Megat Junid Megat Ayob
Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayub (8 Disember 1942 – 24 Januari 2008) merupakan seorang ahli politik dari Malaysia. Beliau pernah berkhidmat dalam Parlimen Malaysia sebagai Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri, dan kemudian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau seorang ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan UMNO.
Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Megat Junid Megat Ayob PSM (Malaysia); SPMP (Perak); SPDK (Sabah); DPMK (Kelantan); DSSA (Selangor); DSAP (Pahang); DPCM (Perak) | |
---|---|
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
- | |
Dalam jawatan 2 Mei 1997 – 14 Disember 1999 | |
Didahului oleh | Abu Hassan Omar |
Digantikan oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pasir Salak, Perak | |
Dalam jawatan 1986–1999 | |
Didahului oleh | Konstentuensi Baharu |
Digantikan oleh | Ramli Ngah Talib |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Megat Junid bin Megat Ayob 8 Disember 1942 Kampung Gajah, Perak, Malaya British (kini Malaysia) |
Mati | 24 Januari 2008 Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur | (umur 65)
Cause of death | - |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur - |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Tinggi | - |
Pasangan | Puan Sri Faizah Shuaib (m, 1971 - 2008) Dato’ Norrazzhiella Abdul Jalil (m, 1991 - c, 2006) |
Pasangan Serumah | - |
Pertalian |
|
Anak | Datuk Megat Firdouz Megat Junid Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid |
Ibu bapa |
|
Kediaman | - |
Pendidikan | - |
Tempat belajar | Universiti Malaya, Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik, Ahli parlimen |
Dikenali dengan | - |
Gaji | - |
Tandatangan | Tandatangan |
Laman web | rm 2,300,000- 6,900,000 setiap setahun |
- | |
Beliau lahir di Kampung Padang, Mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, Perak pada 8 Disember 1942. Ketika itu Tanah Melayu masih dijajah oleh tentera Jepun.
Pendidikan
sunting- Sekolah Kebangsaan Air Mati - (1949 - 1953)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh - 1954
- Maktab Perguruan Ipoh - Sijil Perguruan.
- Universiti Malaya - Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan.
Teman sama sekolahnya ialah Dr Abdullah Fadzil Che Wan dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd Tajul Rosli Mohd Ghazali.
Keluarga
suntingBeliau tinggal di 2, Jalan SS7/3 Kelana Jaya, Selangor. Rumah ibu bapanya terletak di Kampung Padang, Mukim Bandar, Teluk Intan, Perak. Kemudian ibu bapanya pindah ke Kampung Bahagia, Teluk Intan , Perak pada tahun 1970-an. Ketika melawat kawasan parlimen Pasir Salak, beliau menginap di rumah ibunya.
Belau mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Sri Faizah Shuaib dan Dato' Norzilah Abdul Jalil. Anak sulung beliau ialah Megat Firdouz.
Kerjaya dan Politik
suntingSelepas menamatkan latihan perguruan di Maktab Perguruan Ipoh, beliau bertugas sebagai guru di Langgar, Alor Setar, Kedah. Perawakan beliau yang menarik menyebabkan beliau mudah diterima oleh kepimpinan politik di Kedah khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya. Beliau dilantik menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Alor Setar pada 1972.
Semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak, beliau ditawarkan menjadi pegawai khas kepada Tun Dr Mahathir yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia (1 Januari 1975). Kemudian menjadi setiausaha sulit Dr Mahathir sehingga 1984.
Bertanding di dalam pilihan raya parlimen
suntingDalam pilihan raya 1982, beliau telah ditawarkan bertanding di kawasan parlimen Pasir Salak. Tan Sri Ramli Ngah Talib bertanding di peringkat DUN Kampung Gajah. Kedua-dua tokoh politik ini membentuk senario politik yang tersendiri di Kampung Gajah. Nama lama kawasan parlimen Pasir Salak ialah Hilir Perak.
