Azkaban

(Dilencongkan daripada Penjara Azkaban)
tempat dalam Harry Potter

Azkaban, dari kulit buku Harry Potter dengan Banduan Azkaban edisi dewasa di United Kingdon.
Azkaban
Lokasi Laut Utara
Pemilik Kementerian Sihir
Perkaitan Kementerian Sihir British
Penduduk Tetap Dementor (kini dipercayai meninggalkannya) dan melakukan jenayah
Kemunculan pertama dalam Harry Potter Chamber of Secrets (kali pertama dinyatakan); tidak pernah ditunjukkan

Azkaban merupakan penjara rekaan dalam siri Harry Potter yang dikarang J. K. Rowling. Mana-mana ahli sihir yang melanggar undang-undang dan dianggap serius akan dihantar ke sana. (Tidak jelas penjara tersebut juga untuk banduan negara lain atau hanya untuk banduan ahli sihir England sahaja.) Azkaban dijaga oleh Dementor yang bekerja di bawah Kementerian Sihir. Kebanyakan banduan terkini adalah penyokong Lord Voldemort.

Diketahui melalui buku keenam, Azkaban terletak di suatu tempat di utara Laut Utara, yang mungkin terletak sekitar Kepulauan Shetland. Ada juga yang mengatakan Rona Utara yang kini tidak berpenghuni, yang terletak di persisiran Barat Laut Scotland dan telah ditawarkan untuk digunakan sebagai Koloni Penal pada kurun ke-19, merupakan tempatnya. Ada juga peminat mengatakan Helligoland di Laut Utara adalah pulau yang sesuai.

Azkaban kemungkinan tidak dijumpai oleh peta Muggle, memandangkan tanah ahli sihir sentiasa tersembunyi atau Tidak Terplotkan (yang menyembunyikannya dari Muggle dan kadang kala ahli sihir lain) dan sebagai banduan ahli sihir, Azkaban memang sesuai untuk lebih tersembunyi dan dirahsiakan.

Azkaban mempunyai sebab mengapa reputasinya menakutkan. Lokasinya kini lebih kepada langkah berjaga-jaga berbanding keselamatan—kehadiran dementor yang banyak menyebabkan banduan tidak mempunyai sebarang kebahagiaan dan mengembalikan segala kenangan paling buruk dalam diri mereka sehingga mereka tidak terdaya dan seolah-olah gila. Menurut Sirius Black, banyak penghuninya hilang selera makan dan ada yang mati kebuluran. Memandangkan Dementor sukar dicederakan—satu-satunya jampi yang berkesan menentang mereka adalah Sihir Patronus, yang hanya menghalang mereka—Azkaban diakui yang ia sangat kebal.

Sebarang Sumpahan Tak Terampun (Sumpahan Imperius, Sumpahan Cruciatus, atau Sumpahan Avada Kedavra) ke atas manusia, secara automatiknya akan mendapat hukuman penjara seumur hidup di Azkaban. Kesalahan lain yang boleh menyebabkan seseorang itu dipenjarakan termasuklah menghina dan mencemarkan Kementerian, menjadi Animagi tak berdaftar dan menyamar menjadi Inferi.

Templat:Spoiler

Azkaban tidak memainkan peranan terus di dalam plot atau sebagai latar kepada siri tetapi hanya menjadi sebutan dan bayangan oleh watak. Dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, Hagrid ditempatkan sementara di sana menjadikannya trauma sehingga tidak mahu menyebutkan sedikit pun tentangnya selepas dibebaskan. Sirius Black menjadi ahli sihir pertama yang lepas lari dari Azkaban (Harry Potter dengan Banduan Azkaban), walaupun kemudian diketahui yang Barty Crouch Jr. melepaskan diri dengan bantuan ibu bapanya ketika Sirius masih dipenjarakan (Harry Potter dalam Piala Api). Albus Dumbledore pernah menyatakan di hadapan Menteri Sihir, Cornelius Fudge, yang dia mampu memecah keluar dari Azkaban dengan mudah. Walau bagaimanapun, ini patut dilihat dengan cara siapa yang berkata tentangnya—Dumbledore berkemungkinan ahli sihir terhebat yang pernah hidup di Eropah dan satu-satunya ahli sihir yang ditakuti Lord Voldemort. Apa yang mungkin mustahil bagi ahli sihir lain mungkin mudah baginya.

Kini, Azkaban telah terjejas teruk; Profesor Dumbledore sering menyatakan yang ia adalah satu kesilapan untuk menjaga penyokong hebat Voldemort sedangkan Dementor akan beruntung apabila Voldemort kembali kelak. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, dia terbukti benar apabila Dementor meninggalkan Azkaban dan menyertai Voldemort. Panjara tersebut masih digunakan, cuma dilemahkan dengan pemberontakan penjaganya. Kemungkinan para Auror yang menjaganya kini.

