Senario (kumpulan muzik)
Senario (kini dikenali juga sebagai SenarioUnion) ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon, penyanyi dan penulis lirik dari Malaysia yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan.
Senario | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | SenarioUnion (2016-kini) |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Lawak, Pop, Irama Malaysia, Blues |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, penyanyi, penulis lirik |
Penampilan sulung | melalui karya sitkom Senario (1996-2012) & album muzik Senario (1997) |
Tahun aktif | 1996 | –kini
Syarikat pengurusan | Ambang Klasik (1996-2001) Tiga Event Sdn Bhd (2001-2003) Media Prima (2004-2013) Senario Empire (2021-kini) |
Syarikat rakaman | Ambang Klasik (1996-2002) Sistem Televisyen Malaysia Berhad (2005) Primeworks Studios (2008) |
Pengkarya berkait | Kumpulan Aku Kaya, Kumpulan Serba Salah, Kumpulan Sepahtu, Kumpulan Cecupak |
Laman sesawang | https://www.instagram.com/senariounion
https://www.facebook.com/@senariounion https://www.tiktok.com/@senariounion25 https://youtube.com/@senariounion25 FB Group: https://www.facebook.com/groups/1325180971274486 |
Ahli | Azlee Jaafar (1996-kini) Wahid Mohamad (1996-kini) Lan Pet Pet (1996–2016, 2024–kini) Saiful Apek (1998-2004, 2016-kini) Yassin Yahya (1999-2002, 2016-kini) Ilya Buang (1996-1998, 2016-kini) |
Bekas ahli | Farouk Hussain (1996) (Ketua sementara) Shamsul Ghau Ghau (1996) Hamdan Ramli (1996-1998, 2016-2024) |
Kumpulan ini bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996. Ahli asal seramai tujuh orang, iaitu Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang dan Hamdan Ramli, seterusnya diikuti oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya menjadikan jumlah ahli seramai sembilan orang.[1]
Sketsa-sketsa yang dinukilkan serta dipersembahkan para anggota kumpulan ini dilihat penting sebagai penunjuk cerminan masyarakat kelas pertengahan yang menikmati karya-karya mereka melalui tema yang disampaikan kaku mengena citarasa kelas tersebut.[2] Karya komedi mereka turut ada dipengaruhi penerbitan lawak yang masyhur ketika itu, seperti Gila-Gila.[2]
Keanggotaan
suntingAhli | 1995-1996 | 1997-1998 | 1998-1999 | 1999-2002 | 2002-2004 | 2005-2013 | 2016-2023 | 2024-kini |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Azlee Jaafar | ||||||||
Abdul Wahid | ||||||||
Lan Pet Pet | ||||||||
Shamsul Ghau Ghau | ||||||||
Farouk Hussain | ||||||||
Ilya Buang | ||||||||
Hamdan Ramli | ||||||||
Saiful Apek | ||||||||
Yassin Yahya |
Sejarah
suntingKumpulan Senario telah ditubuhkan pada 1996 hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1995 bilamana pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad menjadi naib juara tersebut.
Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk Hussain selaku yang mengetuai kumpulan Senario, serta anggota kumpulan iaitu Wahid, Ilya, Hamdan, Shamsul, Azlee dan Mazlan. Nama Senario ini diambil daripada idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario Setelah dilhamkan kembali oleh Shamsul Ghau Ghau. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama Senario pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan yang membawa watak komedi. Ternyata, sitkom komedi itu telah mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3.
Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar daripada Senario dan mereka bergerak berlima sehinggalah Ilya dan Hamdan turut mengundurkan diri sekitar tahun 1998. Kemudian Senario menjadi empat selepas kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin Yahya. Senario ialah kumpulan pelawak yang paling terkenal ketika berlima dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan, Yassin dan Saiful Apek. Namun, pada tahun 2002, Yassin telah terpaksa menarik diri daripada Senario kerana kontraknya telah tamat dan berlaku kontroversi sehingga nama Senario sedikit tercalar. Seterusnya, Saiful Apek juga telah mengundurkan diri daripada Senario kerana ingin bergerak secara solo pada tahun 2004. Selepas tahun 2005, Azlee, Lan dan Wahid merupakan anggota Senario yang tinggal dan aktif sehingga tahun 2013. Setelah itu, kumpulan tersebut telah kurang mendapat publisiti disebabkan kehadiran pelawak-pelawak baru yang mula menyinar.
