Kekasih Paksa Rela

Kekasih Paksa Rela ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Idora Abdul Rahman dibintangi oleh Remy Ishak, Intan Najuwa (debut pertama sebagai heroin) dan Ain Edruce.[1] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 26 Disember 2017 hingga 12 Februari 2018 menggantikan Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Ia merupakan salah satu daripada 4 drama baharu yang disiarkan di TV3.[2]

Kekasih Paksa Rela
Genre
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahIdora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pasti" oleh Cherpen Band
Lagu penutup"Pasti" oleh Cherpen Band
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriyati Sidek
Lokasi
SinematografiMohd Jufri Ayob
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal26 Disember 2017 – 12 Februari 2018
Kronologi
MengikutiLelaki Itu Pemilik Hatiku
Diikuti olehTiada Arah Jodoh Kita

Drama ini telah mendapat jumlah tontonan yang sama dengan Titian Cinta, iaitu dengan jumlah sebanyak 11 juta penonton, serta 500 ribu penonton di portal Tonton.[3][4] Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5]

Sinopsis

sunting

Mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) yang bernikah selepas mereka tamat belajar. Perkahwinan mereka ditentang keras oleh bapa Adham iaitu Datuk Azman (Jalaluddin Hassan). Adham cuba memulihkan hubungan Rosnaida dengan bapanya, tapi Rosnaida ada sikap keras kepala dan berputus asa sehinggalah dia buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, kononnya tak tahan dengan sikap mentuanya yang menghalangnya daripada keluar.

Selepas tiga tahun Rosnaida tidak pulang ke tanah air, Adham terserempak dengan Hanan Khaira (Intan Najuwa) yang masih melanjutkan pelajaran, tapi terpaksa menjaga bapanya yang sakit. Disebabkan ibunya, Suraya (Emelda Rosmila) menjalinkan hubungan sulit dengan Yusman (Fizz Fairuz), Hanan telah dipulaukan oleh keluarga dan jiran. Selepas bapa kandung Hanan meninggal dunia akibat kanser, Yusman akhirnya berkahwin dengan Suraya tetapi sebaliknya dia juga mempunyai niat jahat yang dihidu oleh Hanan. Bahkan, bapa tirinya sering menghabiskan wang isterinya untuk berjudi dan mempunyai hutang ah long. Yusman juga mencuba untuk membuat perkara buruk kepada Hanan serta menghasut ibunya supaya membenci dan tidak mempercayai Hanan.

Bila Adham mendapat tahu situasi tersebut, dia juga ikhlas untuk membantunya supaya bapa tirinya tidak lagi mengganggu Hanan. Adham menawarkan sejumlah wang kepada Suraya dan Yusman kononnya mahu mengambil Hanan bekerja. Akhirnya, Hanan dijaga dengan baik dan meneruskan pelajarannya. Bagaimanapun, bagi mengelak fitnah, Hanan terpaksa bernikah dengan Adham semasa ketiadaan Rosnaida. Lagipun, mereka mendapat tahu bahawa Yusman mahu menjual Hanan kepada bapa ayam, malah telah mencuba untuk mendapatkan Hanan semula bagi melangsaikan hutangnya tetapi dihalang oleh Adham serta rakannya, Firdhaus (Afzan A. Rahman), yang melindungi Hanan setiap masa kerana perbuatan jahat Yusman kepada Hanan. Selepas bernikah, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.

Pada masa yang sama, Adham dalam diam juga mula menyukai Hanan dan menyulam bait-bait cinta kepadanya untuk melupakan segala peristiwa silamnya tetapi kadangkala sering berdepan dengan konflik dan pertelingkahan dalam kehidupan seharian antara Hanan dan Adham. Malah, Shiqin (Dayang Areeda), merupakan kawan rapat kepada Adham dan Rosnaida, juga menyukai Adham semasa belajar dan teringin untuk memilikinya tetapi tidak diendahkan oleh Adham. Sebaliknya, Shiqin juga berniat buruk untuk menghancurkan kebahagiaan Adham bersama Hanan dan Rosnaida. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi menjaga perasaan Rosnaida? Dan mampukah mereka bagi meneruskan kehidupan mereka walaupun terpaksa berpoligami?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Penampilan khas

