Kesufian

(Dilencongkan daripada Tasawuf)

Kesufian (Jawi: کصوفين) atau tasawuf (Jawi: تصوف, pinjaman bahasa Arab iaitu taṣawwuf; juga عرفان; bahasa Inggeris: Sufism; ialah istilah yang diberikan kepada sebuah aliran atau tradisi pemahaman Islam yang merangkumi berbagai-bagai kepercayaan dan amalan. Antaranya ialah aspek esoterik atau mistisisme mengenai komunikasi dan dialog langsung antara penganut Islam dengan Allah. Perkataan tariqa atau tarekat digunakan oleh pengikut aliran Sufi untuk kaedah atau tradisi tertentu yang diikuti oleh seorang individu untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Unsur-unsur atau tradisi kesufian tidak terbatas kepada satu mazhab tertentu dalam agama Islam, sama ada mazhab Syiah atau Sunni, walaupun kebanyakan tokoh Sufi dalam sejarah terdiri daripada pengikut mazhab Sunni. Bahkan boleh dikatakan terdapat juga contoh pengaruh kesufian yang terdapat dalam tradisi agama yang lain. Pemikiran Sufi muncul dari Timur Tengah pada abad ke-8, tetapi penganut-penganutnya kini terdapat di seluruh dunia. Walaupun terdapat pengaruh unsur-unsur kesufian di dalam budaya, pemikiran dan pengamalan masyarakat Islam kini secara umum, pengaruh modenisasi dan kritikan segolongan ulama aliran Salafi wahabi telah menyebabkan kemorosotan pengaruh aliran-aliran kesufian dan pengurangan jumlah penganut jika dibandingkan dengan Zaman Pramoden.Sejak permulaan Abad ke-20, kedatangan beberapa pengamal kesufian ke negara-negara Barat telah menyebabkan penyebaran ajaran pemahaman Sufi dalam beberapa bentuk. Walaupun ramai pengikut kesufian di Barat telah memeluk agama Islam, ramai juga yang mengikut ajaran kesufian secara bebas (golongan New Age).

Rumi (1207-1273), ahli sufi dan pemuisi

Ajaran kesufian telah memainkan peranan besar dalam pembentukan sastera di alam Islam, dan penulis golongan Sufi telah menghasilkan sejumlah besar puisi dalam bahasa Arab, Turki, Parsi, Kurd, Urdu, Punjabi, dan Sindhi yang merangkumi karya-karya Jalal al-Din Muhammad Rumi, Abdul Qader Bedil, Bulleh Shah, Amir Khusro, Shah Abdul Latif Bhittai, Sachal Sarmast, dan Sultan Bahu, serta juga banyak tradisi tarian kesalihan (umpamanya pemusingan Sufi), dan muzik seperti Qawwali.

Etimologi

sunting

Pada masa Rasulullah, belum wujud istilah tasawuf, yang wujud pada waktu itu hanyalah istilah sahabat nabi.

Istilah tasawuf mula muncul pada pertengahan abad ke-3 Hijriyyah oleh Abu Hasyimal-Kufi (w. 250 H.) dengan meletakkan "al-Sufi" di belakang namanya. Dalam sejarah Islam sebelum timbulnya aliran tasawuf, terlebih dahulu muncul aliran zuhud. Aliran zuhud timbul pada akhir abad pertama dan permulaan abad ke-2 Hijriyyah. Beberapa etimologi untuk perkataan "Sufi" telah dicadangkan.

Pandangan yang lazim adalah bahawa perkataan "Sufi" berasal daripada Suf (صوف), sepatah perkataan bahasa Arab untuk sakhlat yang merujuk kepada mantel sederhana yang dipakai oleh zahid-zahid Islam pada zaman awal. Bagaimanapun, bukan semua ahli sufi memakai mantel atau pakaian yang diperbuat daripada sakhlat.

Satu lagi teori etimologi menyatakan bahawa kata dasar untuk "Sufi" ialah daripada perkataan bahasa Arab iaitu safa (صفا) yang bermaksud kesucian, dan merujuk kepada penegasan Sufisme terhadap kesucian hati dan jiwa.

Sesetengah orang yang lain mengatakan bahawa asal perkataan "Sufi" adalah daripada perkataan "Ashab al-Suffa" ("Teman-teman Serambi") atau "Ahl al-Suffa" ("Orang-orang Serambi") yang merupakan sekumpulan penganut Islam pada zaman Nabi Muhammad yang menghabiskan banyak masa di serambi masjid Nabi untuk bersembahyang.

Zuhud menurut para ahli sejarah tasawuf adalah fasa yang mendahului tasawuf. Menurut Harun Nasution, perkara yang paling penting bagi seorang calon sufi ialah zuhud iaitu keadaan meninggalkan dunia dan hidup kebendaan. Sebelum menjadi sufi, seorang calon harus terlebih dahulu menjadi zahid. Sesudah menjadi zahid, barulah ia meningkat menjadi sufi. Dengan demikian tiap sufi ialah zahid, tetapi sebaliknya bukan semua zahid merupakan sufi[1].

Secara etimologi, zuhud bererti raghaba ‘ansyai’in wa tarakahu, bermaksud tidak tertarik terhadap sesuatu dan meninggalkannya. Zahada fi al-dunya, bererti mengosongkan diri dari kesenangan dunia untuk ibadah[2].

Bercakap tentang makna zuhud secara terminologi menurut Prof. Dr. Amin Syukur, tidak boleh dilepaskan daripada dua perkara. Pertama, zuhud sebagai bahagian yang tak terpisahkan daripada tasawuf. Kedua, zuhud sebagai moral (akhlak) Islam dan gerakan protes[3]. Apabila tasawuf diertikan adanya kesedaran dan komunikasi langsung antara manusia dengan Tuhan sebagai perwujudan ihsan, maka zuhud merupakan suatu maqam menuju pencapaian "perjumpaan" atau makrifat kepada-Nya. Dalam kedudukan ini, zuhud bererti mengelak dari berkehendak terhadap hal-hal yang bersifat duniawi atau yang selain Allah. Zuhud juga adalah "berpaling dari dunia dan menghadapkan diri untuk beribadah melatih dan mendidik jiwa, dan memerangi kesenangannya dengan berkhalwat, berkelana, puasa, mengurangi makan dan memperbanyak zikir"[4]. Zuhud di sini berupaya menjauhkan diri dari keseronokan dunia dan menafikan kelazatan itu walaupun halal, dengan jalan berpuasa yang kadang-kadang pelaksanaannya melebihi apa yang ditentukan oleh agama. Semuanya itu bertujuan demi meraih keuntungan akhirat dan pencapaian tujuan tasawuf, iaitu reda, bertemu dan makrifat Allah swt.

Kedua, zuhud sebagai moral (akhlak) Islam, dan gerakan membantah iaitu sikap hidup yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim dalam memandang dunia fana ini. Dunia dipandang sebagai satu cara ibadah dan untuk meraih keredaan Allah swt, bukan dengan tujuan hidup, dan menyedari bahawa mencintai dunia akan membawa sifat-sifat mazmumah (tercela). Keadaan seperti ini telah dicontohkan oleh Nabi dan para sahabatnya[3].

