KL FM
KL FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaysia Ibu Kota, Radio 3 Ibu Kota, Radio 3 Kuala Lumpur, Radio Kuala Lumpur dan Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur)) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaysia Ibu Kota) ialah sebuah stesen radio bandaraya Bahasa Melayu tertua, nombor satu, dan terbesar di Kuala Lumpur untuk masyarakat Kuala Lumpur dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Lumpur. Ini juga merupakan radio bandaraya pertama Bahasa Melayu di Kuala Lumpur. Moto utamanya ialah Rentak Interaktif Kota boleh didengari melalui frekuensi menerusi 97.2 FM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur), dan juga boleh didengari melalui frekuensi menerusi 101.9 FM di Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam.
Bandar | Kuala Lumpur Johor Bahru, Daerah Johor Bahru Singapura Kota Batam/Pulau Batam |
---|---|
Kawasan penyiaran | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) ASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN) |
Slogan | Rentak Interaktif Kota |
Tarikh siaran pertama | 5 November 1973 | sebagai Radio Malaysia Ibu Kota
Format | Kontemporari dewasa, Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Melayu |
Pengenal terdahulu | Radio Malaysia Ibu Kota |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Siaran web | https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/kl-fm |
Tapak web | klfm |
KL FM utamanya ialah di Tingkat 1, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
Liputan KL FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Indonesia di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.
Sejarah
suntingPada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur telah diberi status bandar dan Tan Sri Dato' Lokman Yusof menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama. Pada 5 November 1973 jam 6:30 pagi, KL FM bermula sebagai Radio Malaysia Ibu Kota majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke-3, Yaakob Latiff memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Hiburan Pagi. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan. Radio Malaysia Ibu Kota beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana 800 KHz dalam dua sesi iaitu jam 6:30 pagi sehingga 9:00 pagi dan 4:00 petang sehingga 7:00 malam. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi dan 1:00 tengah hari sehingga 7:00 malam dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Radio Malaysia Ibu Kota mula ke udara sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur dan siaran dari Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sahaja dan bersiaran di Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan yang dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.
Masa Siaran | Segmen |
---|---|
06:30 - 07:00 | Hiburan Pagi |
07:00 - 07:10 | Berita |
07:10 - 07:17 | Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur |
07:17 - 08:00 | Sambil Sarapan |
08:00 - 08:05 | Harga Barang-Barang |
08:00 - 08:59 | Sambil Sarapan |
16:00 - 17:00 | Hiburan Rancak |
17:00 - 17:10 | Berita |
17:10 - 17:15 | Selingan |
17:15 - 17:22 | Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur |
17:22 - 17:30 | Harga Barang-Barang |
17:30 - 18:00 | Bincang Pujaan |
18:00 - 18:59 | Hiburan Petang |
Pada 6 September 1989, Radio Malaysia Ibu Kota yang dikenali sebagai Radio 3 Ibu Kota.[1]
Pada 1 September 1993, Radio 3 Ibu Kota yang dikenali sebagai Radio 3 Kuala Lumpur yang dipancarkan menerusi 97.2 FM.
Pada 15 Mac 1996, Radio 3 Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Radio Kuala Lumpur.
Pada 1 September 1998, Radio Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur).
Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) yang dikenali sebagai KL FM telah menambahkan siaran daripada 18 jam kepada 24 jam sehari.
Pada 5 November 2023, KL FM meraikan ulang tahun ke-50.
KL FM kini bersiaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) pada frekuensi 97.2 MHz, dan juga kini bersiaran di Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam pada frekuensi 101.9 MHz. Bersiaran menerusi penstriman RTMKlik juga untuk pendengar di luar kawasan liputan 97.2, dan 101.9 MHz.
Sejarah nama KL FM
sunting- Radio Malaysia Ibu Kota (5 November 1973-5 September 1989) (rasmi tanda panggil)
- Radio 3 Ibu Kota (6 September 1989-31 Ogos 1993)
- Radio 3 Kuala Lumpur (1 September 1993-14 Mac 1996)
- Radio Kuala Lumpur (15 Mac 1996-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- KL FM (1 April 2005-kini)
Sejarah siaran berita radio KL FM
sunting- Berita Malaysia Ibu Kota (5 November 1973-5 September 1989) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio 3 Ibu Kota (6 September 1989-31 Ogos 1993)
- Berita Radio 3 Kuala Lumpur (1 September 1993-14 Mac 1996)
- Berita Radio Kuala Lumpur (15 Mac 1996-31 Ogos 1998)
- Berita Radio Malaysia Kuala Lumpur (Berita Radio Kuala Lumpur) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Berita Radio KL FM (1 April 2005-kini)
Penyampai
suntingPenyampai KL Harian
sunting- Mimie
- Ashila Ashura
- Epy Shafik
- AnneDyana
- Zima
- E.J
- Ridz
- Paparay
- ND
- Zullastree
- Putera Azwan
- Aiman
- ZZ
Rancangan-utama
suntingKuala Lumpur Harian
suntingSegmen | Masa Siaran |
---|---|
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vokal) | 00:00 |
Lagu Rasmi Kuala Lumpur: "Maju dan Sejahtera" (Vokal) | 00:00 |
Santai Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur/Suara Kuala Lumpur) | 00:01 - 06:00 |
Lagu Rasmi Kuala Lumpur: "Maju dan Sejahtera" (Vokal) | 06:00 |
Rentak Pagi Kuala Lumpur | 06:01 - 10:00 |
Hai Hai Kuala Lumpur | 10:00 - 13:00 |
Nadi Kota Kuala Lumpur | 13:00 - 16:00 |
Kenangan Lalu Kuala Lumpur | 16:00 - 20:00 |
Neon Neon Kuala Lumpur | 20:00 - 00:00 |
Kuala Lumpur Hujung Minggu
suntingSegmen | Masa Siaran |
---|---|
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vokal) | 00:00 |
Lagu Rasmi Kuala Lumpur: "Maju dan Sejahtera" (Vokal) | 00:00 |
Santai Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur/Suara Kuala Lumpur) | 00:01 - 06:00 |
Lagu Rasmi Kuala Lumpur: "Maju dan Sejahtera" (Vokal) | 06:00 |
Hujung Minggu Kuala Lumpur | 06:01 - 16:00 |
Kenangan Lalu Kuala Lumpur | 16:00 - 00:00 |
Frekuensi
suntingKL FM adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur), Johor Bahru/Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam
suntingFrekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
97.2 MHz | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) | Menara Kuala Lumpur | 1000 W/1 kW |
101.9 MHz | Johor Bahru/Daerah Johor Bahru, Singapura, Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | Gunung Pulai | 5 kW |
Lagu Rasmi Kuala Lumpur
suntingPada pukul 12:00 tengah malam (selepas lagu kebangsaan) dan 6:00 pagi setiap hari lagu rasmi Kuala Lumpur dimainkan sebagai pembukaan.
Lagu kebangsaan
suntingPada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Perkhidmatan Islam
suntingStesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.
Pengaturcaraan siaran Azan
suntingUntuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC 8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC 7:30). Semua semenanjung radio RTM memutarkan Azan Subuh, Azan Zuhur, Azan Asar, Azan Maghrib dan Azan Isyak azan semua waktu solat.