana. Bangsa Estonia tergolong daripada orang Finnik manakala bahasa rasminya ialah bahasa Estonia yang merupakan sejenis bahasa Finno-Ugrik.
Estonia merupakan sebuah republik yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan yang mempunyai 15 daerah. Ibu kota dan bandar terbesarnya ialah Tallinn. Dengan populasi 1.29 juta, Estonia merupakan antara negara yang mempunyai kependudukan yang paling sedikit dalam Kesatuan Eropah, Zon euro, dan NATO. Estonia juga mempunyai produk domestik kasar per kapita yang tertinggi antara bekas republik Soviet.[10] Estonia disenaraikan sebagai negara yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia manakala Tabung Kewangan Antarabangsa mengiktirafkannya sebagai negara ekonomi maju dengan keahliannya dalam Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengklasifikasikan Estonia sebagai negara maju dengan Indeks Pembangunan Manusia yang sangat tinggi,[11] dan bertaraf tinggi dalam hal kebebasan media (ke-3 di dunia pada 2012[12]), kebebasan ekonomi, kebebasan politik dan pendidikan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Prasejarah
[sunting | sunting sumber]Penempatan manusia di Estonia bermula pada 11,000 sehingga 13,000 tahun lalu, apabila batu ais era glasier mula ciar. Penempatan tertua Estonia ialah penempatan Pulli, yang dahulunya terletak di tebing Sungai Pärnu, berhampiran berdekatan bandar Sindi, di barat-daya Estonia. Berdasarkan pentarikhan radiokarbon penempatan dihuni sejak kira-kira 11,000 tahun lalu pada permulaan milenium ke-9 SM.
Bukti tentang pemburuan dan pemancingan kumpulan seawal 6500 SM wujud berhampiran pekan Kunda di utara Estonia. Artifak tulang dan batu yang sama dengan yang dijumpai di Kunda juga ditemui di tempat lain di Estonia, Latvia, utara Lithuania, dan selatan Finland. Kebudayaan Kunda berasal dari Zaman Batu Pertengahan atau zaman mesolitik.
Perubahan budaya berlaku pada pengakhiran Zaman Gangsa dan awal Zaman Besi. Perubahan yang paling ketara ialah peralihan ke pertanian, yang menjadi teras ekonomi dan kebudayaan zaman tersebut. Antara abad ke-1 dan ke-5 SM masyarakat berasaskan pertanian mula wujud, kependudukannya bertambah dan penempatannya mula meluas. Pengaruh budaya Empayar Rom mula mempengaruhi Estonia.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
The first mention of the people inhabiting present-day Estonia is by the Roman historian Tacitus, who in his book Germania (ca. AD 98) describes the Aesti tribe. Tacitus mentions their term for amber in an apparently Latinised form, glesum (cf. Latvian glīsas). This is the only word of their language recorded from antiquity. In spite of this point, the Aestii are generally considered the ancestors of the later Baltic peoples.[14][15][16]
Dokumentasi masyarakat pertama yang menghuni kawasan yang kini dikenali sebagai Estonia ialah suku Aesti, menurut sejarawan Rom, Tacitus, dalam bukunya Germania (kira-kira 98 M). Tacitus menulis istilah-istilah mereka untuk batu ambar dalam bentuk yang dilatinkan, glesum (dari bahasa Latvi glīsas). Inilah satu-satunya kata dari bahasa mereka yang terakam dari zaman kuno. Meskipun demikian, suku Aesti pada umumnya dipandang sebagai nenek moyang orang Baltik.
Zaman Besi lebih bermasalah dan dikuasai oleh peperangan diikuti dengan bahaya-bahaya dari luar kawasan yang berasal dari suku-suku Baltik, yang menyerang melintasi sempadan darat selatan, dan dari seberang laut. Beberapa saga Scandinavia menuliskan kempen pembalasan melawan Estonia. Pembajak Estonia menjalankan serbuan melawan Viking. "Perompak pagan" yang menjarah bandar kecil Sigtuna (kini termasuk Sweden) pada permulaan Zaman Pertengahan, pada tahun 1187, adalah orang Estonia.
Pada abad ke-1 M, pembahagian politik dan pentadbiran mula dilakukan di Estonia. Dua pembahagian kawasan yang besar muncul: wilayah (bahasa Esti: kihelkond) dan tanah (bahasa Esti: maakond). Wilayah terdiri daripada beberapa kampung atau kawasan-ketua. Hampir semua wilayah mempunyai minimum satu benteng. Pertahanan daerah tempatan dipimpin oleh pegawai tertinggi, raja atau ketua. Pada abad ke-13 tanah-tanah besar seterusnya juga dikembangkan di Estonia: Revala, Harju, Saare, Hiiu, Lääne, Alempois, Sakala, Ugandi, Jogentagana, Soopoolitse, Vaiga, mohu, Nurmekund, Järva, dan Virumaa.
Estonia memelihara agama pagan yang bertumpu pada satu dewa yang disebut Tarapita. Kisah Henry dari Livonia menyebutkan Tharapita sebagai dewa tertinggi penduduk Pulau Saaremaa, juga dikenali oleh suku-suku Vironia utara Estonia.
Zaman pertengahan
[sunting | sunting sumber]Pada permulaan abad ke-13, Lembitu, seorang ketua suku Sakala berupaya menyatukan masyarakat Estonia dan menggagalkan usaha penaklukan oleh bangsa Denmark dan Jerman pada Perang Salib Livonia. Dia menyusun tentera angkatan darat yang terdiri daripada 6,000 lelaki dewasa Estonia dari bermacam-macam negara, tetapi dia terbunuh dalam Pertempuran Hari Santo Matius pada bulan September 1217.
Pada tahun 1228, selepas Perang Salib Livonia, hingga dekad 1560-an, Estonia menjadi sebahagian daripada Terra Mariana, yang dibentuk pada tarikh 2 Februari 1207 sebagai sebuah kepangeranan Empayar Rom Suci dan diisytiharkan oleh Paus Innocencius III pada tahun 1215 sebagai wilayah bawahan Takhta Suci. Bahagian selatan negara ini ditakluk oleh Persaudaraan Pedang Livonia yang menggabung dengan Kesatria Teuton pada tahun 1237 dan menjadi cabangnya yang dikenali sebagai Ordo Livonia. Di bahagian utara negara ini dibentuk Kadipaten Estonia sebagai sebuah dominion langsung Raja Denmark dari tahun 1219 sehingga tahun 1346 ketika wilayah itu dijual kepada Kesatria Teuton dan menjadi sebahagian daripada Ordenstaat.Pada tahun 1343, masyarakat Estonia Utara dan Saaremaa memberontak melawan kuasa Jerman dalam Pemberontakan Malam Santo George, yang berjaya dipadamkan pada tahun 1345.