Zuhud di sini bererti tidak merasa bangga atas kemewahan dunia yang telah ada di tangan, dan tidak merasa bersedih kerana kehilangan kemewahan itu dari tangannya. Zuhud itu bukanlah kependetaan atau terputusnya kehidupan duniawi, akan tetapi merupakan hikmah pemahaman yang membuat seseorang mempunyai pandangan khusus terhadap kehidupan duniawi itu. Mereka tetap bekerja dan berusaha, akan tetapi kehidupan duniawi itu tidak menguasai kecenderungan hatinya dan tidak membuat mereka mengingkari Tuhannya[5]. At-Taftazani menjelaskan bahawa zuhud adalah tidak bersyarat kemiskinan. Malah kadangkala seorang itu kaya, tetapi pada masa yang sama dia juga zahid. Uthman bin Affan dan Abdurrahman ibn Auf adalah para hartawan, tetapi kedua-duanya adalah para zahid dengan harta yang mereka miliki.

Zuhud menurut Nabi serta para sahabatnya, tidak bermakna berpaling secara penuh daripada hal-hal duniawi tetapi bermaksud sikap sederhana atau jalan tengah dalam menghadapi segala sesuatu, sebagaimana diisyaratkan firman - firman Allah yang berikut: "Dan begitulah Kami jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil serta pilihan"[Quran 2:143]. "Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu dari (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi"[Quran 28:77]. Sementara dalam hadis disabdakan : "Bekerjalah untuk duniamu seakan kamu akan hidup selamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan kamu akan mati esok hari"[6].

Faktor-faktor Zuhud

sunting

Zuhud merupakan salah satu maqam yang sangat penting dalam tasawuf. Hal ini dapat dilihat dari pendapat ulama tasawuf yang sentiasa menyenaraikan zuhud dalam perbahasan tentang maqamat, walaupun dengan sistem yang berbeza-beza.

Al-Ghazali menempatkan zuhud dalam sistem berikut:

1. al-taubah (Taubat)
2. al-sabr (Kesabaran)
3. al-faqr (Kefakiran)
4. al-zuhud (Kezuhudan)

5. al-tawakkul (Kepasrahan)
6. al-mahabbah (Kecintaan)
7. al-makrifah (Pengetahuan)
8. al-ridha (Keredaan)

Al-Tusi menempatkan zuhud seperti berikut:

1. al-taubah (Taubat)
2. al-wara’ {Kewarakan)
3. al-zuhd (Kezuhudan)
4. al-faqr (Kefakiran)

5. al-sabr (Kesabaran)
6. al-ridha (Keredaan)
7. al-tawakkul (Kepasrahan)
8. al-makrifah (Pengetahuan)

[7].

Sedangkan al-Qusyairi menempatkan zuhud dalam urutan maqam al-taubah, al-wara’, al-zuhud, al-tawakkul dan al-ridha[1].

Jalan yang harus dilalui seorang sufi tidaklah licin dan dapat ditempuh dengan mudah. Jalan itu sukar, dan untuk berpindah dari satu maqam ke maqam yang lain memerlukan usaha yang berat dan masa yang bukan singkat, kadang-kadang seseorang calon sufi harus bertahun-tahun tinggal dalam satu maqam.

Para pengkaji baik dari kalangan orientalis mahupun Islam sendiri saling berbeza pendapat tentang faktor yang mempengaruhi zuhud. Nicholson dan Ignaz Goldziher menganggap zuhud muncul kerana dua faktor utama, iaitu: Islam itu sendiri dan kependetaan Nasrani, walaupun kedua-duanya berbeza pendapat tentang sejauh mana kesan faktor yang terakhir[8].

Harun Nasution mencatatkan lima pendapat tentang asal-usul zuhud. Pertama, dipengaruhi oleh cara hidup rahib-rahib Kristian. Kedua, dipengaruhi oleh Phytagoras yang megharuskan meninggalkan kehidupan material dalam rangka membersihkan roh. Ajaran meninggalkan dunia dan bertafakur inilah yang mempengaruhi timbulnya zuhud dan kesufian dalam Islam. Ketiga, dipengaruhi oleh ajaran Plotinus yang menyatakan bahawa dalam rangka penyucian roh yang telah kotor, sehingga dapat menyatu dengan Tuhan harus meninggalkan dunia. Keempat, pengaruh Buddha dengan faham nirwananya bahawa Zikir Dan Amalan

RAHSIA PERNAFASAN NUFUSIYAH RAHSIA MERAWAT ROHANI DAN JASMANI MELALUI PERNAFASAN SUSUNAN: ARIF FAKIRILALLAH - 0184091142

Menerokai Hakikat Diri Manusia dan Cahaya Ketenangan Hakiki Keajaiban Titik Awal Nafas (Pusat Energi Semula Jadi Manusia) Membangkitkan jiwa berTUHAN Olahan Energi Diri untuk Rawatan Dan Perisai Diri Mengenali Energi Hitam dan Putih / Tarikan Energi Bunyi

Pengenalan 1) Hakikat Diri - Rahsia Roh dan Energi 2) Hakikat Ujian / Sakit / masalah 3) Hubungan Kita dengan Allah 4) Berhubung dengan Allah melalui Zikrullah (zikir nafas) 5) Titik Nafas 6) Kaedah Pernafasan Nufusiyah

