Kawasan bebas tentera
Dalam pemahaman ketenteraan, kawasan bebas tentera (bahasa Inggeris: demilitarized zone , DMZ) adalah kawasan, biasanya merupakan sempadan antara dua atau lebih kuasa ketenteraan (atau perikatan), yang melarang kegiatan ketenteraan, biasanya disebabkan perjanjian damai, gencatan senjata atau mana-mana persetujuan berbilang hala. Selalunya kawasan bebas tentera terletak pada garis kawalan dan membentuk sempadan antarabangsa de facto.
Sesetengah kawasan bebas tentera juga menjadi kawasan simpanan hidupan liar tanpa disengajakan, kerana pendudukan hidupan liar menyebabkan tanah terlibat menjadi tidak selamat untuk pembangunan dan kurang terdedah pada gangguan atau pemburuan oleh manusia. Lihat Kawasan Bebas Tentera Korea.
Kawasan bebas tentera kini
suntingAfrika
sunting- Antara Maghribi utara dan kota-kota Ceuta dan Melilla yang dikuasai Sepanyol terletaknya kawasan bebas tentera. Maghribi tidak pernah mengiktiraf Ceuta dan Melilla sebagai wilayah Sepanyol.
Lihat: Pagar sempadan Ceuta dan Pagar sempadan Melilla.
Eropah
sunting- Zon bebas tentera Cyprus memisahkan wilayah Republik Turki Cyprus Utara yang diisytiharkan diri tetapi tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa, dari Republik Cyprus, ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1974 berikutan Serangan Turki di Cyprus.
- Åland (Ahvenanmaa dalam bahasa Finland) ialah sebuah kawasan pulau berautonomi di pesisiran Finland (di Teluk Bothnia), dijadikan kawasan bebas tentera pada tahun 1921 oleh Liga Bangsa, berikutan krisis Åland dari tahun 1920 hingga 1922.
- Sebuah wilayah neutral wujud antara jajahan makhota British Gibraltar dan Sepanyol.
- Kawasan bebas tentera seluas 2.5 wujud antara Serbia dan Kosovo berikutan Perang Balkan.
Asia
sunting- Halangan Kuwait-Iraq
- Kawasan Bebas Tentera Korea memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan, ditetapkan oleh PBB pada tahun 1953 bagi membolehkan gencatan senjata bagi Perang Korea.
- Zon UNDOF antara Tanah Tinggi Golan dan Syria
Antartika
suntingPerkara 1 Perjanjian Antartik utama melarang kegiatan ketenteraan di Antartika, namun anggota dan kelengkapan tentera boleh digunakan untuk tujuan damai.