Nanjing
Nanjing (南京 Pinyin: Nánjīng, Wade-Giles: Nan-ching; Pinyin Sistem Pos: Nanking) adalah ibu kota wilayah Jiangsu di Republik Rakyat China. Ia terletak di bahagian bawah Sungai Yangtze di 32°03'U, 118°47'T. Nanjing adalah bandar kedua terpenting (selepas Shanghai) di China.
Nanjing
南京市 | |
---|---|
Negara | Republik Rakyat China |
Wilayah | Jiangsu |
Tahap kaunti | 11 |
Tahap Perbandaran | 129 |
Settled | Tidak diketahui (Yecheng, 495 SM. Kota Jinling, 333 SM) |
Pentadbiran | |
• Jenis | Kota sub-wilayah |
• Setiausaha Parti | Huang Lixin |
• Datuk Bandar | Miao Ruilin |
Keluasan | |
• Jumlah | 6,598 km2 (2,548 batu persegi) |
Aras | 20 m (50 ft) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 8,230,000 |
• Kepadatan | 1,237/km2 (3,183/batu persegi) |
Demonim | Orang Nankin[1] |
Zon waktu | UTC 8 (Standard China) |
Poskod | 210000–211300 |
Kod kawasan | 25 |
GDP (Nominal) | 2015 |
- Jumlah | AS$ 147.8 bilion |
- Per kapita | AS$ 18,241 |
- Perkembangan | ▲ 9.3% |
GDP (PPP) | 2015 |
- Jumlah | AS$ 253.2 bilion |
- Per kapita | AS$ 31,263 |
Awalan plat lesen | 苏 A |
Laman sesawang | City of Nanjing |
Deodar Cedar (Cedrus deodara), Platanus × acerifolia[2] Méi (Prunus mume) |
Nanjin dikenali sebagai "Ibukota Ilmu, Sains, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan". Ia terkenal sebagai pusat kebudayaan dan ilmu di China selama lebih seribu tahun. Ia adalah salah satu dari empat ibukota kuno negara China dan menjadi ibukota kepada sepuluh dinasti dan/atau kerajaan. Ia juga dikenali sebagai "Ibukota Syurga". Ia telah menjadi pusat politik dan ekonomi bagi daerah delta sungai Yangtze selama beratus-ratus tahun. Nanjing juga adalah hub pengangkutan di bahagian timur China dan kawasan muara sungai Yangtze. Nanjing ialah sebuah bandar pelancongan yang terkenal, dan memiliki banyak tempat bersejarah.
Ekonomi
suntingNanjing telah menjadi pusat ekonomi di kawasan muara sungai Yangtze selama beratus-ratus tahun. Pada tahun 2003, Pendapatan Domestik Kasar (PDK) per kapita adalah ¥27128 (kira-kira AS$3,280.00 pada dan berada di kedudukan 31 daripada 659 buah bandar di China.
Sejarah
suntingPada tahun 495 SM, dinasti Wu mengasaskan Yecheng (冶城) pada masa sekarang kawasan bandar Nanjing.
Dinasti Yue menakluk Wu dan menubuhkan Yuecheng 越城 pada 473 SM.
Dinasti Chu menubuhkan Jīnlíng (金陵) di kawasan ini pada 333 SM.
Bandar ini telah dimusnahkan dan dibangunkan beberapa kali.
Sekurang-kurangnya tiga buah bandar telah dibina: Jiànkāng (建康) pada 229 AD (dimusnahkan sepenuhnya pada 589 AD dan menjadi kawasan perladangan), Jinling dibina kemudian pada 914, dan ibu kota awal Ming, Nánjīng dibina dalam tahun 1366.
Nanjing juga merupakan ibu kota Pemberontakan Taiping pada pertengahan kurun 19.
Pada tahun 1928, setelah permulaan Ekspedisi Utara, kerajaan Kuomintang di bawah pimpinan Chiang Kai-shek menjadikan Nanjing sebagai ibu kota untuk menentang cabaran daripada kerajaan ketua-ketua perang yang menguasai Beijing dan kerajaan alternatif pimpinan Wang Jingwei di Wuhan. Setelah kejayaan Ekspedisi Utara pada tahun 1931, Kerajaan Chiang menjadi kerajaan Negara China tunggal yang sah.
Pada tahun 1937, Nanjing diduduki tentera Jepun, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai para penduduk bandar, orang pelarian dan tahanan perang. Kejadian ini dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Nanjing. Kerajaan Chiang terpaksa dipindahkan ke Chongqing, dan Jepun menubuhkan kerajaan boneka di Nanjing di bawah pimpinan Wang Jingwei. Selepas tamatnya Perang Dunia II, Nanjing sekali lagi dipilih sebagai ibu kota Republik China. Pada tahun 1949, setelah kemenangan Komunis, Beijing dipilih sebagai ibu kota Republik Rakyat China. Nanjing terus diakui sebagai "ibu kota" Republik China yang berada di Taiwan sementara Taipei adalah ibu kota sementara.