PENGENALAN Hidup atau kehidupan di muka bumi ini adalah satu persinggahan sementara. Semua yang hidup itu pasti diuji dengan pelbagai ujian. Kesusahan, kesakitan, penderitaan, kesenangan bahkan kesihatan yang baik juga merupakan suatu ujian. Sebagai seorang Islam yang lahir sebagai dalam nikmat Islam, kebanyakan gagal melihat ujian ujian yang buruk sebenarnya dari Allah semata mata untuk menguji hati kita. Kita gagal menerima hakikat dan sering menyalahkan takdir dan orang lain. Bagi mereka yang diuji dengan kebaikan, mereka gagal melihat ia juga adalah satu ujian dari Allah swt. Di sini saya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya ada yang saya pelajari tatkala saya menempuh ujian2 yang Allah swt tetapkan kepada saya. Alhamdulillah, saya sekarang boleh senyum tidak kira ujian kebaikan atau keburukan melanda diri saya. Satu ilmu yang bakal mendedahkan siapa kita, satu ilmu yang bakal menenangkan jiwa kita, satu ilmu yang bakal mengenalkan kita dan mendekatkan kita dengan pencipta kita, satu ilmu yang bakal memberi aura aura positif yang boleh memberi kesan terhadap setiap pekerjaan kita, satu ilmu yang bakal menyucikan kita dari sifat sifat buruk, ilmu yang boleh merawat dan mencegah sebarang sakit fizikal dan rohani. Terlalu banyak keistimewaan satu ilmu yang sangat mudah untuk diamalkan membuatkan saya ingin berkongsi dengan semua orang islam. HAKIKAT DIRI Sebelum, saya membawa saudara saudari semua untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu yang saya ingin kongsikan, mari kita melihat atau mengenal siapa sebenarnya diri kita. Siapa sebenarnya manusia dan apa yang ada di sebalik tubuh badan kita. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” – Surah Al-Mukminun: Ayat 12-14 Sebahagian besar dari orang Islam sedar, manusia dijadikan daripada tanah. Daripada air mani sehinggalah terbentuknya satu makhluk yang cukup sifat. Inilah yang diketahui oleh manusia dan inilah yang dilihat oleh Iblis sehingga menyebabkan Iblis enggan tunduk kepada manusia. Walhal di sebalik diri kita ada satu Ciptaan Allah yang gagal dilihat oleh Iblis dan kita sendiri. Jika Iblis sedar pada ketika itu, sudah pasti Iblis akan tunduk kepada Adam a.s. Itulah ROH, diri kita yang sebenarnya. Hakikatnya kita bukan hanya jasad yang dipandang hina oleh Iblis kerana dijadikan dari tanah. Kita lebih mulia dari Iblis kerana diri kita sebenarnya adalah ROH yang diciptakan dari cahaya Allah sendiri (sesetengah berpendapat dari Cahaya Nur Muhammad yang diciptakan oleh Allah). Apa pun khaifiat penciptaan ROH, ia jauh lebih mulia daripada Iblis. Inilah yang mulanya gagal dilihat oleh Iblis dan inilah yang kita gagal lihat pada diri kita. Kita tidak kenal diri kita dan Iblis akan seboleh bolehnya akan cuba untuk kita melupakan diri kira yang sebenarnya. Kerana jika semua orang Islam kenal diri mereka, mereka pasti tidak akan termakan dengan tipu daya syaitan. ROH, ciptaan Allah yang maha hebat, diri kita diselubungi dengan jasad. Apa yang kita lihat hanya jasad, apa yang kita jaga hanya jasad, apa yang kita cantikkan hanya jasad. Walhal jasad itu hanya sifat kita yang sementara, akan menjadi tua, sakit dan hancur lebur apabila sudah mati. Yang tinggal hanyalah ROH kita, yang akan kekal selama lamanya. Tapi apakah kita pernah peduli dengan ROH kita, pernahkah kita menjaganya? Pernahkan kita mencantikkannya untuk bertemu dengan pencipta kita suatu hari nanti? ROH, ciptaan Allah lebih hebat dari JIN dan Iblis. Pernah satu ketika Seorang manusia menewaskan JIN semasa zaman Nabi Sulaiman a.s. Pernah juga satu ketika seorang manusia (Nabi Idris) mencucuk mata Iblis ketika Iblis ingin menyesatkannya. Dalil ini menunjukkan manusia yang dilihat sebagai lemah dan hina oleh Iblis sebenarnya merupakan ciptaan Allah yang sangat hebat. Sehingga Iblis akan cuba berbuat apa saja supaya manusia tidak mengenal diri (ROH) mereka.

ROH dan Kuasa Dalaman Pernah tak anda dengar Istilah seperti Kuasa Eletromagnetik badan, Kuasa Minda, Aura, Inner Power dan sebagainya. Banyak orang bukan Islam sudah sedar akan kuasa kuasa dalaman ini dan mereka cuba aktifkan dengan cara mereka seperti Qi Gong, Yoga, Zen, Chakra, Trataka, So Hum Mantra, Aum Mantra, Corpse Pose Yoga dan banyak lagi teknik lain. Orang bukan Islam sudah maju dalam teknik teknik ini, tetapi orang Islam sangat ketinggalan dan tak tahu apapun mengenainya. Walhal, jika orang Islam boleh mengolah tenaga-tenaga tersebut, tidak akan ada teknik yang dapat melawan kehebatan kuasa dalaman Roh seorang Islam. “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah, ‘Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit” Ilmu yang sedikit di mata Tuhan adalah bagaikan lautan ilmu tanpa batas di mata manusia. Roh adalah inti kehidupan. Roh adalah energi kekal, energi hidup yang mendiami setiap diri manusia, tidak peduli siapakah dia ? adakah dia seorang yang kaya? Miskin? Sihat? sakit? bahagia ataupun orang penuh penderitaan? Roh tetap berdiam diri di dalamnya. Tanpa Roh manusia hanyalah selonggok daging yang tidak berharga yang akan berubah menjadi bangkai. Sungguh sangat luar biasa keberadaan Roh dan Roh inilah yang membuat manusia dapat hidup dan berupaya mempunyai nilai. Untuk mengekalkan energi roh ini dapat dijana berterusan dan semakin mantap dalam diri manusia itu adalah melalui amalan zikir-zikir khusus yang diajarkan oleh sifu masing-masing. Roh adalah energi yang berasal langsung dari Tuhan. Sungguhpun energi yang luar biasa. Roh adalah energi suci, maka janganlah engkau kotori Rohmu dengan perbuatan yang menentang Tuhan. Jadi dari mempelajari energi inti Roh adalah sentiasa dirinya menjauhkan dari perbuatan yang menentang Tuhan,Tidak dilupakan juga saranan daripada hadis-hadis nabi agar kita semua menerapkan nilai-nilai sifat terpuji dan menghapuskan sifat-sifat tercela. Walaupun pada hakikatnya energi tenaga dalaman suatu fitrah semula jadi ciptaan Allah, namun ia boleh jadi conderm (low batery) seandainya tidak dicas-cas setiap hari berupa niat-doa-amalan- impian-keikhlasan dan kejujuran,ia boleh jadi mati terus. . Apakah keistimewaan energi Roh? 1. Energi Roh adalah energi yang langsung datang dari anugerah Allah. 2. Energi Roh besifat kekal dan mempunyai kekuatan tanpa batas. 3. Energi Roh ada dalam setiap diri manusia. 4. Energi Roh adalah energi inti yang dapat merubah nasib/kehidupan. 5. Energi Roh mempunyai kekuatan atas semua energi (Prana, kundalini, Reiki dll) 6. Energi Roh dapat mengenalkan kita pada diri sendiri yang sejati

Dapatkah kita mengakses/memperdayakan energi Roh? Ini adalah pertanyan yang seringkali muncul pada setiap manusia. Jawapannya adalah boleh, walau ilmu tentang Roh hanya sedikit diberi oleh tuhan. Kini hampir semua pelajaran spiritual baik melalui meditasi, tarekat, yoga, sufi dll, tidak lain adalah untuk menemukan diri sejati iaitu roh yang bersemayang dalam diri. Manusia sangat menyedari akan pentingnya mengenal roh sebagai jambatan untuk mengenal nabinya, walinya dan Tuhannya. Energi Inti Roh Akan mengajarkan kepada kita cara mengenal energi Roh dengan metode yang cepat dan sederhana serta memperdayakannya dalam kehidupan sehari-hari. Apa yang akan dicapainya setelah belajar energi inti roh: 1. Akan dapat memahami diri sejati. 2. Akan dapat mengaktifkan kekuatan tanpa batas: clairvoyance (pewaskitaan), Clairaudience (pendengaran ghaib), Telepati (perhubungan fikiran, perasaan dll). 3. Akan dapat membantu menyembuhkan orang lain baik penyakit ajaib, mental, spiritual. 4. Akan dapat membuka pintu-pintu kemakmuran. 5. Dan akan banyak lagi keajaiban yang muncul di dalam diri setelah mempelajari energi inti roh Anda Sakit? Bagaimana dengan kehidupan anda sekarang ini,adakah mempunyai masalah yang tak dapat diselesaikan ? Masalah berlaku halusisasi? masalah saka? atau Orang yang sangat anda cintai sedang menderita? Atau Anda Stres, bingung dan tak tahu lagi mesti ke mana berubat?

