Majelis Ulama Indonesia

Majelis Ulama Indonesia (singkatan MUI; Arab: مجلس العلماء الإندونيسي Majlis al-ʿUlama' al-Indunīsī) adalah lembaga bebas dan mandiri yang mengumpulkan para ulama, pembesar dan cendekiawan Islam serata Indonesia untuk membimbing, membina, dan memayungi umat Islam di Indonesia. Badan ini diasaskan pada 17 Rejab 1395 Hijriah atau 26 Julai 1975 Masihi di Jakarta, Indonesia.[1] Sesuai dengan tugasnya, MUI membantu pemerintah dalam melakukan hal-hal berkaitan kemaslahatan umat Islam, seperti mengeluarkan fatwa dalam status halal sesuatu makanan,[2] penentuan kebenaran sebuah aliran dalam agama Islam,[3] dan hal-hal yang berkaitan dengan hubungan seorang muslim dengan sekelilingnya.[4]

Majelis Ulama Indonesia
مجلس العلماء الإندونيسي
Majelis Ulama Indonesia (id) Sunting nilai ini di Wikidata
Kerangka
KependekanMUI Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahOrganisasi
TujuanKeagamaan Islam
Tapak webmui.or.id
Facebook: muipusat Twitter: MUIPusat Instagram: muipusat Youtube: UCQXYSlwdicghF4PlnEGD3CQ TikTok: muipusat Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk26 Julai 1975; 49 tahun yang lalu (1975-07-26) di Jakarta Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiMa'ruf Amin Sunting ini di Wikidata
PengerusiMiftachul Akhyar
Lokasi
Ibu pejabatJalan Proklamasi No.51 Menteng, Jakarta Pusat, DKI Jakarta, Indonesia
Lokasi
  • Indonesia Sunting ini di Wikidata
  • Jl. Proklamasi 51, Menteng, Jakarta Pusat Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanIndonesia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Sebanyak 26 badan agama diketuai ulama mewakili 26 buah provinsi se-Indonesia yang wujud pada ketika itu; 10 orang ulama daripada mereka ini menduduki kedudukan penting dalam peringkat pusat iaitu Nahdlatul Ulama, Muhammadiyah, Serikat Islam, Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI), Al Washliyah, Math’laul Anwar, Gerakan Usaha Pembaharuan Pendidikan Islam (GUPPI), Perguruan Tinggi Dakwah Islam (PTDI), Dewan Masjid Indonesia dan Al Ittihadiyyah, 4 orang ulama dari Departemen Nasional Rohani Islam, iaitu Angkatan-Angkatan Darat, Udara dan Laut Tentara Nasional Indonesia dan Polis Negara Indonesia serta 13 orang tokoh/cendekiawan yang merupakan tokoh perseorangan.

Dalam khittah pengabdian Majelis Ulama Indonesia telah dirumuskan lima fungsi dan peranan utama iaitu:

  • Sebagai pewaris tugas-tugas para Nabi (Warasatul Anbiya).
  • Sebagai pemberi fatwa (mufti).
  • Sebagai pembimbing dan pemberi khidmat (atau "pelayan") umat (Ri’ayat wa khadim al ummah).
  • Sebagai gerakan Islah wa al Tajdid.
  • Sebagai penegak ''amar ma'ruf nahi munkar'' .

Sampai masa ini, Majelis Ulama Indonesia mengalami beberapa kali kongres atau musyawarah nasional, dan mengalami beberapa kali pergantian Ketua Umum. Dari musyawarah tersebut, terhasilnya suatu kesepakatan untuk membentuk wadah tempat bermusyawarahnya para ulama, pembesar dan cendekiawan muslim, yang tertuang dalam sebuah piagam yang ditandatangani oleh seluruh peserta musyawarah yang kemudian disebut "Musyawarah Nasional Ulama I".

Peranan

sunting

Pembentukan majlis ini di bawah aturan pemerintah republik Indonesia menyatakan tiga tujuan umum:

  1. Memperkuat agama dengan cara yang dijelaskan falsafah kebangsaan Pancasila untuk memastikan suatu "ketahanan nasional".
  2. Penglibatan para ulama negara dalam pembangunan nasional.
  3. Mempertahankan keharmonisan antar umat beragama di Indonesia.[5]

MUI bertindak sebagai orang tengah atau "antarmuka" antara pemerintah Indonesia yang sekular (didasarkan pemisahan antara agama dan negara diamalkan Republik) dengan masyarakat Islam dalam kalangan rakyat negara tersebut

Perubahan dalam masyarakat awam setelah jatuhnya Suharto telah memperluas peranan MUI dan membuatnya semakin kompleks. MUI memberikan fatwa kepada masyarakat Islam; dengan cara ini mereka menentukan arah umum kehidupan umat Islam di Indonesia.[6]

MUI (khususnya sejak kejatuhan Suharto) telah memberikan pendapat dan mengeluarkan fatwa tentang pelbagai masalah, mulai dari peranan Tentara Indonesia dalam pemerintahan, penerimaan awam terhadap tarian bintang pop Inul Daratista, sampailah kepada hukum berdosanya pembakar hutan yang tidak sah di sisi undang-undang.[7][8]