Reval (dikenali sebagai Tallinn sejak tahun 1918) memperoleh hak Lübeck pada tahun 1248 dan menggabungi sebuah perikatan kesatuan pekerja perdagangan yang disebut Liga Hansa pada akhir abad ke-13.
Setelah Order Teuton mengalami kemunduran mengikuti kekalahannya dalam Pertempuran Grunwald pada tahun 1410, dan kekalahan Order Livonia dalam Pertempuran Pabaiskas pada tarikh 1 September 1435, perjanjian Gabungan Livonia ditandatangani pada tarikh 4 Disember 1435.Kadipaten Agung Moscow dan Empayar Rusia mengupayakan serbuan pada tahun 1481 dan 1558, walaupun gagal. Gabungan Livonia dinyatakan bubar akan selepas Perang Livonia (1558-1582). Peperangan telah mengurangkan jumlah penduduk Estonia dari kira-kira 250.000-300.000 jiwa sebelum Perang Livonia menjadi kira-kira 120.000-140.000 jiwa pada dekad 1620-an.
Reformasi dan Estonia Sweden
[sunting | sunting sumber]Reformasi di Eropah rasminya bermula pada tahun 1517 oleh Martin Luther (1483-1546) dan 95 dalilnya. Reformasi ini menghasilkan perubahan besar di wilayah Baltik. Gagasan-gagasan yang masuk ke dalam Gabungan Livonia sangatlah cepat dan pada dekad 1520-an mereka cukup terkenal. Bahasa, pendidikan, agama, dan politik bertransformasi besar-besaran. Perkhidmatan gereja disajikan menggunakan bahasa daerah, tidak lagi bahasa Latin, yang sebelumnya digunakan.Dalam Perang Livonia pada tahun 1561, Estonia Utara berada di bawah kawalan Sweden. Estonia Selatan pada dekad 1560-an berbentuk Kadipaten Livonia yang autonomi dalam Komanwel Poland-Lithuania di bawah pengawasan gabungan Mahkota Kerajaan Poland dan Kadipaten Agung Lithuania, terdiri dari dua kepangeranan Estonia sekarang: kepangeranan Dorpat (daerah Tartu) dan kepangeranan Parnawa (daerah Pärnu). Pada tahun 1629, daratan besar Estonia seluruhnya menjadi berada di bawah kuasa Sweden. Estonia secara pentadbiran dibahagikan kepada Wilayah Estonia di utara dan Livonia di selatan Estonia dan utara Latvia, sebuah pembahagian kawasan yang masih berlangsung hingga permulaan abad ke-20.
Pada tahun 1631, Raja Sweden, Gustavus II Adolfus memaksa kaum bangsawan untuk memberi kaum tani hak-hak yang lebih besar, walaupun perhambaan masih dipertahankan. Pada tahun 1632, sebuah media cetak dan universiti ditubuhkan di Kota Dorpat (dikenali sebagai Tartu sejak tahun 1918). Tempoh ini dikenali dalam sejarah Estonia sebagai "Zaman Sweden Tua yang Baik".
Pertumbuhan penduduk yang stabil tetap berlangsung hingga menjangkitnya wabak pada tahun 1657. Kelaparan besar pada tahun 1695-1697 telah mengorbankan kira-kira 70,000 jiwa, atau hampir 20% penduduk ketika itu.
Empayar Rusia
[sunting | sunting sumber]Setelah penyerahan Estonia dan Livonia pada Perang Utara Besar, Empayar Sweden kehilangan Estonia yang menjadi milik Russia mengikut Perjanjian Nystad. Tetapi, kelas-kelas tinggi dan menengah-tinggi masih dikuasai oleh Jerman Baltik. Perang telah mengurangkan populasi Estonia, tetapi pulih kembali dengan cepat. Walaupun hak-hak petani pada awalnya diperlemah, perhambaan dihapuskan pada tahun 1816 di Wilayah Estonia dan pada tahun 1819 di Livonia. Selepas Revolusi Rusia, Tallinn berada di bawah kawalan Soviet sampai tarikh 24 Februari 1918, ketika kemerdekaan Estonia diumumkan.
Penyataan kemerdekaan
[sunting | sunting sumber]Sebagai hasil dari penghapusan perhambaan dan ketersediaan pendidikan bagi penduduk asal yang tidak berbahasa Estonia, gerakan aktif nasionalis Estonia ditubuhkan pada abad ke-19. Gerakan ini bermula pada tataran budaya, hasilnya adalah pendirian kesusasteraan bahasa Estonia, teater, dan muzik profesional dan membuka jalan bagi pembentukan jatidiri kebangsaan Estonia dan kebangkitan nasional Estonia. Di antara para pemimpin pergerakan adalah Johann Voldemar Jannsen, Jakob Hurt, dan Carl Robert Jakobson.
Pencapaian yang penting adalah penerbitan epos kebangsaan, Kalevipoeg, pada tahun 1862, dan penyelenggaraan festival lagu kebangsaan pertama pada tahun 1869. Sebagai aksi tandingan tempoh Rusifikasi yang diasaskan Empayar Rusia pada dekad 1890-an, nasionalisme Estonia lebih bernada politik, yang pada saat itu kaum terpelajar menyeru autonomi yang diperluaskan, dan kemudian, kemerdekaan penuh dari Empayar Russia.
Setelah kaum Bolshevik mengambil alih kuasa di Rusia menyusul Revolusi Oktober pada tahun 1917 dan kemenangan Jerman melawan tentera Rusia, antara mundurnya Tentera Merah Rusia dan kedatangan tentera Jerman, Jawatankuasa Penyelamatan Estonia dari Maapäev mengumumkan kemerdekaan Estonia di Pärnu pada tarikh 23 Februari 1918 dan di Tallinn pada tarikh 24 Februari 1918.
