Tengku Zaid Tengku Ahmad
ahli politik Malaysia; kerabat diraja Kelantan
Tengku Zaid bin Tengku Ahmad ialah bekas ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau merupakan salah seorang kerabat diraja Kelantan. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu, Kelantan bermula selepas memenangi pilihan raya kecil Pasir Mas Hulu 1967 hingga 1974 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).. Pada 1974 hingga 1978, beliau menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas mewakili PAS yang menjadi parti komponen Barisan Nasional.
Tengku Zaid Tengku Ahmad | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pasir Mas | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Kawasan undi dicipta semula |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Daud |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pasir Mas Hulu | |
Dalam jawatan 19 Ogos 1967 – 1974 | |
Didahului oleh | Abdul Samad Gul Ahmad Mianji |
Digantikan oleh | Kawasan undi dibubarkan |
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat | |
Dalam jawatan 1970–1971 | |
Didahului oleh | Jaiz Anwar |
Digantikan oleh | Hassan Shukri |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tengku Muhammad Zaid ibni Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad 8 Disember 1932 Pasir Mas, Kelantan |
Mati | 11 Mei 1983 Kuala Lumpur | (umur 50)
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Saudara | Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad Sultanah Zanariah Tengku Ahmad |
Dalam PAS, beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS pada 1970-1971.
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Malaysia
- Pingat Peringatan Malaysia (Gangsa) (P.P.M.) - 1965