Pengkuantitian mempunyai beberapa maksud berbeza. Dalam matematik dan sains empirik, ia merupakan tindakan mengira dan mengukur yang memetakan pencerapan dan pengalaman deria manusia kepada anggota suatu set nombor. Pengkuantitian dalam maksud ini sangat penting kepada kaedah saintifik.

Dalam logik, pengkuantitian ialah pengikatan suatu pemboleh ubah berjulat menjangkau domain wacana. Lalu pemboleh ubah itu menjadi terbatas oleh pengoperasi yang dipanggil pengkuantiti. Perbincangan akademik pengkuantitian seringkali merujuk makna ini berbanding yang diberikan di atas.

Rujukan

sunting