Setelah memenangi Perang Kemerdekaan Estonia melawan Rusia Soviet dan Freikorps Jerman dan sukarelawan Pertahanan Darat Baltik, Perjanjian Damai Tartu ditandatangani pada tarikh 2 Februari 1920. Republik Estonia diakui (de jure) oleh Finland pada tarikh 7 Julai 1920, oleh Poland pada tarikh 31 Disember 1920, oleh Argentina pada tarikh 12 Januari 1921 dan oleh Sekutu Barat pada tarikh 26 Januari 1921.
Estonia memelihara kemerdekaan selama 22 tahun. Mulanya menganut demokrasi berparlimen, parlimen (Riigikogu) dibubarkan pada tahun 1934, setelah berlakunya kekacauan politik yang disebabkan oleh krisis ekonomi global. Kemudian negara ini ditetapkan mengikut dekret oleh Konstantin pats, yang menjadi Presiden pada tahun 1938, iaitu tahun ketika pemilihan ahli parlimen diadakan.
Perang Dunia II
[sunting | sunting sumber]Nasib Estonia pada Perang Dunia II ditentukan oleh Pakatan Non-agresif Jerman-Soviet dan Protokol Tambahan Rahsia pada bulan Ogos 1939. Anggaran jumlah korban Perang Dunia II di Estonia sebanyak 25% populasi, merupakan salah satu yang tertinggi di Eropah. Korban tewas akibat perang dan pendudukan ditaksir sejumlah 90.000 jiwa. Ini termasuk pengusiran Soviet pada tahun 1941, pengusiran Jerman dan korban Holocaust.Perang Dunia II bermula dengan penyerbuan dan penyelesaian beruntun sekutu kawasan penting Estonia - Poland, melalui operasi gabungan Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet.
Penyerbuan dan pendudukan oleh Soviet
[sunting | sunting sumber]Nasib Republik Estonia sebelum Perang Dunia II ditentukan oleh Pakatan Non-agresif Jerman-Soviet Ogos 1939 selepas Stalin meraih perjanjian Hitler untuk membahagikan Eropah Timur menjadi "bola-bola kepentingan khusus" menurut Pakatan Molotov-Ribbentrop dan Protokol Tambahan Rahsia.
Pada tarikh 24 September 1939, beberapa kapal perang Tentera Laut Soviet Union merapat ke pelabuhan-pelabuhan Estonia dan pesawat pengebom Soviet mula berkawal di langit Tallinn dan perkampungan yang mengelilinginya.Kerajaan Republik Estonia dipaksa bersetuju perjanjian yang membolehkan Kesatuan Soviet mendirikan pangkalan tentera dan menempatkan 25,000 tentera di daratan Estonia untuk "pertahanan bersama".Pada tarikh 12 Jun 1940, arahan untuk mengadakan sekatan tentera total terhadap Estonia diberikan kepada Armada Baltik Soviet.
Pada tarikh 14 Jun 1940, sementara perhatian dunia sedang memusat pada jatuhnya Paris ke tangan Jerman Nazi sehari sebelumnya, sekatan tentera Soviet terhadap Estonia mula berlaku, dua pesawat pengebom milik Soviet berjaya menembak jatuh pesawat penumpang milik Finland "Kaleva" yang terbang dari Tallinn menuju Helsinki mengangkut tida pakej (bungkusan) diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat di Tallinn, Riga, dan Helsinki.Pada tarikh 16 Jun 1940, Kesatuan Soviet menyerbu Estonia. Tentera Merah keluar dari pangkalan tentera mereka di Estonia pada tarikh 17 Jun.Keesokan harinya, kira-kira 90,000 tentera tambahan memasuki negara ini. Untuk menghadapi tentera Soviet yang melimpah ruah, Kerajaan Estonia menyerah pada tarikh 17 Jun 1940 untuk mengelakkan pertumpahan darah.
Pendudukan tentera Estonia berakhir pada tarikh 21 Jun 1940. Sebahagian besar Tentera Estonia menyerah atas dasar komando Kerajaan Estonia yang percaya bahawa berkeras berlangsung tidak berguna dan bahkan akan dilucuti oleh Tentera Merah.Hanya Batalion Isyarat Bebas Estonia yang tetap bersiaga di Tallinn di Jalan Raua yang menunjukkan sikap pertahanannya terhadap Tentera merah dan Milisi Komunis yang disebut "Bela Diri Rakyat" pada tarikh 21 Jun 1940.Ketika Tentera Merah dibawa dalam penambahan kekuatan yang disokong oleh enam kenderaan tempur perisai, pertempuran berlangsung selama beberapa jam sehingga matahari terbenam. Pada akhirnya pertahanan tentera diberhentikan dengan rundingan dan Batalion Isyarat Bebas menyerah dan dilucuti.Ada dua pegawai Estonia yang tewas, Aleksei Männikus dan Johannes mandre, dan beberapa yang lain cedera di pihak Estonia dan kira-kira 10 terbunuh dan lebih banyak terluka di pihak Soviet.Milisi Soviet yang turut serta dalam pertempuran ini dipimpin oleh Nikolai Stepulov.
Pada tarikh 6 Ogos 1940, Estonia secara tidak sah diambil-alih oleh Kesatuan Soviet sebagai Republik Sosialis Soviet Estonia.Peralihan perlembagaan Estonia yang memerlukan referendum untuk menentukan penggabungan dengan unit supra-nasional ternyata diabaikan. Sebagai gantinya, pungutan suara untuk menggabungi Kesatuan Soviet justeru diadakan dalam pemilihan palsu yang dilakukan sebulan sebelum. Selain itu, mereka yang gagal menunaikan "tugas politik" mereka untuk memberikan suara sokongan bagi penggabungan Estonia ke dalam Kesatuan Soviet, khususnya mereka yang gagal mendapatkan pengesahan pasport mereka untuk ikut memilih, dihukum mati oleh mahkamah Soviet. Penindasan dilanjutkan dengan pengusiran besar -besaran yang dilaksanakan Soviet di Estonia pada tarikh 14 Jun 1941. Ada banyak cendekiawan dan pimpinan politik Estonia yang terbunuh atau diusir ke tempat yang jauh di Kesatuan Soviet oleh penguasa Soviet pada tahun 1940-1941. Penindasan juga ditujukan kepada ribuan rakyat biasa.