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Penerbitan

sunting

Menurut pengarah Idora Abdul Rahman, Kekasih Paksa Rela menceritakan perspektif mengenai hidup berpoligami yang sering dipandang negatif masyarakat hari ini. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi ketika berada di lokasi penggambaran ialah keadaan cuaca yang panas terik. Beliau berkata: "Menerusi drama ini penonton akan dihidangkan mengenai hidup poligami yang mulanya berlaku atas dasar kemanusian namun bertukar menjadi cinta sejati. Selain itu, saya juga mahu mengubah senario hari ini yang menganggap hidup berpoligami sesuatu yang tidak baik. Saya harap penonton dapat memahami setiap mesej yang cuba disampaikan dalam drama ini,".[11]

Penggambaran drama ini sebahagiannya dijalankan di Pulau Belitung, Indonesia.[12][13]

Runut bunyi

sunting
  • "Pasti" - Cherpen Band
  • "Fall in Love" - Nominos
  • "Tuhan Jaga Dia Untukku" - Fiena
  • "Mimpi Indah" - Amira Othman
  • "Cincin di Jari" - Jamiel Said
  • "Melodi Kasih" - Slash
  • "Cinta Bawa Ku Pergi" - Isni Raihan
  • "Dia" - Qody Rany[14][15]

Sambutan

sunting

Kekasih Paksa Rela meraih jumlah tontonan yang sama dengan Titian Cinta, iaitu sebanyak 11 juta penonton, serta 500 ribu penonton di portal Tonton.[3][4] Episod akhirnya telah mencecah 3.8 juta penonton berdasarkan sumber Nielsen Audience Measurement. Tanda pagar #kekasihpaksarela juga digunakan sepanjang drama ini bersiaran menjadi sohor hampir setiap episod di laman sosial.[6]

Ia menjadi antara 10 teratas carian sohor kini di media sosial bagi tahun 2018.[16] Drama ini juga dikatakan mempromosikan pedofilia, pelakon utamanya, Intan Najuwa menafikan perkara tersebut.[17]

Penarafan

sunting
PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR JUMLAH SUMBER
3.8 juta
11 juta
[3][4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kekasih Paksa Rela (TV3)". My Infotaip. 25 Disember 2017. Dicapai pada 26 Disember 2017.
  2. ^ Zaidi Mohamad (26 Disember 2017). "4 drama baharu TV3 temui penonton". Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  3. ^ a b c "Drama Kekasih Paksa Rela ditonton 11 juta penonton". URTV. 21 Februari 2018. Dicapai pada 7 Mac 2018.[pautan mati kekal]
  4. ^ a b c Budiey (15 Februari 2018). "11 juta penonton drama Kekasih Paksa Rela". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  5. ^ Kekasih Paksa Rela (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  6. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (15 Februari 2018). "Kalau dah namanya Remy Ishak". Harian Metro. Dicapai pada 15 Februari 2018.
  7. ^ Ramlah Zainal (10 Januari 2018). "Intan gementar jadi 'isteri' Remy". Harian Metro. Dicapai pada 10 Januari 2018.
  8. ^ Norhayati Nordin (4 Februari 2018). "Keluar dari zon selesa". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  9. ^ Zuqarnain Abu Hassan (18 Julai 2019). "Dayang Areeda elak gosip dan kontroversi". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  10. ^ Zaidi Mohamad (18 September 2019). "Bukit bakat Emelda masih relevan". Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2019.
  11. ^ Najiy Jefri (21 Disember 2017). "Ubah persepsi poligami". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  12. ^ "Belitung Jadi Lokasi Syuting Drama Malaysia Kekasih Paksa Rela". Pos Belitung (dalam bahasa Indonesia). 11 November 2017. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  13. ^ "Produser Film Malaysia Terkesan Syuting Film di Belitung". Bangka Pos (dalam bahasa Indonesia). 11 November 2017. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  14. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (24 Januari 2018). "Qody Rani grateful for 'Dia' soundtrack success". New Straits Times. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  15. ^ Zaidi Mohamad (18 Januari 2018). "Qody tumpang tuah 'Kekasih Paksa Rela'". Berita Harian. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  16. ^ "What were Malaysians searching for in 2018?". Marketing Interactive. 13 Disember 2018. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  17. ^ Lany Azman (1 Februari 2018). "Benarkah cerita Kekasih Paksa Rela promosikan pedofilia? ini jawapan Intan Najuwa!". Media Hiburan. Dicapai pada 1 Mac 2018.

Pautan luar

sunting
: Slot Akasia, Setiap hari , 6:30 petang
Sebelumnya Kekasih Paksa Rela Berikutnya
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Tiada Arah Jodoh Kita