Hubungan Kuasa minda (Gelombang Otak) dengan Tahap nafsu manusia. Gelombang Otak

Tahap Tahap Nafsu Manusia 1. Amarah 2. Lawammah 3. Mulhammah 4. Muthmainah 5. Radhiah 6. Mardhiah 7. Kamaliah Tahukan anda, Tahap nafsu dalam pada seseorang individu boleh mempengaruhi atau mencorak gelombang otak mereka. Mengikut satu teori – Lord of attraction : “ Ketika anda merubah gelombang otak anda, anda merubah hidup anda”. Jika anda belajar mengenai gelombang – gelombang walkie talkie. Semakin halus gelombang itu semakin baik penerimaan gelombang dan semakin jauh jaraknya. Maknanya gelombang Delta adalah lebih baik dari Alfa. Orang yang tenang fikirannya seperti dalam keadaan tidur atau separa sedar akan mempunyai gelombang yang baik. Nafsu manusia sangat mempengaruhi gelombang otak mereka, selagi baik tingkatan nafsu, semakin baik gelombang yang mereka ada. Lihatlah mereka mereka yang alim, mereka mampu mempengaruhi atau menyebarkan gelombang otak mereka dengan baik. Semakin baik nafsu kita, semakin tenanglah jiwa kita. Gelombang otak yang baik akan menyebabkan kita tenang, dapat mengawal fikiran dan emosi kita, pergerakan kita, energi kita, kebiasaan, perilaku reaksi dan sebagainya. Justeru menjadikan kita insan yang lebih baik.

Energi-Energi yang boleh dipengaruhi/dikawal oleh Energi ROH. 1) Tenaga UBUDIYAH 2) Tenaga KEROHANIAN 3) Tenaga DALAM 4) Tenaga FIZIKAL 5) Tenaga MINDA 6) Tenaga EMOSI 7) Tenaga ALAM / LUARAN Tuan tuan, jika sesorang selalu berzikir, mereka secara langsung akan dapat mengawal nafsu mereka sehinggalah mereka mencapai tingkatan nafsu yang terbaik.

HAKIKAT UJIAN/SAKIT/MASALAH Sering kali kita menghadapi ujian, kita akan mencari penyelesaian tanpa mengetahui punca dan asal usul ujian. Hakikat Ujian, penyakit dan masalah adalah datangnya dari Allah swt. Sebagai seorang ISLAM adalah wajib kita pegang pada Iktikad ini. Yang boleh menyelesaikan dan menyembuhkan juga adalah Allah swt. Tetapi, kita gagal melihat dengan Iktikad tersebut, ada masalah saja cari manusia, sakit saja cari ubat atau cari doktor. Iktikad kita pada manusia dan makhluk, langsung tidak terlintas untuk muhasabah dan berfikir bahawa semua itu dari Allah swt. “Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.”(Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Ujian/sakit/masalah adalah kifarah bagi mereka yang banyak dosa. Bagi mereka yang beriman ia satu ujian untuk menaikkan darjat mereka di sisi Allah swt. Tujuannya hanyalah satu, mendekatkan diri kita kepada-Nya sedekat yang boleh. Orang yang jauh dah lupa dengan Allah selalunya ditimpa dengan pelbagai Ujian supaya mereka selalu ingat kepada Allah. Mereka yang selalu ingat kepada Allah akan diuji supaya mereka lebih rapat dan mengenali Allah swt dengan lebih dekat. Ingatan kita kepada Allah (Zikir). Mempunyai hubung kait dengan tenaga ROH kita, saya akan kupaskan kemudian. Manusia Bertanya: "Kenapa aku diuji?"

Al-Quran Menjawab: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Quran Surat Al-Ankabut Ayat 2)

"Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Quran Surat Al-Ankabut Ayat 3)

Manusia Bertanya: "Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik?"

Al-Quran Menjawab: "...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." (Al-Quran Surat Al-Baqarah Ayat 216)

Manusia Bertanya: "Kenapa aku diberi ujian seberat ini?"

Al-Quran Menjawab: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."(Al-Quran Surat Al-Baqarah Ayat 286)

Manusia Bertanya: "Bolehkah aku frustrasi?" Al-Quran Menjawab: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Al-Quran Surat Ali Imran Ayat 139)

Manusia Bertanya: "Bolehkah aku berputus asa?" Al-Quran Menjawab:

"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Al-Quran Surat Yusuf Ayat 87)

Manusia Bertanya: "Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?"

Al-Quran Menjawab: "Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." (Al-Quran Surat Ali Imraan Ayat 200)

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk'." (Al-Quran Surat Al-Baqarah Ayat 45)

Manusia Bertanya: "Bagaimana menguatkan hatiku?"

Al-Quran Menjawab: "...Cukuplah Allah bagi-Ku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya Aku bertawakal..." (Al-Quran Surat At-Taubah Ayat 129)

Manusia Bertanya: "Apa yang kudapat dari semua ujian ini?"

Al-Quran Menjawab: "Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka..." (Al-Quran Surat At-Taubah Ayat 111)


BERHUBUNG DENGAN ALLAH MELALUI ZIKRULLAH (ZIKIR NAFAS) Kenapa zikir nafas? Bukankah kita boleh berzikir secara lisan seperti biasa? Jawapannya, sedar kah kita sepanjang kita berzikir melalui lisan, kita sebenarnya tidak merasakan ketenangan yang sepenuhnya. Kita gagal untuk mendapat kesan zikir. Kenapa? Sebenarnya kita berzikir sambil lalai dan diganggu. Kita berzikir di mulut tetapi di hati dan fikiran kita entah ke mana, kita menipu diri kita dan kita menipu Allah swt. Mungkin kita boleh dapat pahala menyebut. Tetapi Allah tidak sekali-kali menerima amalan yang menduakan Allah. Kita juga senang untuk diganggu oleh bisikan bisikan syaitan. Allah memberi jaminan bahawa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Syaitan tidak dapat di halang dari amalan dan ibadat seseorang kecuali dengan ZIKIR NAFAS dan tidak ada cara lain dari ini, kerana syaitan sentiasa bernafas dengan Nafas kita. Kalau kita bernafas tanpa zikrullah bererti kita sebenarnya bernafas dengan syaitan. Dalil dalil 1) Al Ra’d 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 2) Al Araf – 25

