Kuliah Cinta
Kuliah Cinta ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2004 arahan Abdul Razak Mohaideen. Filem ini dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU sebagai watak utama.
Kuliah Cinta | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis | Azhari Zain |
Lakon layar | Abdul Razak Mohaideen |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Sinematografi | Hj. Zainal Abidin Othman |
Disunting oleh | Mariam Ibrahim |
Muzik oleh | Edry KRU |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.5 Juta |
Sinopsis
suntingFilem ini mengisahkan kehidupan remaja di alam kampus yang dilalui Jojo (Johana) dan Faramy. Mereka berkawan baik, namun, segalanya berubah apabila tibanya sesi kemasukan pelajar junior di Universiti tempat mereka belajar. Sebagai senior, mereka dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program induksi untuk pelajar-pelajar baru dan dalam diam Faramy telah terpikat kepada pelajar junior bernama Ayu. Kehadiran Ayu menjejaskan keakraban Jojo dan Faramy sedangkan mereka berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Jojo yang berasa tersisih mengambil keputusan untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Australia bagi melupakan Faramy.
Pelakon
sunting- Erra Fazira sebagai Jojo / Johanna
- Yusry KRU sebagai Faramy
- Cico Harahap sebagai Johan
- Saiful Apek sebagai Tukiman
- Zahida Rafik sebagai Ajnabee
- Azza Elite sebagai Nerina
- Yassin Yahya sebagai Faizal
- Zahnita Wilson sebagai Ayu
- Farid Kamil sebagai Amirul
- Azman Ahmad sebagai Azman
- Mohd Khafairil sebagai Lim Kim Pak
- Simone sebagai Fransiska
- Wahida Hanim sebagai Mahani
- Rafidah Shaari sebagai Annie
- Abdul Shukor Mohaideen sebagai Profesor
- Azhari Zain sebagai En. Aziz