Prefektur di Jepun
Rencana ini perlu dikemas kini.(Ogos 2023) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Ogos 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Jepun terdiri daripada 47 prefektur[1] tadbiran iaitu sebuah "metropolis" (都 , to, iaitu Tokyo-to); sebuah "litar" (道 , dō, iaitu Hokkaidō); dua buah bandar prefektur (府 , fu, iaitu Osaka-fu dan Kyoto-fu) serta 43 prefektur biasa (県 , ken); kesemua kawasan-kawasan tadbiran ini sekaligus dikenali tergabung sebagai todōfuken (都道府県 ). Prefektur merupakan sebuah badan kerajaan yang lebih besar daripada bandar, pekan dan kampung.
Prefektur di Jepun | |||||
---|---|---|---|---|---|
Japanese name | |||||
Kanji | 都道府県 | ||||
Hiragana | とどうふけん | ||||
|
Ketua eksekutif bagi setiap satu prefektur adalah dilantik terus oleh gabenor (知事 , chiji). Ordinan serta bajet digubal oleh dewan perhimpunan (議会 gikai?) yang dilantik untuk berkhidmat selama empat tahun.
Mengikut Undang-undang Autonomi Tempatan pada masa kini, setiap prefektur dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian kecil iaitu subwilayah (市 , shi) dan daerah (郡 , gun). Setiap daerah pula dibahagikan kepada pekan (町 , chō / machi) dan kampung (村 , son / mura). Sebagai contoh, Hokkaidō mempunyai 14 subprefektur yang berfungsi sebagai bahagian jabatan (支庁 , shichō) kepada prefektur. Prefektur-prefektur yang lain turut ada bahagian jabatan masing-masing yang berfungsi sebagai fungsi pentadbiran prefektur diluar ibu negara.
Latar belakang sejarah
suntingSistem yang digunakan pada hari ini merupakan sebuah sistem yang dibentuk semasa Kerajaan Meiji pada bulan Julai 1871 berserta Pemansuhan Sistem Han dan pembentukan sistem wilayah (廃藩置県 , haihan-chiken). Walaupun pada asalnya terdapat lebih daripada 300 prefektur, kebanyakkan adalah bekas kawasan han, yang akhirnya bilangan ini telah dikurangkan kepada 72 buah prefektur kemudiannya pada tahun yang sama. Pada tahun 1888, bilangan prefektur ini telah dikurangkan lagi kepada 47 buah prefektur. Undang-undang Autonomi Tempatan tahun 1947 telah memberikan kuasa yang lebih besar dalam politik dan membentuk gabenor prefektur dan parlimen prefektur.
Pada tahun 2003, Perdana Menteri Junichiro Koizumi telah mencadangkan bahawa prefektur yang ada diperkukuhkan lagi dengan mengubah kepada 10 buah kawasan negeri. Rancangan yang dikemukan adalah bertujuan setiap kawasan mempunyai kuasa autonomi yang lebih kuat daripada sebelum ini.[2] Proses ini akan menyebabkan bilangan kawasan pentadbiran subprefektur dikurangkan dan kos pentadbiran dapat dikurangkan.[3] Kerajaan Jepun juga mempertimbangkan cadangan tentang bagaimana beberapa kelompok prefektur ini akan digabungkan, membuat bahagian pentadbiran subnasional yang mengandungi antara 9 dan 13 buah negeri dan memberikan negeri-negeri ini lebih kuasa autonomi temapatan berbanding sebelum ini. Sehingga September 2009, tiada pengorgasiaan semula telah dibuat.
Jenis-jenis prefektur
suntingTo, dō, fu, dan ken hanya berbeza dari segi namanya disebabkan oleh sejarahnya tersendirinya. Sejak tahun 1947, kesemuanya tidak dapat dibezakan dari segi pentadbiran. Kebiasaannya, prefektur-prefektur ini hanya dipanggil dengan nama di depannya sahaja seperti Tokyo (tanpa penambahan pengakhiran seperti Tokyo-to) akan tetapi berbeza pula bagi Hokkaidō yang disebut penuh. Walau bagaimanapun, penggunaan To, dō, fu, dan ken akan digunakan apabila diperlukan bagi membezakan antara prefektur dan bandar yang mempunyai nama yang sama. Sebagai contoh, Hiroshima-ken adalah nama dalam Jepun bagi prefektur Hiroshima, manakala Hiroshima-shi merupakan nama bagi bandar besarnya.
