Senarai orbit

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan daripada Senarai Orbit)
ms Bahasa ibunda pengguna ini ialah Bahasa Melayu.

Berikut adalah senarai jenis-jenis orbit:

Perbandingan orbit Geosegerak dengan GPS, GLONASS dan Galileo dengan Stesen Angkasa Antarabangsa, Teleskop Angkasa Hubble and Gugusan Satelit Iridium, dan saiz Bumi. Orbit Bulan ialah 9 kali lebih besar (dalam jejari dan panjang) berbanding orbit geopegun.
Pelbagai orbit Bumi mengikut skala;    garisan bertitik merah mewakili orbit Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS);      sian mewakili Orbit rendah Bumi, kuning mewakili Orbit sederhana Bumi     dan   garis putus-putus hitam mewakili orbit geosegerak.   Garis putus-putus hijau mewakili orbit satelit Sistem Kedudukan Sejagat (GPS)

Pengelasan mengikut pusat orbit

sunting

Bagi orbit yang berpusat pada planet selain Bumi dan Marikh, nama orbit yang mengunakkan istilah Yunani jarang digunakan:

  • Orbit Utarid (Hermopusat atau hermiopusat): Orbit mengelilingi planet Utarid.
  • Orbit Zuhrah (Aphrodiopusat atau cytheriopusat): Orbit mengelilingi planet Zuhrah.
  • Orbit Musytari (Jovipusat atau Zenopusat[2]): Orbit mengelilingi planet Musytari.
  • Orbit Zuhal (Kronopusat[2] atau saturnopusat): Orbit mengelilingi planet Zuhal.
  • Orbit Uranus (Oranopusat): Orbit mengelilingi planet Uranus.
  • Orbit Neptun (Poseidopusat): Orbit mengelilingi planet Neptun.

Pengelasan ketinggian bagi orbit geopusat

sunting
  • Orbit rendah Bumi (LEO): orbit geopusat dengan ketinggian kurang daripada 2,000 km (1,200 bt).[3]
  • Orbit sederhana Bumi (MEO): orbit geopusat dengan ketinggian diantara 2,000 km (1,200 bt) sehingga 35,786 kilometer (22,236 bt), iaitu orbit geosegerak. Orbit ini digunakan oleh Sistem Navigasi Satelit Global seperti GPS, GLONASS, Galileo dan BeiDou. Satelit GPS mengorbit pada ketinggian 20,200 kilometer (12,600 bt) dengan tempoh orbit menghampiri 12 jam.[4]
  • Orbit geosegerak dan orbit geopegun ialah orbit mengelilingi bumi yang menyamai tempoh ikut bintang (siderius) bumi. Walaupun kedua-dua istilah dianggap sama, orbit geosegerak tidak memerlukan kecondongan orbit sifar kepada khatulistiwa (tegak diatas garisan khatulistiwa) dan akan bergerak ke utara dan selatan dalam tempoh sehari. Oleh itu, orbit geopegun didefinisikan sebagai orbit geosegerak dengan kecondongan orbit sifar. Kedua-dua orbit mempunyai paksi semimajor pada 42,164 km (26,199 bt)[5], atau ketinggian 35,786 km (22,236 bt) dari aras laut dan melengkapkan satu orbit lengkap mengelilingi bumi setiap hari siderius (relatif dengan bintang-bintang, bukan matahari).
  • Orbit tinggi bumi ialah orbit geopusat melebihi ketinggian orbit geosegerak (35,786 km atau 22,236 bt).[4]

Untuk satelit yang mengorbit bumi dengan ketinggian kurang daripada 800 km, seretan atmosfera merupakan daya utama yang menggangu kestabilan orbit[6], manakala tekanan sinaran dari matahari merupakan daya utama yang menggangu kestabilan orbit pada ketinggian melebihi 800 km.[7] Namun, seretan atmosfera amat bergantung kepada ketumpatan atmosfera atas, yang berkait dengan aktiviti suria.

