Maharaja adalah salah satu gelaran penguasa kerajaan yang berkedudukan lebih tinggi atau atas daripada seseorang raja, meskipun pada keberjalanannya juga digunakan untuk kaum bangsawan dan pejabat tinggi.

Gelaran setara bagi kaum wanita adalah maharani yang bertindak selaku permaisuri sebagai pendamping yang mendampingi raja sesebuah kerajaan mahupun ratu yang memerintah kerajaan secara langsung.

Peristilahan

sunting

Gelaran ini meminjam perkataan bahasa Sanskrit महाराज iaitu "raja agung" atau "raja tinggi", karmadharaya dari perkataan mahānt atau mahān महन् "agung" dan राज raja).[1]

Disebabkan pengaruh besar Sanskrit pada perbendaharaan kata kebanyakan bahasa di India dan Asia, istilah 'maharaja' adalah biasa bagi kebanyakan bahasa moden di India, seperti bahasa-bahasa Hindi, Oriya, Punjabi, Bengali, Gujarati dan sebagainya. Kegunaan utamanya bagi pemerintah Hindu (pemerintah atau raja).

Balu maharajah dikenali sebagai Rajmata.[2] Istilah Maharaj mewakili perpisahan antara jabatan bangsawan dan keagamaan, sungguhpun sebenarnya akhiran Hindi 'a' pada Maharaja adalah bisu menjadikan kedua gelaran hampir sebunyi ("homofon").

Kelaziman

sunting

Zaman kerajaan lama

sunting

Gelaran "Maharaja" digunakan penguasa kerajaan Hindu di Kalimantan Selatan pada abad ke-14 sampai abad ke-15, misalnya sebutan untuk Maharaja Suryanata yang juga bergelar Maharaja di Candi.

Gelar ini juga digunakan oleh penguasa Kerajaan Negara Daha: misalnya Maharaja Sukarama, nenda Sultan Suriansyah yang merupakan penguasa pertama Kesultanan Banjar.

Zaman ketibaan Barat

sunting

Kerajaan Johor-Riau pernah menggunakan gelaran ini untuk penguasa ia dari 1650 hingga 1885, antara penguasa terkenal menggunakan gelaran ini ialah Dato Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid ibni Tun Muhammad Ali bin Sayyid Zainal Abidin dan Maharaja Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim.

Maharaja juga adalah bagian dari gelar bangsawan kesultanan Aceh. Pada masa lampau, gelar "Maharaja" diberikan kepada pemimpin dari keluarga bangsawan yang tidak berkuasa dan Perdana Menteri Maharaja Mangkubumi. Pertana Menteri terakhir Aceh yang dinobatkan menjadi Maharaja Mangkubumi adalah Habib Abdurrahman el Zahir yang juga bertindak sebagai menteri luar negeri Aceh; beliau dibuang ke Jeddah oleh Belanda pada 13 Oktober 1878.

Gelaran setaraf dalam berbagai bahasa

sunting

Eropah

sunting
  • Caesar, awalnya merupakan cognomen Julius Caesar. Gelar ini kemudian diturunkan dalam berbagai bahasa, di antaranya:
    • Kaiser dalam bahasa Jerman. Digunakan oleh pemimpin Romawi Suci[3], Austria, dan Jerman
    • Tsar (ejaan Cyril: царь) dalam bahasa Rusia (dan bermacam ejaannya dalam rumpun bahasa Slavia yang lain). Dalam perkembangannya, gelar tsar ini memiliki keambiguan arti kerana sering dimaknai dengan "raja". Selengkapnya, lihat halaman Tsar.
    • Qaysar dalam bahasa Arab[4] dan Kayser dalam bahasa Turki (ejaan Uthmaniyah: قيصر)
    • Keizer dalam bahasa Belanda
  • Imperator, maharaja dalam bahasa Latin. Awalnya gelar ini diperuntukkan untuk jenderal angkatan bersenjata pada masa Republik Romawi, tetapi kemudian digunakan khusus untuk maharaja. Gelar ini digunakan oleh penguasa monarki Rusia mulai tahun 1721, menggantikan gelar tsar. Gelar ini kemudian diturunkan ke dalam beberapa bahasa, di antaranya:
  • Augustus, gelaran Maharaja Romawi merupakan cognomen Octavianus Augustus.
  • Autokrator (huruf Yunani: αὐτοκράτωρ), salah satu gelaran Maharaja Rum Timur
  • Basileus (aksara Yunani: βασιλεύς), gelar bahasa Yunani yang juga dapat diertikan dengan maharaja mahupun raja. Gelar ini disandang oleh Raja Yunani modern dan juga Maharaja Romawi Timur.

