Jasmine Suraya Chin
Jasmine Suraya Chin Xian Mei (Cina: 陈香郿; lahir 10 November 1989) merupakan seorang pengacara televisyen, model, pelawak dan pelakon wanita Malaysia[1] berketurunan Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak.[2] Beliau terkenal dengan watak sebagai Lily dalam filem PASKAL (2018) yang dibintanginya bersama Hairul Azreen. Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk Hero Seorang Cinderella (2017), Alamatnya Cinta (2018) dan Adellea Sofea (2019).[3][4][5][6]
Jasmine Suraya Chin | |
---|---|
Kelahiran | Jasmine Suraya Chin Xian Mei 10 November 1989 |
Pendidikan | Ijazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi |
Pusat pendidikan | Universiti Monash, Melbourne |
Pekerjaan | Pengacara televisyen, pelakon, usahawan dan ahli perniagaan |
Tahun aktif | 2010–kini |
Laman web rasmi | www.jasminesurayachin.com (diarkibkan) |
Kehidupan awal
suntingDilahirkan pada 10 November 1989 di Kuching, Sarawak, Jasmine Suraya ialah anak tunggal dalam keluarganya. Nama ‘Jasmine Suraya’ dipilih untuk beliau kerana nama ‘Suraya’ ialah nama rakan karib ibunya ketika mereka belajar bersama di universiti luar negara.[7] Beliau mendapat keputusan 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Monash, Melbourne, Australia yang mana beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi.
Pada tahun 2003, ketika berusia 14 tahun, Jasmine pernah mewakili Sarawak dalam sukan boling 10 pin dan pernah mewakili negeri di Pertandingan Kejohanan Junior Milo Kebangsaan.[7]
Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan di The Borneo Post selama setahun setengah.[8]
Kerjaya
suntingJasmine Suraya pertama kali berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2012 untuk memulakan kerjayanya. Penguasaan bahasa Melayu beliau agak teruk ketika itu maka beliau perlu bekerja keras bagi memahirkan diri. Beliau mendaftarkan diri ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) selama enam bulan.[9]
Pada tahun 2013, beliau menjadi salah seorang peserta Projek 3R yang turut disertai oleh Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee.[10] Jasmine membuat penampilan drama TV pertamanya menerusi drama adaptasi novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan, memegang watak sebagai Tini. Beliau kemudian memegang watak Zaharah dalam filem Return to Nostalgia arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada Oktober 2015.[11]
Beliau pernah muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi sukan Rembat (2015) arahan Shamyl Othman[12] dan filem aksi permotoran KL Wangan (2017) arahan Pekin Ibrahim.[13]
Jasmine berlakon bersama Ammar Alfian, Hairul Azreen, Gambit Saifullah dan Hafizul Kamal dalam filem ketenteraan, PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018, beliau menjayakan watak sebagai Lily.[14][15] Selain itu, beliau juga muncul dalam drama lakonan Hisyam Hamid dan Hannah Delisha, Alamatnya Cinta sebagai Natalia.
