Sinonim

ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud

Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud.

Sebagai contoh perkataan jika sama ertinya dengan andai. Contoh lain ialah dekad dengan dasawarsa, atau tamadun dengan peradaban.

  • Sinonimi

Sinonimi ialah perhubungan makna di antara kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama yang boleh dibezakan oleh penggunaannya di dalam konteks yang berlainan. Faktor-faktor yang mempengaruhi aspek ini adalah unsur-unsur seperti tahap formal atau tidak formal, unsur-unsur perbezaan dialek dan juga unsur-unsur tujuan penggunaan kata itu. Contoh:

  • Angkat
    • Pikul
    • Kelek
    • Bimbit
    • Jembit
    • Tumbuhan
  • Mati
    • Mampus
    • Meninggal
    • Wafat
    • Mangkat
  • Basi
    • Rosak
    • Busuk
  • Jemput
    • Pelawa
    • Undang
    • Sila

Sinonim ialah unsur yang selalu di dapati di semua bahasa dan konteks yang berlainan, mewujudkan perhubungan sinonimi yang berbeza di antara satu bahasa dan lain.

Perkembangan perniagaan francais memberi pelbagai manfaat kepada sesebuah negara, terutamanya dari segi ekonomi. Jika dilihat dari sudut ekonomi, situasi ini akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Melalui sistem francais juga satu transformasi kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu akan diperoleh oleh usahawan yang akan membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Selain itu, senario ini akan menggalakkan perdagangan antarabangsa sekali gus menyumbang kepada pertukaran mata wang negara di samping membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.