Marco Polo (15 September 1254 - 8 Januari 1324) merupakan pedagang dan penjelajah bangsa Itali kelahiran Venezia.[1][2] Beliau terkenal mengikuti keluarganya yang merupakan antara pengembara Barat terawal yang melalui Laluan Sutera ke China (yang dikenalinya sebagai Cathay).

Marco Polo
مارکو ڤولو
Potret anumerta terawal Marco pada abad ke-17
Kelahiran15 September 1254
Meninggal dunia8 Januari 1324 (usia 69 tahun)
Venezia, Republik Venezia
DikebumikanGereja San Lorenzo
45°26′14″N 12°20′44″E / 45.4373°N 12.3455°E / 45.4373; 12.3455
WarganegaraVenezia
PekerjaanSaudagar, pengembara
Terkenal keranaLivres des Merveilles du Monde
PasanganDonata Badoer (m. 1300–1324)
Anak-anakFantina, Bellela and Moretta
Ibu bapa

Beliau melawat Khan Agung Empayar Mongol (Kublai Khan (cucu lelaki Genghis Khan). Perjalanannya ditulis dalam karyanya Il Milione. 1300) yang menggambarkan pemerhatian dan butiran dalam Empayar Mongol dan Dinasti Yuan secara terperinci lalu meluaskan pengetahuan masyarakat Eropah sezamannya kepada tanah-tanah Asia.[3]

Awal hidup

sunting

Beliau dilahirkan pada 1254 di kota Venezia, Republik Venezia[4][5][6] kepada Nicole Anna Defuseh dan Niccolò Polo, seorang saudagar.

Dalam biografinya sendiri, beliau menceritakan bahawa ayahnya menjelajah bersama adiknya Maffeo - yang juga seorang saudagar - ke Asia ketika ibunya mengandungkan beliau; ibunya meninggal ketika beliau belasan tahun, ayahnya kembali selepas pelayaran besarnya apabila Marco berusia 15 tahun.[7]

Pelayaran

sunting

Pengembaraan ke Asia

sunting
 
Gambaran Marco Polo menghadap Kublai Khan.

Beliau ada dihantarkan oleh Kublai untuk belayar ke kepulauan Nusantara, Beberapa nama tempat di rantau ini ada disebutkan dalam buku perjalanan Marco Polo, antara lain:

  • Pulau-pulau Jawa dan Sumatera masing-masing diberi nama Jawa Besar (Jave la Grande) dan Jawa Kecil (Jave Minor) - pulau Jawa diperkirakan sangat luas kerana pantai selatannya tidak sempat dikunjungi oleh Marco Polo, namun ia ada disentuh dalam penceritaan mengenai ekspedisi penyerangan Kubilai Khan ke Jawa dan kegagalannya. Sumatera pula digambarkan kerana ciri-ciri barangan dan haiwan (gajah, badak, helang hitam) yang khusus di kawasan itu.
  • Pulau-pulau Sondur dan Condur (belum jelas); diperkirakan merupakan pulau-pulau kecil di Laut Cina Selatan yang pernah digunakan sebagai patokan pelayaran.
  • Pulau Bintan (Pentam) yang terletak jauh dari selat Singapura
  • Kota Malaiur (Melayu, atau Palembang?) diceritakan pula tentang raja-raja Melayu antaranya termasuk "Paramasura"
  • Kerajaan-kerajaan Perlak (Ferlec) dan Peusangan (Basman)[8] diceritakan tentang beberapa kerajaan bertetangga dan keberadaan suku (suku Batak (Battas) di pedalaman.
  • Kerajaan-kerajaan Samudera (Samara) dan Pidie (Dagroian)[8] disebutkan mengenaikeberadaan pohon kelapa (palem Melayu) dan legenda kanibalisme famili yang meninggal.
  • Kerajaan-kerajaan Lamuri (Lambri) dan Barus (Fansur) disebutkan mengenai legenda manusia berbulu dan berekor (orangutan?), kapur barus, dan sagu kelapa.[8]

Penamatan khidmat

sunting

Baginda melepaskan dua anak-beranak itu dengan tugasan terakhir mereka membawakan puteri baginda Kököchin ke Ilkhanat Parsi untuk dikahwinkan dengan Arghun Khan.[9][10] Arghun mangkat sebelum mereka bertiga selamat tiba di Parsi, maka Kököchin dikahwinkan dengan putera Arghun, Gaykhatu sebaik tiba.

