Warkah Terakhir: Rosli Dhoby
Warkah Terakhir: Rosli Dhoby ialah drama di Astro Citra telah
Warkah Terakhir: Rosli Dhoby | |
---|---|
Pengarah | Wan Hasliza |
Dibintangi | |
Sinematografi | Pali Yasir |
Disunting oleh | Sugiharto & Johan Bahar |
Muzik oleh | Kye & Rudi Muhammad |
Syarikat penerbitan | Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd KL Motion Pictures |
Tarikh tayangan | 2009 |
Masa tayangan | 752 minit (digabungkan), 10 Minit / Lebih |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia (dialek Sarawak) |
ditayangkan pada 2009, drama kisah Rosli Dhobi.
Dan pada 25/7/2022 ia telah ditayangkan balik dengan Versi HD di TVS pada pukul 8:45 Malam.
Pengarah & Penerbit
sunting- Penerbit : Raam Punjabi.
- Pengarah Fotografi : Pali Yasir
- Penata Seni : Mazalan Zulkifli (Black)
- Penyunting : Sugiharto & Johan Bahar
- Musik : Kye & Rudi Muhammad
- Penata Busan & Juruhias : Rohaizad & Md Shariff
Pelakon utama
suntingBeto Kusyairy sebagai Rosli Dhobi.
Namron sebagai Awang Rambli.
Rosli Sako sebagai Bujang Suntong
Fikhree Bakar sebagai Morshidi Sidek
Amerul Affendi sebagai Tajuddin.
Anita Baharom sebagai Norian
Melissa Maureen sebagai Ani
Pelakon tambahan
suntingRamli Hassan sebagai Dhoby bin Buang (Ayah Rosli)
Sherie Merlis sebagai Habibah Hj. Lamit (Ibu Rosli)
Sazzy Falak sebagai Fatimah Dhoby (Kakak Rosli)
??? sebagai Ainnie Dhoby (Adik lelaki tunggal Rosli)
Saifullah Ghaz sebagai Jamaludin
Ken Ridzuan sebagai Seman
Juliana Evans sebagai kawan Ani
Kismah Johar sebagai Ibu Ani
Sani Sudin sebagai Ayah Ani
Adnan Trakic sebagai Sir Charles Noble Arden-Clarke (Gabenor Sarawak yang pertama dari tahun Julai 1946 sehingga Julai 1949)
Mark Janson sebagai Duncan George Stewart (Gabenor Sarawak yang kedua dari tahun November 1949 sehingga Disember 1949 tarikh kematian Sir Duncan George Stewart pada masa itu. Hanya 2 bulan sahaja beliau berkhidmat.)
Craig Hobbs sebagai Peguam Bela British (yang membantu Rosli dan Morshidi)
Nazeri Md Isa sebagai Pengawal Penjara Kuching dan Penceramah Agama.
Anggota polis Sarawak Constabulary
suntingBrandon Anthony Jerry Cox sebagai Pegawai Polis British Sarawak Constabulary
Ahmad Faiz Amran sebagai Polis Sarawak Constabulary 1
Ibrahim Amaran sebagai Polis Sarawak Constabulary 2
Samsul Anuar Jamhari sebagai Polis Sarawak Constabulary 3
Adiro Sokauwan A/L Khuang sebagai Polis singh Sarawak Constabulary
Ahli Persatuan Pemuda Melayu Sarawak (PPMS) & Rukun 13
suntingSahronizam Noor sebagai Abang Mat Sirat
Tony Eusoff sebagai Amin Jenal
Azhan Rani sebagai Abang Han Abang Ahmad
Azlan Komeng sebagai Osman Dollah
Wan Azli Wan Jusoh sebagai Che Osman
Jobot Maheran sebagai Awang Osman
Wanjie Aswandi sebagai Abang Mornie Junit
Riz Ainuddin sebagai Jack
Ayam Fared sebagai Wan Zin
Lokasi dirakamkan
suntingDrama mini series melakukan penggambaran di sekitar Perak seperti Pekan Papan, Perak serta Taiping, di Seremban, Negeri Sembilan dan juga di Penjara Pudu, Kuala Lumpur
Babak yang disimpan atau dipotong
suntingBabak dalam Dokudrama ini boleh lihat ia seperti sempurna tetapi tidak. Kerana drama ini mempunyai Deleted scene boleh rujuk di Suatu Ketika.