Ketika Operasi Barbarossa dimulakan Jerman melawan Kesatuan Soviet, kira-kira 34.000 pemuda Estonia dipaksa bergabung ke dalam Tentera Merah. Tidak lebih dari 30% di antaranya terlepas dari maut peperangan. Tahanan politik yang tidak boleh dipindahkan pada akhirnya dihukum mati oleh NKVD.
Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, tidak mengakui pengambil-alihan Estonia oleh Kesatuan Soviet. Negara-negara tersebut mengakui diplomat Estonia dan konsul-konsulnya yang masih berfungsi di banyak negara dengan menggunakan nama kerajaan terdahulu. Para diplomat Estonia tetap berlangsung dalam situasi yang serba tak menentu ini hingga kemerdekaan kawasan Baltik dipulihkan.
Politik Rusia kontemporari menolak bahawa Republik Estonia diambil-alih secara tidak sah oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1940. Mereka menyatakan bahawa tentera Soviet memasuki Estonia pada tahun 1940 setelah melalui perjanjian-perjanjian dan atas dasar persetujuan Kerajaan Republik Estonia, terlepas dari bagaimana tindakan mereka ditafsirkan pada masa kini. Mereka tetap berkeras bahawa Kesatuan Soviet tidak dalam keadaan perang dan tidak mengobarkan tindakan-tindakan peperangan dalam bentuk apapun di kawasan Estonia, oleh kerana itu usaha-usaha pendudukan dianggap tidak pernah ada. Versi rasmi Soviet (lama) dan Rusia (baru) sama-sama menyatakan bahawa pihak Estonia secara sukarela menyerahkan status kenegaraan mereka kepada Soviet. Para pejuang kebebasan pada tahun 1944-1976 digelar sebagai "bandit" atau "nazi". Kedudukan Rusia di atas Estonia tidak mendapat pengiktirafan dunia antarabangsa.
Pendudukan oleh Jerman
[sunting | sunting sumber]Setelah Jerman menyerang Kesatuan Soviet pada tarikh 22 Jun 1941, Wehrmacht mampu mencapai Estonia dalam masa beberapa hari. Tentera Darat German menyeberangi sempadan Estonia di selatan pada tarikh 7 Julai. Tentera Merah berundur ke belakang jalur Sungai Pärnu - Emajõgi pada tarikh 12 Julai. Pada akhir bulan Julai, pasukan Jerman menyambung kembali penyusupan mereka ke Estonia, bahu membahu dengan Persaudaraan Hutan Estonia. Baik tentera Jerman mahupun partisan Estonia mengambil alih Narva pada tarikh 17 Ogos dan ibu kota Estonia, Tallinn, pada tarikh 28 Ogos. Setelah Soviet berjaya diusir dari Estonia, tentera German melucutkan semua kumpulan partisan.
Walaupun mulanya Jerman dianggap sebagai pembebas oleh sebahagian besar orang Estonia dari Kesatuan Soviet dan penindasannya, dan orang-orang Estonia berharap dapat memulihkan status kemerdekaan negara mereka, pada kenyataannya Jerman adalah perebut kuasa juga. Jerman menggunakan sumber Estonia untuk bekal peperangan; ini terjadi selama pendudukan Estonia dan digabungkan ke dalam wilayah Jerman yang bernama Ostland.
Keadaan ini membuat banyak orang Estonia, kerana enggan menyertai Nazi, menggabungi Tentera Darat Finland untuk berjuang melawan Kesatuan Soviet. Rejimen Infantri Finland 200 (bahasa Esti: soomepoisid) dibentuk, dianggotai sukarelawan Estonia di Finland. Walaupun ada ramai orang Estonia yang direkrut ke dalam angkatan bersenjata Jerman (termasuk Infantri Estonia SS), majoriti melakukan hal ini hanya pada tahun 1944 ketika ancaman serangan baru Estonia oleh Tentera Merah kian dekat dan jelaslah bahawa Jerman Nazi tidak mampu memenangi perang.
Pada bulan Januari 1944, barisan tersebut dipukul mundur oleh Tentera Merah mendekati bekas sempadan Estonia. Narva diungsikan. Jüri Uluots, perdana menteri yang terkini Republik Estonia yang diiktiraf (menurut Perlembagaan Estonia) sebelum kejatuhannya di hadapan Kesatuan Soviet pada tahun 1940, menghantar mesej radio yang meminta kepada seluruh lelaki yang berkemampuan yang mempunyai tahun kelahiran 1904 sampai 1923 untuk mengambil bahagian dalam tugas ketenteraan ( Sebelum ini, Jüri Uluots menolak penggerakan massa orang Estonia.) Panggilan ini menuai sokongan yang luas dari antero negara ini: 38.000 sukarelawan mendatangi pusat-pusat pendaftaran.
Beberapa ribu orang Estonia yang telah menggabungi Tentera Darat Finland kembali pulang melintasi Teluk Finland untuk menggabungi Angkatan Pertahanan Wilayah yang baru sahaja dibentuk, yang bertujuan untuk mempertahankan Estonia melawan serbuan Soviet. Diharapkan bahawa dengan terlibat dalam perang tersebut, Estonia dapat meraih sokongan dari Barat untuk melepaskan Estonia dari campur tangan Soviet, dan dengan demikian akan pula menghantarkan Estonia menuju pintu gerbang kemerdekaan.
Estonia Soviet
[sunting | sunting sumber]Tentera Soviet menakluk kembali Estonia pada musim gugur tahun 1944 setelah pertempuran-pertempuran sengit di timur-laut negara ini di berhampiran Sungai Narva, di atas Jalur Tannenberg (Sinimäed), di Estonia Tenggara, di atas Sungai Emajõgi, dan di Kepulauan Estonia Barat.
Dalam menghadapi negara yang diduduki semula oleh Tentera Merah, puluhan ribu orang Estonia (termasuk sebahagian besar pakar pendidikan, kebudayaan, ilmu pengetahuan, politik, dan sosial) (ditaksir sebanyak 80.000 orang) memilih mundur bersama-sama Jerman atau berhijrah ke Finland atau Sweden. Pada tarikh 12 Januari 1949, Majlis Menteri Kesatuan Soviet mengeluarkan dekret "tentang pengusiran dan pengasingan" dari negara-negara Baltik bagi "semua kulak dan keluarga mereka, keluarga para bandit dan nasionalis", dan lain-lain.
