Manisfesto Komunis, asalnya bertajuk Manifesto Parti Komunis (Bahasa Jerman: [Manifest der Kommunistischen Partei] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah penerbitan ringkas 1848 yang ditulis oleh ehli teori politik Marxisme Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels.Ia telah diiktiraf sebagai salah satu manuskrip politik yang paling berpengaruh di dunia.[1] Ditauliahkan oleh Liga Komunis,ia meletakkan tujuan dan program Liga terbabit. Ia membentangkan pendekatan analitikal kepada perjuangan kelas (sejarah dan masa kini) dan masalah-masalah kapitalisme, berbanding ramalan potensi bentuk masa depan komunisme.[2]

Manisfesto Komunis
Edisi pertama buku, dalam bahasa Jerman.
Umum
PengarangKarl Marx dan Friedrich Engels
NegaraJerman
BahasaAsalnya dalam Bahasa Jerman, seterusnya ke dalam bahasa lain.
GenreSejarah, sosiologi, falsafah
Tarikh penerbitan
21 Februari 1848

Manifesto Komunis meringkaskan teori Marx dan Engel berkenaan masyarakat dan politik, iaitu "sejarah masyarakat sehingga kini adalah sejarah perjuangan kelas." Manuskrip ini juga secara ringkas membentangkan idea mereka tentang bagaimana masyarakat kapitalis pada waktu itu akan akhirnya diganti oleh sosialisme. Di perenggan terakhir Manifesto, pengarang menyeru "penggulingan secara paksa segala kondisi sedia ada masyarakat," di mana menjadi seruan revolusi komunis di seluruh dunia.[3][4]

Pada 2013, Komunis Manifesto didaftarkan di bawah Program Memori Dunia UNESCO bersama manuskrip oleh Marx iaitu Kapital, Jilid I.[5]

Sinopsis

sunting

Manifesto Komunis terbahagi kepada satu mukadimah dan empat bahagian, di bahagian terakhirnya adalah kesimpulan pendek. Pengenalannya berbunyi: "Sesuatu yang ngeri menghantui Eropah—kengerian komunisme. Segala kuasa Eropah lama telah memasuki pakatan suci untuk menghapuskan kengerian ini." Ini ingin menunjukkan semua parti di mana sahaja—termasuk yang di dalam kerajaan dan di dalam pembangkang—telah melempar tuduhan "melabelkan komunisme" kepada satu sama lain, pengarang membuat kesimpulan dari sini pihak berkuasa sendiri mengakui komunisme sendiri sebagai satu kuasa. Seterusnya, pengenalan menasihati para Komunis untuk secara terbuka mengumumkan pandangan dan tujuan mereka, untuk "menyatukan kisah taska kengerian komunisme dengan manifesto parti itu sendiri."

Bahagian pertama Manifesto, "Borjuis dan Proletariat", menerangkan tentang pembentukan sejarah, "sejarah masyarakat sehingga kini adalah sejarah perjuangan kelas." Masyarakat sentiasa mengambil bentuk sebagai majoriti tertindas dieksploitasi di bawah belenggu minoriti yang menindas. Dalam kapitalisme, kelas pekerja perindustrian, atau proletariat, bertarung dalam perjuangan kelas menentang pemilik kaedah pengeluaran, golongan borjuis. Seperti sebelum ini, perjuangan ini akan tamat dengan satu revolusi yang akan menstrukturkan masyarakat, atau "kehancuran sama rata kelas yang bersaing". Golongan borjuis, melalui "revolusi tanpa henti pengeluaran [dan] penggangguan tanpa henti untuk semua keadaan sosial" telah naik sebagai kelas tertinggi dalam masyarakat, menggantikan semua kuasa lama feudalisme. Golongan borjuis berterusan mengeksploitasi proletariat akan kuasa buruhnya, mencipta keuntungan untuk diri mereka sendiri dan mengumpulkan kapital. Namun, dengan melakukan itu golongan borjuis telah menjadi "penggali kuburnya sendiri", tanpa dapat dielakkan, golongan proletariat akan sedar akan potensi mereka sendiri dan bangkit mendapatkan kuasa melalui revolusi, menggulingkan borjuis.

Bahagian kedua, "Proletariat dan Komunis", bermula dengan menyatakan hubungan antara komunis yang sedar dengan kelas pekerja lainnya. Parti komunis tidak akan menentang parti kelas pekerja yang lain, namun tidak seperti mereka, ia akan mendedahkan keinginan umum dan mempertahankan faedah bersama dunia proletariat secara menyeluruh, tidak kira apa bangsa. Bahagian itu meneruskan dengan mempertahankan komunisme dari berbagai bantahan, termasuk dakwaan ia menyokong pelacuran dalam komuniti atau melunturkan insentif orang untuk bekerja. Bahagian berakhir dengan menggariskan tuntutan jangka pendek—antaranya adalah cukai pendapatan progresif; penghapusan harta pusaka dan pemilikan peribadi; penghapusan buruh kanak-kanak; pendidikan awam percuma; menasionalisasikan pengangkutan dan komunikasi; pemusatan kredit melalui bank nasional; pengembangan tanah pemilikan awam, dsb—pelaksanannya akan menghasilkan masyarakat tanpa kewarganegaraan dan tanpa kelas.