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu (dirimu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. -tuntutan Allah untuk mengenal diri.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu (nafs). Perkataan Nafs di sini sebenarnya merujuk kepada diri kita. Bukan hati kita, bukan akal kita, tetapi diri kita. Siapa diri kita? Di sinilah salah satu ayat yang menuntut kita untuk mengenal diri kita. Siapa kita semasa Allah jadikan kita? Siapa kita setelah kita kembali kepada Allah? Kita adalah roh yang diselaputi oleh badan. Badan kita akan mereput selepas kita mati, tetapi roh kita kekal selamanya. Al An’am 79 "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)" Ayat di atas jelas menunjukkan sekiranya kita tak kenal wajah kita yang sebenar, kita sebenarnya masih menyekutukan Allah. Auzubillahiminzalik. Jadi bagaimana untuk membuat diri (ROH) kita berzikir? Adakah dengan lidah, adakah dengan fikiran, adakah dengan hati? Zikirlah dengan perkara yang terdekat dengan ROH yakni nafas, roh yang membuat kita bernafas supaya kita terus hidup. Perhubungan kita (roh) dengan Allah sebenarnya memberi kesan energi ROH. Semakin kita berhubung atau ingat (zikir), semakin kuat. Bergitu juga jikalau kika lupa atau lalai, semakin lemah energi ROH kita. Umpama kita mengecas bateri telefon yang dihidupkan, jikalau kita terus mengecas, bateri telefon sentiasa penuh. Jikalau kita berhenti, bateri akan lemah sedikit demi sedikit. Energi ROHlah yang memberi impak kepada fizikal kita, rohani kita, fikiran kita, gerak laku kita, tumpuan kita. Dengan Energi yang kuat dapat merawat penyakit fizikal dan rohani. Menghalang gangguan sihir, malah merawat sel-sel badan yang rosak. Perasankah anda kebanyakan orang alim/wali umur mereka selalunya panjang, itu adalah asbab mereka selalu ingat (zikir) kepada Allah. Dengan selalu berzikir juga akan membuang sifat sifat buruk kita, membuang kekotoran hati kita dan mencegah kita dari melakukan dosa. Lihat betapa dengan mengingati Allah sahaja, Allah sudah beri kita semuanya. Orang-orang yang selalu ingatkan Allah akan sentiasa dalam rahmat dan pertolongan dari Allah. Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, inilah salah satu cara untuk anda mengenal diri anda. Apabila anda mengenali diri anda, barulah anda kenal siapa pencipta anda. Bagaimanakah selama ini kita beribadat tanpa mengenal Allah, kita beribadat tanpa ingat kepada Allah. Adakah semua ibadat kita akan diterima? Tauhid kita tidak bulat kepada Allah, amalan kita akan rosak, akhlak kita akan jadi buruk. Inilah asas kepada kepada segala ilmu, orang yang selalu ingat Allah akan sentiasa tenang dan melihat semua kejadian dan perkara perkara yang berlaku kepada mereka adalah dari ALLAH. Mereka tidak lagi akan mensyirikkan ALLAH. Semuanya dari ALLAH. Mereka tidak lagi akan marah-marah, malah akan sentiasa tersenyum walaupun menerima ujian yang sangat besar. Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirlah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang pada malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.” Surah 3: Ali Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Akulah Allah, tidak ada Tuhan selain-Ku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al-Ahzab Ayat 21

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

TITIK NAFAS Titik nufus atau titik nafas terletak di atas pusat kita (jarak dua jari dari pusat). Di situlah asal usul tempat seorang manusia yang ditiupkan roh ketika dalam kandungan. Di situ jugalah bermulanya pergerakan semasa manusia menarik nafas.

KAEDAH PERNAFASAN NUFUSIYAH Amalan amalan sebelum bermula. 1. Perbaharui Syahadah 3x 2. Istighfar (sebanyak mungkin) 3. Selawat kepada Rasulullah 7 x 4. Auzubillahiminasyaitonimrajim – Mohon perlindungan dari bisikan syaitan (7x) 5. Basmallah 7x 6. Sedekah Alfatihah kepada – Rasulullah, Ahlulbait, Para nabi, Para Sahabat, Para wali, Ibu bapa

      Keluarga, Jasad dan Roh sendiri. 

· Amalan2 ini bukanlah wajib, Cuma adab sebelum berzikir sekiranya kita mahu berzikir dalam tempoh yang lama dalam keadaan yang fokus. · Sekiranya ada sedang beraktiviti atau bersantai boleh terus mula zikir. · Berzikirlah sepanjang masa, jangan biarkan walau satu nafas anda terlalai lupakan Allah. · Tempat tempat yang sesuai untuk mendapatkan fokus – Masjid, tempat tempat sunyi, atas bukit atau gunung, tepi pantai, tepi sungai/air terjun. Tujuannya semoga zikir itu dapat meresap ke dalam roh dan jasad kita. Para wali dahulu sering kali mengembara ke hutan dan bukit semata-mata untuk bersuluk, mengasingkan diri dari dunia serta menguji tahap keimanan mereka.

Kaedah kedudukan badan untuk berzikir. · Duduk Antara dua sujud · Duduk bersila · Tidur · Apa-apa keadaan pun boleh · Pastikan badan anda dalam keadaan rilaks, tidak ada sebarang tekanan, lembikkan seluruh anggota badan. · Sekiranya anda dalam keadaan duduk, luruskan tulang belakang. Manakala bahagian lain lembikkan sepenuhnya. · Rasakan diri anda seolah2 mati dan tiada daya upaya langsung.

Kaedah berzikir 1. Fokus pada titik nafas. 2. Tarik nafas perlahan – lahan dengan menyebut ALLAH di dalam hati, Tarik hingga ke ubun ubun 3. Sampai di ubun-ubun sebut HU 4. Lepaskan nafas perlahan dengan menyebut ALLAH, Lepaskan sehingga kembali fokus ke titik nafas. 5. Ulang semula langkah satu hinga 4. 6. Mula dengan tarikan nafas yang perlahan-lahan, percepatkan sedikit sehinggalah anda bernafas seperti biasa. 7. Lakukan sehingga ada rasa kosong, bahkan tidak merasai adanya badan anda. (Perlukan latihan dan amalan yang berpanjangan). Pada saat itulah kita sebenarnya menghadapkan wajah sebenar kita kepada wajah Allah.

· Semasa menarik nafas anda boleh bayangkan anda menyedut cahaya putih, dan semasa melepaskan anda bayangkan anda melepaskan segala kekotoran hati anda yang hitam. · Semasa melepaskan nafas, bayangkan anda mematikan diri anda dengan memulangkan semula semua sifat pinjaman dari Allah. · Anda boleh juga membayangkan menyedut energi yang terdapat di tempat tempat suci seperi baitullah, masjid nabawi, masjid aqsa semasa anda menyedut nafas. · Zikir Ismu zat (ALLAH HU ALLAH) juga boleh diganti dengan zikir zikir lain semasa menggunakan kaedah ini.

Maulana Ibnu Athaillah Askandary dalam Kalam Hikmahnya sebagi berikut : “Kosongkan hati anda dari segala sesuatu selain Allah, nescaya Dia akan memenuhi hati anda dengan ilmu-ilmu makrifat (Ilmu mengenal Allah dan rahsia-rahsia Alam)” untuk mencapainya orang harus meninggalkan dunia dan memasuki hidup kontemplasi. Kelima, pengaruh ajaran Hindu yang juga mendorong manusia meninggalkan dunia dan mendekatkan diri kepada Tuhan untuk mencapai persatuan Atman dengan Brahman[3].

