Sukan Dalam Dewan Asia

Sukan Dalam Dewan Asia merupakan satu acara berbilang-sukan yang diadakan setiap dua tahun antara atlet dari negara-negara Asia. Sukan ini dikawal oleh Majlis Olimpik Asia. Sukan Dalam Dewan Asia yang pertama diadakan di Bangkok, Thailand pada 2005.

Sukan Dalam Dewan Asia
SingkatanAIG
Edisi pertamaSukan Dalam Dewan Asia 2005 di Bangkok, Thailand
Diadakan pada setiapdua tahun
Edisi terakhirSukan Dalam Dewan Asia 2009 di Hanoi, Vietnam

Sukan ini terdiri dari acara sukan yang mempunyai potensi siaran TV yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Asia atau Sukan Asia Musim Sejuk dan yang bukan merupakan acara Olimpik. Program sukan ini akan terdiri dari enam hingga lapan sukan termasuklah sukan elektronik, sukan ekstrem, aerobik, akrobatik, olahraga dalam dewan, sukan tarian, futsal, hoki inline, renang sirip dan renang 25 meter.

Doha diberi hak untuk mengadakan edisi keempat yang dijadualkan pada 2011, tetapi setahun kemudian, pada bulan Jun 2008, Jawatankuasa Olimpik Qatar secara rasmi menarik diri sebagai tuan rumah dengan alasan "keadaan yang tidak dijangka".[1] Sebagai tindak balas, OCA mengatakan bahawa Sukan Dalam Dewan Asia akan menjadi edisi terakhir sukan. Sukan Dalam Dewan Asia dan Sukan Seni Mempertahankan Diri Asia 2009 kemudiannya akan bergabung, menjadi Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia. Acara sulung diadakan di Incheon, Korea Selatan pada tahun 2013.

Senarai Sukan Dalam Dewan Asia

sunting
Bandar tuan rumah Sukan Dalam Dewan Asia

Lihat juga

sunting