Bahagian ketiga, "Sosialis dan Karya Komunis", membezakan antara komunisme dan doktrin sosialis lain yang lazim pada waktu itu—yang dikategorikan secara meluas sebagai Sosialisme Pertukaran; Konservatif atau Sosialisme Borjuis; dan Sosialisme Kritikal-Utopia dan Komunisme. Sementara teguran terhadap perspektif pesaing berbeza-beza, semuanya tidak dihiraukan kerana menyokong reformisme dan gagal mengenalpasti peranan ulung revolusi kelas pekerja. "Kedudukan Komunis Berkenaan Pelbagai Parti Pembangkang," adalah bahagian kesimpulan untuk Manifesto yang secara ringkasnya membincangkan tentang kedudukan komunisme berkenaan perjuangan di negara-negara tertentu pada pertengahan abad ke-19 seperti di Perancis, Switzerland, Poland dan Jerman, dengan Jerman "di ambang revolusi borjuis" dan meramalkan revolusi dunia akan menyusul tidak lama lagi. Ia berakhir dengan mengisytiharkan pakatan dengan sosialis demoktarik, dengan tegas menyokong revolusi komunis lainnya dan menyeru tindakan bersama antarabangsa proletariat—"Golongan Pekerja di Semua Negara, Bersatu!"

Pengaruh

sunting

Pengaruh politik Marx dan Engels adalah pelbagai, memberi respons dan mengambil inspirasi dari ahli falsafah idealis Jerman, sosalisme Perancis, dan ekonomi politik Inggeris dan Scotland. Manifesto Komunis turut mengambil pengaruh dari sastera. Dalam karya Jacques Derrida, Kengerian Marx: Keadaan Hutang, Kerja Perkabungan dan Antarabangsa Baru, beliau menggunakan Hamlet oleh William Shakespeare untuk merangka perbincangan tentang sejarah antarabangsa, meggambarkan proses pengaruh karya Shakespeare dalam tulisan Marx dan Engels.[6] Dalam esei beliau, "Liga Besar: Penonton Milton dan Keadilan Republikan Antarabangsa Shakespeare dan Marx", Christopher N. Warren berhujah bahawa penyajak Inggeris, John Milton juga memiliki pengaruh yang besar dalam karya Marx dan Engels.[7] Tabiat pembacaan ahli sejarah abad ke-19 mengesahkan Marx dan Engels juga akan membaca penulis-penulis ini dan sudah maklum Marx meminati Shakespeare.[8][9][10] Warren berhujah, Milton juga menunjukkan pengaruh yang ketara dalam Manifesto Komunis, mengatakan: "Melihat kembali pada era Milton, Marx melihat sejarah dialektik terbina atas inspirasi kebebasan media, republikanisme, dan revolusi hampir sama".[11] Warren meneruskan, republikanisme Milton, menjadi "jambatan berguna" untuk Marx dan Engels menjalin gabungan revolusi antarabangsa.

  1. ^ Seymour-Smith, Maerin (1998). The 100 Most Influential Books Ever Written: The History of Thought from Ancient Times to Today. Secaucus, NJ: Citadel Press.
  2. ^ The Great Philosophers, by Jeremy Stangroom and James Garvey, Arcturus 2005/ 2008 ISBN 978-1-84837-018-0, pp160 UKP9.99
  3. ^ "Marx's philosophy and the *necessity* of violent politics – Stephen Hicks, Ph.D." Archived from the original on 24 September 2019. Retrieved 24 September 2019.
  4. ^ Kuromiya, Hiroaki (2017), "Communism, Violence and Terror", in Pons, Silvio; Smith, Stephen (eds.), The Cambridge History of Communism, Cambridge University Press, pp. 279–303, doi:10.1017/9781316137024.014, ISBN 9781316137024, archived from the original on 24 September 2020, retrieved 24 September 2019
  5. ^ "Schriften von Karl Marx: "Das Manifest der Kommunistischen Partei" (1948) und "Das Kapital", ernster Band (1867)" Archived 22 January 2016 at the Wayback Machine. UNESCO.
  6. ^ Derrida, Jacques. "What is Ideology? Archived 10 July 2017 at the Wayback Machine" in Specters of Marx, the state of the debt, the Work of Mourning, & the New International, translated by Peggy Kamuf, Routledge 1994.
  7. ^ Warren, Christopher N (2016). "Big Leagues: Specters of Milton and Republican International Justice between Shakespeare and Marx. Archived 24 September 2020 at the Wayback Machine" Humanity: An International Journal of Human Rights, Humanitarianism, and Development, Vol. 7.
  8. ^ Rose, Jonathan (2001). The Intellectual Life of the British Working Classes Archived 28 August 2019 at the Wayback Machine. Pgs. 26, 36-37, 122-25, 187.
  9. ^ Taylor, Antony (2002). "Shakespeare and Radicalism: The Uses and Abuses of Shakespeare in Nineteenth-Century Popular Politics." Historical Journal 45, no. 2. Pgs. 357-79.
  10. ^ Marx, Karl (1844). "On the Jewish Question."
  11. ^ Warren, Christopher N (2016). "Big Leagues: Specters of Milton and Republican International Justice between Shakespeare and Marx." Humanity: An International Journal of Human Rights, Humanitarianism, and Development, Vol. 7. Pg. 372.

Rujukan

sunting
  • Marx, Karl and Engels, Friedrich (1848). The Communist Manifesto. Cite has empty unknown parameter: |nopp= (bantuan)