Pi (huruf)
Pi (Yunani: πι, rumi: pí ,[1] Jawi: ڤي - huruf besar: Π, huruf kecil: π atau ϖ) atau pai (Jawi: ڤاي , dari sebutan bahasa Inggeris huruf ini) ialah huruf ke-16 dalam abjad Yunani. Huruf ini mempunyai nilai 80 dalam sistem nombor Yunani.
Dalam bidang matematik, π ialah simbol popular bagi pemalar nisbah ukur lilit kepada diameter bagi bulatan.