Yunizar Hussein merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau dikenali setelah memasuki pertandingan Bintang RTM. Beliau mempunyai suara yang unik seakan-akan penyanyi Indonesia serta menarik minat pelbagai syarikat rakaman antaranya Philips dan akhirnya mereka mengambilnya sebagai artis rakaman pada tahun 1979. Pada masa itu, artis Philips (juga dikenali sebagai Polydor, Polygram dan Universal Music) terdiri daripada Alleycats, Flybaits dan M. Nasir.[2]

Yunizar Hussein
Yunizar bersama M. Nasir ketika membuat persembahan
Latar belakang
Nama lahirYunizar Binti Mohamed Hoessein Enas
Juga dikenali sebagai
June
Kelahiran1958 (umur 65–66)
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1979–1995
Syarikat rakaman
Polygram Records
Pengkarya berkait
M. Nasir

Riwayat Hidup

sunting

Beliau merupakan anak kepada Dato' Mohamed Hoessein Enas,[3] iaitu seorang pelukis handalan yang mendapat gelaran pelukis diraja. Yunizar pernah berada di Bangkok, Thailand kerana mengikut suaminya, Michele Ranieri yang bekerja di kedutaan Itali yang bertempat di Thailand. Ranieri adalah seorang yang berbangsa Itali dan bekerja sebagai Attache (bahagian Hal Ehwal Konsular) di kedutaan itu. Beliau juga fasih berbahasa Thai kerana sudah lama menetap di situ.[4] Beliau mempunyai sepasang dua orang anak iaitu Francisco Fahad dan Karima Althea. Beliau juga merupakan seorang ahli terapi yang bertauliah serta menggunakan kepakarannya itu untuk mencipta beberapa pati aroma terapi dan mempraktikkan rawatan tersebut di rumah. Selain itu, beliau juga adalah seorang katerer yang menerima tempahan untuk majlis yang tertentu. Beliau juga mementingkan pendidikan agama serta mendedahkan beberapa makanan tradisional masyarakat Melayu kepada anak-anaknya. Selain daripada fasih berbahasa Thai, beliau juga pandai bertutur di dalam bahasa Itali, Sepanyol, Perancis, Urdu dan Indonesia.[5]

Kelahiran Album Pertama: Cinta

sunting

Ooi Eow Jin bertanggungjawab sebagai penerbit kepada album sulung beliau yang bertajuk Cinta pada tahun 1979. Ooi Eow Jin bersama Hamed Samad (bekas suami Yunizar) dan Kofosin bertindak untuk mengubah dan menyusun muzik untuk album ini. Beliau hanya menghasilkan empat album termasuk satu album duet iaitu Dia Ibuku bersama dengan M. Nasir. Selepas menghasilkan album yang bertajuk Semasa, terbitan M. Nasir pada tahun 1982, beliau terus menghilang dari dunia seni tanahair.

Diskografi

sunting

Album Studio

sunting

Album Duet

sunting

Album Kompilasi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ https://web.archive.org/web/20190820120107/https://www.utusan.com.my/hiburan/yunizar-hoessein-lupakan-seni-1.183721
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2012-05-26.
  3. ^ http://www.theartgallerypg.com/artist-biodata/mohd-hoessein-enas-dato
  4. ^ http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/809-yunizar-hussein-nyanyi-di-bangkok.html
  5. ^ http://praharaseni.blogspot.com/2011/06/yunizar-ahli-terapi-bertauliah.html