Kekemuatan
Kekemuatan merupakan cas elektrik yang disimpan (atau dipisah) untuk keupayaan elektrik tertentu. Alat yang paling biasa digunakan untuk menyimpan cas ialah pemuat.
Kalau cas pada plat pemuat ialah Q dan -Q masing-masing, dan V merupakan beza keupayaan antara plat, pemuat diberi sebagai:
Unit SI bagi kekemuatan ialah farad (F). 1 farad = 1 koulomb per volt
Tenaga
suntingTenaga (dalam joule) yang disimpan di dalam pemuat adalah sama dengan kerja yang dibuat untuk mengecasnya. Andaikan kekemuatan, C menyimpan cas q pada satu plat, dan -q pada plat lain. Menggerakkan cas dq dari satu plat ke plat yang lain melawan beza keupayaan V = q/C memerlukan kerja dW:
di mana
- W ialah kerja dalam joule
- q ialah cas dalam koulomb
- C ialah kekemuatan dalam farad
Tenaga disimpan dalam pemuat boleh dikira dengan mengamirkan persamaan ini. Bermula daripada kekemuatan tidak dicas (q = 0) dan menggerak cas dari satu plat ke plat yang lain sehingga kedua-dua plat mempunyai cas Q dan -Q masing-masing memerlukan kerja, W:
Dengan mengganbungkan persamaan ini dengan persamaan untuk kekemuatan pemuat plat pertama, kita dapat:
- .
di mana
- W merupakan tenaga dalam joule
- C merupakan kekemuatan dalam farad
- V merupakan beza keupayaan dalam volt