Mentor (musim 3)
Mentor 3 ialah musim ketiga bagi siri asal Mentor dimana ianya sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3 dimana program ini memperlihatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air yang bergelar Mentor akan memilih dan membimbing peserta yang dipanggil Protege untuk menjadi seorang artis dan pelapis dimasa akan datang. Musim ketiga mulai disiarkan pada 9 April 2009 iaitu pada hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3.
Mentor | |
---|---|
Musim 3 | |
Dihoskan oleh | Ally Iskandar |
Bil. peserta | 6 |
Juara | Black Hanafiah |
Naib juara | Chaq Anam |
Lagu kemenangan | "Aku Rindu Sayang Kamu" |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 10 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 |
Tarikh siaran | 19 April – 10 Julai 2009 |
Maklumat tambahan | |
Laman web | [1] |
Kronologi musim |
Format rancangan
suntingRancangan Mentor musim ketiga ini terdiri daripada peringkat ujibakat (disiarkan pada 19 April, 9.00 malam), Konsert Mingguan Mentor (Ahad, 9.00 malam, mulai 3 Mei), Jurnal Protege (Isnin hingga Jumaat, 7.28-7.30 malam) dan Jurnal Mentor (Ahad, 5.30-6.00 petang). Konsert Mingguan memberi laluan kepada Konsert Jomheboh sebulan sekali sepanjang pertandingan.
Konsert mingguan dilangusngkan pada setiap Ahad mulai 10 Mei hingga peringkat akhir pada 12 Julai yang menyaksikan Hanifah bin Md Hanafiah atau "Black", iaitu protege Mas Idayu, dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim ini.[1]
Mentor musim ketiga telah menamatkan penyiarannya pada 12 Julai 2009.
Ujibakat
suntingKeenam-enam mentor mengadakan sesi ujibakat masing-masing di hari-hari berlainan pada bulan Mac dan April. Sesi-sesi ujibakat tersebut diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, kecuali sesi Awie di Hotel Sri Pacific (berhampiran PWTC), Kuala Lumpur.
14 Mac: | Jaclyn Victoria |
15 Mac: | Mas Idayu |
21 Mac: | Lah Ahmad |
22 Mac: | Adibah Noor |
28 Mac: | Ajai |
4 April: | Awie |
Di samping syarat umum yang menetapkan peserta berusia antara 17-25 tahun dan datang secara solo, setiap mentor menetapkan kehendak tersendiri dalam pencarian bakat masing-masing.
Misalnya, Adibah mengehendaki anak didiknya sudah menghabiskan pelajaran sekolah menengah dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Awie pula hanya membenarkan kaum wanita menjadi anak didiknya kerana hendak memberi peluang kepada kaum wanita memeriahkan muzik rock tempatan yang didominasi kaum lelaki. Bagaimanapun, dilaporkan seramai 15 orang lelaki menghadiri ujibakat Awie tanpa menghiraukan syarat wanita sahaja tersebut, lalu terpaksa diusir oleh mentor tersebut.[2]
Protege & Mentor
sunting(Umur protege dicatat sewaktu pertandingan.) Kumpulan A
Protege | Umur | Asal | Mentor |
---|---|---|---|
Khairul Najmuddin bin Abu Samah & Hal Husaini bin Razmi (Evo) | 17 & 20 | Kuala Lumpur & Rembau, Negeri Sembilan | Jaclyn Victor |
Camellus De'lelli Anam (Chaq) | 21 | Penampang, Sabah | Ajai |
Hunanis Zafira binti Huzaini (Fira) | 18 | Batu Caves, Selangor | Lah Ahmad |
Kumpulan B
Protege | Umur | Asal | Mentor |
---|---|---|---|
Tahiruddin bin Haji Sain (Thye) | 22 | Kota Belud, Sabah | Adibah Noor |
Suriani binti Abdul Wahab (Keena) | 22 | Kuala Lumpur | Awie |
Hanifah bin Muhammad Hanafiah (Black) | 22 | Kuala Lumpur | Mas Idayu |
- Catatan
- ↑a Mentor-mentor ini terpaksa memilih dua atau lebih orang di ujibakat awal lalu menangguhkan keputusan ke lain hari atau mengadakan ujibakat pusingan kedua untuk menguji mereka sekali lagi.
- ↑b Jaclyn melakukan kelainan dengan menggabungkan Hyrul dan Sani menjadi duo bernama Evo, setelah percaya akan keharmonian nyanyian kedua-dua mereka.
