Metamorfosis

perubahan yang sangat mendalam semasa pembentukan organisma (selepas pembentukan embrio)

Metamorfosis merupakan proses biologi yang berlaku pada kitaran hidup sesuatu organisma yang melibatkan perubahan struktur badan secara mendadak melalui pertumbuhan dan pembezaan sel. Sebilangan serangga, amfibia, moluska dan krustasea melalui proses metamorfosis yang melibatkan perubahan pada habitat atau tingkah laku.

Seekor pepatung sedang melakukan ekdisis terakhirnya, bermetamorfosis daripada bentuk nimfanya