Xiangqi
Xiangqi (Bahasa Cina: 象棋 ; pinyin: xiàngqí; Wade-Giles: hsiang4-ch'i2; dengar (bantuan·maklumat)), merupakan sebuah permainan papan Cina dua orang pemain, yang berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsa, chaturanga, shogi, dan janggi. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu sering digelar sebagai Catur Cina.
Pemain | 2 |
---|---|
Masa penyediaan | kira-kira 1 minit |
Peluang rawak | Tiada |
Kemahiran yang diperlukan | Taktik, Strategi |
Xiangqi mempunyai sebuah sejarah yang panjang. Walaupun asal-usulnya tidak jelas, namun permainan ini didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-4 Sebelum Masihi di China.
Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Xiangqi |
- Computer Chinese ChessPDF (221 KiB) (Yen, Chen, Yang, Hsu) — review
- Introduction to Chinese Chess
- An Introduction to Xiangqi for Chess Players
- Essentials of Chinese Chess and of Korean ChessPDF (217 KiB)
- Qianhong Xiangqi — freeware Chinese Chess game for Windows