Kampar
- Rencana ini memaparkan penerangan tentang daerah Kampar di Perak, Malaysia. Sila klik Kabupaten Kampar untuk daerah di RiauDaerah KamparLokasi Kampar di Malaysia
Koordinat: 4°20′N 101°15′E / 4.333°N 101.250°EKoordinat: 4°20′N 101°15′E / 4.333°N 101.250°E Negara Malaysia Negeri Perak Majlis Perbandaran 2022 Pusat Kampar Kerajaan kawasan tempatan Majlis Daerah Kampar Pentadbiran • Pegawai daerah Tuan Khairul Anwar Bin Ramli Keluasan • Jumlah 669.80 km2 (258.61 batu persegi) Penduduk (2020)[2]• Jumlah 98,732 • Kepadatan 150/km2 (380/batu persegi) Zon waktu UTC 8 (MST) • Musim panas (DST) UTC 8 Poskod 316xx-319xxKod panggilan 6-05 Plat pendaftaran kenderaan A Kampar merupakan sebuah daerah di negeri Perak, Malaysia kira-kira 40 kilometer dari bandaraya Ipoh dan 16 kilometer dari pekan Tapah.
Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah kesepuluh Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak.[3]
Sejarah
suntingPara sejarawan Malaysia telah mengakui bahawa nama pekan ini diambil sempena nama Kampar, Indonesia. Wujudnya kaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.
Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali ke sini ialah pada tahun 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang sungai utama seperti Sungai Kuala Dipang, Sungai Kampar, Sungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah kampung seperti Kampung Jeram di tebing Sungai Keboi.
Selain itu, ada juga yang masuk melalui Teluk Intan dan mudik ke Sungai Perak hingga ke Kuala Kampar di mana Kuala Kampar inilah wujudnya pekan Malim Nawar yang masih ada hingga kini. Mereka datang adalah untuk berniaga. Dari Kuala Kampar mereka singgah ke beberapa buah kampung untuk menjual barang-barang mereka kepada penduduk tempatan.
Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan hingga ke Kuala Keboi. Perniagaan mereka di sini bertambah maju kerana terdapat kerabat Diraja dan sultan yang tinggal di Kuala Keboi. Di daerah inilah juga lahirnya Sultan Iskandar Shah dan Panglima Megat Terawis (salah seorang tokoh Negeri Perak).
Setelah habis barang-barang perniagaan mereka dijual di tempat tersebut, mereka pun meneruskan perjalanan ke Batang Tonggang dengan berjalan kaki. Di sini jugalah bermulanya bandar Kampar yang ada hingga kini. Di Batang Tonggang (sekarang Kampar) inilah orang-orang Kampar itu (dari Indonesia) mendirikan kedai sederet atap.
Penduduk dari kampung berhampiran dengan Batang Tonggang seperti Kampung Sultan (sekarang Jalan Baru) membawa hasil-hasil pertanian mereka ke Batang Tonggang untuk dijual kepada orang Kampar (Indonesia).
Tahun demi tahun, kedai sederet atap orang Kampar ini bertambah maju. Setelah perniagaan mereka maju, akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di sini kerana jarak antara Kampar (Perak) dengan Kampar (Indonesia) adalah jauh. Ini menyukarkan mereka untuk berulang-alik. Selain itu, terdapat bencana di lautan seperti ombak yang besar dan lanun-lanun. Sesetengah orang Kampar ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus bermastautin di sini.
Kampar era perlombongan
suntingPada peringkat awal, aktiviti perlombongan di Kampar dijalankan secara mengorek lubang-lubang kecil untuk mendapatkan tanah yang mengandungi bijih dan mendulangnya di tebing-tebing Sungai Keranji dan Sungai Kampar serta di kawasan-kawasan rendah yang mengandungi takungan air. Kegiatan tradisional ini kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Cina dan Eropah. Bagi menambahkan kepesatan kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah, kaum Cina dan Eropah ini telah memperkenalkan kaedah perlombongan moden dengan menggunakan pam palong dan kapal korek.
Penempatan awal Kampar dan kepesatan industri perlombongan mendorong kedatangan orang-orang dari luar terutamanya orang-orang Cina dari Tanah Besar China, terdapat juga orang-orang Cina yang datang ke Kampar terdiri daripada mereka yang telah bermastautin di Pulau Pinang dan Taiping untuk memulakan hidup baru di Kampar sebagai pekerja lombong, peniaga dan sebagainya.
Dalam tahun 1880-an, suatu migrasi besar-besaran pelombong-pelombong Cina dari Pulau Pinang telah datang ke Kampar berikutan pembukaan lombong bijih timah di daerah Larut dan Matang dan Lembah Kinta. Kegiatan perlombongan ini telah dimulakan di kaki bukit di sekitar Bandar Ipoh, Papan, Jelapang, Lahat dan Batu Gajah. Namun pada masa itu, masih belum wujud lagi bandar yang dikenali sekarang sebagai Bandar Kampar.
Seterusnya J.B.M Leech memilih satu kawasan di tebing kanan Sungai Keranji untuk tapak lot kedai. Bermula dari sinilah usaha-usaha perlombongan telah giat dijalankan dengan kehadiran pelombong Cina dan Eropah. Leech berpendapat nama Mambang Diawan terlalu panjang untuk sebuah pekan yang sedang membangun lalu mengambil nama Sungai Kampar yang mengalir berhampiran untuk menggantikan nama asalnya menjadi Kampar. Masyarakat Cina tempatan yang kebanyakkan dari kalangan para pelombong, menamakan ia sebagai "kam Pou" dalam bahasa Kantonis yang bermaksud "emas yang berharga".
