Omar Rojik
Omar Ali atau lebih dikenali sebagai Omar Rojik (23 November 1925 – 4 Mei 1997) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Singapura dan Malaya semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.[1][2][3]
Omar Rojik | |
---|---|
Kelahiran | Omar bin Ali 23 November 1925 |
Meninggal dunia | 4 Mei 1997 | (umur 71)
Sebab kematian | Sakit kejang otot |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis |
Tahun aktif | 1951–1997 |
Kampung asal | Seberang Perak, Alor Setar, Kedah |
Pasangan | Norsiati Omar |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Raonah Senapi |
Bapa | Ali Ibrahim |
Kehidupan dan kerjaya
suntingBeliau berasal dari Kedah dan dilahirkan pada 23 November 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris sehingga darjah tiga. Ketika di sekolah, beliau pandai bermain alat muzik iaitu dengan cara menghafal sajak di samping gemar membaca novel dari Indonesia. Tamat saja persekolahan beliau telah mula bekerja di sebuah bengkel PWD, memasuki angkatan belia dan berkerja memperbaiki enjin kapal terbang semasa pendudukan Jepun.[4][5] Di samping itu, beliau juga pernah terlibat dengan parti politik di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau telah berhijrah ke Singapura di mana ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah mendapatkan nya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions Ltd (MFP). Dari situlah beliau mula mengenali dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar[6].
Omar juga berbakat dalam bidang penulisan dan merupakan penulis cerita asal bagi filem Dr. Rushdi, Antara Dua Darjat dan Semerah Padi.[7]
Kehidupan peribadi dan kematian
suntingOmar Rojik berkahwin dengan pelakon Norsiati Omar yang berasal dari Butterworth dan mempunyai 4 orang anak.
Beliau meninggal dunia pada 4 Mei 1997 di rumah anaknya di Klang, Selangor ketika berusia 71 tahun akibat sakit kejang otot.[8]
Filemografi
suntingFilem
suntingSebagai pelakon
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Rayuan Sukma | ||
Manusia | |||
1952 | Anjoran Nasib | Pembantu Haji Salleh | |
1953 | Istana Impian | ||
1954 | Pawang | ||
Panggilan Pulau | Kapten | ||
1955 | Insan | Omar | |
1957 | Mogok | ||
1958 | Matahari | Kapten Nakamura | |
Sarjan Hassan | Ketua Kempeitai | ||
1963 | Nasib Si Labu Labi | Juri Pertandingan Ratu Kebaya 4 | Penampilan khas |
Sebagai pengarah
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
1960 | Sumpah Wanita |
Pertarongan | |
1961 | Panji Semerang |
Singapura Dilanggar Todak | |
1963 | Kasih Tanpa Sayang |
Pilih Menantu | |
1964 | Jeritan Batin |
Siapa Besar | |
1965 | Sayang Si Buta[9] |
Taqdir[10] | |
1966 | Dahaga |
Aksi Kuching | |
1968 | Teratai |
Miang-Miang Keladi | |
1969 | Keranda Jingga |
Lanang Sejagat | |
1970 | Tuah Badan |
1971 | Durjana |
1972 | Angkara |
Anak Ku Suami Ku | |
1973 | Satria[11] |
1974 | Anak Setan |
Puaka | |
Semambu Kuning | |
1975 | Si Buta |
1978 | Gila-Gila |
1981 | Si Luncai |
1983 | Sayang Ibu |
Mat Salleh Pahlawan Sabah | |
1984 | Talak |
1986 | Rumah Maut |
Sebagai penulis
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1956 | Semerah Padi | Cerita asal |
1959 | Dandan Setia | Lakon layar |
Batu Belah Batu Bertangkup | Lakon layar | |
1960 | Sumpah Wanita | Lakon layar |
Antara Dua Darjat | Cerita dan lakon layar | |
Megat Terawis | Lakon layar | |
1970 | Dr. Rushdi | Cerita asal |
1975 | Si Buta | Lakon layar |
Drama
suntingSebagai pengarah
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
Seorang Tua di Kaki Gunung |
Rujukan
sunting- ^ "Hajat Omar Rojik tak kesampaian". Berita Harian. 25 Februari 1998. m/s. 6. Dicapai pada 17 November 2018.
- ^ Zieman (7 Mei 1997). "Omar Rojik dared to be different". New Straits Times. Dicapai pada 8 November 2019.
- ^ "Omar Rojik : Dari mekanik Jepun ke pengarah filem Melayu". Utusan TV. 15 Disember 2022. Dicapai pada 20 Disember 2022.
- ^ Zainuri Misfar (16 November 1994). "Omar Rojik pernah jadi askar Jepun". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Omar Rojik – bermula sebagai buruh biasa". Berita Harian Singapura. 6 Mei 1997. m/s. 6. Dicapai pada 8 November 2018.
- ^ Anak-Anak Kedah: Omar Rojik Diarkibkan 2010-11-21 di Wayback Machine Kedah.com
- ^ Seniman Omar Rojik dalam Kenangan Mamu Tanjung. 4 September 2012. Dicapai pada 8 November 2019.
- ^ "Omar Rojik meninggal". Berita Minggu. 4 Mei 1997. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Omar Rojik yakin filem Sayang Si-Buta akan jaya". Berita Harian Singapura. 17 April 1965. m/s. 7. Dicapai pada 20 November 2018.
- ^ "Taqdir filem baru Omar Rojik". Berita Harian Singapura. 3 Julai 1965. m/s. 7. Dicapai pada 17 November 2018.
- ^ Zainuddin Bendahara (17 Oktober 1971). "Perubahan2 baru Omar Rojik dim filem menarek 'SATRIA'". Berita Harian Singapura. m/s. 10. Dicapai pada 17 November 2018.