Sementara itu Abu al’ala Afifi mencatat empat pendapat para peneliti tentang faktor atau asal–usul zuhud. Pertama, berasal dari atau dipengaruhi oleh India dan Parsi. Kedua, berasal dari atau dipengaruhi oleh pertapaan Nasrani. Ketiga, berasal atau dipengaruhi oleh pelbagai sumber yang berbeza-beza kemudian menjelma menjadi satu ajaran. Keempat, berasal dari ajaran Islam.

Untuk faktor yang keempat tersebut Afifi memerincikan lebih jauh menjadi tiga: Pertama, faktor ajaran Islam sebagaimana terkandung dalam kedua sumbernya, al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini mendorong untuk hidup warak, taqwa dan zuhud.

Kedua, reaksi rohaniah kaum muslimin terhadap sistem sosial politik dan ekonomi di kalangan Islam sendiri, iaitu ketika Islam telah tersebar ke pelbagai negara yang sudah tentu membawa kesan tertentu, seperti terbukanya kemungkinan kemakmuran pada satu pihak dan terjadinya pertikaian politik sesama umat Islam seperti yang menyebabkan perang saudara antara Ali ibn Abi Talib dengan Mu'awiyah, yang bermula dari al-fitnah al-kubra I yang menimpa khalifah ketiga, Uthman ibn Affan (35 H/655 M). Dengan adanya fenomena sosial politik seperti itu terdapat sebahagian masyarakat dan ulamanya tidak ingin terlibat dalam kemewahan dunia dan mempunyai sikap tidak mahu mengetahui terhadap pergolakan yang ada, mereka mengasingkan diri agar tidak terlibat dalam pertikaian tersebut.

Ketiga, tindak balas terhadap ilmu fiqah dan kalam, sebab kedua-duanya tidak boleh memenuhi dalam pengamalan agama Islam. Menurut at-Taftazani, pendapat Afifi yang terakhir ini perlu diteliti lebih jauh, zuhud boleh dikatakan bukan tindak balas terhadap ilmu fiqah dan kalam, kerana gerakan keilmuan Islam, seperti ilmu fiqah dan ilmu kalam dan sebagainya, muncul selepas amalan zuhud mahupun gerakan zuhud wujud. Perbahasan ilmu kalam secara sistematik timbul setelah lahirnya mu'tazilah kalamiyyah pada permulaan abad ke-2 Hijrah, lebih lewat lagi ilmu fiqah, iaitu setelah tampilnya imam-imam mazhab, sementara zuhud dan gerakannya telah lama tersebar luas di dunia Islam[3].

Zuhud itu walaupun terdapat persamaan antara amalan zuhud dengan pelbagai ajaran falsafah dan agama sebelum Islam, namun zuhud tetap terdapat dalam Islam. Banyak dijumpai ayat al-Quran mahupun hadis yang bernada merendahkan nilai dunia, sebaliknya banyak dijumpai nas agama yang memberi motivasi beramal demi memperoleh pahala akhirat dan terselamat dari seksa api neraka [Quran 57:19][Quran 93:4][Quran 79:37-40].

Sejarah Peralihan Zuhud

sunting

Benih-benih tasawuf sudah terdapat sejak dalam kehidupan Nabi . Hal ini dapat dilihat dalam tingkah laku dan peristiwa dalam hidup, ibadah dan peribadi Nabi Muhammad . Sebelum diangkat menjadi Rasul, berhari-hari baginda bertasawuf di gua Hira terutama pada bulan Ramadhan. Di sana Nabi banyak berzikir bertafakur dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. Pengasingan diri baginda merupakan acuan utama para sufi dalam melakukan tasawuf. Sumber lain yang diacu oleh para sufi adalah kehidupan para sahabat Nabi yang berkaitan dengan keteduhan iman, ketaqwaan, kezuhudan dan budi pekerti luhur. Maka, setiap orang yang meneliti kehidupan kerohanian dalam Islam tidak dapat mengabaikan kehidupan kerohanian para sahabat yang menumbuhkan kehidupan sufi pada abad-abad sesudahnya.

Selepas tempoh sahabat berlalu, muncul pula zaman tabi'in (sekitar abad kpertama dan kedua H). Pada masa itu, keadaan sosiopolitik sudah berubah. Konflik yang bermula dari masa Uthman bin Affan berpanjangan hingga masa sesudahnya dan mempunyai kesan terhadap kehidupan beragama dengan munculnya kumpulan kelompok Bani Umayyah, Syiah, Khawarij, dan Murjiah.

Ketika masa kekuasaan Bani Umayyah, kehidupan politik berubah sepenuhnya. Dengan sistem pemerintahan monarki, khalifah–khalifah Bani Umayyah secara bebas berbuat kezaliman.

Di samping kemelut politik yang berpanjangan, perubahan keadaan sosial pun terjadi. Hal ini mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat Islam. Pada masa Rasulullah dan para sahabat, secara umum kaum muslimin hidup dalam keadaan sederhana. Ketika Bani Umayyah memegang tampuk kekuasaan, hidup mewah mula meracuni masyarakat, terutama terjadi di kalangan istana. Para khalifah kelihatan semakin jauh dari tradisi kehidupan Nabi serta sahabat dan semakin dekat dengan tradisi kehidupan raja-raja Rom.

Dari perubahan–perubahan keadaan sosial tersebut sebahagian masyarakat mulai melihat kembali pada kesederhanaan kehidupan Nabi . Mereka mulai merenggangkan diri dari kehidupan mewah. Sejak itu, kehidupan zuhud mula meluas.

Para pelaku zuhud itu disebut zahid (jamak: zuhhad) atau karena ketekunan mereka beribadah, maka disebut abid (jamak: abidin atau ubbad) atau nasik (jamak: nussak)[17]

Aliran Zuhud

sunting

Zuhud yang tersebar luas pada abad pertama dan kedua Hijrah terdiri atas berbagai aliran iaitu :

Aliran Madinah

sunting

Sejak dahulu di Madinah telah muncul para zahid. Mereka kuat berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-sunnah, dan mereka menetapkan Rasulullah sebagai panutan kezuhudannya. Di antara mereka dari kalangan sahabat adalah Abu Ubaidah al-jarrah (w.18 H.), Abu Dzar al-Ghiffari (w. 22H.), Salman al-Farisi (w. 32 H.), Abdullah ibn Mas’ud (w. 33 H.), Hudzaifah ibn Yaman (w. 36 H.). Sementara itu dari kalangan tabi’in diantaranya adalah Sa’id ibn al-Musayyad (w. 91 H.) dan Salim ibn Abdullah (w. 106 H.).

Aliran Madinah ini lebih cenderung pada pemikiran angkatan pertama kaum muslimin (salaf),dan berpegang teguh pada zuhud serta kerendah hatian Nabi. Selain itu aliran ini tidak begitu terpengaruh perubahan–perubahan sosial yang berlangsung pada masa dinasti Umayyah, dan prinsip–prinsipnya tidak berubah walaupun mendapat tekanan dari Bani Umayyah.dengan begitu, zuhud aliran ini tetap bercorak murni Islam dan konsisten pada ajaran–ajaran Islam.