Konsert Pengenalan
suntingPengenalan Show
suntingTarikh disiarkan: 3 Mei 2009
Juri professional: Azmeer & Sazlan Mat Adnan
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Evo | "Hanya Kau Yang Mampu" (Aizat Amdan) |
Fira | "Killing Me Softly" (Roberta Flack) |
Keena | "Permata Biru" (Ella) |
Black | "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain) |
Thye | "Lelaki Ini" (Anuar Zain) |
Chaq | "My Love" (Justin Timberlake) |
Di akhir rancangan, keenam-enam peserta dibahagi kepada dua kumpulan, maka juri Azmeer dan Sazlan menetapkan bahawa Evo, Chaq dan Fira ditempatkan dalam kumpulan A manakala Black, Thye dan Keena pula di kumpulan B.
Konsert Battle
suntingBattle 1 Show (Group A)
suntingTarikh disiarkan: 10 Mei 2009
Juri professional: Zainal Abidin & Cat Farish
Protege | Lagu (penyanyi asal) | Markah |
---|---|---|
Fira | "Merisik Khabar" (Dato' Sudirman) | 39.7 |
"Jangan Ada Dusta Diantara Kita" (Broery Marantika & Dewi Yull) - duet Lah Ahmad | ||
Evo | "Pergi Untuk Kembali" (Ello) - duet Jaclyn Victor | 56.4 |
"Seindah Biasa" "Cindai" (Dato' Siti Nurhaliza) | ||
Chaq | "Terima Kasih Cinta" (Afgan) | 67.9 |
"Gagap" (Stacy) - duet Ajai | ||
Semua | "Sempurna" (Andra & The Backbone) | — |
Battle 1 Show (Group B)
suntingTarikh disiarkan: 17 Mei 2009
Juri professional: Fauzi Marzuki & Edry KRU
Protege | Lagu (penyanyi asal) | Markah |
---|---|---|
Keena | "Bintang Kehidupan" (Nike Ardilla) | 48.9 |
"Seiring Sejalan" (Broery Marantika & Dato' Sharifah Aini) - duet Awie | ||
Thye | "Lagu Gembira" (Jamal Abdillah) - duet Adibah Noor) | 45.0 |
"Melodrama" (Andrea Bocelli) | ||
Black | "Manira" (Noraniza Idris) | 72.1 |
"Selangit" (Mas Idayu) - duet Mas Idayu | ||
Semua | "Situasi" (Bunkface) | — |
Battle 2 Show (Group A)
suntingTarikh disiarkan: 24 Mei 2009
Juri professional: Aidit Alfian & Nora Ariffin
Protege | Lagu (penyanyi asal) | Markah |
---|---|---|
Evo | "Itu Kamu" (Estranged) | 53.0 |
"Selalu Mengalah" (Seventeen) - duet Thye | ||
Chaq | "Sayang" (Ajai & Marsha) - duet Keena | 70.4 |
"Bila Rasaku Ini Rasamu" (Kerispatih) | ||
Fira | "Dan Sebenarnya" (Yuna) "Bukan Milikmu Lagi" (Agnes Monica) | 50.6 |
"Cinta Antara Kita" (Duta & Baizura Kahar) - duet Black | ||
Semua | "Sesuatu Janji" (Taufik Batisah) | — |
Battle 2 Show (Group B)
suntingTarikh disiarkan: 7 Jun 2009
Juri professional: Adnan Abu Hassan & David Arumugam
Protege | Lagu (penyanyi asal) | Markah |
---|---|---|
Black | "Ku T'lah Jatuh Cinta" (Agnes Monica) | 77.4 |
"Srikandi Cintaku" (Bloodshed) - duet Evo | ||
Keena | "Gemuruh" (Wings) - duet Fira | 52.4 |
"Tak Ada Logika" (Agnes Monica) | ||
Thye | "Selasihku Sayang" (Dato' Ahmad Jais & Datin Rafeah Buang) | 65.2 |
"Pilihlah Aku" (Latif Ibrahim) - duet Chaq | ||
Semua | "Bencinta" (Faizal Tahir) | — |
Battle 3 Show (Group A)
suntingTarikh disiarkan: 14 Jun 2009
Juri professional: Johan Nawawi & Fauziah Latiff
Protege | Lagu (penyanyi asal) | Markah |
---|---|---|
Chaq | "Mana Satu Idaman Kalbu" "Malam Ku Bermimpi" (P. Ramlee & Saloma) - duet Alyah | 52.6 |
"Apologize" (Timbaland) | ||
Evo | "Ku Tak Bisa" (Slank) - duet Tomok | 52.3 |
"Lagu Jiwa Lagu Cinta" (Mawi & M. Nasir) | ||
Fira | "Terlanjur Cinta" (Pasha & Rossa) - duet Faizal Tahir) | 72.1 |