Pengelasan mengikut kecondongan

sunting
  • Orbit condong : Orbit dengan nilai kecondongan bukan sifar.
    • Orbit kutub : Orbit yang melalui diatas atau hampir diatas kedua-dua kutub planet pada setiap peredaran. Oleh itu, orbit ini mempunyai nilai kecondongan sebanyak ( atau menghampiri ) 90 atau -90 darjah.
    • Orbit kutub heliosegerak : Orbit hampir kutub yang melalui khatulistiwa pada waktu suria yang sama setiap kali. Amat berguna untuk mengambil gambar dari orbit kerana bayang-bayang akan kelihatan sama pada setiap peredaran.
  • Orbit bukan condong : Orbit dimana nilai kecondongannya ialah sifar relatif kepada satah rujukan.
  • Orbit ekliptik : Orbit bukan condong relatif kepada ekliptik.
  • Orbit Khatulistiwa : Orbit bukan condong relatif kepada garisan khatulistiwa.
  • Orbit hampir Khatulistiwa : Orbit dimana nilai kecondongannya relatif terhadap khatulistiwa ialah menghampiri sifar. Orbit ini memudahkan dan mengurangkan kos pelancaran roket ke orbit.[8]

Pengelasan arah

sunting
  • Orbit searah : Orbit yang bergerak pada arah yang sama dengan putaran jasad yang diorbitnya (contoh satelit mengorbit bumi). Biasanya, kecondongan orbit searah ditentukan sebagai sudut kurang dari 90 °.
  • Orbit songsang : Orbit yang bergerak lawan kepada arah putaran jasad yang diorbitnya. Biasanya, orbit sonsang ditentukan dengan kecondongan lebih daripada 90 °.

Pengelasan mengikut kesipian

sunting

Terdapat dua jenis orbit yang wujud : orbit tertutup (berkala), dan orbit terbuka (lepas). Orbit membulat dan elips adalah orbit tertutup manakala orbit hiperbolik dan parabolik adalah orbit terbuka.

 
Contoh orbit membulat
 
Contoh orbit parabolik
  • Orbit membulat : Orbit dengan nilai kesipian sifar dan laluan orbit membentuk bulatan.
  • Orbit elliptikal : Orbit dengan kesipian diantara sifar dan satu, dimana laluan orbit membentuk elips.
    • Orbit pindah geosegerak/geopegun : Orbit elliptikal dimana perigi adalah pada ketinggian orbit rendah Bumi dan apogi adalah pada ketinggian orbit geopegun.
    • Orbit pindah Hohmann : Olah gerak yang memindahkan kapal angkasa diantara dua orbit membulat menggunakan dua impuls enjin. Olah gerak ini dinamakan sempena Walter Hohmann.
    • Orbit penangkapan balistik : Orbit dengan tenaga lebih rendah berbanding orbit pindah Hohmann. Kapal angkasa akan bergerak dengan halaju orbit yang lebih rendah daripada jasad yang disasarkan dan dimasukkan kedalam orbit yang sama dengan jasad tetrsebut, lalu membenarkan jasad terserbut (planet atau bulan) untuk menghampiri kapal angkasa tersebut dan menangkapnya kedalam orbit mengelilinginya.[9]
    • Orbit Koelliptik : orbit rujukan relatif bagi dua kapal angkasa (atau biasanya, satelit) dengan orbit pada satah yang sama. Orbit koelliptik didefinisikan sebagai dua orbit yang sesatah dan sefokus. [10]
  • Orbit parabolik : orbit dengan nilai kesipian sama dengan satu. Orbit ini juga mempunyai halaju yang sama dengan halaju lepas dan akan bebas dari tarikan graviti planet.
    • Orbit lepas : Orbit parabolik dimana objek mempunyai halaju lepas dan bergerak menjauhi planet.
    • Orbit penangkapan : Orbit parabolik dimana objek mempunyai halaju lepas dan bergerak menuju planet.
  • Orbit hiperbolik : Orbit dengan nilai kesipian melebihi satu. Orbit ini juga mempunyai halaju melebihi halaju lepas dan akan bebas dari tarikan graviti planet dan akan bergerak selama-lamanya sehingga jasad lain dengan daya graviti yang mencukupi bertindak keatasnya.