Lebih daripada 200,000 orang dipercayai terusir dari kawasan Baltik pada rentang tahun 1940-1953. Selain itu, sekurang-kurangnya 75.000 dihantar ke Gulag. Lebih dari 10% penduduk dewasa Baltik diusir atau dihantar ke perkampungan pekerja Soviet.Menanggapi kesinambungan pemberontakan melawan kuasa Soviet,lebih dari 20,000 orang Estonia dibuang ke perkampungan pekerja atau Siberia (lihatlah Gulag).Dalam beberapa minggu seterusnya, hampir semua rumah tangga di luar bandar dikolektivisasi.
Selepas Perang Dunia II, sebagai sebahagian daripada tujuan untuk menyatukan negara-negara Baltik secara utuh ke dalam Kesatuan Soviet, pengusiran beramai-ramai di negara-negara Baltik dihentikan, dan dasar mempromosikan imigresen Soviet ke negara-negara Baltik dilanjutkan.Selain kehilangan jumlah manusia dan bahan-bahan yang cukup besar kerana perang, ribuan masyarakat awam terbunuh dan puluhan ribu orang diusir dari Estonia oleh Pihak Berkuasa Soviet hingga Joseph Stalin meninggal pada tahun 1953.
Setengah jumlah orang yang terusir tewas, setengah yang lain tidak dibenarkan untuk kembali ke tempat asal mereka hingga permulaan dekad 1960-an (selepas kematian Stalin). Pelbagai macam penindasan yang dilakukan tentera Soviet pada tahun 1940-1941 dan selepas pendudukan kembali menyulut perang gerila melawan Pihak Berkuasa Soviet di Estonia yang dilaksanakan pada permulaan dekad 1950-an oleh "persaudaraan hutan" (metsavennad) yang sebahagian besarnya terdiri daripada veteran Estonia yang pernah menggabungi tentera Jerman dan Finland ditambah dengan beberapa masyarakat biasa.Kerosakan material yang disebabkan oleh peperangan dunia dan dilanjutkan dengan campur tangan Soviet secara signifikan telah melambatkan pertumbuhan ekonomi Estonia, yang melebarkan jurang ekonomi berbanding dengan negara-negara jirannya, Finland dan Sweden.
Ketenteraan adalah aspek lain dari rejim Soviet. Bahagian-bahagian besar dari negara ini, khususnya di kawasan pesisir adalah terhad bagi semua pihak, kecuali tentera Soviet. Sebahagian besar pantai dan semua pulau (termasuk Saaremaa dan Hiiumaa) dinyatakan sebagai "zon sempadan". Orang yang bukan penduduk tempatan dilarang melawat kawasan ini tanpa kebenaran. Tempat penyiagaan tentera tertutup yang terkenal di kawasan ini adalah bandar Paldiski yang sama sekali terlarang bagi akses am. Bandar ini mempunyai pangkalan sokongan bagi kapal selam Armada Baltic Soviet dan beberapa pengkalan tentera yang besar, termasuk pusat latihan kapal selam nuklear yang mempunyai pesawat model berskala penuh kapal selam nuklear dengan reaktor nuklear aktif. Bangunan-bangunan reaktor Paldiski diambil-alih oleh Estonia pada tahun 1994 setelah tentera terkini Soviet meninggalkan negara ini.Imigresen adalah kesan lain dari pendudukan Soviet. Ratusan ribu kaum asing dikembalikan ke Estonia dari bahagian-bahagian lain Kesatuan Soviet untuk membantu perindustrian dan ketenteraan, yang menyumbangkan bertambahnya penduduk negara ini sebanyak setengah juta orang dalam masa 45 tahun.
Setelah kemerdekaan
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Itali, dan majoriti negara demokrasi di Barat memandang the pencaplokan Estonia oleh Kesatuan Soviet melanggar undang-undang antarabangsa. Mereka yang memelihara hubungan diplomatik dengan wakil Republik Estonia yang merdeka, tidak pernah mengakui secara de jure keujudan Republik Sosialis Soviet Estonia, dan tidak pernah mengakui Estonia sebagai entiti yang sah dari Kesatuan Soviet.pulihnya kemerdekaan Estonia menjadi mungkin ketika Kesatuan Soviet menghadapi cabaran -cabaran rejim dalam negeri, kehilangan kawalannya atas empayar perluasan. Seiring berjalannya dekad 1980-an, bermulalah pergerakan yang menuntut autonomi bagi Estonian. Pada tempoh awal tahun 1987-1989, sebahagian kemerdekaan ekonomi mula semua, tetapi ketika Kesatuan Soviet semakin lemah, dan semakin terang benderang bahawa tidak pernah ada jalan pintas bagi kemerdekaan penuh yang boleh dilakukan, maka negara ini menempuh jalan ke arah penentuan nasib sendiri.
Pada tahun 1989, selama berlangsungnya "Revolusi Bernyanyi", di sebuah demonstrasi mercu tanda yang menuntut kemerdekaan penuh, yang disebut Rantai Baltik berupa sebanjar lebih daripada dua juta orang, membentuk jalur yang melalui Lithuania, Latvia, dan Estonia. Tiga bangsa ini mempunyai pengalaman yang sama tentang hal pendudukan wilayah, dan tuntutan yang sama untuk memperoleh kemerdekaan. Kenyataan Kedaulatan Estonia diumumkan pada tarikh 16 November 1988 dan kemerdekaan rasmi dinyatakan pada tarikh 20 Ogos 1991, mewujudkan kembali negara merdeka sebelum tahun 1940, bersamaan masa dengan percubaan rampasan kuasa tentera Soviet di Moscow. Kesatuan Soviet mengakui kemerdekaan Estonia pada tarikh 6 September 1991. Negara pertama yang mengakui pemulihan kemerdekaan Estonia secara diplomatik adalah Iceland. Serdadu terkini Rusia beranjak dari negara ini pada tarikh 31 Ogos 1994.
Perluasan Kesatuan Eropah 2004 adalah perluasan Kesatuan Eropah terbesar, dalam hal banyaknya kawasan dan jumlah penduduk, tetapi bukan dalam hal produk domestik kasar (kesejahteraan). Estonia adalah salah satu dalam kumpulan sepuluh negara yang digabungkan ke dalam Kesatuan Eropah pada tarikh 1 Mei 2004. Traktat Gabungan 2003 ditandatangani pada tarikh 16 April 2003.
