Koordinat: 36°42′00″N 67°07′01″E / 36.700°N 67.117°E / 36.700; 67.117

Mazār-i Sharīf (Parsi: مزار شریف) adalah bandar ke-4 terbesar di Afghanistan dengan 300,600 orang penduduk.Menjadi ibu negeri wilayah Balkh dan dihubungkan melalui jalan raya ke bandar Kabul di tenggara, Herat di barat dan Uzbekistan di utara. Mazari Sharif bermaksud "Makam bercahaya," yang merujuk kepada masjid di tengah bandar yang berkubah biru dan besar. Penduduknya berugama Islam mazhab Shiah dan Sunni. Mereka percaya makam Saidina Ali Abi Talib , menantu Nabi Muhammad itu berada di Mazari Sharif . Bahasa yang utama di sini ialah Dari-Persia dan bangsa Tajik merupakan majoriti penduduk di sini. Bandar rayanya menjadi tarikan pelancong kerana adanya tapak-tapak arkeologi Islam dan Yunani. Satu dari tapak arkeologi Yunani ditemui pada Julai 2006.

Mazar-e-Sharif
The historic Blue Mosque in Mazari Sharif
The historic Blue Mosque in Mazari Sharif
The historic Blue Mosque in Mazari Sharif

Mazar-e-Sharif
Province Balkh
Coordinates 36°42′00″N 67°07′01″E / 36.700°N 67.117°E / 36.700; 67.117
Population (2006)
300,600 (4th)
Central Statistics Office of Afghanistan
Area
 - Elevation

1,250 feet (380 meters)
Time zone UTC 4:30 Kabul

Sejarah

sunting

Sejarah Mazari Sharif dikaitkan dengan mimpi seorang mullah tempatan pada 1100 m bahasa Saidina Ali Abi Talib iaitu Khalifah Al Rashidin ke-4 akan dikebumikan di wilayah Balkh. Selepas penyelidikan, Sultan Sanjar dari Dinasti Saljuk telah membuat makam serta-merta secara rahsia di Balkh. Makam itu berdiri teguh sehinggalah diruntuhkan oleh Genghis Khan. Makam tersebut dibina semula tetapi terbengkalai pada 1866.

Catatan lain menyatakan Zarathusra telah dikebumikan di Mazari Sharif sekarang. Makam ini termasuk dalam masjid-masjid di sini. Tiada sejarawan menyatakan Saidina Ali Abi Talib dikebumikan di sini, sebaliknya di tanah Arab. Adalah tidak mungkin jenazah Ali Abi Talib dipindahkan ke Mazari Sharif kerana sangat jauh.

Mazari Sharif diduduki peberapa kaum seperti Tajik ( majoriti), Uzbek, Turkmen, Hazara, dan Pashtun yang menjadi minoriti. Rancangan penempatan semula dilakukan oleh Abdur Rahman Khan pada 1800 m .

Semasa penjajahan Soviet Union pada 1989, Mazari Sharif didapati sesuai untuk menempatkan tentera Soviet Union kerana lokasinya yang strategik. Mereka menggunakan lapangan terbang di sini untuk melancarkan serangan udara terhadap pejuang Mujahideen. Awal 1990-an, selepas Soviet Union dikalahkan dan berundur dari Afghanistan , perlahan-lahan Mazari Sharif jatuh dan dikuasai oleh kaum Tajik dan Uzbek yang dipimpin oleh Ahmad Shah Massoud dan Rabbani. ( Jamiat-e Islami) kerana mereka dari kaum Tajik . Sementara Jumbesh-e Melli , Abdul Rashid Dostum dari kaum Uzbek.

Di barisan depan, tentera komunis Afghanistan diketuai oleh Abdul Rashid Dostum dan menentang rejim Najibullah pada 1992.


  • Masjid dan Keramat
    • Makam Hazrat Ali
 
Beberapa keseniaan di Masjid Biru.
Fail:Mazari Sharif carpet.jpg
Karpet yang dihasilkan di Mazari Sharif .
Fail:Mazari Sharif carpet seller.jpg
Penjual karpet.
 
Sukan Buzkashi iaitu sukan tempatan yang popular di Mazari Sharif.
 
Taman rekreasi di Masjid Biru, Mazari Sharif.



Senarai 12 bandar utama di Afghanistan berdasarkan penduduk  
Kabul  · Kandahar  · Herat  · Mazari Sharif  · Qunduz  · Taluqan  · Puli Khumri  · Jalalabad  · Charikar  · Sheberghan  · Ghazni  · Sari Pul