Timur Tengah dan Afrika

sunting

Asia Selatan

sunting

Gelar ini adalah gelar maharaja untuk penguasa Hindu di Asia Selatan selain "maharaja" itu sendiri. Untuk penguasa Muslim, mereka menggunakan gelar badsyah yang diambil dari bahasa Persia

  • Samraat (Sanskerta: सम्राज्), gelar lain untuk maharaja di anak benua India. Seorang maharaja baru dapat menjadi samraat bila telah melakukan pengorbanan rajasuya. Banyak sejarawan menyatakan bahwa Chandragupta Maurya merupakan samraat pertama.
  • Chakravartin, Chhatrapati, gelar lain untuk maharaja/maharaja di anak benua India.

Asia Timur

sunting
  • Huángdì (hanzi: 皇帝), gelar untuk Maharaja China. Mulai digunakan pada tahun 221 SM dengan Ying Zheng sebagai penyandang pertama gelaran tersebut. Gelaran ini tidak mengira jantina pewaris.
    • Hwangje (hanja: 皇帝, hangeul: 황제), gelar untuk Maharaja Korea. Digunakan oleh penguasa Korea pada tahun 1897-1910. Gelaran ini merupakan serapan gelaran Tionghua huángdì.
    • Hoàng Đế (viet:皇帝), gelaran untuk Maharaja Vietnam. Awal mulanya digunakan pada zaman Dinasti Đinh setelah mendapat dominasi dari China.
  • Tennō (kanji: 天皇), gelar untuk Maharaja Jepun. Secara harfiah bermakna "penguasa surgawi." Meskipun dalam catatan resmi gelar ini disematkan oleh pemimpin Jepun sejak tahun 660 SM, para sejarawan percaya bahwa gelar ini sebenarnya baru digunakan pada masa Maharaja Tenmu (berkuasa pada 672–686 M) dan Maharani Jitō (berkuasa pada 686–697 M). Gelaran ini serapan gelaran Tionghua tiānhuáng.
  • Kōtei (kanji: 皇帝), maharaja dalam bahasa Jepun. Berbeda dengan tennō yang hanya digunakan untuk merujuk Maharaja Jepun dan tidak memandang jenis kelamin, kōtei dapat digunakan untuk merujuk maharaja non-Jepun dan hanya untuk lelaki.

Asia Tengah

sunting

Amerika

sunting

Oseania

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 321–322. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  2. ^ Royal Families & Palaces of Gujarat oleh Doctor Hansdev Patel. Diterbitkan oleh Windsor & Peacock Limited and Dr. Patel pada 1998. ISBN 1-900269-20-1.
  3. ^ Gilman, D. C.; Peck, H. T.; Colby, F. M., penyunting (1905). "Kaiser" . New International Encyclopedia (ed. 1st). New York: Dodd, Mead.
  4. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 297. ISBN 967-65-7321-3.
  5. ^ Lihat:
    • "kaisar". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
    • "kaisar". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  6. ^ Grousset, René, 1885-1952. (1970). The empire of the steppes : a history of central Asia. New Brunswick, N.J.: Rutgers University Press. ISBN 0813506271. OCLC 90972.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Vovin, Alexander (2010). "Sekali lagi pada bahasa Ruan-ruan."Ötüken'den İstanbul'a Türkçenin 1290 Yılı (720–2010) Sempozyumu / Dari Ötüken ke Istanbul, 1290 Tahun Turki (720–2010). 3–5 Aralik 2010, İstanbul / 3–5 Desember 2010, İstanbul, hlm. 1–10.

Pautan luar

sunting