Tawau FM
Tawau FM merupakan salah satu stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Slogannya ialah Pilihan Anda.
Bandar | Tawau |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | Pilihan Anda |
Frekuensi | 100.1 MHz |
Tarikh siaran pertama | 15 Februari 1964 |
Bahasa | Melayu |
Pemilik | |
Saluran kembar | Perlis FM Kedah FM Langkawi FM Mutiara FM Perak FM Kelantan FM Terengganu FM Pahang FM Selangor FM KL FM Negeri FM Melaka FM Johor FM Sarawak FM Red FM Wai FM Miri FM Labuan FM Sabah FM Sabah V FM Sandakan FM |
Siaran web | rtmklik |
Tapak web | tawaufm |
Sejarah
suntingSejarah siaran radio di Tawau bermula pada 15 Februari 1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar radio di Tawau berikutan perkembangan siaran radio di Sabah yang bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi stesen pemancar radio di Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang disiarkan dari Kota Kinabalu. Selaras dengan perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat, pada 31 Ogos 1987 stesen pemancar radio Tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran Radio Malaysia Tawau menerusi Gelombang Sederhana (MW) 747 Kilohertz. Memandangkan siaran menerusi MW 747 KHz hanya dapat diikuti di beberapa kawasan sahaja dan kemunculan siaran FM Stereo yang lebih jelas, maka pada 26 Ogos 2003 siaran Tawau FM telah dinaik taraf kepada FM Stereo menerusi frekuensi 100.1 Megahertz dengan kekuatan 1 Kilo Watt yang dapat didengar di seluruh Tawau termasuk Semporna, Kunak, Lahad Datu, dan sebahagian kawasan di negara jiran.
Waktu Siaran
suntingSaluran radio itu mula bersiaran dari jam 6:00 pagi hingga jam 7:00 malam setiap hari.
Semasa saluran radio itu tamat siaran dari 7:00 malam hingga 6:00 pagi keesokannya setiap hari; Bersambung siar dengan stesen radio Melayu Sabah FM dan kemudiannya di Nasional FM pada tengah malam serentak semua stesen tempatan negeri di Malaysia dibawakan selepas tamat siaran. Termasuklah siaran Solat Jumaat turut disiarkan oleh Sabah FM di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Frekuensi
suntingFrekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar |
---|---|---|
88.3 MHz | Semporna | Bukit Kemiri |
93.6 MHz | Lahad Datu | Gunung Silam |
99.1 MHz | Felda Sahabat | Felda Sahabat |
100.1 MHz | Tawau | Gunung Andrassy |