Tempoh menjadi Pemimpin UMNO
suntingMegat Junid Megat Ayub menjadi ketua UMNO cawangan Bukit Chawi di Seberang Perak, dalam daerah Kampung Gajah. Changkat Lada merupakan kawasan penempatan baru bagi penduduk yang asalnya tinggal di tepian Sungai Perak . Ramai pesawah dan petani telah diberi tanah di Changkat Lada dan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan raya dan lain-lain. Sejak itu pembangunan pertanian, jalan raya, elektrik dan air mula kelihatan di Seberang Perak. Sistem mini estet padi telah diperkenalkan di Seberang Perak khususnya di Blok A, C, dan Blok D . Ketika itu blok ini berhadapan dengan tanah terbiar kerana masalah air sawah tidak cukup untuk padi sawah, kekurangan tenaga kerja . Sistem mini estet yang dijalankan oleh syarikat swasta Alinan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tahun 1984 beliau menjadi ketua bahagian UMNO Pasir Salak. 1984 beliau menjadi Timbalab Menteri Perusahaan Utama. Pada tahun 1987, beliau menjadi Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri dan pada tahun 1999 pula, beliau menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada pemilihan Presiden UMNO 1987 antara Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah, wujud team A dan team B. Megat Junid terus setia bersama Dr Mahathir Mohamad.
Pada 1997-1998, ketika pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Megat Junid terus setia dengan Dr Mahathir Mohamad. Sementara penganalisis politik melihat Tan Sri Ramli Ngah Talib selaku Menteri Besar Perak yang juga ketua perhubungan UMNO Perak berada di sebelah Anwar. Tetapi kemudian Tan Sri Ramli Ngah Talib berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad.
Dalam pilihan raya 1999, Ramli Ngah Talib bertanding di parlimen Pasir Salak. Emak saudara Ramli, Datuk Ainon Khariyah Mohd Abas telah bertanding di DUN Kampung Gajah pula. Megat Junid telah diminta bertanding di Parit tetapi tewas kepada Ustaz Mat Bashir Rahmat - PAS. Sebelum itu Ainon bertanding di Parit. Senario ini dilihat sebagai pergeseran antara kedua-dua tokoh UMNO di Kampung Gajah ini.
Pada tahun 2001, Megat tewas kepada Ramli dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 2003, kedudukan Megat Junid semakin goyah. Pada 2004, beliau tidak lagi menyertai pilihan raya 2004.
Peristiwa semasa beliau menjawat Timbalan Menteri Dalam Negeri
suntingBeliau pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. Semasa inilah kumpulan Al Arqam telah 'ditawan' di Hat Yai, Thailand dan akhirnya satu 'pengakuan bertaubat' telah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur . Pengakuan taubat oleh Ustaz Asaari Muhammad dan pimpinan pusat telah disiarkan secara langsung oleh RTM1.
Pada tahun 1989, Perjanjian Haadyai telah ditandatangani di Thailand . Ketika itu beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri . Chin Peng, Rashid Maidin dan lain-lain telah bersetuju meletakkan senjata.
Setelah berundur dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO.
Buku politik
suntingSelepas 'bersara' dari politik pada 1999, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah menulis dua buah buku kenang-kenangan semasa kecil beliau dan semasa menjadi ahli politik. Buku tersebut bertajuk Getik dan Gayat.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-54 pada 13 Mei 2003, Dr Mahathir telah menyentuh buku tulisan Megat Junid bertajuk Getik, bermaksud meluat.
Kematian
suntingTan Sri Megat Junid mengidap kanser prostat pada peringkat empat sejak 2007. Mulanya beliau menerima rawatan di Singapura. Kemudian di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur sejak 19 November 2007 bagi mengeluarkan darah beku.
Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 24 Januari 2008 jam 5.25 pagi pada umur 65 tahun akibat kanser kelenjar prostat[1]. Kanser itu terus menjangkit buah pinggang, hati, paru-paru dan otak.
Beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara. Antara kenamaan yang hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Mohamed Nazri Tan Sri Abd Aziz Yeop. Lain-lain ialah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting. Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.
Jawatan
sunting- Ketua Penerangan UMNO ( 2000-2003 )
- Setiausaha Parlimen
- Timbalan Menteri Dalam Negeri
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Utusan Malaysia. Megat Junid meninggal. 25 Januari 2008.