Pengelasan orbit segerak

sunting
 
Orbit geopegun dari pandagan kutub utara. Kepada pemerhati di atas bumi, satelit merah dan kuning kelihatan pegun di langit.
  • Orbit segerak : Orbit dimana tempoh orbit ialah gandaan nombor nisbah kepada purata tempoh putaran jasad yang diorbit serta bergerak pada arah yang sama dengan putaran jasad tersebut. Kebiasaanya hanya nisbah 1:1 (geosegerak) dan nisbah 1:2 (separa-segerak) digunakan.
    • Orbit Geosegerak : Orbit mengelilingi bumi dengan tempoh orbit menyamai satu hari siderius, iaitu purata tempoh putaran bumi (23 jam, 56 minit, 4.091 saat. Satelit akan berada pada ketinggian kira-kira 35,786 kilometer (22,236 bt), bagi orbit yang menghampiri bentuk bulatan. Nilai kecerunan dan kesipian orbit tidak semestinya sifar. Jika kedua-dua nilai tersebut ialah sifar, maka satelit akan kelihatan pegun dari bumi. Jika tidak, setiap hari laluan satelit akan membentuk analema pada langit, jika dilihat dari permukaan bumi. Apabila orbit tersebut berbentuk bulatan dan mempunyai nilai kecerunan sifar, maka orbit tersebut akan dikenali sebagai geopegun.
      • Orbit Geopegun : Orbit geosegerak membulat dengan kecondongan sifar. Pada pandangan seseorang di bumi satelit ini akan kelihatan sebagai satu titik yang tetap pada langit. Orbit ini juga dikenali sebagai Orbit Clarke sempena penulis Arthur C. Clarke.
      • Orbit Tundra : Orbit segerak tetapi eliptikal dengan nilai kecerunan yang tinggi (biasanya menghampiri 63.4°) dan tempoh orbitnya ialah satu hari siderius. Satelit yang mengorbit seperti ini akan berada pada satu kawasan yang tertentu kebanyakkan dari tempoh orbitnya.[11]
    • Orbit Areosegerak : Orbit segerak mengelilingi planet Marikh dengan tempoh orbit menyamai panjang hari siderius Marikh, 24.6229 jam.
      • Orbit Areopegun : Orbit membulat areopegun pada satah khatulistiwa dan mempunyai ketinggian kira-kira 17,000 km dari permukaan Marikh. Pada pandangan pemerhati di permukaan Marikh, satelit ini kelihatan sebagai titik pegun di langit.
  • Orbit subsegerak : Orbit hanyut kurang dari orbit geosegerak/geopegun.
    • Orbit separa segerak : Orbit dengan tempoh orbit menyamai separuh purata tempoh putaran jasad yang diorbit dan mempunyai pergerakan dengan arah sama dengan arah putaran orbit jasad tersebut. Bagi bumi, ini bermaksud tempoh orbit kurang sedikit dari 12 jam pada ketinggian kira-kira 20,200 km jika orbit tersebut membulat.
    • Orbit Molniya : Variasi separa segerak orbit Tundra. Bagi bumi, ini bermaksud tempoh orbit dibawah 12 jam. Satelit yang mengorbit seperti ini akan berada pada dua kawasan yang tertentu kebanyakkan dari tempoh orbitnya.[11]
  • Orbit supersegerak : Orbit dimana tempoh orbit sesebuah satelit atau jasad samawi melebihi tempoh putaran jasad yang diorbit.

