Rempah
Rempah (Jawi: رمڤه ; kata jamak: rempah-ratus رمڤه-راتوس atau rempah-rempah رمڤه٢) ialah bahagian tumbuhan yang dikeringkan dengan aroma kuat dan rasa tersendiri untuk menambahkan perisa pada makanan yang dimasak.[1][2] Rempah seringkali diserbukkan untuk dipermudahkan penggunaannya.[2] Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, atau pewangi.
Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan |
Teknik penyediaan dan perkakas masak |
---|
Perkakas dapur - Teknik Timbang dan ukur |
Ramuan dan jenis makanan |
Makanan |
Makanan wilayah |
Afrika - Asia - Asia Selatan Amerika Latin - Amerika Utara Caribbean - Eropah Tengah Timur Makanan-makanan lain... |
Lihat juga: |
Dapur - Hidangan Tukang masak terkenal Wikibuku: Buku masakan |
Kata rempah juga pernah diluaskan makna merujuk kepada sebarang bahan yang disebatikan untuk tujuan tertentu seperti dalam bidang kimia (misalnya "rempah ubat bedil").[3]
Hubungan dengan manusia
suntingPenanaman dan pemerolehan bahan-bahan rempah ini seringkali sukar dan memakan banyak tenaga sehingga menaikkan kos apabila didagangkan di tanah-tanah asing sejauh Eropah; hal ini menjadikan barangan menunjukkan pangkat taraf kemewahan dalam masyarakat[4] (terutamanya pada Zaman Pertengahan) di mana masakan kelas atasan iaitu golongan bangsawan cenderung menggunakan rempah ratus berbanding golongan kebanyakan yang disarankan memasak menggunakan herba atau cuka.[5]
Sifat
suntingIa kadang kala didakwa digunakan untuk mengawet makanan menyekat pertumbuhan bakteria,[4] namun perkara ini didapati salah sama sekali.[6][7][8]
Rujukan
sunting- ^ Hean Chooi Ong (2008). Rempah ratus: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 1. ISBN 978-967-61-2105-3 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan). - ^ a b Norasida Myasin (18 Januari 2019). "Rempah Ratus Vs Herba Dalam Masakan, Ini Perbezaannya". Rasa.
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). "rempah". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 338. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ a b Paul Freedman, Out of the East: Spices and the Medieval Imagination, 2008, ISBN 9780300151350, p. 2-3
- ^ Adamson, Melitta Weiss (2004). Food in Medieval Times. Westport, Conn: Greenwood Press. m/s. 65. ISBN 978-0-313-32147-4.
- ^ Paul Freedman, "Food Histories of the Middle Ages", in Kyri W. Claflin, Peter Scholliers, Writing Food History: A Global Perspective, ISBN 1847888097, p. 24
- ^ Andrew Dalby, Dangerous Tastes: The Story of Spices, 2000, ISBN 0520236742, p. 156
- ^ Andrew Jotischky, A Hermit's Cookbook: Monks, Food and Fasting in the Middle Ages, 2011, ISBN 1441159916, p. 170