Rejab
Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah ﷺ telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah ﷺ telah diisra'kan dari Masjid al-Haram di Makkah (Arab Saudi) ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis (Palestin) menunggang Buraq.
Bulan ini juga merupakan bulan-bulan permulaan kepada bulan Ramadhan, yang berikutan selepas bulan Syaaban. Apabila baginda ﷺ melihat anak bulan Rejab, baginda akan berdoa kepada Allah seperti yang berikut:
اللّهمّ بارك لنا في رجب و شعبان وبلّغنا رمضان
Allāhumma bārik lanā fī rajaba wa shaʻbāna wa balligh-nā ramaḍāna
"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah (panjangkan umur) kami kepada Ramadhan."
Peristiwa
sunting- 06 Rejab, pengikut sufi tarekat Chistiyah meraikan ulangtahun Khawaja Moinuddin Chishtiyah
- 08 Rejab, Sheikh Sultan Nazim 'adil Al-Haqqani meninggal dunia
- 09 Rejab 932H, Perang Panipat dan pengasasan Empayar Mughal
- 09 Rejab, birth of ‘Alī al-Asghar
- 13 Rejab, kelahiran ‘Alī ibn Abī Tālib
- 14 Rejab, Sheikh Habib Ahmad Mashoor al Hadad Bin Taha meninggal dunia
- 24 Rejab, kemenangan tentera Islam dalam Perang Khaibar
- 27 Rejab, Israk dan Mikraj. Hari kelepasan am bagi sesetengah negara Islam.
- 28 Rejab, Hussein ibn Ali memulakan perjalanan ke Karbala dari Madinah
- 28 Rejab 1342 H (3 Mac 1924), Khalifah Uthmaniyah dimansuhkan oleh Mustafa Kemal Atatürk
- Pada tahun 5H, Bilal ibn al-Harith dikatakan membawa serombongan 400 orang dari Bani Muzeenah berjumpa Nabi Muhammad ﷺ . Mereka semua memeluk Islam.
- Perang Tabuk berlaku pada Rejab 9 H (Oktober 630)
- Perjanjian Aqabah kedua berlaku pada Rejab 12 H (September 633)
- Jerusalem ditakluk Salahudin al-Ayubi pada bulan Rejab 583 H (September/Oktober 1187)
- Hari Nakbah berlaku pad 6 Rejab 1367 H (15 Mei 1948)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.