Jasmine Suraya memegang watak Cai Yun atau Sofia dalam telefilem bertajuk Back To You yang turut dibintangi oleh Azizah Mahzan. Beliau menggunakan pengalaman peribadinya sendiri bagi menghayati wataknya.[16] Beliau juga bakal muncul bersama Vanidah Imran dalam drama Daulat yang bakal disiarkan di Netflix.[17]
Beliau menjayakan watak sebagai Suzie Tan dalam Adellea Sofea arahan Shahrulezad Mohameddin lakonan bersama Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz.[18] Jasimne berkata mengenai wataknya: "Saya juga tak sangka watak Suzie boleh menyentuh hati ramai penonton. Ini kerana kebanyakan babak yang saya lakonkan adalah secara spontan. Kami lebih banyak improvisasi,".[19]
Beliau juga mempersiapkan diri untuk menyertai Maraton Tokyo.[20]
Pada tahun 2022, beliau berlakon dalam drama Villa Kristal untuk siaran di WeTV bermula 4 Mac. Ia turut dibintangi oleh Mimi Lana, Tiz Zaqyah dan Mawar Rashid.[21][22] Beliau juga berlakon dalam Ratu Ten Pin 2: Shalin dengan melakonkan watak bekas pemain boling negara, Shalin Zulkifli.[23]
Kehidupan peribadi
suntingJasmine Suraya beragama Kristian.[24][25] Beliau sebelum ini menafikan khabar angin mengatakan beliau beragama Islam, Jasmine berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: "Saya tidak salahkan mereka malah saya balas balik komen dengan baik dan beritahu saya bukan Melayu. Saya juga minta maaf sekiranya cara berpakaian saya membuatkan mereka berasa tidak selesa. Pandangan dan komen yang dilontarkan itu amat saya hargai kerana ia bermakna mereka mengikuti perkembangan dan mahu saya jadi insan terbaik."[2]
Beliau mempertahankan tindakannya memuat naik gambar yang dianggap seksi oleh sebahagian peminat di laman sosial Instagram sehingga mendapat kecaman netizen.[26]
Filemografi
suntingMenunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | River of Exploding Durians | Jasmine | Filem pertama |
2015 | Puaka Balai Gombak | Wartawan 1 | |
Return to Nostalgia | Zaharah | ||
Rembat | Geisha | ||
Nota | Pelancong | ||
2017 | Dave | Filem pendek | |
KL Wangan | Isteri Hong | ||
2018 | Paskal | Elizabeth Lily Tan | |
The Spiral | Tina | ||
2020 | Daulat | Jasmin Cho | |
Pasal Kau! | Dirinya sendiri | Penampilan khas | |
2021 | Marabahaya Underground | Dotty | |
TBA | Masterpiecisan | Ruby | Pos-produksi |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Kerana Terpaksa Aku Relakan | Lily / Sofea | TV3 | Drama pertama |
Maaf Jika Aku Tak Sempurna | Effa | |||
A&E | Dr. Sharon | |||
2012 | Padamu Aku Bersujud | Elvina Mohammad | TV9 | |
2015–2016 | Keluarga Pontimau | Chichi | TV3 | |
2016 | Lara Aishah | Sandra | Astro Prima | |
2017 | Hero Seorang Cinderella | Zuyyin | Astro Ria | |
2018 | Melodi Cinta Sara | Jessica | TV2 | |
Pengantin 100 Hari | Farah | TV3 | ||
KL Gangster: Underworld | Mimi | Iflix | ||
Alamatnya Cinta | Natalia | Astro Ria | ||
KOPI: "Venti" | Sophie Chen | Tonton | ||
Salon | Elaine | Viu | ||
2019–2020 | Adellea Sofea | Suzie Tan | TV3 | |
2020 | KL Gangster: Underworld 2[8] | Mimi | Iflix | |
Pelindung Seorang Puteri | Bainun | Astro Ria | ||
Bidadari Salju | Jeanny | TV3 | ||
2021 | Klik Rider | Tasya | Astro Warna | |
Cinta Yang Pulang | Thia | TV2 | ||
Bila Hati Berbisik | Hanum | TV Okey | ||
2022 | Villa Kristal | Angel | WeTV | |
Ratu Ten Pin 2: Shalin | Shalin | Astro Ria | ||
Hilang | Cay | Viu | ||
2023 | Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Maira | TV3 | |
Jangan Ambil Kerja Tuhan | TV2 | Episod: "Idola" | ||
2024 | Racun Rihanna | Ayuni | TV3 |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Tesis Terakhir | TV1 | |
Cinta Di Gerai | Astro Maya HD | ||
2017 | Komplot | Astro Citra | |
2018 | Cinta Elevator | ||
2019 | Back To You(“当时明月在”, Dang Shi Ming Yue Zai) | Cai Yun / Sofia | 8TV/TV3 |
2020 | Di Pinggir Ilusi | Auni | TV2 |
Please Subscribe Cintaku | Astro Citra |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | The Job[8] | Dirinya sendiri | 8TV | Rancangan realiti |
2013 | Projek 3R | Dirinya sendiri | TV3 | Rancangan realiti |
2014 | She's The Boss | Capital TV | ||
Makmal Masak | TV9 | |||
2015 | Inspirasi Dekor | TV1 | ||
2018 | Sensasi Bola | Pengacara | Hypp Sensasi | |
2019 | Sepahtu Reunion Live | Siti | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Harta Pusaka Berpuaka" |
2023 | Real Men Malaysia: Wira Merah | Peserta | Astro Ria | Rancangan realiti |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Pantene's Star Search Malaysia 2013 | — | Dirinya sendiri | Menang |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | |
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pelakon Wanita Harapan | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ "Biodata Jasmine Suraya Chin, Host Bolasepak Cantik". azhan.co. 26 September 2017.
