Rozita Che Wan
Rozita binti Che Wan @ Abu Bakar (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta; lahir 9 Mac 1974) ialah seorang pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari[1]. Biarpun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum, terutama mengenai perhubungan dan perkahwinannya dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom "Oh My English!", Zain Saidin[2].
Rozita Che Wan | |
---|---|
Kelahiran | Rozita binti Che Wan @ Abu Bakar 9 Mac 1974 |
Nama lain | Che Ta |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penerbit |
Tahun aktif | 1993–2004 (sebagai model) 2005–kini (sebagai pelakon) |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Saudara | Ayu Raudhah (adik) |
Latar belakang
suntingBeliau dilahirkan pada 9 Mac 1974 di Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Ketika itu beliau menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Dewi Remaja 1993/94 namun. menarik diri di peringkat akhir kerana komitmen kerja. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.
Tidak lama kemudian, beliau bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply, 41, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata - Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. (pada 2014) . Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005 bersama adiknya, Ayu Raudhah setelah bercerai dengan suaminya pada tahun 2005. Namun sebelum itu beliau pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun. Drama pertama lakonannya ialah "Cinta Terhalang". Beliau juga terlibat dalam bidang pengiklanan seperti iklan Petronas, iklan 999, iklan Rorine dan sebagainya.
Kerjaya lakonan
suntingRozita mula menempa nama pada tahun 2006 apabila membintangi siri komedi Diari Ramadhan Rafique yang ditulis ole lh penulis skrip Nor Faznita Md Nor dan drama bersiri Sesuci Cinta Sofiya bersama Rosyam Nor serta menjadi model video muzik lagu "Juwita Citra Terindah" dendangan M. Nasir. Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 60 judul drama TV yang kebiasannya bergenre komedi. Bagi 2007 sahaja, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama. Antara drama lakonan beliau ialah Manjalara, Jelatang dan Susuk 2.
Setelah dua tahun aktif berlakon pelbagai genre drama, Rozita mendapati lakonannya menerusi karekter komedi lebih mendapat perhatian penonton. Maka sejak itu dia lebih selesa memegang watak komedi, apatah lagi bakat lakonan komedinya membawa beliau ke kemuncak populariti apabila siri komedi Kiah Pekasam yang dijayakan oleh beliau dari tahun 2010 hingga 2013 dalam 3 musim menjadi antara drama kegemaran ramai[3]. Rozita yang sememangnya berpersonaliti ceria dan mudah berjenaka sangat dikenali dengan dialek utara yang sering di bawakannya dalam drama televisyen mahupun ketika ditemubual wartawan. Antara drama komedi lain lakonan Rozita yang mendapat rating tinggi adalah Iparku Diva[4] dan Miss Octopus[5].
Pada tahun 2011, Rozita pernah mengumumkan mahu bersara daripada bidang lakonan ekoran rimas dengan perhatian yang berlebihan diberikan kepadanya, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila tawaran lakonan buatnya masih banyak dan dia dipujuk oleh ramai penerbit untuk terus berlakon[6]. Rozita membuktikan bakat lakonannya tidak hanya pada drama-drama komedi sebaliknya boleh digilap menerusi watak dramatik. Lakonannya sebagai doktor dalam "Masihkah Ada Sinar" melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin pada tahun tersebut. Malahan Rozita diundang menjadi hos acara tersebut bersama pengacara terkenal Ally Iskandar. Ekoran popularitinya yang meningkat naik, beliau sering dihimpit kontroversi percintaan hingga hampir membuat keputusan untuk bersara. Populariti luar biasanya seolah mengulangi kejayaan karier dramatis terdahulu seperti Lydiawati dan Aida Khalida yang meraih populariti luar biasa setelah berusia lebih dari 35 tahun. Rozita sering menjadi pilihan majalah-majalah hiburan dan fesyen serta karekternya sering menjadi bualan. Dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang mengiktiraf populariti artis, Rozita pernah melayakkan diri bertanding bersama pelakon-pelakon muda yang lain menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) sebanyak tiga (3) kali iaitu untuk edisi tahun 2007, 2009 dan 2011. Di layar perak, Rozita tidak begitu menyerlah biarpun membintangi beberapa buah filem seperti "Dunia Baru The Movie", "Misteri Balan Balan" dan "Adik Manja Returns".