Politik
[sunting | sunting sumber]Politik Estonia dibingkaikan oleh prinsip-prinsip republik, demokrasi, sistem parlimen, dan multipartai; di mana Perdana Menteri Estonia menjadi ketua kerajaan. Budaya politik Estonia sangatlah stabil, di mana kuasa dikendalikan oleh dua atau tiga parti, ini telah berlangsung dalam masa yang lama. Situasi ini serupa dengan negara-negara lain di Eropah Utara. Perdana Menteri Estonia saat ini, Andrus Ansip, adalah perdana menteri yang bermasa jabatan akhir di Eropah.
Daerah
[sunting | sunting sumber]Republik Estonia terbagi kepada 15 daerah:
Hiiu,
Saare,
Lääne,
Harju,
Rapla,
Pärnu,
Viljandi,
Järva,
Lääne-Viru,
Jõgeva,
Ida-Viru,
Tartu,
Valga,
Põlva,
Võru.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Sempadan darat Estonia dengan Latvia sepanjang 267 kilometer; dengan Rusia sepanjang 290 kilometer. Dari tahun 1920 sampai 1945, sempadan Estonia dengan Russia, ditentukan oleh Traktat Perdamaian Tartu 1920, melintasi Sungai Narva di timur-laut dan melintasi bandar Petseri di tenggara. Wilayah ini, seluas 2,300 km ², digabungkan ke dalam Rusia oleh Stalin pada akhir Perang Dunia II. Untuk alasan inilah sempadan antara Estonia dan Rusia masih belum terdefinisi dengan baik hingga kini.
Estonia terletak di pantai timur Laut Baltik, melintasi Teluk Finland dari Finland, di bahagian barat-laut serambi timur Eropah, antara 57,3 ° sampai 59,5 ° N dan 21,5 ° sampai 28,1 ° BT. Wilayah Estonia sedikit lebih luas daripada Switzerland, sebahagian besar rata dengan sedikit variasi lekukan. Purata ketinggian hanya mencapai 50 m dan titik tertinggi negara ini adalah Suur Munamägi di tenggara pada 318 m. Ada sepanjang 3.794 km garis pantai yang ditandai oleh beberapa pantai, selat, dan teluk. Banyaknya pulau besar dan pulau kecil adalah sejumlah 1,500 buah. Dua di antaranya cukup besar untuk memuatkan beberapa county berasingan: Saaremaa dan Hiiumaa.Pulau terjauh adalah Ruhnu seluas 11,9 km ². Terdapat kluster kawah meteorit yang kecil, yang terbesar di antaranya adalah Kaali yang berada di Saaremaa, Estonia.
Estonia berada di bahagian utara zon iklim sedang dan dalam zon peralihan antara iklim lautan dan iklim kontinental. Estonia mempunyai empat musim yang panjang masing-masing periodenya hampir sama. Suhu purata berkisar dari 16,3 ° C di kepulauan Baltik sampai 18,1 ° C di daratan utama pada bulan Julai, bulan terhangat, dan dari -3,5 ° C di kepulauan Baltik sampai -7,6 ° C di daratan utama pada bulan Februari, bulan paling sejuk. Suhu tahunan purata di Estonia adalah 5,2 ° C.Jumlah hujan purata pada tahun 1961-1990 berkisar pada 535 mm sampai 727 mm per tahun.
Salji yang tebal meliputi bahagian tenggara Estonia, biasanya berlangsung dari pertengahan Disember sampai akhir Mac. Estonia mempunyai lebih dari 1.400 tasik. Sebahagian besar dari tasik-tasik ini bersaiz kecil, yang terbesar adalah Tasik Peipsi dengan luas keseluruhan 3.555 km ², hanya setengahnya termasuk dalam wilayah Estonia, sebahagian lagi dimiliki Rusia. Tasik penting yang lain terletak di tengah-tengah negara ini, iaitu Võrtsjärv (270 km ²). Selain tasik, Estonia juga punya beberapa rawa.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Sebelum Perang Dunia II, etnik Estonia sebanyak 88% populasi, dengan minoriti nasional sejumlah 12%.Kumpulan-kumpulan minoriti yang terbesar pada tahun 1934 adalah bangsa Rusia, Jerman, Sweden, Latvia, Yahudi, Poland, Finland, dan Izhora dari Ingria . Proporsi Jerman Baltik berkurang dari 5,3% (~ 46.700) pada tahun 1881 menjadi 1,3% (16.346) pada tahun 1934.
Pada tempoh tahun 1945 sehingga 1989, perkadaran etnik Estonia dalam definisi sempadan Estonia saat ini menurun hingga angka 61%, terutamanya disebabkan oleh program Soviet yang menganjurkan imigresen besar-besaran pekerja industri bandar dari Rusia, Ukraine, dan Belarus, juga emigrasi peperangan dan pengusiran dan pengusiran beramai-ramai Stalin. Pada tahun 1989, minoriti menduduki perkadaran lebih daripada satu pertiga penduduk, ketika jumlah penduduk bukan-Estonia tumbuh hampir lima kali ganda.
Pada akhir dekad 1980-an, bangsa Estonia memandang perubahan demografi mereka sebagai malapetaka nasional. Ini adalah hasil dari polisi penghijrahan yang penting bagi Program Nasionalisasi Soviet yang bertujuan untuk merusiakan Estonia - imigresen tentera dan pentadbiran yang bersifat memaksa dari orang bukan-Estonia dari Kesatuan Soviet ditambah dengan pengusiran beramai-ramai orang Estonia ke Kesatuan Soviet. Semasa pembersihan, hingga 110.000 orang Estonia terbunuh atau terusir. Pada dekad berikutnya (selepas pemulihan kemerdekaan), emigrasi besar-besaran etnik Rusia dan penghapusan pangkalan-pangkalan tentera Rusia pada tahun 1994 menyebabkan perbandingan etnik Estonia di Estonia mengalami kenaikan dari 61% menjadi 69% pada tahun 2006.