Penaja
suntingPower Root Marketing Sdn. Bhd
Nibong Tebal Sdn Bhd (Premier Tissue)
Fair Trade Paper & Hygiene Supply Sdn. Bhd (Mr Beh)
Salah fakta
suntingDalam drama ini tiada adegan yang menyolok mata. Waris kecewa drama Rosli Dhoby salah fakta.
1. Waris Rosli Dhoby yang dihukum gantung pada 1950 kerana menikam Gabenor kedua Sarawak Duncan Stewart, mendakwa drama siaran Astro mengenai nasionalis Sarawak itu mengandungi beberapa kesilapan fakta.
2. Lucas Johnny berkata, kesilapan fakta paling jelas ialah adegan yang menunjukkan Rosli melarikan diri selepas menikam perut gabenor itu sebelum ditahan oleh polis.
3. "Saya bersama abang saya pada ketika itu menyaksikan kejadian tersebut dia (Rosli Dhoby) tidak lari selepas menikam dengan badik, malah cuba untuk menikam kali kedua tetapi dihalang oleh polis berbangsa Sikh.
4. "Tindakan Rosli pada ketika itu menunjukkan sikapnya yang berani dan bersedia menghadapi segala kemungkinan," katanya.
5. "Dalam drama itu, "Warkah Terakhir", Rosli Dhoby lari dan ini amat mengaibkan kerana menggambarkan Rosli sebagai pengecut. Itu bukan sifatnya.
6. "Kalau sesiapa tak percaya sila datang jumpa saya serta abang saya dan saya akan tunjuk semua bukti," katanya.
7. Beliau berkata sebelum penggambaran drama itu produser tidak berusaha untuk menghubungi beliau dua beradik untuk mendapatkan cerita sebenar nasionalis Sarawak itu.
8. Beliau berkata, kesilapan fakta tersebut perlu diketahui generasi masa sekarang kerana jika dibiarkan akan mengubah fakta sejarah secara keseluruhan.
9. "Saya masih ingat kejadian tersebut ibarat berlaku semalam sahaja kerana setelah Rosli Dhoby ditangkap saya terus balik ke rumah takut ditangkap oleh polis dan sehingga ramai yang tidak tahu pasal itu," katanya.
10. Johnny, 70, yang menghadiri satu forum khas Rosli Dhoby Rabu lepas bersama abangnya, Tahar, berkata sehingga kini segala dokumen berkaitan dengan Rosli termasuk surat terakhir sebelum dihukum gantung masih dalam simpanannya.
11. "Apa yang dipaparkan hanya 60 peratus tepat...sebagai sepupu yang rapat dengan Allahyarham dan saksi masa kejadian bersama dengan abang saya Tahar, kebanyakan yang dipaparkan dalam drama tersebut silap dan satu adegan menggambarkan dia (Rosli) pengecut," kata Johnny kepada Bernama.
12. Tahar, 74, turut mengakui drama tersebut mempunyai kesilapan fakta dan enggan menonton episod seterusnya selepas menonton beberapa episod awal.
13. Drama lapan episod itu kali pertama disiarkan di Astro Citra pada 2009, dan berikutan permintaan ramai, diulang siar beberapa kali.
14. Selepas ditikam, Stewart telah dikejarkan ke Singapura untuk mendapat rawatan namun gagal diselamatkan.
15. Rosli telah dihukum gantung sampai mati pada 2 Mac 1950 setelah didapati bersalah kerana menikam Stewart dengan badik pada pagi 3 Disember 1949 di Sibu.
16. Forum tersebut, "Sembang Kemerdekaan: Berani Mati Demi Tanah Air, Wira Muda Bernama Rosli Dhoby" dianjurkan oleh Pustaka Miri.
- Bernama
Lihat juga
suntingRujukan
suntingSuatu Ketika : Rosli Dhobi - Pejuang Atau Pembunuh
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5 (Akhir)
Rosli Dhoby - Pejuang Atau Pembunuh
"Dihukum gantung usia 17 tahun" | TIKAM GABENOR GUNA PISAU DISALUT RACUN di Youtube
Pautan Luar
suntingTrailer Rasmi Warkah Terakhir: Rosli Dhoby di Youtube.
Treler Rasmi Warkah Terakhir: Rosli Dhoby di Saluran Youtube Pali Yasir.
Waris kecewa drama Rosli Dhoby salah fakta di Malaysiakini