Fu (Osaka/Kyoto) dan Ken
suntingSemasa zaman Edo, Bakufu (juga dikenali sebagai Tokugawa Shougunate) membentuk zon peraturan bugyō (奉行支配地 ) di 9 bandar besar Jepun dan 302 zon peraturan bandar (郡代支配地 ) di tempat-tempat lain. Apabila kerajaan Meiji mula membentuk sistem prefektur pada tahun 1868 semasa tahun pertama zaman Meiji, 9 bandar besar dibawah zon peraturan bugyō menjadi fu, manakala zon peraturan bandar dan lain-lain kawasan dibawah zon peraturan bugyō dikenali sebagai ken. Pada tahun 1871, menjadikan Tokyo, Osaka dan Kyoto sebagai fu, manakala fu yang selebihnya diturunkan statusnya kepada ken. Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1943, Tokyo ditukar kepada to, sejenis prefektur yang baharu.
Sebelum Perang Dunia Kedua, undang-undang yang diamalkan di fu dan ken adalah berbeza, tetapi perbezaan ini dimansuhkan selepas peperangan dan sehingga kini 2 jenis prefektur ini masih mempunyai fungsi yang sama. Walaupun terdapat perbezaan dari segi sebutan antara fu dan ken, akan tetapi tiada perbezaan antara kedua-duanya dan biasanya dipanggil dengan nama “prefektur” (seperti prefektur Osaka, prefektur Yokohama)
Dō
suntingPerkataan dō disini pada asalnya merujuk kepada kawasan di Jepun seperti Tōkaidō dan Saikaidō, yang terdapat beberapa kawasan prefektur-prefektur kecil. Perkataan dō disini di ambil daripada huruf kanji yang bermaksud “jalan” dan dipercayai telah diduduki sejak Empayar Temmu lagi.
Hokkaidō, merupakan satu dō yang hanya tinggal pada hari ini, tetapi bukannya salah satu daripada 7 dō yang asal pada suatu ketika dahulu (dimana ianya dikenali sebagai Ezo sebelum era kemodenan). Nama Hokkaidō pada masa kini dipercayai berasal daripada seseorang pengembara Jepun yang pertama datang ke pulau tersebut, Matsuura Takeshiro. Disebabkan Hokkaidō dikatakan tidak sesuai untuk dimasukkan kedalam senarai dō yang ada, maka dō yang baru telah dicipta dalam senarai yang lain.
Kerajaan Meiji pada asalnya menklasifikasikan Hokkaidō sebagai sebuah “Penempatan Utusan” (開拓使 kaitakushi), dan kemudiannya membahagikan pulau tersebut kepada 3 prefektur (Sapporo, Hakodate dan Nemuro) dan kemudian pada tahun 1886 ianya diperkukuhkan lagi dengan pembentukkan sebuah prefektur Hokkaidō. Akhiran –ken tidak pernah ditambah pada akhirnya, tetapi diguna akhiran –dō yang bermaksud “prefektur”
Disebabkan Hokkaidō terpisah dengan tempat lain, maka hubungan pengangkutan di pulau tersebut tidak membangun dengan baik. Oleh sebab itu, prefektur tersebut dipisahkan kepada beberapa bahagian "subwilayah" (支庁 , shichō) yang boleh membantu kerajaan prefektur dalam urusan pentadbiran disamping memantau pembangunan di Hokkaidō. Kesemua subprefektur ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini, walaupun mereka mempunyai kuasa yang sedikit berbanding dengan apa yang mereka pernah ada sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua berlangsung. Kesemua subprefektur ini berfungsi sebagai mengendalikan kertas kerja dan fungsi-fungsi lain dalam jabatan birokrasi.
Walaupun “Prefektur Hokkaidō” sekali-sekala digunakan bagi membezakan antara kerajaan dengan kerajaan di pulau tersebut. Kerajaan di prefektur Hokkaidō lebih suka menggunakan perkataan “Kerajaan Hokkaidō” berbanding dengan “Kerajaan Prefektur Hokkaidō”
Bandar terbesar dan ibu negara prefektur Hokkaidō ialah Sapporo, iaitu bandar kelima terbesar di Jepun. Bandar besar lain termasuklah Hakodate.
To
suntingTokyo merupakan to yang satu-satunya di Jepun. Selepasa daripada pemansuhan sistem han, Tokyo-fu (sebuah bandar prefektur seperti Kyoto dan Osaka) terbahagi kepada beberapa buah bandar, Bandaraya Tokyo merupakan antara bandar yang terbesar. Bandaraya Tokyo dibahagikan kepada 15 buah prefektur Wad.