Orbit pada galaksi dan model galaksi

sunting
 
Orbit piramid
  • Orbit kotak : Orbit di dalam galaksi elliptikal tripaksi yang memenuhi kawasan berbentuk kotak secara kasar.
  • Orbit piramid : Orbit berhampiran lohong hitam gergasi dipusat galaksi tripaksi.[12] Orbit dapat diterangkan sebagai elips kepler yang meliuk pada lohong hitam tersebut pada dua arah ortogonal disebabkan tork daripada galaksi tripaksi.[13] Kesipian elips mencapai kesatuan pada empat bucu piramid dan membenarkan bintang pada orbit tersebut untuk bergerak menghampiri lohong hitam.
  • Orbit tiub : Orbit yang dekat dengan lohong hitam gergasi pada pusat galaksi yang simetri pada satu paksi. Mempunyai ciri- ciri yang serupa dengan orbit piramid, kecuali satu daripada komponen momentum sudut terpelihara, menyebabkan kesipian tidak mencapai kesatuan.[13]

Pengelasan orbit khas

sunting
  • Orbit segerak matahari : Orbit kutub yang membenarkan satelit berada diatas suatu kawasan permukaaan bumi pada waktu suria tempatan. Orbit ini dapat mendedahkan satelit kepada cahaya matahari sepanjang masa dan berguna untuk penderiaan jarak jauh, perisikan dan satelit cuaca.
  • Orbit beku : Orbit dimana penghanyutan orbit disebabkan oleh bentuk jasad yang diorbit telah diminimakan melalui pemilihan parameter-parameter orbit.
  • Orbit Bulan : Ciri-ciri orbital bulan.
  • Orbit halo hampir melurus (NRHO) : Orbit yang dirancang di ruang bumi-qamari
  • Orbit mereput : Orbit pada ketinggian yang rendah dan akan berkurang akibat rintangan atmosfera. Digunakan untuk melupus satelit buatan yang mati atau untuk memperlahankan kapal angkasa menggunakan aerobrek.
  • Orbit kubur : Orbit yang digunakan bagi satelit yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Bagi satelit geopegun, biasanya orbit ini akan berada pada beberapa ratus kilometer diatas orbit geosegerak. [14][15]
  • Orbit singgah : Orbit sementara
  • Orbit pindah : Orbit yang digunakan semasa olah gerak orbital dari satu orbit ke orbit lain.
  • Orbit berulang : Orbit dimana laluan satelit berulang selepas satu tempoh masa

Pengelasan bagi pseudo-orbit

sunting
 
Rajah yang menunjukkan lima titik Lagrange dalam sistem dua jasad dengan salah satu jasad tersebut lebih besar dari yang satu lagi. Dalam sistem sebegitu, titik-titik L3 hingga L5 akan berada diluar sedikit daripada laluan objek sekunder.
  • Orbit Ladam : orbit yang kelihatan seperti mengorbit sesebuah planet oleh pemerhati di permukaan planet tetapi sebenarnya berada dalam ko-orbit dengan planet tersebut. Lihat asteroid 3753 Cruithne dan 2002 AA29.
  • Orbit Halo dan orbit Lissajous : Ini adalah orbit mengelilingi titik Lagrange. Orbit berhampiran titik ini membenarkan kapal angkasa untuk berada pada kedudukan yang tetap secara relatif dengan penggunaan bahan api yang sedikit. Orbit mengelilingi titik L1 digunakan bagi kapal angkasa yang memerlukan pemandangan matahari sepanjang masa, seperti (Solar and Heliospheric Observatory, SOHO). Orbit menngelilingi L2 digunakan oleh misi yang memerlukan kedua-dua bumi dan matahari dibelakangnya. Dengan ini, hanya satu pelinding boleh digunakan untuk menghalang sinaran dari matahari dan bumi, lalu menyebabkan penyejukan pasif alat-alat sensitif. Contoh termasuk Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson dan Teleskop Angkasa James Webb. L1, L2 dan L3 ialah orbit tidak stabil, dan sebarang pergerakkan kecil akan menyebabkan kapal angkasa untuk bergerak keluar dari orbit tanpa pembetulan berkala.
  • Orbit P/2 : Orbit resonans bulan 2:1 yang amat stabil, pertama sekali digunakan oleh kapal angkasa TESS (Transiting Exoplanet Survey Satellite) pada 2018.[16][17]