Selain itu, pada tahun 2012 Che Ta membuka langkah baru ke dunia pengacaraan apabila diberi peluang mengendalikan program bual bicara Primadona bersama Erra Fazira dan Raja Azura. Program itu bersiaran secara mingguan dan ditayangkan di Astro Prima dari tahun 2012 hingga 2015. Selain berbakat dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Che Ta juga terkenal kerana kemahiran memasak dan kulinari. Beliau menyertai program realiti Masterchef Selebriti Malaysia pada tahun 2013 yang sekaligus memperkenalkan bakat memasaknya kepada peminat-peminat. Biarpun tidak memenangi pertandingan itu, gaya lucu Che Ta yang suka bersolek dan berdandan rapi di dapur mencuri perhatian penonton. Pada tahun 2014 Che Ta bergelar penerbit menerusi produksi Padusi Pictures yang dikongsinya bersama suami, Zain Saidin. Produksi itu menerbitkan program TV seperti Rahsia Memikat Suami (2014) dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas (2015) kedua-duanya dikendalikan oleh pelawak Jihan Muse. Che Ta juga pernah menjadi jurucakap produk bagi Rorine dan Safi Rania Gold.
Kontroversi
suntingKetika di awal kemunculann, Rozita Che Wan sering dikaitkan isu hubungan sulit dengan orang kenamaan.[7]
Setelah itu Che Ta dikaitkan pula dengan hubungan istimewa bersama lelaki-lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Antara yang mendapat perhatian adalah penyanyi Shahir Zawawi yang rapat dengannya pada tahun 2010[8]. Tidak lama selepas itu Rozita menerima komen negatif terhadap foto mesranya bersama Zain Saidin dalam laman Instagram milik Zain. Puncanya, apabila gambar yang dimuat naik bersama Zain yang mengundang komen negatif peminat terhadap Rozita apabila dia mengenakan skirt pendek dalam gambar dalam keadakan duduk bersimpul sehingga menampakkan betisnya. Susulan dari kontroversi itu juga Rozita Che Wan atau panggilan manjanya Che Ta ditegur oleh Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Profesor Madya Datuk Dr Harlina Halizah Siraj. [9].
Pada Disember 2024, rumahnya diserbu oleh pihak MARA ekoran gagal melangsaikan hutang sebanyak RM1,000,000 sejak tahun 2017. Beliau juga bakal diisytiharkan muflis bersama anak sulungnya. Beliau kini aktif menjual pakaian terpakai di laman TikTok untuk melangsaikan hutang ini. Status jumlah pakaian rayanya pada tahun depan juga menjadi tanda tanya. Adakah beliau sanggup menjadi papa asal bergaya?
Kehidupan peribadi
suntingPada 13 Disember 2013, Che Ta dan Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan [10]. Beliau menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000. Majlis resepsi diadakan di Setia Alam Convention Centre dan dihadiri kenalan artis dan kenamaan[11]. Ketika itu mereka menjadi polemik media apabila mengesahkan telah menerima menerima kira-kira RM13 Juta tajaan untuk perkahwinan mereka daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding [12].
Pada 1 November 2014, Che Ta selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Ampang. Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik[13]. Bayi itu diberi nama Aaisyah Dhia Rania Zain, dan detik-detik manis kehamilan dan menyambut kelahiran anak sulung Zain, dan anak ketiga Che Ta itu dirakam untuk siaran istimewa program TV Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di Astro[14].
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | Dunia Baru The Movie | Pengantin Perempuan | Filem pertama |
Sepi | Nina | ||
2009 | Sifu dan Tongga | Pengawai Polis 1 | |
Jangan Tegur | Doktor Lisa | ||
2010 | 4 Madu | Ghasidah | |
2011 | Kembar Siang | Jenab | Penampilan khas |
2012 | Misteri Dendam Balan Balan The Movie | ||
Adik Manja Returns | Cikgu Sofia | ||
2021 | Seandainya Kau Ada | Ibu Iskandar | Penampilan khas |
2022 | Operasi UFO | ||
2023 | Mat Kola | Che Som |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006–2007 | Diari Ramadhan Rafique | Siti Rohani | TV3 | Drama pertama |
2006 | Sesuci Cinta Sofiya | |||
2007–2008 | Jelatang | |||
2007 | Manjalara | Marissa | ||
Susuk | Maya | |||
2009–2010 | Gerak Khas | ASP Zita | TV2 | |
2009 | Kuih Goyang Syafiq | Seha | TV3 | |
Issandra (drama) | Puan Munirah | TV2 | ||