"Ayat Ayat Cinta" (Rossa) "Just Dance" (Lady Gaga) |
Tersingkir: Evo
Battle 3 Show (Group B)
suntingTarikh disiarkan: 21 Jun 2009
Juri professional: Helen Yap & Liza Hanim
Protege | Lagu (penyanyi asal) | Markah |
---|---|---|
Thye | "Salam Terakhir" "Anak Gembala" (Dato' Sudirman) - duet Bob Yusof | 76.4 |
"Orak Arik" (Zainal Abidin) | ||
Black | "Bertakhta Dihati" (Farahdhiya) - duet Farahdhiya | 60.0 |
"Hitam Manis" (R. Azmi) | ||
Keena | "Dia Datang" (Fadzil Ahmad) - duet Dato' M. Daud Kilau | 48.6 |
"Si Baju Hijau" (Sanisah Huri) |
Tersingkir: Keena
Konsert Semifinals
suntingSemifinal 1 Show
suntingTarikh disiarkan: 28 Jun 2009
Juri professional: Hattan & Syafinaz Selamat
Protege | Lagu (penyanyi asal) | Markah |
---|---|---|
Chaq | "Inilah Nasibku" (Nico) "Fanatik" (KRU) | 54.9 |
Thye | "Keroncong Untuk Ana" (Dato' M. Nasir) "Hatinya Tak Tahan" (Noraniza Idris) | 39.8 |
Fira | "Pulangkan" (Misha Omar) "Whine Up" (Kat DeLuna) "Nirmala" (Dato' Siti Nurhaliza) | 43.1 |
Black | "Tasik Utara" (GahMuhyi) "Cik Mek Molek" (Dato' M. Daud Kilau) "Hijau" (Zainal Abidin) | 63.3 |
Tersingkir: Thye
Semifinal 2 Show
suntingTarikh disiarkan: 5 Julai 2009
Juri professional: Jay Jay & Ning Baizura
Protege | Lagu (penyanyi asal) | Markah |
---|---|---|
Black | "Yang Pernah" (Estranged) "Telinga Ke Tulang" (Spider) | 76.4 |
"Madah Berhelah" (Ziana Zain) - duet Mas Idayu | ||
Chaq | "Mengenangmu" (Kerispatih) - duet Ajai | 56.5 |
"Smooth Criminal" "Beat It" "Billie Jeans" "You Are Not Alone" (Michael Jackson) | ||
Fira | "Dimanakan Ku Cari Ganti" (P. Ramlee) "Makhluk Tuhan Paling Seksi" (Mulan Jameela) | 60.0 |
"Khabie Khushi Khabi Gham" (Lata Mangeshkar) "Poco Poco" (Inul Daratista) - duet Lah Ahmad |
Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Konsert Grand Finale
suntingGrand Finale Show
suntingTarikh disiarkan: 12 Julai 2009
Juri professional: Acis, Zainal Abidin & Sheikh Haikel
- Segmen 1
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Black | "Jeritan Batinku" (P. Ramlee) "Jangan Kau Mimpi" (Siti Sarah) "Nakal" (Gigi) |
Fira | "Bukan Niatku" (Fira) (Lagu & Lirik: Sharon Paul) |
Chaq | "Tapi Bukan Aku" (Kerispatih) "Revolusi" (Bunkface) |
- Segmen 2
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Black | "Di Alam Fana Cinta" (Fotograf) "Sinar" (May) - duet Shamrin & Mus May |
Fira | "Hurt" (Christina Aguilera) "Right Round" (Florida) "Don't Stop The Music" (Rihanna) - duet One Nation Emcees |
Chaq | "Penjelasan Satu Persatu" (Chaq) (Lagu & Lirik: Ajai) |
- Segmen 3
Protege | Lagu (penyanyi asal) |
---|---|
Black | "Aku Rindu Sayang Kamu" (Black) (Lagu & Lirik: Yuzai Juperi) |
Fira | "Atas Nama Cinta" (Rossa) "Mentera Semerah Padi" (Dato' M. Nasir & Spider) "Joget Berhibur" (Dato' Siti Nurhaliza) |
Chaq | "Aku Cinta Aku Rindu" (Ajai & Nurul) "Jai Ho" (The Pussycat Dolls) "Boom Boom Pow" (The Black Eyed Peas) - duet Stacy |
Tempat Ketiga: Fira (52.3)
Naib Juara: Chaq (52.6)
Juara: Black (75.0)
Rujukan
sunting- ^ Wahida Asrani (13 Julai 2009). "Kemenangan Black berjaya tukar persepsi imej dangdut Mas Idayu?". mStar Online. Dicapai pada 13 Julai 2009.
- ^ "Mentor: Awie Suruh Peserta Lelaki Pulang!". gua.com.my. 2009-04-06. Dicapai pada 2009-04-21.