Lapangan Terbang Lahad Datu
Lapangan Terbang Lahad Datu (IATA: LDU, ICAO: WBKD), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Sabah. lapangan terbang tersebut terletak 1 km dari Lahad Datu, sebuah bandar di negeri Sabah dalam Malaysia. Ia terletak berhampiran pusat pemulihan orangutan. Lapangan terbang tersebut boleh menampung Fokker 50 dan kapal terbang yang kecil lagi dan terminalnya boleh menampung 100,000 penumpang. Pada tahun 2005, lapangan terbang tersebut telah menampung 116,973 penumpang dan 3,010 pergerakan kapal terbang.[1]
Lahad Datu Airport Lapangan Terbang Lahad Datu | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Hak milik | Kerajaan Malaysia | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports | ||||||||||
Destinasi | Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Lahad Datu, Sabah, Malaysia | ||||||||||
Zon masa | MST (UTC 08:00) | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 48 kaki / 15 m | ||||||||||
Koordinat | 05°01′59″N 118°19′16″E / 5.03306°N 118.32111°EKoordinat: 05°01′59″N 118°19′16″E / 5.03306°N 118.32111°E | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2020) | |||||||||||
| |||||||||||
Terminal
suntingLapangan terbang Lahad Datu boleh memuatkan pesawat sebesar ATR 72, dan bangunan terminal pada lapangan terbang itu boleh mengendalikan sehingga 100,000 penumpang setiap tahun. Pada 2016, lapangan terbang itu mengendalikan 140,077 penumpang dan 3,713 pergerakan pesawat.[1]
Syarikat Penerbangan dan destinasi
suntingPenumpang
suntingPenerbangan | Destinasi | Rujukan |
---|---|---|
MASwings | Kota Kinabalu, Sandakan | [3] |
Trafik dan statistik
suntingYears | Passenger Movements | Aircraft Movements | Cargo Movements in Metric Tonnes | Cargo Movements in Kilograms |
---|---|---|---|---|
2003 | 107,914 | 2,882 | 400 | 881 |
2004 | 117,584 | 2,948 | 390 | 859 |
2005 | 116,973 | 3,010 | 334 | 736 |
2006 | 108,697 | 3,203 | 170 | 374 |
2007 | 77,024 | 2,336 | 0 | 0 |
2008 |
Pengangkutan
suntingPenyedia Perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang, Lapangan Terbang Lahad Datu ada disediakan oleh Bas dan Teksi.
Bas
suntingBas yang melayani perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang, ada melayani laluan antara Lapangan Terbang Lahad Datu dengan Terminal Bas Lahad Datu, di bandar Lahad Datu.[4]
Teksi
suntingTeksi yang melayani perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang, ada melayani laluan antara Lapangan Terbang Lahad Datu dengan Terminal Teksi Lahad Datu, di bandar Lahad Datu.[5]
Cadangan naik taraf
suntingPada 3 Jun 2009, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Pejabat Daerah Lahad Datu d arah mengemukakan kertas cadangan berhubung kerja menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri, Anggota Parlimen Silam, Salleh Kalbi dan Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Nasrun Mansor meninjau lapangan terbang yang dibina pada 1940-an itu. Setakat ini hanya pesawat jenis ATR dan Fokker 50 yang boleh mendarat.[6]
Rujukan
sunting- ^ a b c Lahad Datu Airport, Sabah at Malaysia Airports Holdings Berhad
- ^ WBG - LAHAD DATU at Department of Civil Aviation Malaysia
- ^ Destinasi dari Lahad Datu di FareCompare.com
- ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/12/11/lahad-datu-now-has-bus-and-taxi-terminal-says-sabah-minister/2027757
- ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/12/11/lahad-datu-now-has-bus-and-taxi-terminal-says-sabah-minister/2027757
- ^ Cadangan Naik Taraf Lapangan Terbang Lahad Datu
Pautan luar
sunting- Lapangan Terbang Lahad Datu, Sabah di Malaysia Airports Holdings Berhad
- Sejarah kemalangan untuk LDU di Rangkaian Keselamatan Penerbangan