Aliran Basrah

sunting

Louis Massignon mengemukakan dalam artikelnya, Tashawwuf, dalam Ensiklopedie de Islam ,bahwa pada abad pertama dan kedua Hijriyah terdapat dua aliran zuhud yang menonjol. Salah satunya di Bashrah dan yang lainnya di Kufah. Menurut Massignon orang–orang Arab yang tinggal di Bashrah berasal dari Bani Tamim. Mereka terkenal dengan sikapnya yang kritis dan tidak percaya kecuali pada hal–hal yang riil. Merekapun terkenal menyukai hal-hal logis dalam nahwu, hal–hal nyata dalam puisi dan kritis dalam hal hadits. Mereka adalah penganut aliran ahlus sunnah, tapi cenderung pada aliran–aliran mu’tazilah dan qadariyah. Tokoh mereka dalam zuhud adalah Hasan al-Bashri, Malik ibn Dinar, Fadhl al-Raqqasyi, Rabbah ibn ‘Amru al-qisyi, Shalih al-Murni atau Abdul Wahid ibn Zaid, seorang pendiri kelompok asketis di Abadan[18].

Corak yang menonjol dari para zahid Bashrah ialah zuhud dan rasa takut yang berlebihlebihan. Dalam halini Ibn Taimiyah berkata: “Para sufi pertama–tama muncul dari Bashrah. Yang pertama mendirikan khanaqah para sufi ialah sebagian teman Abdul Wahid ibn Zaid, salah seorang teman Hasan al-Bashri. Para sufi di Bashrah terkenal berlebih–lebihan dalam hal zuhud, ibadah, rasa takut mereka dan lain–lainnya, lebih dari apa yang terjadi di kota–kota lain”[19]. Menurut Ibn Taimiyyah hal ini terjadi karena adanya kompetisi antara mereka dengan para zahid Kufah.

Aliran Kufah

sunting

Aliran Kufah menurutLouis Massignon, berasal dariYaman.Aliran ini bercorak idealistis, menyukai hal- hal aneh dalam nahwu, hal-hal image dalam puisi,dan harfiah dalam hal hadits.Dalam aqidah mereka cenderung pada aliran Syi’ah dan Rajaiyyah.dan ini tidak aneh, sebab aliran Syi’ah pertama kali muncul di Kufah.

Para tokoh zahid Kufah pada abad pertama Hijriyah ialah ar-Rabi’ ibn Khatsim (w. 67 H.) pada masa pemerintahan Mu’awiyah, Sa’id ibn Jubair (w. 95 H.), Thawus ibn Kisan (w. 106 H.), Sufyan al-Tsauri (w. 161 H.)

Aliran Mesir

sunting

Pada abad – abad pertama dan kedua Hijriyah terdapat suatu aliran zuhud lain, yang dilupakan para orientalis, dan aliran ini tampaknya bercorak salafi seperti halnya aliran Madinah. Aliran tersebut adalah aliran Mesir. Sebagaimana diketahui, sejak penaklukan Islam terhadap Mesir, sejumlah para sahabat telah memasuki kawasan itu,misalnya Amru ibn al-Ash, Abdullah ibn Amru ibn al-Ash yang terkenal kezuhudannya, al-Zubair bin Awwam dan Miqdad ibn al-Aswad.

Tokoh – tokoh zahid Mesir pada abad pertama Hijriyah diantaranya adalah Salim ibn ’Atar al-Tajibi. Al-Kindi dalam karyanya, al-wulan wa al-Qydhah meriwayatkan Salim ibn ‘Atar al-Tajibi sebagai orang yang terkenal tekun beribadah dan membaca al-Qur’an serta shalat malam, sebagaimana pribadi – pribadi yang disebut dalam firmanAllah :”Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam”. (QS.al-Dzariyyat, 51:17). Dia pernah menjabat sebagai hakim diMesir,dan meninggal di Dimyath tahun 75 H. Tokoh lainnya adalah Abdurrahman ibn Hujairah (w. 83 H.) menjabat sebagai hakim agung Mesir tahun 69 H.

Sementara tokoh zahid yang paling menonjol pada abad II Hijriyyah adalah al-Laits ibn Sa’ad (w. 175 H.).Kezuhudan dan kehidupannya yang sederhana sangat terkenal. Menurut ibn Khallikan, dia seorang zahid yang hartawan dan dermawan, dll[20]

Dari uraian tentang zuhud dengan berbagai alirannya, baik dari aliran Madinah, Bashrah, Kufah, Mesir ataupun Khurasan, baik pada abad I dan II Hijriyyah dapat disimpulkan bahwa zuhud pada masa itu mempunyai karakteristik sebagai berikut :

Pertama : Zuhud ini berdasarkan ide menjauhi hal – hal duniawi, demi meraih pahala akhirat dan memelihara diri dari adzab neraka. Ide ini berakar dari ajaran –ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah yang terkena dampak berbagai kondisi sosial politik yang berkembang dalam masyarakat Islam ketika itu.

Kedua : Bercorak praktis, dan para pendirinya tidak menaruh perhatian buat menyusun prinsip – prinsip teoritis zuhud. Zuhud ini mengarah pada tujuan moral.

Ketiga : Motivasi zuhud ini ialah rasa takut, yaitu rasa takut yang muncul dari landasan amal keagamaan secara sungguh –sungguh. Sementara pada akhir abad kedua Hijriyyah, ditangan Rabi’ah al-Adawiyyah, muncul motivasi cinta kepada Allah, yang bebas dari rasa takut terhadap adzab-Nya.

Keempat : Menjelang akhir abad II Hijriyyah, sebagian zahid khususnya di Khurasan dan pada Rabi’ah al-Adawiyyah ditandai kedalaman membuat analisa, yang bisa dipandang sebagai fase pendahuluan tasawuf atau sebagai cikal bakal para sufi abad ketiga dan keempat Hijriyyah. Al-Taftazani lebih sependapat kalau mereka dinamakan zahid, qari’ dan nasik (bukan sufi). Sedangkan Nicholson memandang bahwa zuhud ini adalah tasawuf yang paling dini. Terkadang Nicholson memberi atribut pada para zahid ini dengan gelar “para sufi angkatan pertama”.

Suatu kenyataan sejarah bahwa kelahiran tasawuf bermula dari gerakan zuhud dalam Islam.Istilah tasawuf baru muncul pada pertengahan abad III Hijriyyah oleh Abu Hasyim al-Kufy (w.250 H.) dengan meletakkan al-sufy di belakang namanya. Pada masa ini para sufi telah ramai membicarakan konsep tasawuf yang sebelumnya tidak dikenal.Jika pada akhir abad II ajaran sufi berupa kezuhudan, maka pada abad ketiga ini orang sudah ramai membicarakan tentang lenyap dalam kecintaan (fana fi mahbub), bersatu dalam kecintaan (ittihad fi mahbub), bertemu dengan Tuhan (liqa’) dan menjadi satu dengan Tuhan (‘ain al jama’)[21]. Sejak itulah muncul karya –karya tentang tasawuf oleh para sufi pada masa itu seperti al-muhasibi (w. 243 H.), al-Hakim al-Tirmidzi (w. 285 H.), dan al-Junaidi (w. 297 H.). Oleh karena itu abad II Hijriyyah dapat dikatakan sebagai abad mula tersusunnya ilmu tasawuf.