Lihat Juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Definition of GALACTOCENTRIC". www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Jun 2020.
  2. ^ a b Parker, Sybil P. (2002). McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms Sixth Edition. McGraw-Hill. m/s. 1772. ISBN 007042313X.
  3. ^ "NASA Safety Standard 1740.14, Guidelines and Assessment Procedures for Limiting Orbital Debris" (PDF). Office of Safety and Mission Assurance. 1 Ogos 1995. m/s. A-2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Februari 2013. Low Earth orbit (LEO) – The region of space below the altitude of 2000 km., pages 37–38 (6–1,6–2); figure 6-1.
  4. ^ a b "Orbit: Definition". Ancillary Description Writer's Guide, 2013. National Aeronautics and Space Administration (NASA) Global Change Master Directory. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2013. Dicapai pada 29 April 2013.
  5. ^ Vallado, David A. (2007). Fundamentals of Astrodynamics and Applications. Hawthorne, CA: Microcosm Press. m/s. 31.
  6. ^ Krzysztof, Sośnica (1 Mac 2015). "Impact of the Atmospheric Drag on Starlette, Stella, Ajisai, and Lares Orbits". Artificial Satellites. 50 (1): 1–18. doi:10.1515/arsa-2015-0001.
  7. ^ Bury, Grzegorz; Sośnica, Krzysztof; Zajdel, Radosław; Strugarek, Dariusz (28 Januari 2020). "Toward the 1-cm Galileo orbits: challenges in modeling of perturbing forces". Journal of Geodesy. 94 (2): 16. doi:10.1007/s00190-020-01342-2.
  8. ^ William Barnaby Faherty; Charles D. Benson (1978). "Moonport: A History of Apollo Launch Facilities and Operations". NASA Special Publication-4204 in the NASA History Series. m/s. Chapter 1.2: A Saturn Launch Site. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2018. Dicapai pada 8 Mei 2019. Equatorial launch sites offered certain advantages over facilities within the continental United States. A launching due east from a site on the Equator could take advantage of the earth's maximum rotational velocity (460 meters per second) to achieve orbital speed. The more frequent overhead passage of the orbiting vehicle above an equatorial base would facilitate tracking and communications. Most important, an equatorial launch site would avoid the costly dogleg technique, a prerequisite for placing rockets into equatorial orbit from sites such as Cape Canaveral, Florida (28 degrees north latitude). The necessary correction in the space vehicle's trajectory could be very expensive - engineers estimated that doglegging a Saturn vehicle into a low-altitude equatorial orbit from Cape Canaveral used enough extra propellant to reduce the payload by as much as 80%. In higher orbits, the penalty was less severe but still involved at least a 20% loss of payload.
  9. ^ Hadhazy, Adam (22 Disember 2014). "A New Way to Reach Mars Safely, Anytime and on the Cheap". Scientific American. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  10. ^ Whipple, P. H . (17 Februari 1970). "Some Characteristics of Coelliptic Orbits – Case 610" (PDF). Bellcom Inc. Washington: NASA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Mei 2010. Dicapai pada 23 Mei 2012.
  11. ^ a b This answer explains why such inclination keeps apsidial drift small: https://space.stackexchange.com/a/24256/6834
  12. ^ Merritt and Vasilev, ORBITS AROUND BLACK HOLES IN TRIAXIAL NUCLEI", The Astrophysical Journal 726(2), 61 (2011).
  13. ^ a b Merritt, David (2013). Dynamics and Evolution of Galactic Nuclei. Princeton: Princeton University Press. ISBN 9780691121017.
  14. ^ "U.S. Government Orbital Debris Mitigation Standard Practices" (PDF). United States Federal Government. Dicapai pada 28 November 2013.
  15. ^ Luu, Kim; Sabol, Chris (Oktober 1998). "Effects of perturbations on space debris in supersynchronous storage orbits" (PDF). Air Force Research Laboratory Technical Reports (AFRL-VS-PS-TR-1998-1093). Dicapai pada 28 November 2013.
  16. ^ Keesey, Lori (31 Julai 2013). "New Explorer Mission Chooses the 'Just-Right' Orbit". NASA. Dicapai pada 5 April 2018.
  17. ^ Overbye, Dennis (26 Mac 2018). "Meet Tess, Seeker of Alien Worlds". The New York Times. Dicapai pada 5 April 2018.