Wilayah Ibu Negara Australia
Wilayah Ibu Negara Australia (Australian Capital Territory - ACT) ialah wilayah ibu negara Komanwel Australia, di mana ibu negara Australia, Canberra, berada. Wilayah ACT dikelilingi oleh wilayah New South Wales di seluruh bahagiannya.
Wilayah Ibu Negara Australia | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Slogan atau nama samaran | The Nation's Capital (Ibu Kota Negara) | ||||
Cogan kata | For the Queen, the Law and the People (Demi Ratu, Undang-undang dan Rakyat) | ||||
Negeri dan wilayah Australia yang lain | |||||
Koordinat | 35°18′29″S 149°7′28″E / 35.30806°S 149.12444°EKoordinat: 35°18′29″S 149°7′28″E / 35.30806°S 149.12444°E | ||||
Ibu negeri | Canberra | ||||
Demonim | Canberran | ||||
Pemerintahan | Raja berperlembagaan | ||||
• Ketua Menteri | Andrew Barr (ALP) | ||||
Wilayah Australia | |||||
• Dipindahkan ke Komanwel | 1911 | ||||
• Kerajaan bertanggungjawab | 1988 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 2,358 km² (ke-8) 910 sq mi | ||||
• Darat | 2,280 km² 880 sq mi | ||||
• Air | 77.6 km² (3.29%) 30 sq mi | ||||
Penduduk (Mac 2017)[1] | |||||
• Penduduk | 409,100 (ke-7) | ||||
• Ketumpatan | 173.3/km² (ke-1) 448.8 /sq mi | ||||
Ketinggian | |||||
• Titik tertinggi | Bimberi Peak 1,912 m (6,273 ka) | ||||
• Titik terendah | Sungai Murrumbidgee 429 m (1,407 ka) | ||||
Produk kasar wilayah (2009–10) | |||||
• Produk ($m) | $25,988[2] (ke-6) | ||||
• Produk per kapita | $72,411 (ke-2) | ||||
Zon masa | UTC 10 (AEST) UTC 11 (AEDT) | ||||
Perwakilan Persekutuan | |||||
• Kerusi dewan | 2/150 | ||||
• Kerusi senat | 2/76 | ||||
Singkatan | |||||
• Pos | ACT | ||||
• ISO 3166-2 | AU-ACT | ||||
Lambang | |||||
• Bunga | Royal bluebell[3] | ||||
• Burung | Gang-gang cockatoo[4] | ||||
• Warna | Biru dan emas[5] | ||||
Laman web | www |
Geografi
suntingLuas ACT ialah 2,358 km2 dan kesemuanya adalah wilayah daratan menjadikan ACT sebagai satu-satunya wilayah di Australia yang tidak memiliki batas laut. Satu-satunya batas darat ACT ialah wilayah New South Wales yang mengelilingi ACT di semua sisi.
Sejarah
suntingSuku penduduk asli Australia yang mendiami daerah ACT adalah Ngunnawal, Walgalu dan Ngarigo, jauh sebelum kedatangan orang Eropah pada 1820-an. Sejak 1824, berbagai pemukiman pendatang kulit putih mulai berkembang menjadi kota-kota kecil.
Apabila perlembagaan Australia sedang dibicarakan oleh koloni-koloni, Melbourne dan Sydney bersaing untuk menjadi ibu negara Australia. Akhirnya disepakati bahawa Melbourne dapat menjadi ibu negara sejak 1901 sehingga ibu negara baru telah dibangun.
Tempat sekarang disepakati pada 1908 dengan memenuhi syarat bahawa wilayahnya diambil dari New South Wales dan terletak lebih dari 100 batu dari Sydney. Pertandigan reka bentuk antarabangsa untuk ACT diselenggarakan pada 1911 dengan pemenang bernama Walter Burley Griffin. Pemberian nama dan pembangunan rasmi dilaksanakan pada 12 Mac 1913.
Pada 9 Mei 1927, kerajaan persekutuan secara rasmi berpindah ke ACT dari Melbourne dengan berbagai jabatan menyusul kemudian.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wilayah Ibu Negara Australia |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Australian Capital Territory.
- ^ "Australian Demographic Statistics, Mar 2017". Australian Bureau of Statistics. 27 September 2017. Dicapai pada 16 October 2017.
- ^ 5220.0 – Australian National Accounts: State Accounts, 2009–10.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabluebell
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamacockatoo
- ^ Time to Talk Canberra. "ACT Flags and Emblems". CMD.act.gov.au. Dicapai pada 2016-07-17.