Kupang
Siput sudu atau juga dikenali sebagai kupang, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia.
Siput sudu | |
---|---|
Siput sudu | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Subkelas | |
Pteriomorpha (kupang laut) |
Sebagai makanan
suntingMelalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma'). Siput sudu juga selalu dimakan dengan alkohol (selalunya dengan with 'raki' atau bir).
Seperti makanan laut lain, siput sudu merupakan sumber protein yang baik.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Siput sudu. |
- Kima (clam)