Pada tahun 1943, Bandaraya Tokyo telah dimansuhkan Tokyo-fu menjadi Tokyo-to, dan prefektur-prefektur wad Tokyo menjadi prefektur wad istimewa, penguatkuasa tempatan juga turun daripada prefektur hieraki, setiap prefektur wad memilih sendiri perhimpunan (kugikai) dan Dato’ Bandar (kucho) mereka. Bilangan kampung di luar bandar bagi Bandaraya Tokyo telah ditukar kepada wad, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 35 prefektur wad.
Sebab kenapa pengorganisasian semula ini dibuat adalah untuk memperkukuhkan lagi pentadbiran di sekeliling ibu negara dengan mengurangkan tingkat kuasa yang ada di Tokyo. Kerajaan pusat inginkan sebuah kuasa penuh keatas Tokyo akibat daripada kedudukan Jepun yang merosot semasa Perang Dunia Kedua dan juga kecemasan (peperangan) yang berlaku di metropolis tersebut.
Selepas peperangan, Jepun sekali lagi dipaksa agar mengagihkan kuasa pusatnya, berikutan daripada Deklarasi Postdam. Banyak sifat-sifat istimewa kerajaan Tokyo yang wujud pada ketika itu hilang selepas peperangan, dan bilangan prefektur wad menigkatkat lagi status prefektur perbandaran pada dekad itu selepas daripada menyerah kalah semasa Perang Dunia Kedua. Pada hari ini, pentadbiran di peringkat prefektur wad tidak dapat dibezakan lagi daripada prefektur perbandaran yang lain.
Pembentukkan semula selepas dari Perang Dunia Kedua juga telah membawa kepada perubahan peta Tokyo dengan banyak sekali. Pada tahun 1947, 35 prefektur wad disusun semula menjadi 23 buah prefektur wad istimewa, ini disebabkan oleh ramai yang telah terbunuh semasa pengeboman semasa peperangan tercetus, mereka yang terselamat telah berpindah ke tempat lain dan mereka yang dijadikan sebagai tenaga kerah tidak pulang kembali.
Terdapat beberapa perbezaan istilah antara Tokyo dan prefektur-prefektur yang lain. Sebagai contoh, jabatan polis dan bomba dikenali sebagai chō (庁) berbanding dengan honbu (本部) yang digunakan ditempat lain. Walau bagaimanapun, fungsi yang berbeza antara Tokyo-to da prefektur-prefektur yang lain ialah cara pengurusan prefektur wad dan juga bandar-bandar. Hari ini, disebabkan oleh prefektur wad istimewa ini mampu berdiri sendiri seperti bandar-bandar lain di Jepun, perbezaan dari segi pentadbiran antara Tokyo dan prefektur-prefektur yang lain dilihat tidak banyak jurang perbezaan. (Lihat 23 prefektur wad istimewa sebagai lanjutan).
Kerajaan Jepun masih menganggap Tokyo-to sebagai “Metropolis Tokyo” bagi kebanyakkan perkara, dan kerajaan Jepun menggunakan nama rasmi bagi Tokyo ialah “Kerajana Metropolis Tokyo”. Walau bagaimanapun, sesetengah masyarakat masih menggelar Tokyo sebagai Tokyo-to iaitu “Prefektur Tokyo”
Senarai prefektur Jepun
suntingSenarai prefektur Jepun mengikut susunan ISO
suntingPrefektur-prefektur ini juga dikelompokkan mengikut kawasan. Kawasan-kawasan ini tidak ditetapkan dengan lebih terperinci, tidak mempunyai pilihan rasmi mahupun sebuah badan korporat. Bagaimana pun, mereka mengamalkan pemerintahan berdasarkan lokasi geografi. Dari utara hingga ke selatan (di nomborkan mengikut susunan ISO 3166-2:JP), antara prefektur Jepun serta kawasan yang berkaitan adalah seperti berikut:
1. Hokkaidō 2. Aomori 8. Ibaraki |
15. Niigata 24. Mie 31. Tottori |
36. Tokushima 40. Fukuoka 47. Okinawa |
Karafuto, merupakan sebahagian daripada Pulau Sakhalin di utara Hokkaidō (tiada dalam peta) dari tahun 1907 sehingga Perang Dunia Kedua. Kini keseluruhan pula tersebut dibawah badan kerajaan Rusia, tetapi sesetengah masyarakat Jepun membuat andaian bahawa Karafuto masih sebahagian daripada Jepun.
