Politik di Sabah

gambaran keseluruhan politik di negeri Sabah, Malaysia

Sebagai sebuah negeri di Persekutuan Malaysia, Sabah mengamalkan sistem demokrasi. Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun untuk memilih kedua-dua wakil negeri dan wakil negara. Untuk bahagian perundangan, Sabah mempunyai undang-undang larangan melompat parti yang dikuatkuasakan sejak 25 Mei 2023.[1] Gabungan parti politik tempatan di Sabah yang berdaftar dengan JPPM ialah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu gabungan yang dianggotai 8 ahli parti komponen rasmi dan menggunakan formula sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak.[2]

Karakterisitik

sunting

Satu ciri daripada politik Sabah yang luar biasa (Keunikan) ialah dasar yang diasaskan oleh Barisan Nasional pada 1994. Jawatan Ketua Menteri digilir antara parti-parti komponennya setiap dua tahun, tidak mengira mana satu parti yang berkuasa pada sesuatu masa. Oleh sebab itu, setiap kelompok etnik akan mendapat tempuh yang sama untuk memerintah negeri. Penyusunan ini juga melemahkan kuasa kerajaan negeri yang dahulu sentiasa bertentang dengan kerajaan pusat di Kuala Lumpur. Sistem ini juga memberi kuasa yang lebih banyak kepada kaum Melayu yang merupakan kaum minoriti untuk memansuhkan undang-undang tempatan yang diperkenalkan oleh pihak Kadazan-Dusun yang merupakan kaum majoriti. Walaubagaimanapun, penyusunan ini telah ditamatkan semasa Parti UMNO memegang jawatan itu dengan kuasa sekarang dipegang olehnya. Ini telah menimbulkan pertentangan pendapat dan oleh sebab itu, terdapatnya perasaan kecewa yang meluas dan cara pembantahan dari pembangkang yang tidak berkesan pada pilihan raya umum 2004.

Dewan Undangan Negeri sekarang didominasikan oleh Barisan Nasional dengan cuma satu kerusi pembangkang sahaja yang dipegang oleh calon bebas. Keputusan daripada pilihan raya 2004 ini disebabkan oleh perasaan secara umum yang mana kebanyakan pengundi enggan mengundi kerana kemenangan BN terjamin dan juga sebab mereka tidak percaya kepada parti-parti pembangkang, kebanyakannya tidak begitu aktif sebelum pilihan raya. Seterusnya, ramai pengundi yang mengundi calon bebas.

Walaupun Sabah memasuki Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negeri autonomi, tentangan kepada tekanan dari Kuala Lumpur untuk mewujudkan sebuah negara kesatuan Islam yang dikuasai oleh kaum Melayu telah menyebabkan pergeseran yang agak besar dan kekadangnya panggilan untuk pemisahan. Ketegangan ini juga ditambah oleh pemikiran jajahan Kuala Lumpur terhadap Sabah yang mana 95% daripada keuntungan daripada sumber semula jadi Sabah yang kaya diambil oleh kerajaan pusat dengan ketinggalan cuma 5% untuk kerajaan negeri. Selain daripada kawalan imigeresen yang pada nama sahaja berasingan, tiadanya bukti yang tinggal terhadap autonomi Sabah.

UMNO telah mencapai kuasa dengan pantas sejak kemasukannya ke Sabah pada tahun 1991. Sebelum ini, UMNO tidak mengambil bahagian dalam kedua-dua negeri di Malaysia Timur.


  1. ^ "Sabah's history of party hopping has ended, says Hajiji". The Star News (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-25. Dicapai pada 2023-05-25.
  2. ^ Daily, Express (19 December 2022). "GRS kini kuat sebagai parti tempatan sepenuhnya". Harian Ekspres. Dicapai pada 11 January 2023.