- ^ a b Nor Akmar Samudin. "'Saya bukan Melayu!'". Harian Metro. Dicapai pada 7 September 2018.
- ^ Georgie Joseph (25 Disember 2018). "Cari angin baru". Harian Metro. Dicapai pada 2 Februari 2019.
- ^ Georgie Joseph (4 Ogos 2019). Jasmine puas kerja keras Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ Zaidi Che (18 Februari 2017). Jasmine Suraya Chin: "Bakat itu tidak mengenal bangsa"[pautan mati kekal] Stail.my. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ Serimah Mohd Salehuddin (25 Disember 2019). Biarlah kalau usia 50 baru dapat tawaran Berita Harian. Dicapai pada 11 Mac 2020.
- ^ a b "Jasmine sahut cabaran". Dunia Sukan: 44-47. Oktober 2015. Dicapai pada 11 Disember 2015 – melalui laman web rasmi Jasmine Suraya Chin.
- ^ a b c Kenneth Chaw (24 September 2019). "Jasmine Suraya Chin was once told her acting wasn't good enough". Star2.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-26. Dicapai pada 26 September 2019.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (11 Ogos 2018). "Elak gelaran gadis bola". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2018.
- ^ "Siapa penyambung legasi 3R?". Sinar Harian. 21 Ogos 2013. Dicapai pada 21 September 2018.
- ^ "Return to Nostalgia". The Daily Seni. 6 Oktober 2015. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
- ^ "Rembat tonjol semangat 1Malaysia". Perak Today. 5 September 2015. Dicapai pada 2016-08-02.
- ^ "KL Wangan sarat aksi mendebarkan". Kosmo! Online. 17 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-22. Dicapai pada 22 Disember 2017.
- ^ "Filem 'Paskal' diinspirasikan oleh kisah benar". Astro Awani. 5 Mac 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ "'So daring!' Pakaian seksi Jasmine Suraya buat netizen rasa kurang senang". Astro Awani. 27 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ Tahir Alhamzah (30 Ogos 2019). "#Showbiz: Beyond culture and religion boundaries". New Straits Times. Dicapai pada 7 September 2019.
- ^ Mohd. Haikal Isa (30 Julai 2019). "Jasmine Suraya dicurangi dua kali". Kosmo!. Dicapai pada 7 September 2019.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (31 Disember 2019). "Berlakon tanpa kongkongan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Georgie Joseph (1 Februari 2020). "Jasmine Suraya puas dengan Suzie". Harian Metro. Dicapai pada 2 Februari 2020.
- ^ Tutup kisah coli, Jasmine Suraya Chin sertai Maraton Tokyo tahun depan MSN (5 Disember 2019). Dicapai pada 29 Februari 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (11 Januari 2022). "Jasmine Suraya lakon babak ranjang dalam Villa Kristal". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mac 2022.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (25 Januari 2022). "Jasmine malu lihat lakonan babak panas". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2022.
- ^ Zaidi Mohamad (11 Julai 2022). "Jasmine 'hidup' dalam karakter ratu boling". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2023.
- ^ "Jasmine disangka Melayu". Metro Ahad: m/s 20. 28 September 2014. Dicapai pada 11 Disember 2015 – melalui laman web rasmi Jasmine Suraya Chin.
- ^ Melanie Chalil (3 Disember 2019). "'Braless', 'cleavage-baring': Actress Jasmine Suraya Chin keeps mum after being slammed for outfit". The Malay Mail. Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (19 September 2018). "Seksi sangat ke dress ni...?". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2018.