Filem Mat Spy terbitan Bintang Maju Film tahun 1985 ini adalah filem kedua Mat Sentul yang diterbitkan dalam format warna selepas filem Mat Tenggek. Filem ini dipasarkan dalam format vcd. Pada pengalaman peribadi penulis, filem ini dan Mat Tenggek tidak pernah ditonton di kaca tv berbanding filem-filem ' Mat ' yang lain.

Kualiti video filem ini kurang baik, format gambarnya sama seperti kualiti video program tv era itu. Begitu juga dengan kualiti audio nya yang tidak memuaskan. Tidak menggunakan standard filem seperti filem yang ditayangkan di pawagam.

Mat Spy
PengarahMat Sentul
Dihasilkan olehMat Sentul
DibintangiMat Sentul Malik Redzuan
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu, Cina

Mat mengusahakan warung kopi, 'Pak Din Kopi Kona'. Satu hari berlaku rompakan di kedai emas Cha Eh yang berhampiran warungnya.

Pak Din Teksi, bapa kepada Murni iaitu pekerja Mat telah dijadikan tebusan oleh salah seorang perompak yang telah berjaya melarikan diri.

Penculik itu yang cuba menyembunyikan emas di kebun pisang telah dipatuk ular tedung dan mati.

Ketua perompak dan pembantunya yang cuba menceroboh ke wad dimana Pak Din yang cedera parah akibat ditembak telah memberikan petunjuk kepada Mat. Mat yang terperanjat telah lari keluar.

Mat telah pergi ke lokasi rahsia dimana emas hasil curi disembunyikan. Mat tidak mahu membawa emas itu bimbang dirinya menjadi sasaran. Mat memberitahu hal itu kepada Chong tauke emas dan rakan-rakannya tetapi mereka tidak percaya.

Mat melaporkan pada polis, Mat yang berangan angan menjadi Polis telah menyalahgunakan uniform anggota dengan menyamar sebagai Polis.

Untuk dibebaskan dari dakwaan penyamaran, Mat telah memberikan lokasi dimana emas curi itu ditempatkan di Pontian.

Tauke Chong yang mendapat semula emasnya telah menghadiahkan Pak Din sebuah proton Saga berwarna merah tetapi dia memberikan hadiah itu kepada Mat.

Pelakon

sunting

Mat Sentul.....Mat Spy

Malek Redzuan...Malek

Murni Bukhari... Murni

Paul Leong

Muslim Awang

Pak Su Siam

Hussin Jantan

Gabriel Kolandy

Salleh Abdullah

James Chong

Marcella Haron

M. S Ponnam

Produksi

sunting

Penerbit dan Pengarah - Mat Sentul

Lokasi

sunting

Berdasarkan alamat tertera pada kenderaan ambulans dan teksi pada kereta yang digunakan, lokasi filem ini ialah di Johor Bharu.

Begitu juga Balai Polis Tampoi, tempat dimana babak membuat laporan polis.

Sama juga dengan adegan di hospital Sultanah Aminah.