Pada Tahun 2014, Kumpulan Senario dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman. Kesemua ahli Kumpulan Senario hadir bersama-sama di Anugerah Lawak Warna 2014 untuk menerima pengiktirafan tersebut.
Bermula tahun 2017, Kumpulan Senario bersama bekas anggota kumpulan tersebut seperti Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin telah bergabung semula dengan membentuk nama baru iaitu Senariounion. Kumpulan ini juga ingin menjemput semula anggota yang terawal seperti Shamsul Ghau-Ghau dan Farouk Hussein (penampilan jemputan).[perlu rujukan]
Senario merupakan kumpulan lawak pertama yang menyertai Anugerah Juara Lagu sehingga ke separuh akhir pada tahun 2000 (Cari Tapak) dan tahun 2003 (Joget Berbalas Pantun). Untuk final Anugerah Juara Lagu pula pada tahun 2000 dengan lagu Cepat Kaya dan tahun 2006 dengan lagu Zapin Cinta SMS bersama Adibah Noor. Ini merupakan satu sejarah dalam dunia muzik di tanahair kerana Senario berjaya memberikan saingan kepada penyanyi-penyanyi yang lain serta mempunyai lirik yang berunsurkan nasihat walaupun bukan daripada bidang nyanyian dan ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna bagi Senario sendiri.
Senario juga merupakan antara kumpulan pelawak yang mempunyai filem lebih banyak daripada pelawak yang lain dengan pengarah filem yang berbeza seperti Aziz M. Osman yang mengarahkan 5 buah filem bersama Senario iaitu Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), Lagi-Lagi Senario (2001), Senario XX (2005) dan Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006). Pengarah lain yang mengarahkan filem-filem Senario adalah seperti Lang Buana (2003) arahan Mamat Khalid, Senario The Movie: Episode 1 (2008) dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys (2009) arahan Ahmad Idham, Senario Asam Garam (2010) arahan Hatta Azad Khan dan Senario The Movie Ops Pocot (2011) arahan Ismail Bob Hashim.
Diskografi
suntingAlbum studio
suntingTahun | Judul | Jualan |
---|---|---|
1997 | Senario
|
100 000 unit [1] |
1998 | Senario 2
|
|
2000 | Senario 3 - Seantero
|
Melebihi 125,000 unit |
2001 | Senario Can Mali Can
|
|
2001 | Senario 4
|
|
2005 | Senario 5
|
Lagu-lagu
sunting- Sebelum Dan Sesudah
- Tahi Lalat
- Kerja (OST Senario The Movie)
- Janji Kerepot
- Lip Lap Lip Lap
- Orang Kampung
- Cinta Berkarat
- Anje Anje
- Jeling Jeling
- Joget Senda Gurau
- Senario Theme
- Puasa Dan Raya
- Zapin Usik Mengusik ft Eisya
- Dikir Barat Siang Malam
- Sayangku Ooi
- Adik Adik
- Motor Kapchai
- Joget Toleh Menoleh
- Oh Ya Ye Tungau Cinta
- Laut, Udara, Darat
- Hatiku Di Kampung
- Calon Isteri
- Cari Tapak (OST Lagi Lagi Senario)
- Cepat Kaya
- Cuba Teka Zapin Apa?
- Hukum
- Petani
- Cinta Sate
- Kang Kong Tong
- Blues Tunggang Langgang
- Rumah Tak Bertangga
- Nyanyian Hujan (Yassin Senario ft Elly Mazlein) (OST Senario Lagi)
- Mulut
- Ceti Oh Ceti
- Kerja Baik Kerja Jahat
- Joget Berbalas Pantun
- Simpanlah Duit
- Al Kisah Pak Mat
- Kereta DPiang
- Cekau Cekau Duit Poket
- Tanggungjawab Kahwin
- Rock & Roll Roti Canai (OST Lagi Lagi Senario)
- Langgar Lari Ligan
- Sakit Dado Den Don
- Zapin Cinta SMS ft Adibah Noor
- Senarioria Fiesta
- Kekasih Lama
- Senario XX (OST Senario XX)
- Darab
- Ole-Ole Kasih
- Jamilah
- Eh... Eh...
