Sungai Kelantan

sungai di Kelantan, Malaysia

Sungai Kelantan adalah satu sungai utama utama di Kelantan, Malaysia. Kawasan takungannya seluas kira-kira 11,900 km²[1] di timur laut Malaysia termasuk sebahagian daripada Taman Negara, dan mengalir ke arah Laut China Selatan. Taburan hujan di kawasan ini adalah di antara 0 mm semasa musim kemarau (Mac-Mei) hingga 1750 mm semasa musim tengkujuh (November-Januari). Purata hakisan daripada kawasan ini adalah 500 m³/s.[2]

Sungai Kelantan
Lokasi
NegaraMalaysia
Ciri-ciri fizikal
MuaraLaut China Selatan
Pemandangan Sungai Kelantan daripada satelit (Landsat 7 dengan menggunakan perisian NASA World Wind.

Nama dan takat

sunting

Penjelasan nama sungai ini merumitkan oleh kelaziman penamaan tempatan: daripada menggunakan nama Sungai Kelantan dari muara ke sumber, nama tersbut hanya digunakan dari bahagian muara ke kuala dua anak sungai utamanya, Sungai Galas dan Sungai Lebir, berdekatan pekan Kuala Krai. Kelaziman penamaan yang sama digunakan oleh anak-anak sungai ini. Lalu untuk menjelaskan nama dari sumber ke muara melibatkan empat nama: Sungai Betis (20 batu pertama dari sumber), kemudian Sungai Nenggiri, kemudian Sungai Galas, dan akhirnya Sungai Kelantan.[3]

Laluan

sunting

Anak-anak sungai ini bermula di pergunungan berhutan di mana ramai suku kaum Orang Asli menduduk. Kawasan ini dikenali kerana batu kapurnya menyingkap dan menggua. Di sepanjang Sungai Nenggeri beberapa bahagian sistem gua menunjukkan bukti kediaman berterusan dari 9500 tahun lalu, seperti Gua Cha berdekatan Kuala Betis.

Di hilir, kampung Melayu menitik tebing sungai yang mealui antara dataran banjir terpadat di Semenanjung Tanah Melayu di mana Sawah padi menghasilkan lebih kurang 12% Penghasilan padi Malaysia.

Sungai ini melalui empat bandar penting: Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan ibu negeri Kota Bharu, yang terletak di muara sungai. Menuju ke muara terdapat beberapa pulau di sungai.

Kawasan muara sebenar, dikenali sebagai Kuala Besar, bertitik dengan perkampungan perikanan yang indah, yang juga dikenali kerana penghasilan batik (a local patterned material produced by waxing and dyeing cloth) yang menyebabkan Negeri Kelantan terkenal.[4]

Mudah banjir

sunting

Tepian Sungai Kelantan mudah banjir terutama pada musim tengkujuh,bulan November hingga disember setiap tahun.

Pada 4 November 2009, bacaan di Sungai Kelantan di Tualang, Gua Musang pada pukul 2.30 petang berada pada paras 28.29 meter iaitu melebihi paras waspada 27 meter manakala paras bahaya sungai itu ialah 35 meter

Bacaan sungai di Tangga Krai, Kuala Krai pada paras 20.38 meter (waspada 20 meter/bahaya 25 meter) dan di Kusial, Tanah Merah pula bacaan di sungai itu ialah 12.16 meter (waspada 12 meter/bahaya 16 meter). Olhr Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan mengingatkan penduduk di tebingan sungai supaya bersiap sedia.[5]

Senarai Mangsa Lemas

sunting
  • Amirul Mukminin Mohd. Izuha, 15 tahun, 27 Disember 2020[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b R. Ibbitt, K. Takara, Mohd. Nor bin Mohd. Desa, and H. Pawitan(ed) (March 2002). "Kelantan River" (PDF). Catalogue of Rivers for Southeast Asia and the Pacific (Volume 4). Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2011-07-22. Dicapai pada 2008-12-05.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ Environmental Software and Services GmbH AUSTRIA (1995–2006). "WaterWare: The Kelantan River Malaysian case study". Waterware Water Resources Information Management System. Dicapai pada 2006-04-14.CS1 maint: date format (link)
  3. ^ GeoVision Productions (2000). "River Cruises and Rides". Kelantan, The Land of Lightning. Dicapai pada 2006-04-14.
  4. ^ Virtual Malaysia. "Kelantan River". VirtualMalaysia.Com - The Official e-Tourism Portal for The Ministry of Tourism, Malaysia. Dicapai pada 2008-09-04.
  5. ^ Air Sg Kelantan Dan Sg Golok Melebihi Paras Waspada
  6. ^ Remaja ditemui mati lemas di Sungai Kelantan

Pautan luar

sunting
  • Kelantan online river level data - click Sg.Kelantan for current week's river level readings taken every hour - or click the number in the Station id column to plot a graph.
  • [1] Taman Negara

Koordinat: 6°13′N 102°14′E / 6.217°N 102.233°E / 6.217; 102.233