Banduan yang dikenali

sunting
Banduan Keadaan terkini Jenayah yang dilakukan
Avery Dipenjarakan Menyerang Kementerian
Sirius Black Lepas lari (satu-satunya pelarian dari Azkaban di bawah hidung Dementor); kini telah meninggal dunia Difitnah membunuh Peter Pettigrew dan 12 orang saksi lain yang berhampiran (dimasukkan tanpa bicara)
Crabbe Dipenjarakan Menyerang Kementerian
Barty Crouch Jr. Diseludup keluar oleh ibu bapanya; Menyeksa Frank dan Alice Longbottom
Puan Crouch Mati ketika dipenjarakan, menyamar sebagai Barty Crouch Jr. Menggantikan tempat anaknya, Barty Crouch Jr.
Antonin Dolohov Dipenjarakan semula selepas memecah keluar beramai ramai pada 1996;kini meninggal dunia Membunuh Gideon dan Fabian Prewett; dipenjarakan semula kerana menyerang Kementerian
Percival Dumbledore Mati ketika dipenjarakan Menyeksa tiga orang Muggle selepas kematian anak perempuannya dan adik Albus Dumbledore, Ariana
Mundungus Fletcher Dibebaskan Menyamar sebagai Inferi ketika merompak
Marvolo Gaunt Dilepaskan selepas tamat tempohnya; kini meninggal Menghina pegawai Kementerian Sihir, dipenjarakan enam bulan
Morfin Gaunt Mati dalam penjara selepas dipenjarakan sekurang-kurangnya kali kedua Kali pertama: Penyalahgunaan sihir ke atas seorang Muggle dan menghina pegawai Kementerian, dipenjarakan tiga tahun
Kali kedua: Pembunuhan keluarga Riddle, penjara seumur hidup (dalah tuduh, dirancang oleh Tom Marvolo Riddle)
Rubeus Hagrid Dibebaskan Dipercayai membuka semula Bilik Rahsia
Jugson Dipenjarakan Menyerang Kementerian
Bellatrix Lestrange Mati dibunuh oleh Molly Weasley selepas bebas setelah bersama-sama memecah keluar pada 1996 Menyeksa Frank dan Alice Longbottom
Igor Karkaroff Dibebaskan; kini telah meninggal dunia Menjadi ahli Death Eater; mendakwa tidak bersalah dan dibebaskan setelah memberikan nama beberapa Death Eater lain
Rabastan Lestrange Dipenjarakan semula selepas memecah keluar beramai ramai pada 1996 Menyeksa Frank dan Alice Longbottom; dipenjarakan semula kerana menyerang Kementerian
Rodolphus Lestrange Dipenjarakan semula selepas memecah keluar beramai ramai pada 1996 Menyeksa Frank dan Alice Longbottom; dipenjarakan semula kerana menyerang Kementerian
Lucius Malfoy Dipenjarakan Menyerang Kementerian
Walden Macnair Dipenjarakan Menyerang Kementerian
Mulciber Dipenjarakan semula selepas memecah keluar beramai ramai pada 1996 Membunuh McKinnons; dipenjarakan semula kerana menyerang Kementerian
Nott Dipenjarakan Menyerang Kementerian
Stan Shunpike Lari dari penjara pada 1997, masih dijampi Imperius Curse tetapi dibebaskan selepas kematian Voldemort Ditahan kerana disyak terlibat dengan aktiviti Death Eater
Augustus Rookwood Dipenjarakan semula selepas memecah keluar beramai ramai pada 1996 Mengintip Kementerian; dipenjarakan semual kerana menyerang Kementerian
Dolores Umbridge Dipenjarakan Mengkhianati Kementerian dan menyeksa penyihir kelahiran Muggle

Penjara sering diletakkan di sebuah pulau (lazimnya yang terpencil) untuk menyukarkan pelarian keluar. Telah dikatakan yang Azkaban diilhamkan oleh Pulau Alcatraz di San Francisco, iaitu salah sebuah penjara pulau yang terkenal. Antara persamaanya termasuklah:

  • Nama hampir serupa
  • Kedua-duanya terletak di sebuah pulau
  • Kedua-duanya dipercayai kebal, sehingga dibuktikan yang ia tidak (walaupun dipercayai yang tiada siapa yang melarikan diri itu masih hidup)
  • Kedua-duanya adalah untuk pesalah yang berat seperti kes bunuh.

Jika diikutkan melalui bunyinya, Azkaban mungkin menggabungkan nama Alcatraz dan Baskerville. Harry Potter dengan Banduan Azkaban yang ala-ala karya Conan Doyle iaitu The Hound of the Baskervilles. Kedua-dua banduan yang melepaskan diri (Sirius dan Selden) dan anjing dijadikan petanda kematian. Anjing petanda kematian J.K. Rowling dinamakan "Grim"; manakala kawasan berpaya dalam karya Conan Doyle pula ialah "Grimpen Mire".

Tempat tersebut mungkin juga diinspirasikan oleh Angband, kubu Morgoth yang dijumpai dalam karya J.R.R. Tolkien, seperti juga Devil's Island (Pulau Syaitan), penjara Perancis yang dahsyat. (Alcatraz telah digelar "Pulau Syaitan Amerika").