Estonia moden adalah negara yang cukup heterogen dilihat dari komposisi etnik yang dimilikinya, tetapi keheterogenan ini tidak menjadi ciri am, kerana penduduk bukan-Estonia berpusat di dua county. Tiga belas dari 15 county Estonia menampung 80 peratus etnik Estonia, yang paling homogen adalah Hiiumaa, di mana etnik Estonia sebanyak 98,4% penduduk. Bagaimanapun, di County Harju (termasuk ibu kota, Tallinn) dan County Ida-Viru, etnik Estonia masing-masing mencapai 60% dan 20% populasi. Orang Rusia mencapai 25,6% keseluruhan populasi, 36%-nya berada di County Harju, dan 70%-nya berada di County Ida-Viru.
Undang-undang tentang Autonomi Kebudayaan bagi Suku Bangsa Minoriti diloloskan pada tahun 1925, menjadi yang pertama di Eropah pada saat itu. Otonomi kebudayaan boleh diberikan kepada kaum minoriti yang populasinya lebih daripada 3,000 orang dengan ikatan telah lama terjalin dengan Republik Estonia. Sebelum pendudukan Soviet, kaum minoriti Jerman dan Yahudi mengadakan pemilihan umum untuk memilih dewan kebudayaan. Undang-undang tentang Autonomi Kebudayaan bagi Suku Bangsa Minoriti dikuatkuasakan kembali pada tahun 1993. Berdasarkan sejarahnya, ada banyak bahagian dari pesisir utara-barat dan kepulauan Estonia telah diduduki oleh etnik asli tempatan, yakni Rannarootslased (Orang Sweden Pesisir).
Sebahagian besar penduduk Sweden di Estonia, yakni sebanyak 3.800 berpindah ke Sweden atau diusir pada tahun 1944, menghindarkan diri dari merebaknya Tentera Merah. Pada tahun-tahun kebelakangan, sejumlah Orang Sweden Pesisir mula membanyak kembali, pada tahun 2008 hampir sebanyak 500 orang, kerana adanya reformasi pemilikan (property) pada permulaan dekad 1990-an. Pada tahun 2005, minoriti Finland Ingria di Estonia memilih sebuah dewan kebudayaan dan diberi autonomi kebudayaan. Minoriti Sweden Estonia juga menerima otonomi kebudayaan pada tahun 2007.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Sebagai ahli Kesatuan Eropah, ekonomi Estonia menduduki peringkat tinggi dalam hal pendapatan menurut Bank Dunia. Kerana pertumbuhannya yang pantas, ekonomi Estonia seringkari dilukiskan sebagai Harimau Baltik. Bermula pada 1 Januari 2011, Estonia mengadopsi euro dan menjadi negara ahli zon euro ke-17.
Menurut Eurostat yang diterbitkan pada tarikh 15 November 2010, Estonia mempunyai nisbah terendah hutang kerajaan relatif terhadap KDNK di antara negara-negara Kesatuan Eropah dengan nombor 7,2 peratus pada akhir tahun 2009.Media dunia baru-baru ini menggambarkan Estonia sebagai negara Nordik, menggaris bawahi perbezaan ekonomi, politik, dan budaya antara Estonia dan jiran-jiran Baltik-nya yang kurang berjaya.
Anggaran yang setimbang, hutang kerajaan yang hampir tidak ada, cukai pendapatan berkadar tetap, rejim perdagangan bebas, sektor perbankan komersil yang bersaing, perkhidmatan elektronik yang inovatif, dan bahkan perkhidmatan berasaskan telefon bimbit, semuanya adalah penjamin kualiti ekonomi pasaran Estonia.
Estonia menghasilkan kira-kira 75% elektrik yang diambil.Lebih dari 85% dari elektrik itu dibangkitkan dengan serpih minyak yang ditambang di dalam negeri. Sumber-sumber tenaga alternatif seperti kayu, gambut, dan Biojisim menyumbang 9% pengeluaran tenaga primer. Tenaga angin yang boleh diperbaharui merangkumi 6% keseluruhan pengambilan pada tahun 2009.Estonia mengimport produk minyak bumi yang diperlukan dari Eropah Barat dan Russia. Tenaga serpih minyak, telekomunikasi, tekstil, produk kimia, perbankan, perkhidmatan, makanan dan industri perikanan, kayu, pembuatan kapal, elektronik, dan pengangkutan adalah sektor-sektor kunci ekonomi. Pelabuhan bebas es Muuga, berdekatan Tallinn, adalah kemudahan moden yang berkemampuan pengapalan-antara yang baik, pengangkat biji-bijian berdaya tampung besar, simpanan sejuk / beku, dan kemampuan-kemampuan bongkar muat kapal tangki minyak jenama baru. Jejaring rel kereta api yang menghubungkan Barat, Russia, dan titik-titik lain di Timur.
Estonia kini sangat terpengaruh oleh pembangunan di Finland, Sweden, dan Jerman - tiga rakan dagangan utama. Kerajaan baru-baru ini menaikkan belanja untuk inovasi. Perdana menteri yang berasal dari Parti Reformasi Estonia telah menyatakan tujuannya membawa KDNK per kapita kepada lima Kesatuan Eropah pada tahun 2022. Ireland kadang-kadang dilihat sebagai teladan bagi masa depan ekonomi Estonia.
Kerana terjadinya Kelesuan Ekonomi Global, KDNK Estonia berkurang sebanyak 1.4% pada suku kedua tahun 2008, lebih daripada 3% pada suku ketiga tahun 2008, dan lebih dari 9% pada suku keempat tahun 2008. Kerajaan Estonia membuat anggaran perubahan negatif, yang diluluskan oleh Riigikogu. Anggaran pendapatan berkurang pada tahun 2008 sebanyak EEK 6,1 bilion dan belanja sebanyak EEK 3,2 bilion.Pada tahun 2010, keadaan ekonomi berjaya distabilkan dan bermula pada pertumbuhan yang sangat bergantung kepada eksport. Pada suku keempat tahun 2010, hasil industri Estonia bertambah sebanyak 23% berbanding dengan tahun sebelumnya.Pada tahun 2011, Danske Bank meramal pertumbuhan ekonomi Estonia positif sebanyak 3.9 peratus.
Menurut data Eurostat, KDNK KKB per kapita Estonia adalah sebanyak 67% purata Kesatuan Eropah tahun 2008.Pada bulan Mac 2011, purata gaji kotor bulanan di Estonia adalah sebanyak € 843.