Pembentukan daerah baharu
suntingPada 21 Mei 2009, Kampar secara rasminya menjadi daerah kesepuluh di Perak hasil gabungan Daerah Kecil Gopeng dan Daerah Kecil Kampar. Sebelum ini, kedua-dua daerah kecil itu berada di bawah pentadbiran daerah Kinta.[3]
Geografi
suntingDaerah Kampar terletak di timur negeri Perak diapit dengan daerah Kinta di utara, daerah Batang Padang di selatan dan negeri Pahang di timur.
Kampar terletak dalam lingkungan Lembah Kinta, kedudukannya seperti dalam kawah di penghujung barat kaki Gunung Bujang Melaka yang disaliri Sungai Keranji dan Sungai Kampar yang terdiri dari tanah lanar adalah kaya dengan logam-logam timah. Sungai-sungai tersebut memendapkan tanah-tanah dan batu-batu kecil kelikir yang mengandungi logam-logam timah di tebing dan dasarnya, proses ini telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu, menjadikan kawasan tersebut kaya dengan longgokan bijih timah.
Antara gunung yang terdapat dalam daerah Kinta ialah;
- Gunung Ruil (1,715 meter)
- Gunung Jasar (1,670 meter)
- Gunung Kinjang (1,444 meter)
- Gunung Bergantong (1,441 meter)
- Gunung Bujang Melaka (1,238 meter)
- Gunung Chante (836 meter)
- Gunung Tempurong (492 meter)
- Gunung Panjang (312 meter)
- Gunung Gajah (268 meter)
- Gunung Kandu (189 meter)
- Gunung Sepah (77 meter)
- Gunung Tunggal (47 meter)
Pecahan pentadbiran
suntingDaerah Kampar mempunyai dua mukim, dua bandar dan dua pekan.
Status Nama Luas (km²) Mukim Kampar 392.6 Teja 267.4 Bandar Gopeng 0.78 Kampar 1.77 Pekan Kota Baharu 0.37 Malim Nawar 0.73 Demografi
suntingSejarah kependudukan Tahun Pend. ±% 2010 96,303 — 2020 98,732 2.5% Berdasarkan, bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kampar ialah seramai 98,732 orang dengan kepadatan penduduk 148 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Kampar beretnik Cina, dengan jumlah 46,876 orang.[4]
Jumlah penduduk mengikut mukim, bandar dan pekan Status Nama 2010 2020 Mukim Kampar 63,824 69,925 Teja 25,084 22,893 Bandar Gopeng 1,330 684 Kampar 4,272 3,668 Pekan Kota Baharu 136 85 Malim Nawar 1,657 1,477 Jumlah 96,303 98,732 Penduduk warganegara mengikut kaum Kaum 2010 2020 Jumlah % Jumlah % Bumiputera 34,441 36.4 37,927 39.9 Cina 49,554 52.4 46,876 49.2 India 10,380 11 9,941 10.5 Lain-lain 150 0.2 353 0.4 Jumlah 94,525 100 95,097 100 Agama
suntingAgama terbesar di daerah ini ialah agama Buddha iaitu 45.8 peratus dari jumlah penduduk. Agama kedua terbesar merupakan agama Islam membentuk 35.5 peratus populasi di daerah ini. Agama Hindu merupakan agama ketiga terbesar iaitu 8.7 peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga beberapa agama lain termasuk Kristian yang mewakili 6.3 peratus penduduk. Dua peratus penduduk tidak diketahui status agamanya manakala 1.8 peratus tidak beragama.
Kemudahan
suntingPendidikan
suntingKampar kini sudah terkenal sebagai salah satu pusat pendidikan tertiari berikutan kewujudan kampus induk Universiti Tunku Abdul Rahman selain Kolej Tunku Abdul Rahman cawangan Kampar. Kampar juga mempunyai banyak sekolah rendah dan menengah yang jika digabungkan boleh menampung kapasiti pelajar kira-kira 20,000 orang. SK METHODIST (ACS) Kampar & SMK METHODIST (ACS) Kampar adalah sekolah yang lama dari jajahan British. Diantara institusi pendidikan tinggi lain yang terdapat di Kampar seperti Kolej Menara Jaya dan Kolej Sri Ayu.
Infrastruktur
suntingPasaraya
sunting- Econsave Hypermarket Kampar
- Tesco Hypermarket Kampar
- Mydin Hypermarket RTC Gopeng
- Minat
Restoran dan Cafe
sunting- KFC drive Thru (BHP Kampar)
- KFC (Tesco Kampar)
- KFC @ Kampar
- McDonald's @ Kampar
- Pizza Hut
- Secret Recipe
- Subway
- Domino's Pizza
- Starbucks Coffee
- Old Town White Coffee
- Spade Burger
- Tealive
- Daboba
Rujukan
sunting- ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2019-12-06.
- ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b https://www.mdkampar.gov.my/ms/mdkpr/profil/latar-belakang
- ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
- Arkib Negara Malaysia
- Artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latiff, "The Identity of Ngah Jabor and Mohamad Jabor bin Bardot (1858 – 1921)".
- Kajian Encik Chye Kooi Loong, "Pembukaan Kampar"
- Buku Cenderamata Sambutan Perayaan 100 Tahun Kampar pada 03 & 04 Julai 1987
Pautan luar
sunting