Mukim Bokok

mukim di Daerah Temburong, Brunei

Mukim Bokok ialah sebuah mukim di Daerah Temburong, Brunei.[2] Mukim ini berkeluasan 136 kilometer persegi (53 batu persegi) dan mempunyai penduduk seramai 3,433 orang pada tahun 2016.[3][1] Penghulu semasa ialah Emran bin Sabtu.[3][4]

Mukim Bokok
NegaraBrunei
DaerahTemburong
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah3,433
Zon waktuUTC 8 (BNT)
Poskod
PExx51

Kampung

sunting

Kampung-kampung di bawah Mukim Bokok adalah seperti berikut:

Senarai kampung di Mukim Bokok
Kampung Penduduk (2016)[1]
Kampung Bakarut 73
Kampung Belais Besar 94
Kampung Belais Kecil 47
Kampung Bokok 182
Kampung Buda-Buda 111
Kampung Kenua 168
Kampung Lepong 148
Kampung Maniup 44
Kampung Paya Bagangan 85
Kampung Rataie 2,182
Kampung Semabat 118
Kampung Simbatang 83
Kampung Temada 98
Jumlah 3,433

Kampung Bokok, Kampung Lepong dan Kampung Rataie mempunyai ketua kampung sendiri, manakala Kampung Belais dan Kampung Buda-Buda berkongsi seorang ketua kampung.[3] Ketua-ketua kampung tersebut juga bertanggungjawab terhadap penduduk bagi kampung-kampung berjiran yang tidak mempunyai ketua kampung.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  2. ^ "Daerah Temburong" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 26. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  3. ^ a b c "MUKIM BOKOK". temburong.gov.bn. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  4. ^ Ampuan Hussain, Ampuan Roza Amalyati. "Wawasan Brunei dibarigakan bagi penghulu dan ketua kampung". Pelita Brunei. Dicapai pada 4 Jun 2018.

Pautan luar

sunting