Liga Hoki Kebangsaan

(Dilencongkan daripada National Hockey League)

Liga Hoki Kebangsaan (Perancis: Ligue nationale de hockey; Inggeris: National Hockey League) ialah liga hoki ais profesional di Amerika Utara, yang kini terdiri daripada 31 buah pasukan, di mana 24 pasukan adalah dari Amerika Syarikat manakala 7 lagi dari Kanada. Liga ini dianggap sebagai liga hoki ais profesional terunggul di dunia,[1] dan merupakan salah satu daripada liga sukan profesional utama di Amerika Syarikat dan Kanada. Piala Stanley, trofi sukan profesional tertua di Amerika Utara,[2] diberikan setiap tahun kepada juara main habis liga pada setiap akhir musim.

Rujukan

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Marsh, James (2006). "National Hockey League". The Canadian Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2006.
  2. ^ Roarke, Shawn P. (12 Mac 2017). "Stanley Cup has incredible history". NHL.com (dalam bahasa Inggeris). NHL Enterprises, LP. Dicapai pada 12 Jun 2020.

Pautan luar

sunting