2010–2013 | Kiah Pekasam | Kiah | Astro Warna | |
2010 | Hani | Mariam | TV3 | |
2011 | Iparku Diva | |||
Ummu Hani | ||||
Annissa | Balkis | TV3 | ||
Hilang | Salmah | TV9 | ||
2012 | Miss Octopus | Oktober | TV3 | |
Bunga-Bunga Syurga | Baidah | |||
Oh My English! (musim pertama) | Sharifah Rohani | Astro TVIQ | Episod: "Perpisahan Bhg 2" | |
2013 | Kiah The Spy | Kiah | Astro Warna | |
Rumah Kedai | Siti Pandora | TV3 | Penampilan khas | |
Oh My English! (musim ke-2) | Sharifah Rohani | Astro TVIQ | Episod: "Guru Baru" | |
2015 | Mengejar Wardah | Wardah | TV1 | |
2016 | Kak Marr[15] | Kak Marr | TV3 | |
2017 | Kisah Dari Mekah | Astro Oasis | ||
2018 | Shah & Zam | Datin Nita | TV3 | |
Lelaki Kiriman Tuhan | Kak Bed | Astro Oasis | ||
2019 | Diari Ramadhan Rafique Reunion | Siti Rohani | TV3 | |
Suri Katriana | Puan Sofea | Astro Prima | ||
2020 | Family Spy | Roz | Astro Ceria | |
Kebaya Kasut Kanvas | Cik Pah | TV3 | ||
Janda Kosmopolitan | Syarifah Salmiah | Awesome TV | ||
2021 | Dia Isteriku | Aisyah | TV AlHijrah | |
Dear Cinta | Mama Zaris | TV3 | Penampilan khas | |
Tahyul | Detektif Masni | |||
Dayang Senandung | Siti Tanjung | TV Okey | ||
2022 | Kerana Dia Suka | Hajah Mariah | TV3 | |
Mem & Bibik Bibik | Puan Tiny | |||
Juliet | Raihanim | TV1 | ||
Lot 69 | Awesome TV | Sitkom | ||
Lockdown 2 | Kak Sal | Astro Ria | ||
Cinta Buat Dara | Kak Rose | TV3 | ||
Jesnita | Rosemilla | Astro Prima | ||
TBA | Kau Takdirkan Bersama | Datin Maimunah | TV3 |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Cinta Terhalang | Telefilem pertama | ||
2006 | Relung Kasih | |||
2007 | Khafi | TV3 | ||
Aku Bukan Buaya | ||||
2008 | Wasiat Fitrah | |||
Cinta Si 3 Teruna | Kak Ana | TV2 | ||
Sebelum Sejadah Dibentang | TV3 | |||
2009 | Rahsia Gambar | Juriah | ||
2010 | Kuih Goyang Seha | Seha | ||
Masih Ada Harapan | TV1 | |||
Madu Sorok | Sofea | TV3 | ||
2011 | Dosa Siapa | Hamidah | ||
2012 | Suami Terpuji | Fara | TV9 | |
Aku Janda Belum Kaya | Astro Prima | |||
2013 | Madu | |||
Kiah Pi Jepun | Kiah | Astro Warna | ||
2016 | Oh Speak English Please | Salmah | Astro Ria | |
2021 | Lagenda Puteri Bulan | TV3 | ||
Kuba Guling, Karipap Pusing | Mira | Awesome TV | ||
2022 | Ke Hujung Nyawa | Maksu | TV AlHijrah | Sebagai penerbit |
2024 | Rombongan Makciks ke Dataran Merdeka | Kiah | Astro Ria |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012–2015 | Primadona | Pengacara bersama Raja Azura, Erra Fazira dan Ziela Jalil | Astro Prima |
2015 | Aku Yang Masak Kau Yang Panas | Astro Ria | |
2016–2017 | Teh Tarik Che Ta | Pengacara | TV1 |
2017 | Air Tangan Bonda | Pengacara | Astro Prima |
Seram Selebriti (Musim 1): Episod 4 | Dirinya sendiri | ||
2018 | Cuit-Cuit Che Ta | Pengacara | TV Okey |
2020 | Ujian Menantu | Awesome TV |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pengacara TV Popular | — | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-19. Dicapai pada 2015-03-03.
- ^ http://www.astroawani.com/photos/album/rozita-che-wan-zain-saidin-nikah-719
- ^ http://www.limauais.com/tak-dak-sorang-pun-yang-datang-mengorat-rozita-che-wan/
- ^ http://www.buzzera.net/2011/03/iparku-diva-produser-bayar-tinggi-pujuk.html
- ^ Rozita Che Wan Mahu Lelaki Kacak Tak Banyak Kerenah
- ^ http://www2.hmetro.com.my/articles/Keranasayaterlalusunyi/Article/
- ^ Rozita nafi nikah Datuk Seri Effendi.
- ^ http://beautifulnara.com/pengakuan-cinta-rozita-che-wan-kepada-shahir-sungguh-tulus-gitu/
- ^ http://mynewshub.my/2013/03/22/doktor-harlina-tegur-rozita-che-ta/
- ^ http://www.rotikaya.com/wedding-of-the-year-zain-saidin-kini-sah-bergelar-suami-rozita-che-wan/
- ^ http://www.rotikaya.com/sekitar-resepsi-perkahwinan-ekstravaganza-zain-saidin-dan-rozita-che-wan/
- ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/395519/che-ta-zain-terima-tajaan-perkahwinan-bernilai-rm13-juta-dari-28-penaja
- ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/01/che-ta-bersalin/
- ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/616685/program-pureen-chak-chak-papar-kehidupan-selebriti
- ^ Sinopsis Drama Kak Mar ,Slot Iris Tv3