Senarai prefektur Jepun mengikut nama
suntingPrefektur | NamaJepun | Ibu kota | Kawasan |
Pulau | Populasi¹ | Keluasan² | Kepadatan³ | Daerah | Kawasan Bandar | ISO |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Aichi | 愛知県 | Nagoya | Chūbu | Honshū | 7,507,691 | 5,153.81 | 1,366 | 15 | 88 | JP-23 |
Akita | 秋田県 | Akita | Tōhoku | Honshū | 1,009,705 | 11,612.11 | 102 | 8 | 29 | JP-05 |
Aomori | 青森県 | Aomori | Tōhoku | Honshū | 1,293,619 | 9,606.26 | 154 | 8 | 61 | JP-02 |
Chiba | 千葉県 | Chiba | Kantō | Honshū | 6,240,408 | 5,156.15 | 1,149 | 9 | 80 | JP-12 |
Ehime | 愛媛県 | Matsuyama | Shikoku | Shikoku | 1,374,881 | 5,676.44 | 263 | 7 | 28 | JP-38 |
Fukui | 福井県 | Fukui | Chūbu | Honshū | 782,232 | 4,188.76 | 198 | 10 | 29 | JP-18 |
Fukuoka | 福岡県 | Fukuoka | Kyūshū | Kyūshū | 5,106,707 | 4,971.01 | 1,009 | 17 | 91 | JP-40 |
Fukushima | 福島県 | Fukushima | Tōhoku | Honshū | 1,900,106 | 13,782.54 | 154 | 14 | 85 | JP-07 |
Gifu | 岐阜県 | Gifu | Chūbu | Honshū | 2,022,785 | 10,598.18 | 199 | 11 | 49 | JP-21 |
Gunma | 群馬県 | Maebashi | Kantō | Honshū | 1,966,381 | 6,363.16 | 318 | 12 | 61 | JP-10 |
Hiroshima | 広島県 | Hiroshima | Chūgoku | Honshū | 2,838,494 | 8,476.95 | 340 | 10 | 37 | JP-34 |
Hokkaido | 北海道 | Sapporo | Hokkaidō | Hokkaidō | 5,352,306 | 83,452.47 | 68 | 66 | 207 | JP-01 |
Hyogo | 兵庫県 | Kobe | Kansai | Honshū | 5,520,575 | 8,392.42 | 661 | 13 | 60 | JP-28 |
Ibaraki | 茨城県 | Mito | Kantō | Honshū | 2,907,262 | 6,095.62 | 490 | 13 | 61 | JP-08 |
Ishikawa | 石川県 | Kanazawa | Chūbu | Honshū | 1,150,818 | 4,185.32 | 282 | 7 | 25 | JP-17 |
Iwate | 岩手県 | Morioka | Tōhoku | Honshū | 1,268,083 | 15,278.51 | 93 | 12 | 46 | JP-03 |
Kagawa | 香川県 | Takamatsu | Shikoku | Shikoku | 972,156 | 1,861.70 | 549 | 5 | 17 | JP-37 |
Kagoshima | 鹿児島県 | Kagoshima | Kyūshū | Kyūshū | 1,637,073 | 9,132.42 | 196 | 11 | 49 | JP-46 |
Kanagawa | 神奈川県 | Yokohama | Kantō | Honshū | 9,145,572 | 2,415.42 | 3,515 | 7 | 35 | JP-14 |
Kochi | 高知県 | Kōchi | Shikoku | Shikoku | 720,907 | 7,104.70 | 115 | 6 | 35 | JP-39 |
Kumamoto | 熊本県 | Kumamoto | Kyūshū | Kyūshū | 1,774,538 | 6,908.45 | 269 | 10 | 48 | JP-43 |
Kyoto | 京都府 | Kyoto | Kansai | Honshū | 2,605,731 | 4,612.93 | 573 | 6 | 28 | JP-26 |
Mie | 三重県 | Tsu | Kansai | Honshū | 1,807,611 | 5760.72 | 322 | 7 | 29 | JP-24 |
Miyagi | 宮城県 | Sendai | Tōhoku | Honshū | 2,329,431 | 7,285.16 | 325 | 10 | 36 | JP-04 |
Miyazaki | 宮崎県 | Miyazaki | Kyūshū | Kyūshū | 1,095,959 | 6,684.67 | 175 | 8 | 30 | JP-45 |
Nagano | 長野県 | Nagano | Chūbu | Honshū | 2,087,997 | 12,598.48 | 163 | 16 | 120 | JP-20 |
Nagasaki | 長崎県 | Nagasaki | Kyūshū | Kyūshū | 1,366,514 | 4,092.80 | 371 | 9 | 79 | JP-42 |