- Doi Didodoi Ibu Ayah
- Musim Kenduri Kahwin (single) (OST Jaga-Jaga SenarioUnion)
- Di Hari Yang Mulia (single)
- Terima Kasih Cikgu (single)
Lagu OST Filem (tidak termasuk yang termuat di dalam album studio)
- Pok Amai Senario (OST Senario The Movie)
- Berangau Tak Sudah (OST Senario The Movie)
- Ku Takkan Berpaling (Shamsul Ghau Ghau) (OST Senario The Movie)
- Merapu Senario (OST Senario The Movie)
- Boria Miskin Kaya (OST Senario The Movie)
- Haru Biru Senario (OST Senario Lagi)
- Di Antara Kita (Wahid Senario ft. Eisya) (OST Lagi Lagi Senario)
- Seminggu Berhari Raya (OST Lagi Lagi Senario)
Konsert & Jelajah
sunting- Konsert Senario sempena pelancaran album pertama (1996)
- Konsert Senario Anti-Lanun(1997)
- Konsert Senario sempena pelancaran album ke-2 Senario(1998)
- Konsert Pop Orkestra Kuala Lumpur bersama Senario(1999)
- Konsert Senario Live in Singapore (2000)
- Konsert Senario Live in Brunei (2000)
- Konsert Senario sempena Tahun Melawat Perak (2000)
- Konsert Senario Live in Johor Bahru (2001)
- Konsert Senario Live in Brunei (2003)
- Konsert Komedi SenarioUnion (Astro Warna) (artis undangan Ramlah Ram) (2017)
- Konsert Minggu Ini SenarioUnion (TV2) ( artis undangan Siti Nordiana & Iqbal M) (2020)
- Konsert Mega Lawak SenarioUnion (Astro Warna) (artis undangan Wafariena & Syura) (2022)
- An Evening with SenarioUnion Live in JB (2023)
- Konsert SenarioUnion sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan (2024)
- SenarioUnion Showcase Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (2024)
- SenarioUnion in Hausboom Music Festival 2024 KL (2024)
- Main Performance by SenarioUnion sempena Kuala Penyu Harmoni Fiesta 2024 Sabah (2024)
Filemografi
suntingFilem
suntingFilem | Senario The Movie (1999) [3] | Senario Lagi (2000) | Lagi-Lagi Senario (2001) | Lang Buana (2003) | Senario XX (2005) | Senario Pemburu Emas Yamashita (2006) | Senario The Movie: Episod 1 (2008) | Senario The Movie Episod 2: Beach Boys (2009) | Senario Asam Garam (2010) | Senario The Movie Ops Pocot (2011) | Jaga-Jaga Senariounion (2022) |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Azlee Jaafar | |||||||||||
Lan Pet Pet | |||||||||||
Wahid Mohamad | |||||||||||
Saiful Apek | |||||||||||
Yassin Yahya | |||||||||||
Shamsul Ghau Ghau | |||||||||||
Hamdan Ramli | |||||||||||
Ilya Buang | |||||||||||
Farouk Hussain |
Penampilan Dalam Filem Lain
suntingSenarai filem yang menampilkan dua atau lebih anggota atau bekas anggota kumpulan Senario.
