Sekolah Menengah St. Peter Telipok
Sekolah Menengah St. Peter Telipok (M) atau nama ringkasnya SM St Peter Telipok (M), merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Pekan Telipok, Kota Kinabalu.
Sekolah Menengah St. Peter Telipok (M) | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 183, Telipok, 88450, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah, Sekolah Mubaligh, Sekolah luar bandar |
Nombor sekolah | 6088491044 |
Kod sekolah | XFE4055 |
Pengetua | Encik Han Wai Kuan |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Dr. Nalmon Goyi |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Susan Chin Syuk Man |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Kamarulan bin Muhamad |
Faks | 6088412311 |
Pada 2009, Sekolah Menengah St. Peter Telipok (M) memiliki 351 pelajar lelaki dan 352 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 703 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009
Sejarah Sekolah
suntingPada tahun 1966,Badan R.C. Mission telah menukarkan paderi Rev.Fr.John Tshung dari Shan Tao Secondary School, (Ketika itu di Karamunsing, sebelum berpindah ke tapak kini di Likas), Kota Kinabalu ke pekan Telipok dari pusat bandar.
Maka, pada 16 Januari 1967,sekolah menengah yang dinamakan St. Peter Secondary School didirikan.
Bangunan sekolah pada masa itu hanya dua buah kelas peralihan.Pelajarnya seramai 69 orang dan tiga orang staf,termasuklah pengetua yang pertama iaitu Rev.Fr.John Tshung.
Semasa proses perubahan bahasa penghantar kurikulum daripada bahasa inggeris ke bahasa Malaysia pada tahun 1965,bilangan pelajar juga kian bertambah namun persekolahan masih satu sidang sahaja.Kesesakan ini telah memaksa pihak sekolah,lembaga pengurusan sekolah dan jabatan pelajaran memulakan satu lagi projek pembinaan bangunan baru yang akhirnya siap pada tahun 1980.
Sejak tahun 1990,SM.St Peter,Telipok mempunyai 12 buah bilik darjah ,dua buah makmal sains dan sebuah gelanggang bola keranjang.Pada tahun 1998,satu kebakaran telah berlaku,mengakibatkan kemusnahan bangunan blok kayu dua tingkat yang menempatkan bilik stor,bilik darjah,bilik SPBT,stor KH,PJK dan pendidikan seni.Bangunan ini telah digantikan dengan bangunan dua tiingkat juga daripada peruntukan kerajaan persekutuan.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah St. Peter Telipok (M)
- Peti Surat 183, Telipok
- 88450, Kota Kinabalu
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6088491044
- Fax = 6088412311