Anak-beranak Polo berangkat singgah di Kustantiniyah selepas selesai kerja mereka sebelum kembali pulang ke Venezia.[9] Mereka tiba di kota asal mereka pada 1295 setelah 24 tahun dalam perantauan sebanyak 15,000 batu (24,000 km) dengan banyak harta karun dan peninggalan yang diberikan kepada mereka;[11] banyak harta mereka dibelanjakan dalam pertukaran dengan banyak aneka batu permata.

Dalam peperangan dengan Genoa

sunting

Kota Venezia pada ketika Marco pulang sedang berperang dengan Republik Genoa.[12] Beliau menyumbang kepada peperangan ini dengan mendanai suatu manjanik.[13]

Beliau dikepung dan ditangkap askar-askar Genoa di pesisiran Anatolia antara Adana dan Teluk Alexandretta pada tahun 1296.[14] Semasa dalam tahanan inilah beliau berkenalan dengan seorang rakan sepihak, Rustichello da Pisa,[11] di mana beliau berkongsi kisah-kisah pelayaran hebatnya; da Pisa yang juga seorang penulis mencatatkan semua kisah ini sambil menghimpunkan juga pengalaman pelayarannya sendiri serta ehwal semasa dari China. Penulisan ini diterbitkan dalam bentuk naskhah berjudul Livres des Merveilles du Monde yang tersebar ke serata Eropah lalu mendedahkan masyarakat awam terhadap budaya Timur Jauh termasuk China, India dan Jepun.[15]

Senja usia

sunting

Beliau pada tahun 1323 menjadi sangat uzur sehingga tidak dapat berganjak dari katilnya.[16]

Beliau meninggal dunia pada 8 Januari 1324 di kediamannya dikelilingi ahli keluarganya[16]

Rujukan

sunting
  1. ^ Stephen Feinstein; (2009) Marco Polo: Amazing Adventures in China (Great Explorers of the World) p. 23-24; Enslow Pub Inc, ISBN 1598451030
  2. ^ John H. Stubbs, Robert G. Thomson; Architectural Conservation in Asia: National Experiences and Practice p. 30; Routledge, ISBN 1138926108
  3. ^ Benedetto, Luigi Foscolo (1965). "Marco Polo, Il Milione". Istituto Geografico DeAgostini (dalam bahasa Itali).
  4. ^ "Marco Polo | Biography, Travels, & Influence". Encyclopedia Britannica.
  5. ^ William Tait, Christian Isobel Johnstone (1843). "A Popular History of British India, Commercial Intercourse with China, and the Insular Possessions of England in the Eastern Seas". Tait's Edinburgh Magazine. Jil. 10. m/s. 131.
  6. ^ Hinds, Kathryn (2002), Venice and Its Merchant Empire, New York
  7. ^ Polo, Marco. The Travels of Marco Polo. Translated by Henry Yule. Edited and Annotated by Henri Cordier. John Murray: London, 1920.
  8. ^ a b c Reid, Anthony (2010). Sumatra Tempo Doeloe, dari Marco Polo sampai Tan Malaka. Komunitas Bambu.
  9. ^ a b "Marco Polo". Total History.
  10. ^ Igor de Rachewiltz. "F. Wood's Did Marco Polo Go To China? A Critical Appraisal by I. de Rachewiltz".
  11. ^ a b Parker, John (2004), "Marco Polo", The World Book Encyclopedia, 15 (ed. berilustrasi), United States: World Book, Inc., m/s. 648–649, ISBN 978-0-7166-0104-3
  12. ^ Nicol 1992, p. 219
  13. ^ Yule, The Travels of Marco Polo, London, 1870: reprinted by Dover, New York, 1983.
  14. ^ According to fr. Jacopo d'Aqui, Chronica mundi libri imaginis
  15. ^ Bram, Leon L.; Robert S., Phillips; Dickey, Norma H. (1983), Funk & Wagnalls New Encyclopedia, New York: Funk & Wagnalls, ISBN 978-0-8343-0051-4, diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-12, dicapai pada 2021-01-27CS1 maint: bot: original URL status unknown (link) (diterbit semula tahun 2006 oleh World Almanac Books)
  16. ^ a b Bergreen, L. (2007). Marco Polo: From Venice to Xanadu. Knopf Doubleday Publishing Group. ISBN 978-0-307-26769-6.
Sumber utama

Pautan luar

sunting