Filem-filem rasmi Senario | |
Lain-lain filem | |
Anggota/ bekas anggota Senario |
Rancangan dan Program di TV
suntingSitkom
sunting- Senario (1996-2013)
- Senario: Misteri BamBoo (2011-2012)
- Kampung Senariuh (penampilan bersama Mamak Puteh) (Awesome TV) (2023)
Telefilem & Tele Muzikal
sunting- Senario Musang Berjanggut (2003)
- Senario Ejen 003 (2010)
- Senario: Sayang Ayah (2012)
- Senario: Misteri Malam Raya (2013)
- Sejenis Raya SenarioUnion (Astro Warna) (2022)
- Jaga-Jaga SenarioUnion (2022)
Rancangan Realiti
sunting- Senario Gelak Kaya (2004) - sebagai pengacara
- Saiful Apek & Yassin Senario (Sa.Ya) sebagai peserta program nyanyian, Gegar Vaganza (Musim 8) (Astro Ria) (2021) - mewakili Senario
Konsert TV
sunting- Konsert Komedi SenarioUnion (Astro Warna) (artis undangan Ramlah Ram) (2017)
- Konsert Minggu Ini SenarioUnion (TV2) ( artis undangan Siti Nordiana & Iqbal M) (2020)
- Konsert Mega Lawak SenarioUnion (Astro Warna) (artis undangan Wafariena & Syura) (2022)
Temubual & Podcast
sunting- Bersama Kumpulan Senario dalam Malaysia Hari Ini (MHI) (TV3) (2021)
- Istimewa Bersama Senario dalam Malaysia Hari Ini (MHI) (TV3) (2024)
- SenarioUnion dalam Fir & Afick Tonight Show (TVS) (2024)
- Senario dalam Pagi On Podcast (Kool 101) (2024)
- Senario dalam Bekpes Hot (Hot FM) (2024)
Animasi & Komik
sunting- Senario: Majalah Kartun Ceria Berilmu! (1999)
- Senario Toons (TV3 & TV9) (2016)
Pencapaian
suntingMUZIK MUZIK & ANUGERAH JUARA LAGU
Anugerah Juara Lagu | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
2000 | Cepat Kaya | Senario 3 - Seantero | Azmeer | Zira, Azlee, Wahid | Irama Malaysia | Tercalon |
2006 | Zapin Cinta SMS | Senario 5 | Anuar Dahlan | Anuar Dahlan | Tercalon | |
Separuh Akhir Muzik Muzik | ||||||
2000 | Cari Tapak | Senario 3 - Seantero | Azmeer | Zira, Azlee, Wahid | Pop Rock | Kandas |
Cepat Kaya | Irama Malaysia | Terpilih | ||||
2003 | Joget Berbalas Pantun | Senario 4 | Ijat | Senario | Kandas | |
2006 | Zapin Cinta SMS | Senario 5 | Anuar Dahlan | Anuar Dahlan | Terpilih |
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN
Tahun | Anugerah | Penerima | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1998/99 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99 | Senario | Penghibur TV Popular | Menang |
2000 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang | |
Penghibur TV Popular | Menang | |||
2001 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang | |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024 | Artis Komedi Popular | Menang |
ANUGERAH SKRIN
Tahun | Anugerah | Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1997 | Anugerah Skrin 1997 | Senario (dalam episod - Umar Asmara) | Rancangan Hiburan Terbaik | Menang |
1999 | Anugerah Skrin 1999 | Senario (dalam episod - Ibu Mertuaku) | Tercalon | |
2007 | Anugerah Skrin 2007 | Senario | Menang |
ANUGERAH LAWAK WARNA
Tahun | Anugerah | Penerima | Kategori |
---|---|---|---|
2014 | Anugerah Lawak Warna 2014 | Senario | Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman |
Buku
sunting- Komik "Senario" (1999)
Galeri
sunting-
Abdul Wahid Mohd @ Wahid
-
Mazlan Ahmad @ Lan Pet Pet
-
Azlee Jaafar @ Azlee
-
Muhammad Saifulazam Mohd Yussof @ Saiful Apek
-
Yassin Yahya @ Yassin
-
Anggota Kumpulan Senario ketika melancarkan album pertama mereka, Senario pada tahun 1997.
-
Logo sitkom Kumpulan Senario dari 1997 sehingga 2011
-
Logo sitkom Kumpulan Senario 2012
Rujukan
sunting- ^ Saiful Apek dah tak lakon komedi?
- ^ a b The Senario of Malaysian Television Culture (1996-2003). Siniar produksi BFM 89.9. Wawancara oleh Haniff Baharuddin bersama Luqman Lee. 23 Disember 2019.
- ^ https://mbasic.facebook.com/notes/filemkitacom/10-filem-senario-1999-2011/408576482526018/
Pautan luar
sunting- Diarkibkan 2013-08-14 di Wayback Machine di The 8 Unit