Pengangkutan
suntingNanjing merupakan pusat pengangkutan di timur China dan dihilir kawasan Sungai Yangtze. Lima sistem pengangkutan utama adalah landasan keretapi, laluan air, penerbangan membentuk jaringan trafik tiga dimensi dan pengangkutan awam menyeluruh.
Pelabuhan Nanjing adalah pelabuhan bagi perdagangan asing membawa kepada Lautan Pasifik dan negara barat. Kawasan pelabuhan adalah 98 km panjang dan mempunyai 64 buah jeti termasuk 16 buah jeti bagi kapal dengan muatan melebihi 10,000 tan.
Nanjing juga memiliki lebih 60 buah lebuh raya yang melintasi seluruh wilayah Jiangsu. Tiga landasan keratapi bertumpu di Nanjing, menjadikan bandar ini satu pusat perkhidmatan keratapi yang penting, menjalini landasan keretapi utara, timur dan pusat China. Lebih daripada 20 buah syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing. Sebuah lapangan terbang yang baru sedang dibina. Perkhidmatan bas dan teksi di Nanjing juga memuaskan.
Nanjing jugalah salah satu daripada enam pusat telekomunikasi di China.
Pelancongan
suntingNanjing terkenal sebagai destinasi pelancongan yang memiliki mungkin paling banyak tempat bersejarah di China. Tempat-tempat tarikan pelancongan termasuk:
Pendidikan
suntingNanjing telah menjadi pusat pendidikan negara China untuk lebih dari seribu tahun. Pada masa ini, ia mempunyai institusi pendidikan yang terunggul di rantau ini yang tersenarai di bawah;
Nasional
sunting- Universiti Nanjing (南京大学) (bermula pada 258, diasaskan secara moden pada 1902)
- Universiti Tenggara (东南大学)
- Universiti Ho Hai (河海大学)
- Universiti Pertanian Nanjing (南京农业大学)
- Universiti Farmasi China (中国药科大学)
- Universiti Sains dan Teknologi Nanjing (南京理工大学)
- Universiti Kaji Penerbangan dan Angkasawan Nanjing (南京航空航天大学)
Awam
sunting- Universiti Teknologi Nanjing (南京工业大学)
- Universiti Perhutanan Nanjing (南京林业大学)
- Universiti Perubatan Tradisional Cina Nanjing(南京中医药大学)
- Universiti Normal Nanjing (南京师范大学)
- Universiti Kewangan dan Ekonomi Nanjing (南京财经大学)
- University Pos dan Telekomunikasi Nanjing (南京邮电学院)
- Institut Kajicuaca Nanjing (南京气象学院)
- Institut Pendidikan Jasmani Nanjing (南京体育学院)
- Institut Kesenian Nanjing (南京艺术学院)
- Universiti Audit Nanjing (南京审计学院)
- Kolej Xiaozhuang Nanjing (南京晓庄学院)
- Institut Teknologi Jinling (金陵科技学院)
Swasta
sunting- Universiti Sanjiang (三江学院)
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Nankinese, sometimes may be translated as Nanjinese, Nanjingese, Nankingese, Nanjinger, Nankiner, etc.. In Nanjing dialect there is no difference between Nanjing and Nanjin or between Nanking and Nankin. This means the two pronunciations Jing and Jin in Mandarin Chinese pronounce the same in Nanjing dialect, and king and kin are also the same.
- ^ "A Grass Roots Fight to Save a 'Super Tree'". The New York Times. Dicapai pada 2013-12-10.
Pautan luar
sunting- Panduan pelancongan Nanjing dari Wikivoyage
- (Cina) Nanjing Government website
- Nanjing English guide with open directory
- NanjingExpat.com: Nanjing's largest English news network with city guide and classifieds
- HelloNanjing.net: Nanjing's most active social news and event network for foreigners Diarkibkan 2011-12-09 di Wayback Machine
- List of Nanjing Government Departments
- Historic US Army map of Nanjing, 1945
- "Nanking Illustrated" from 1624
Didahului oleh Beijing |
Ibukota China 1368–1420 |
Diikuti oleh: Beijing |
Ibukota China 1928–1937 |
Diikuti oleh: Wuhan (masa perang) | |
Didahului oleh Chongqing (masa perang) |
Ibukota China 1945-kini (de jure) 1945–1949 (de facto) |
Diikuti oleh: Guangzhou (selepas 23 April) Taipei (de facto) bagi Republik China |
Diikuti oleh: Beijing bagi Republik Rakyat China |