Wikipedia Bahasa Thai
Wikipedia Bahasa Thai (Bahasa Thai: วิกิพีเดียภาษาไทย ) merupakan Wikipedia yang dilancarkan dalam bahasa Thai. Wikipedia yang dimulakan sejak bulan Disember 2003 ini mempunyai lebih daripada 60,000 rencana dengan 90,000 pengguna berdaftar pada bulan Jun 2010. Sejak bulan Oktober 2007, Wikipedia (semua bahasa) menduduki peringkat ke-26 di Top Sites Thailand Alexa[1].
Wikipedia Bahasa Thai | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | http://th.wikipedia.org/ |
Jenis | Projek ensiklopedia internet |
Tersedia dalam | Thai |
Ditubuhkan | 25 Disember 2003 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Wikimedia Foundation |
Pengasas | Komuniti Wikipediwan Thai |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Ensiklopedia internet |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Tidak wajib |
Lesen | Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Miami, Florida |
sunting · sunting di Wikidata |
Wikipedia Wikipedia Bahasa Thai, ensiklopedia bebas |
Pada 31 Januari 2006, Wikipedia Bahasa Thai diakui bersama-sama Wikipedia Bahasa Thai dengan liputan akhbar. Pada tahun 2007, dikeluarkan tesis bertajuk Wikipedia bahasa Thai dan Pengetahuan Komunikasi kepada Umum oleh mahasiswa Fakulti Seni Murni dan Terapan Universiti Chulalongkorn.
Wikipedia bahasa Thai juga disebut-sebut dalam forum umum selama krisis politik Thailand 2005-2006 dengan mengatakan bahawa semua rakyat Thailand harus membaca fakta-fakta mengenai Thaksin Shinawatra, iaitu Perdana Menteri ketika itu.[2]
Wikipedia bahasa Thai adalah ensiklopedia online kedua dalam bahasa Thai setelah Thai Junior Encyclopedia Project, yang dikembangkan di bawah perlindungan Raja Bhumibol Adulyadej.
Ciri-ciri
suntingWikipedia bahasa Thai berbeza dengan Wikipedia bahasa lainnya dalam hal:
- Semua suntingan harus memenuhi hukum di Thailand (khususnya Lèse majesté), dengan melihat pada fakta bahawa majoriti penyumbang tinggal di Thailand.
- Baris pertama tiap-tiap perenggan dikehendaki sesuai dengan gaya penulisan Thai.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Laman teratas Thailand Diarkibkan 2006-05-04 di Wayback Machine dari Alexa
- ^ audio file on 26 July 2006
Pautan luar
sunting- (Thai) Wikipedia Thai
- (Thai) Liputan pers di onopen.com