Bagaimanapun, terdapat perbezaan besar dalam hal KDNK dari satu daerah dengan daerah lain di negara Estonia. Kini, lebih daripada setengah KDNK Estonia dihasilkan di ibu negara, Tallinn.Pada tahun 2008, KDNK per kapita Tallinn adalah sebanyak 172% purata KDNK Estonia.Keadaan ini membuat bilangan KDNK per kapita Tallinn sebanyak 115% purata KDNK Kesatuan Eropah, melebihi taraf purata county-county lain di Estonia.
Laju pertambahan tuna karya berdaftar pada bulan April 2011 adalah sebanyak 10,1%.
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Satu-satunya bahasa rasmi negara, bahasa Estonia, adalah ahli bahasa-bahasa Finnik yang merupakan cabang bahasa-bahasa Ural. Dengan demikian, bahasa Esti berkerabat dekat dengan bahasa Suomi (Finland), yang dipertuturkan di sisi lain Teluk Finland, dan merupakan salah satu daripada sedikit bahasa-bahasa Eropah yang bukan berasal dari rumpun bahasa Indo-Eropah. Walaupun terdapat beberapa tumpang tindih dalam kosa kata kerana masing-masing saling pinjam, dalam hal asal-usulnya, bahasa Esti dan Suomi tidak berkerabat dengan jiran geografi terdekat mereka, bahasa Sweden, bahasa Latvia, dan bahasa Rusia, yang kesemuanya adalah bahasa-bahasa Indo-Eropah.
Bahasa Rusia masih dipertuturkan sebagai bahasa kedua oleh etnik Estonia yang berusia 40-70 tahun, kerana bahasa Russia pernah menjadi bahasa tidak rasmi Republik Sosialis Soviet Estonia sejak tahun 1944 sampai 1991 dan diajarkan sebagai bahasa wajib kedua pada zaman Soviet. Pada tahun 1998, sebahagian besar pendatang industri generasi pertama dan kedua dari pelbagai bahagian bekas Kesatuan Soviet (terutama Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia) tidak berbahasa Estonia. Tetapi pada tahun 2010; 64,1% orang yang bukan etnik Estonia mampu berbahasa Estonia .
Sebahagian besar minoriti etnik yang berbahasa Rusia, menetap di ibu kota Tallinn dan kawasan bandar industri di County Ida-Viru. Di Paroki Noarootsi di County Lääne (dikenali sebagai Nuckö kommun dalam bahasa Bahasa Sweden dan Noarootsi vald dalam bahasa Bahasa Estonia), bahasa Sweden dan Esti adalah bahasa rasmi-pendamping, dan terdapat 22 kampung yang mempunyai nama rasmi dwibahasa.Bahasa asing yang paling lazim dipelajari oleh orang Estonia adalah bahasa Inggeris, Rusia, Suomi, Jerman, dan Sweden.
Kebudayaan
[sunting | sunting sumber]Kebudayaan Estonia menggabungkan warisan asli, seperti yang ditunjukkan oleh bahasa Esti dan sauna, dengan arus utama aspek budaya negara-negara Nordik dan Eropah. Kerana sejarah dan geografi, budaya Estonia dipengaruhi oleh tradisi di kawasan-kawasan yang bertetanggaan, seperti orang-orang Finnik, Baltik, Slavik, dan Jermanik; juga perkembangan budaya di kuasa-kuasa yang pernah dominan, yakni Sweden dan Rusia.
Secara tradisi, Estonia dilihat sebagai kawasan pertentangan antara barat dan timur Eropah pada pelbagai tataran. Contoh dari warisan geopolitik ini adalah gabungan pengecualian tradisi Kristian yang diakui secara nasional: Gereja Protestan barat dan Gereja Ortodoks Timur. Seperti budaya arus utama di negara-negara Nordik lain, budaya Estonia terbangun di atas kenyataan persekitaran pertapaan dan kehidupan tradisional, sebuah warisan yang secara perbandingan menyebarluaskan egalitarianisme di luar alasan-alasan praktikal (lihatlah: kebebasan untuk menjelajah dan hak-hak pilih universal), dan ideal -ideal kedekatan dengan alam dan membantu diri (lihat: pondok musim panas).
Akademi Seni Estonia (bahasa Esti: Eesti Kunstiakadeemia, EKA) menyediakan pendidikan tinggi seni, reka bentuk, seni bina, media, sejarah seni, dan pelestariannya; sedangkan Akademi Budaya Viljandi di Universiti Tartu mempunyai pendekatan untuk memasyarakatkan budaya asli melalui kurikulum pembinaan asli, tukang besi asli , rancangan tekstil asli, kerajinan tangan tradisional, dan muzik tradisional, tetapi juga muzik jazz dan gereja.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Population by ethnic nationality, 1 January, year". stat.ee. Statistics Estonia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-07. Dicapai pada 2010-Dec-29. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Extraordinary year for population statistics". Statistics Estonia. 16 May 2023. Dicapai pada 16 May 2023.[pautan mati kekal]
- ^ "Population census: Estonia's population and the number of Estonians have grown". Statistics Estonia. June 1, 2022. Dicapai pada 5 June 2022.
- ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects". Tabung Kewangan Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-16.
- ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income". EU-SILC survey. Eurostat. Dicapai pada 22 June 2022.
- ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
- ^ Perubahan wilayah Soviet terhadap Estonia selepas Perang Dunia Kedua
- ^ Pechory dalam penguasaan Rusia
- ^ Republik Estonia. Laman web rasmi Republik Estonia (dalam bahasa Estonia)
- ^ "Estonian Economic Miracle: A Model For Developing Countries". Global Politician. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-28. Dicapai pada 5 Jun 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHDI
- ^ "Press Freedom Index 2011-2012 - Reporters Without Borders". En.rsf.org. Dicapai pada 2012-11-25.
- ^ Templat:Memetik buku
- ^ Enn Kaljo (5 September 2003). "Üks väga väga vana rahvas". Leiel.ee. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-04. Dicapai pada 2 June 2010.
- ^ Tomas Baranauskas (10 February 2008). "Viduramžių Lietuva – Šaltiniai 50-1009 m". Web.archive.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-10. Dicapai pada 2 June 2010.
- ^ "Postimees arhiiv" (dalam bahasa Estonian). Arhiiv2.postimees.ee:8080. 22 November 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-24. Dicapai pada 2 June 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)