Kesimpulan

sunting
  • Zuhud adalah fasa yang mendahului tasawuf.
  • Munculnya aliran –aliran zuhud pada abad I dan II H sebagai reaksi terhadap hidup mewah khalifah dan keluarga serta pembesar – pembesar negara sebagai akibat daripada kekayaan yang diperoleh setelah Islam meluas ke Syiria, Mesir, Mesopotamia dan Persia. Orang melihat perbezaan besar antara hidup sederhana dari Rasul serta para sahabat.
  • Pada akhir abad kedua Hijriyyah peralihan dari zuhud ke tasawuf sudah mulai tampak. Pada masa ini juga muncul analisis –analisis singkat tentang kesufian. Meskipun demikian, menurut Nicholson, untuk membezakan antara kezuhudan dan kesufian sulit dilakukan kerana umumnya para tokoh kerohanian pada masa ini adalah orang – orang zuhud. Oleh sebab itu menurut at-taftazani, mereka lebih layak dinamai zahid daripada sebagai sufi.

Bacaan lanjutan

sunting
  • Aceh, Abu Bakar, Pengantar Sejarah Sufi dan Tasawuf, Solo, Ramadhani,1984.
  • Al-Taftazani, Abu al-Wafa, al-Ghanimi, Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islamy, Qahirah, Dar al-Tsaqafah , 1979.
  • ________________, Sufi dari Zaman ke Zaman, terj.Ahmad Rofi Utsman, Bandung, Pustaka, 1997.
  • Al-Tusi,Nasr al-Sarraj al-Luma’, Mesir,dar al-Kutub al-Hadisah,1960
  • Dewan Redaksi Ensiklopedi Islam, Ensiklopedi Islam, Jakarta, PT. Ichtiar Baru Van Hoeve, 1993
  • Hasan, Abd-Hakim, al-Tasawuf fi Syi’r al-Arabi,Mesir,al-Anjalu al-Misriyyah,1954
  • Munawir,Ahmad warson, al-Munawwir : Kamus Arab – Indonesia, PP. al-Munawwir,Yogyakarta, 1984
  • Nasution, Harun, Prof. Dr., Falsafat dan Mistisme dalam Islam, Jakarta, Bulan Bintang,1995
  • Nicholson, A. Reynold,The Mistic of Islam, terj. BA, Jakarta, Bumi Aksara,1998
  • Syukur, Amin,Prof. Dr., Menggugat Tasawuf,Yogyakarta,Pustaka Pelajar, 2002
  • _________________, Zuhud di Abad Modern,Yogyakarta, Pustaka Pelajar,2000
  • Taimiyah, ibn, al-Shuffiyyah wa al-Fuqoro’, kairo, Mathba’ah al-Manar,1348 H.

Nota kaki

sunting
  1. Prof. Dr. Harun Nasution, Falsafat dan Mistisme dalam Islam, (Jakarta : Bulan Bintang), 1995, hlm. 64
  2. Ahmad Warson Munawir, Al-Munawir : Kamus Arab – Indonesia, PP. Al-Munawiwir, Yogyakarta, 1984, hlm. 626.
  3. Prof. Dr. Amin Syukur MA, Zuhud di Abad Modern, (Yogyakarta : Pustaka Pelajar), 2000, hlm. 1
  4. Abd. Hakim Hasan, al-Tasawuf Fi Syi’r al-Arabi, (Mesir : al-Anjalu al-Misriyyah), 1954, hlm. 42. Lihat juga Prof. D. Amin Syuku MA, Zuhud…, op.cit, hlm. 2
  5. Ibid., hlm. 3
  6. Dr. Abu al-Wafa al-Ghanimi al-Taftazani, Sufi dari Zaman ke Zaman, (Bandung : Pustaka), 1977, hlm. 54
  7. QS. Al-Baqarah, 2:143
  8. QS. Al-Qashash, 28:77
  9. Lihat al-Taftazani, Sufi …, op.cit., hlm. 55
  10. Al-Tusi, Al-Luma’,(Mesir : Dar al-Kutub al-Hadisah), 1960, hlm. 65
  11. Lihat Harun Nasution, falsafat …,op.cit., hlm. 62-63
  12. Dr. Abu al-wafa al-Ghanimi al-Taftazani,Sufi…,op.cit.,hlm. 56-57
  13. Ibid., hlm. 58-59; lihat juga Prof.Dr. Amin Syukur MA,Zuhud…,op.cit.,hlm. 4-5; Bandingkan dengan Reynold A. Nicholson, Mistik Dalam Islam, (Jakarta : Bumi Aksara),1998,hlm. 8-21
  14. Istilah wara’ sering dipakai dalam dunia tasawuf, arti dari istilahtersebut adalah sikap menjaga diri dan membentenginya dari hal-hal yang tidak jelas hukumnya, atau dengan kata lain menjaga diri daribarang yang syubhat.
  15. Prof.Dr.Amin Syukur MA, Zuhud…,op.cit., hlm. 5-6;lihat juga al-Taftazani,Sufi…,op.cit.,hlm. 58 dan 250
  16. Dewan Redaksi EndiklopediIslam, Ensiklopedi Islam, (Jakarta.PT.Ichtiar Baru Van Joeve), 1993, hlm.80- 81
  17. Ibid., hlm. 82
  18. Abu al-Wafa al-Ghanimi al-Taftazani, Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islamy, (Qahirah al-Tsaqafah),1979,hlm. 72 - 75
  19. Ibn Taimiyyah,al-Shuffiyyah wa al-Fuqara’, (Kairo : Mathba’ah al-Manar), 1348 H.,hlm. 3-4
  20. Abu al-Wafa al-Ghanimi al-Taftazani, Sufi…,op.cit., hlm. 68-80
  21. Abu BakarAceh,Pengantar Sejarah Sufi dan tasawuf, (Solo : Ramadlani), 1984,hlm.57

Pautan Luar

sunting
  1. ^ a b Prof. Dr. Harun Nasution (1995). Falsafat dan Mistisme dalam Islam. Jakarta: Bulan Bintang. m/s. 64. ISBN 979-418-096-3.
  2. ^ Ahmad Warson Munawir (1984). Al-Munawir : Kamus Arab – Indonesia. Yogyakarta: PP. Al-Munawiwir. m/s. 626.
  3. ^ a b c d Prof. Dr. Amin Syukur MA (2000). Zuhud di Abad Modern. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
  4. ^ Abdul Hakim Hasan (1954). al-Tasawuf Fi Syi’r al-Arabi. Mesir: al-Anjalu al-Misriyyah. m/s. 42.
  5. ^ Dr. Abu al-Wafa al-Ghanimi al-Taftazani (1977). Sufi dari Zaman ke Zaman. Bandung: Pustaka. m/s. 54.
  6. ^ Dr. Abu al-wafa al-Ghanimi al-Taftazani,Sufi…,op.cit.,hlm. 56
  7. ^ Al-Tusi (1960). Al-Luma’. Mesir: Dar al-Kutub al-Hadisah. m/s. 65.
  8. ^ Dr. Abu al-wafa al-Ghanimi al-Taftazani,Sufi…,op.cit.,hlm. 56-57