Pengabdian Majelis Ulama Indonesia tertuang dalam tujuh tugas, iaitu:[9]

  1. sebagai pengawal bagi penganut agama Islam
  2. sebagai pemberi edukasi dan pembimbing bagi penganut agama Islam
  3. sebagai penjaring pengiat ("kader") yang lebih baik
  4. sebagai pemberi solusi bagi masalah keagamaan di dunia internasional
  5. sebagai perumus konsep pendidikan Islam
  6. sebagai pengawal kandungan tersebar dalam media massa
  7. sebagai organisasi yang menjalankan kerjasama dengan organisasi keagamaan

Ketua Umum

sunting

Berikut ini adalah daftar Ketua Umum Majelis Ulama Indonesia Pusat sejak 1975 sampai sekarang.[10]

Ketua Tempoh menjawat Perwakilan Musyawarah

Nasional

Penggal
No Gambar Nama Mula khidmat Tamat khidmat
1   Haji Abdul Malik Karim Amrullah 26 Julai 1975 19 Mei 1981 Masyumi

Muhammadiyah

Munas MUI I (1975) 1
2 K.H. Syukri Ghozali 24 Julai 1981 20 September 1984 Nahdatul Ulama Munas MUI II (1981) 2
3 K.H. Hasan Basri 1984 1985 Masyumi

Muhammadiyah

Pemangku
1985 1990 Munas MUI III (1985) 3
4 Dr. K.H. Muhammad Ali Yafie 1990 1995 Nahdatul Ulama Munas MUI IV (1990) 4
1995 2000 Munas MUI V (1995) 5
5 Dr. (HC). K.H. Mohammad Ahmad Sahal Mahfudz 29 Julai 2000 28 Julai 2005 Nahdatul Ulama Munas MUI VI (2000) 6
28 Julai 2005 25 Julai 2010 Munas MUI VII (2005) 7
25 Julai 2010 24 Januari 2014 Munas MUI VIII (2010) 8
6 Prof. Dr. K.H. Din Syamsuddin, MA 18 Februari 2014 27 Ogos 2015 Muhammadiyah Pemangku
7   K.H. Ma'ruf Amin 27 Ogos 2015 26 November 2020 Nahdatul Ulama Munas MUI IX (2015) 9
8   K.H. Miftahul Akhyar 26 November 2020 Penyandang Nahdatul Ulama Munas MUI XII (2020) 10

Konflik

sunting

MUI adalah organisasi yang didanai pemerintah Indonesia yang bertindak secara bebas mandiri daripada campur tangan pemerintah tersebut. Namun dalam beberapa situasi, MUI diminta untuk menyokong dasar-dasar kemukaan pemerintah. Contoh dari keadaan ini (yang akhirnya menyebabkan gesekan dalam tubuh MUI sendiri) adalah permintaan pemerintah Indonesia agar MUI mendukung program kawalan kelahiran Keluarga Berencana kerana banyak kalangan tokoh agama berpengaruh dalam negara ini menolak beberapa aspek dari program ini.[11]

Fatwa-fatwa MUI

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Profil MUI". mui.or.id. 8 Mei 2009. Dicapai pada 5 Disember 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "MUI Partner Pemerintah Capai Kemaslahatan Umat". Republika Online. Dicapai pada 5 Disember 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Warsidi, Adi (6 Februari 2016). "MUI Fatwakan Gafatar Sesat, Begini Kata Ulama Aceh". Tempo Nasional. Dicapai pada 5 Disember 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "MUI Larang Wanita Bersuami Pajang Foto di Medsos". news.okezone.com. Dicapai pada 5 Disember 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ “Islamic state or state Islam? Fifty years of state-Islam relations in Indonesia”, in: Ingrid Wessel (Hrsg.), Indonesien am Ende des 20. Jahrhunderts. Hamburg: Abera-Verlag, 1996, pp. 19-34.
  6. ^ Gillespie, P 2007, "Current Issues in Indonesian Islam: Analysing the 2005 Council of Indonesian Ulama Fatwa N0. 7" Journal of Islamic Studies Vol 18, No. 2 pp. 202-240.
  7. ^ Gillespie, P 2007, "Current Issues in Indonesian Islam: Analysing the 2005 Council of Indonesian Ulama Fatwa N0. 7" Journal of Islamic Studies Vol 18, No. 2 pp. 202-240.
  8. ^ Forest-burning is a sin, says Indonesian Islamic council, BBC News, 14 Sept 2016
  9. ^ Hafidhudin, Didin (6 September 2015). "Tujuh Tugas MUI untuk Mengawal Umat dan Bangsa". Republika Online. Dicapai pada 5 Disember 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "Sejarah MUI: Daftar Ketua MUI". Majelis Ulama Indonesia. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  11. ^ “Islamic state or state Islam? Fifty years of state-Islam relations in Indonesia”, in: Ingrid Wessel (Hrsg.), Indonesien am Ende des 20. Jahrhunderts. Hamburg: Abera-Verlag, 1996, pp. 19-34.

Pautan luar

sunting