Nara | 奈良県 | Nara | Kansai | Honshū | 1,356,950 | 3,691.09 | 391 | 8 | 47 | JP-29 |
Niigata | 新潟県 | Niigata | Chūbu | Honshū | 2,285,856 | 12,582.37 | 197 | 16 | 111 | JP-15 |
Oita | 大分県 | Ōita | Kyūshū | Kyūshū | 1,159,634 | 5,804.24 | 210 | 12 | 58 | JP-44 |
Okayama | 岡山県 | Okayama | Chūgoku | Honshū | 1,915,401 | 7,008.63 | 278 | 18 | 78 | JP-33 |
Okinawa | 沖縄県 | Naha | Kyūshū | Ryūkyū | 1,439,913 | 2,271.30 | 580 | 5 | 41 | JP-47 |
Osaka | 大阪府 | Osaka | Kansai | Honshū | 8,837,812 | 1,893.18 | 4,652 | 5 | 44 | JP-27 |
Saga | 佐賀県 | Saga | Kyūshū | Kyūshū | 828,388 | 2,439.23 | 359 | 8 | 49 | JP-41 |
Saitama | 埼玉県 | Saitama | Kantō | Honshū | 7,288,081 | 3,767.09 | 1,827 | 9 | 90 | JP-11 |
Shiga | 滋賀県 | Otsu | Kansai | Honshū | 1,413,079 | 4,017.36 | 334 | 11 | 50 | JP-25 |
Shimane | 島根県 | Matsue | Chūgoku | Honshū | 689,817 | 6,707.32 | 114 | 12 | 59 | JP-32 |
Shizuoka | 静岡県 | Shizuoka | Chūbu | Honshū | 3,686,945 | 7,328.61 | 484 | 12 | 74 | JP-22 |
Tochigi | 栃木県 | Utsunomiya | Kantō | Honshū | 1,968,425 | 6,408.28 | 313 | 7 | 33 | JP-09 |
Tokushima | 徳島県 | Tokushima | Shikoku | Shikoku | 750,210 | 4,145.26 | 199 | 10 | 50 | JP-36 |
Tokyo | 東京都 | Shinjuku | Kantō | Honshū | 13,636,222 | 2,187.08 | 5,514 | 1 | 39 | JP-13 |
Tottori | 鳥取県 | Tottori | Chūgoku | Honshū | 569,579 | 3,507.19 | 175 | 6 | 39 | JP-31 |
Toyama | 富山県 | Toyama | Chūbu | Honshū | 1,061,393 | 4,247.22 | 264 | 6 | 27 | JP-16 |
Wakayama | 和歌山県 | Wakayama | Kansai | Honshū | 953,924 | 4,725.55 | 226 | 7 | 50 | JP-30 |
Yamagata | 山形県 | Yamagata | Tōhoku | Honshū | 1,113,029 | 9,323.34 | 133 | 9 | 44 | JP-06 |
Yamaguchi | 山口県 | Yamaguchi | Chūgoku | Honshū | 1,393,904 | 6,110.76 | 250 | 11 | 56 | JP-35 |
Yamanashi | 山梨県 | Kofu | Chūbu | Honshū | 829,884 | 4,465.37 | 199 | 8 | 64 | JP-19 |
Catatan: ¹ anggaran pada 1 September 2016[4]; ² km²; ³ per km²
Lihat juga
sunting- Kerajaan Jepun
- Senarai prefektur Jepun mengikut susunan populasi
- Senarai prefektur Jepun mengikut keluasan kawasan
- Senarai kawasan Jepun
- Kod bagi ISO 3166-2 Jepun
- Prefektur Kokura — terbitan daripada tiga buah prefektur pada bulan Disember 1871 dan dimasukkan ke dalam Prefektur Fukuoka pada tahun 1876.
Rujukan
sunting- ^ Md. Nasrudin Md. Akhir; Asmadi Hassan; Rohayati Paidi (2008). Organisasi dan Institusi Jepun. Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya. m/s. 103. ISBN 9832085993.
- ^ "Doshusei Regional System" Diarkibkan 2006-09-26 di Wayback Machine National Association for Research Advancement.
- ^ Mabuchi, Masaru, "Municipal Amalgamation in Japan", World Bank, 2001.
- ^ "都道府県 人口ランキング 推計人口と国勢調査人口". 都道府県市区町村. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)